Sabtu, 2 Mac 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Perketatkan kawalan sempadan kita (2/3/13)

Posted: 02 Mar 2013 03:28 AM PST


Rakan saya seorang Kadazan dari Kota Kinabalu mengirimkan mesej berikut melalui handphone saya:
At this time sabahans really hate how govt handle this case

Beliau menyuarakan kebimbangan rakyat Sabah terhadap insiden di Lahad Datu. Kebimbangan itu sudah pastilah disebabkan kegagalan pasukan keselamatan kita dari mengawal sempadan Negara, dalam hal ini sempadan Sabah-Filipina sehingga berjaya tentera Kesultanan Sulu yang bersenjata menceroboh masuk dan menawan Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Dari segi geografi memang sempadan Malaysia di pantai Sabah dengan Filipina adalah luas termasuklah dengan Indonesia di Selatan.

Namun ia tidak boleh dijadikan alasan sehingga musuh dapat masuk dan mencetuskan kekacauan dalam bumi kita. Jika perlu berbelanja, maka kita perlu lakukan demu menjamin keselamatan rakyat Malaysia di Sabah.
Suka tak suka insiden di Lahad Datu telah mencetuskan kebimbangan rakyat. Ini satu reality dan ianya perlu ditangani kerana rakyat Malaysia berhak hidup dalam keadaan aman dan tenteram dengan keselamatan dan pertahanan yang terjamin.

Aquino seorang negarawan (2/3/13)

Posted: 02 Mar 2013 02:57 AM PST


Telah lama saya perhatikan kepimpinan Republik Filipina di bawah Presiden Aquino atau nama penuhnya Benigno Simeon Cojuangco Aquino III. Datang dari keluarga ahli politik yang terlibat dalam membebaskan Filipina dari cengkaman kuku besi mendiang Presiden Marcos, ibunya pernah menjadi Presiden dan ayahnya mendiang Senator Aquino dibunuh oleh Marcos pada tahun 1983 sebaik tiba di Manila untuk menentang Marcos dalam pilihanraya Presiden.
Mungkin dari pengalaman beliau dan keluarganya Aquino berjaya mempamirkan kepimpinan "statesman" yang luar biasa. Dalam hal perjuangan rakyat Moro di Selatan Filipina beliau kehadapan dalam mahu melihat perdamaian di sana. Setelah berdekad-dekad Bangsa Moro di Selatan yang majoritinya beragama Islam berjuang untuk pembebasan, akhirnya dizaman Aquino perjanjian damai termetrai yang menjanjikan autonomi menjelang 2016.

Konflik yang telah mengorbankan lebih 150,000 nyawa dikedua-dua belah pihak itu akhirnya bakal meyaksikan penyelsaian ditangan Aquino.
Walaupun memimpin kerajaan yang majoritinya rakyatnya Roman Katolik, Aquino sedar akan tuntutan rakyat Islam di Selatan dan merupakan satu-satunya Presiden yang sanggup mengalah demi mencetuskan perdamaian buat rakyatnya.

Dan kini dalam konflik Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Aquino terserlah mengiktiraf kedaulatan Malaysia khasnya Sabah yang dituntut Sultan Sulu, dengan mengarahkan saki-baki penyokong Sultan Sulu itu agar menyerah diri tanpa syarat.
Menurut Aquino apa sahaja tuntutan kumpulan ini sepatutnya dilakukan dengan cara damai, cara mengugut, "menawan" bumi berdaulat seperti ini adalah salah.

Aquno dipetik menyebut:
To our citizens in Lahad Datu, from the very start our objective has been to avoid the loss of lives and the shedding of blood. However, you did not join us in this objective. Because of the path you have taken, what we have been trying to avoid has come to pass.

Beginilah seorang diplomat, seorang pemimpin terbilang bagi saya.

Tiada ulasan: