PRU13
ANALISIS - Jelajah Janji Ditepati anjuran Barisan Nasional (BN) yang berakhir di Pahang kelmarin bukan petanda bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Ramai meramalkan kemungkinan ada berita mengenai pembubaran hari ini.

Jika tidak, negara akan menyaksikan, buat pertama kali satu Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik, esok, jika tidak dibubarkan seperti amalan biasa sebelum ini.

Menurut penganalisis politik, Prof Dr Chandra Muzaffar, kerajaan Malaysia tidak mengamalkan sistem pilihan raya seperti di England yang menetapkan tarikh keramat itu dalam masa tertentu.

Katanya, kerajaan lebih gemar mempraktikkan sistem spekulasi sekali gus membebankan banyak pihak khususnya rakyat kerana tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersedia menghadapi hari pengundian itu nanti.

"Menteri Kabinet pun tak tahu bila tarikh parlimen akan dibubarkan selepas jelajah BN terakhir semalam.

"... amalan memilih tarikh pilihan raya (hingga timbul spekulasi) di Malaysia hari ini diamalkan dalam sistem Parlimen British dulu.