Sabtu, 23 Mac 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Politik Santa Claus : Jelajah pra pilihan raya Najib tamat, beri RM100j untuk projek Kuantan

Posted: 23 Mar 2013 09:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Datuk Seri Najib Razak menamatkan jelajah kebangsaan pra pilihan rayanya malam tadi dengan memberikan peruntukkan RM100 juta untuk kerja pembinaan jalan dan tebatan banjir untuk menenangkan penduduk Kuantan yang masih kecewa dengan loji penapisan nadir bumi kontroversi Lynas di sana.
Jelajah Janji Ditepati perdana menteri bertujuan untuk menunjukkan pencapaian pentadbirannya bermula April lalu di Johor dan berakhir malam tadi di negeri kelahirannya. Jelajah kebangsaan itu digunakan untuk menjanjikan dana dan peruntukkan oleh gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).
Najib juga menjanjikan RM3 juta untuk cadangan membina sekolah swasta Cina, Sekolah Menengah Chong Hwa, selain derma RM2 juta sebelum ini – dalam langkah dilihat untuk memenangi hati komuniti Cina di negeri tersebut.
"Apabila kita berjanji, kita selalu tunaikannya," pengerusi BN memberitahu hadirin di Padang MPK2 di tengah bandar, perhentian terakhir jelajahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Umno cuba kepung bas Jelajah Merdeka Rakyat

Posted: 23 Mar 2013 09:05 PM PDT

8da91cd893de11e2b01422000aaa05b1_7JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.
Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.
Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.
Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.
"Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno)," kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi: 'Mahathir tahu penyakit dialami Umno'

Posted: 23 Mar 2013 09:04 PM PDT

MARANG - Amanat Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lalu bahawa 'lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali' adalah satu sindiran tajam supaya rakyat tidak lagi menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Demikian kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menurutnya, walaupun ada yang berhujah bahawa perkataan 'devil' dan 'angel' dalam ungkapan asal Tun Mahathir, ia adalah satu metafora atau kiasan semata.

"Tetapi ia tidak menafikan hakikat bahawa Tun Mahathir sendiri telah membuat dua cabang kelas bahawa Umno-BN berada di pihak yang 'buruk dan rosak' manakala Pakatan Rakyat (PR) berada di pihak yang 'baik'," katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan Tun Mahathir adalah tokoh besar Umno selaku bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN,  malah yang paling lama memegang jawatan dalam parti dan kerajaan.

Namun, katanya, Tun Mahathir telah mendedahkan beberapa kali, dalam ayat dan perkataannya sendiri, bahawa Umno adalah parti berpenyakit kronik, mungkin tidak dapat diubati kerana sudah melarat ke dalam usus.
Read More / Baca Lagi >>

Keeping mum is akin to ‘suicide’

Posted: 23 Mar 2013 09:02 PM PDT

Rosmah regrets not nipping rumours in the bud and says from now will confront all allegations head on.
PETALING JAYA: Rosmah Mansor has admitted it was wrong to not dispel all the slanderous rumours levelled at her and Najib Tun Razak when they first surfaced.
In her biography launched earlier this week, the wife of the PM broke her silence on the many allegations, including her involvement in the murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu.
"Our mistake back then was to ignore these rumours because if we addressed them, the issues would be made bigger and sensationalised," Rosmah explained in her book.
She cited officers in the Prime Minister's Department who advised her to keep mum.
"I didn't have officers to speak on my behalf because I'm only the PM's wife," she added.
However, Rosmah admitted that it was wrong to have stayed silent because "the more I stood silent, the more slanderous allegations were thrown at me".
"When I don't address the allegations, they think I am scared," she said. "I'm not scared. I can face them."
'People can determine the truth'

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular

Posted: 23 Mar 2013 09:01 PM PDT

Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi.

  erasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.

2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].

3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.
Read More / Baca Lagi >>

POKOK PUN MATI BILA DIPASANG DENGAN BENDERA BARISAN NASIONAL!!!

Posted: 23 Mar 2013 08:59 PM PDT

Omakkau menerima sekeping rakaman gambar dan diberitahu bahawa sebelum kedua-dua petugas PAS dan UMNO/BN memasang bendera diatas kedua pokok ini, kedua batang pokok ini daunnya masih hijau dan subur.

Beberapa hari setelah kedua buah parti, PAS dan BN memasangkan benderanya, pokok yang dipasang dengan bendera BN terus mati dan menjadi kering sedangkan pokok yang dipasang dengan bendera PAS masih subur dan daunnya segar menghijau.

Adakah pokok pun sudah tidak sanggup menerima kehadiran BN atau petanda UMNO/BN parti yang zalim sehinggakan pokok pun boleh mati dibuatnya?...Wallahuakhlam Bissawab.

Kesetiaan PAS dan DAP terbukti, yang penting matlamat murni tercapai

Posted: 23 Mar 2013 08:57 PM PDT

Tidak pernah terfikir oleh orang ramai sebelum ini PAS dan DAP menjadi parti-parti yang di terima oleh semua kaum dan inilah yang membuatkan BN menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang akan datang ini. PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan agama yang 'universal' dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok dalam dunia ini. Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan 'ulamak songsang' yang datang dari kumpulan UMNO yang tertekan sambil memfatwakan PAS sebagai PAS sesat dan haram di sokong.
Berbagai kumpulan upahan telah di bawa ke depan kaca TV3 untuk menyiarkan fatwa songsang ini semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak politik mereka. Mereka mahukan agama di sesuaikan dengan keperluan mereka dan bukannya menyesuaikan kehendak Islam terhadap semua perjuangan mereka.
Semalam Lim Kit Siang telah menyatakan yang beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya ini. Ini di sebabkan ROS mungkin mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan dengan kesilapan dalam pemilihan CEC DAP di Pulau Pinang 15hb Disember yang lalu. Sebagai parti pembangkang dan memahami tindak laku BN yang sedang ketandusan sokongan menggunakan ROS untuk membatalkan pendaftaran DAP itu tidak boleh di anggap ringan. Dalam keadaan terdesak BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kelazatan kuasa yang ada kepada mereka (UMNO).
Read More / Baca Lagi >>

When You Help Someone Allah Helps You

Posted: 23 Mar 2013 08:55 PM PDT

Dr Abd Basit Rahman : Jgn jadikan Bacaan Al Fatihah Sbg Bacaan Rasmi Yg Tidak Difahami Maknanya

Posted: 23 Mar 2013 08:53 PM PDT

Ust Azhar Idrus Rasmi Wau FM

Posted: 23 Mar 2013 08:51 PM PDT

"BERANI" (Yasin & faizal tahir)

Posted: 23 Mar 2013 07:29 PM PDT

PRU13 : Bersiap sedia hadapi 1001 taktik kotor BN - Presiden PAS

Posted: 23 Mar 2013 07:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh ahli PAS disemua peringkat mempersiapkan diri dan jentera pilihan raya untuk menghadapi 1001 helah dan taktik kotor Umno-BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

Tegasnya kepada Harakah, kesemua peringkat jentera pilihan raya hendaklah digerakkan pada tahap paling maksimum kerana teka teki bilakah pilihan raya tidak ada lagi, setelah tempoh tamatnya kian diketahui umum.
Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan semua ahli PAS mesti bekerja dengan ikhlas untuk memperjuangkan Islam yang menjadi dasar perjuangan parti dengan memperkenalkan konsep "Islam Adil Untuk Semua".
PAS ujarnya, telah menjayakan konsep itu dengan ikatan Tahaluf Siasi yang terpahat diantara parti-parti pelbagai kaum dan agama dalam Pakatan Rakyat seperti yang diluluskan Majlis Syura Ulama dan Lajnah Politik PAS.
"Kita yakin dengan pertolongan Allah, kita akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya kali ini. Walaupun kemenangan itu tidak mudah, tetapi ianya tidak mustahil dengan pertolongan Allah," tegasnya kepada Harakah.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Perkataan 'Mac' harus ada!

Posted: 23 Mar 2013 07:21 PM PDT

Oleh SELENA TAY
UNTUK tiga kali berturut-turut iaitu pada 1 Mac, 8 Mac dan 15 Mac, rakan, saudara dan ahli keluarga penulis telah tanya sama ada Parlimen akan dibubarkan pada tarikh-tarikh tersebut.
Tetapi seperti yang para pembaca semua sedia maklum, Parlimen tidak juga dibubarkan.

Pakcik penulis ini yang juga seorang ahli usahawan berkata Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak boleh tunda tarikh Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ke bulan Mei sebab jika beliau berbuat demikian, pelabur asing dan juga pelabur tempatan akhirnya akan tahu bahawa Kerajaan BN sudah goyah dan justeru itu, kredibiliti BN akan terus merudum.
"Yang selewat-lewatnya Parlimen mesti dibubarkan pada 31 Mac untuk PRU13 diadakan pada bulan April. Jika ada perkataan 'Mac' itu, bolehlah dikira masih 'okay' dan PRU13 mestilah jangan melepasi tarikh 28 (sesetengah pihak menyatakan 30) April (tarikh pembubaran Parlimen secara automatik)," kata pakcik penulis ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : "Seks" jadi manifesto BN?

Posted: 23 Mar 2013 07:19 PM PDT


Oleh LIM HONG SIANG
Mungkin tiada yang serius tentang bilakah Barisan Nasional (BN) membentangkan manifesto pilihan raya mereka, setelah hampir sebulan Pakatan Rakyat melancarkan Manifesto Rakyat.
Sebaliknya, "gambar video seks" pula yang dihidangkan terlebih dahulu sebagai cubaan untuk mengaitkan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dengan tuduhan homoseksual.

Apakah ini satu-satunya "manifesto" yang mampu ditawarkan BN untuk pengundi Malaysia, setelah lebih setengah abad memerintah? Memang cukup mual apabila "seks" digunakan sebagai senjata untuk menyerang musuh politik. Kalau bukan budak jambu, maka "pelacur China" (kononnya). Kalau dahulu lelaki, kemudian perempuan, kini berbalik pula kepada lelaki... Sehingga warga internet terus menyindir, "barangkali 'Anwar' akan ditangkap kerana mengadakan hubungan dengan lembu dalam kondominium pada masa akan datang!" Belum sampai 24 jam, warga internet telah berjaya mengesan bahagian-bahagian yang disyaki, termasuk garis rambut pelaku dalam gambar (lebih ke tengah) yang tidak sama dengan Anwar (jelas di sebelah kiri), sudut cahaya dengan bayang yang berbeza dan sebagainya. Antara yang dipertikaikan, mengapa masih gambar hitam-putih sedangkan kita sudah masuk zaman digital dengan rakaman berwarna? Lebih-lebih lagi, jikalau benar Anwar berkelakuan sedemikian, dan "video" ini sengaja dirakam untuk mendedahkan "Anwar yang sebenar", mengapa tidak terus sahaja menyerbu ke bilik dan menangkap Anwar, ketika aksi-aksi ini berlangsung dalam hotel?
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Pemuda PAS tandingi 23 kerusi Parlimen, Dun

Posted: 23 Mar 2013 07:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Pusat dijangka meletakkan calon-calonnya di 23 kerusi Parlimen dan Dun pada PRU13 kali ini, tegas Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan.

Sehingga kini, katanya, terdapat 23 kerusi telah dipersetujui PAS Pusat untuk ditandingi dan mungkin akan berlaku pertambahan satu atau dua kerusi lagi.
Daripada jumlah itu katanya, ada negeri yang meletakkan calon Pemuda PAS di peringkat Dun, dan ada juga negeri yang hanya meletakkan calon pemuda di peringkat Parlimen.
Beliau berkata, dalam berdepan dengan PRU13 yang semakin hampir, Mohd Sany berharap semua jentera pilihan raya Pemuda PAS dapat mempertingkatkan gerak kerja di samping terus mendekati anak-anak muda dengan program-program yang "mesra" dengan mereka.
"Dalam tempoh yang berbaki sebulan ini, saya berharap tahap kesediaan Pemuda PAS dapat dipertingkatkan. Program-program untuk anak muda seperti sukan, konvoi dan hiburan Islam tetap diteruskan.
Read More / Baca Lagi >>

Hairan kenapa Umno iktiraf 'Kesultanan Sulu' yang tak wujud

Posted: 23 Mar 2013 07:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: Undangan yang dibuat oleh pihak Umno ke atas keluarga Kiram dari Sulu, Filipina pada Perhimpunan Agung Umno menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang ramai.
Bekas Setiausaha Eksekutif Umno Silam, Mutalib MD berkata, jemputan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh Umno kerana keluarga Kiram bukan lagi mewakili sebarang kerajaan.
Menurut beliau, Kesultanan Sulu sudah hancur sejak 1936 dan kini keturunan sebenar Kesultanan Sulu telah tiada lagi bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Filipina.
Katanya, orang Sulu yang tinggal di Pulau Sulu di Filipina sememangnya orang Sulu, tetapi mereka yang tinggal di pulau itu sekarang bukan lagi keturunan Kesultanan Sulu yang sebenar.
"Jadi, jika ada pihak yang mendakwa mereka Sultan Sulu atau keturunan Kesultanan Sulu, itu adalah bohong atau pihak yang menyamar semata-mata.
"Ini termasuklah dalam kalangan keluarga Kiram yang dikaitkan dengan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah sejak 9 atau 12 Februari lalu," katanya ketika dihubungi 22 Mac lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : 7 janji, 7 dosa projek beli undi

Posted: 23 Mar 2013 07:10 PM PDT

Oleh WAN NIK WAN YUSSOF
SABDA Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang  boleh membinasakan. Baginda ditanya: Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." (Riwayat Muslim).

Mungkin sumber hadis ini menjadi idea buat Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Razak menghambur fitnah terhadap PAS demi melaksanakan agenda merampas Kelantan.
Lalu diungkaplah kononnya PAS berdosa kepada rakyat. Disebutlah tujuh dosa itu, iaitu PAS pertama tidak mempertahankan kalimah Allah apabila dipersendakan sekutunya DAP, kedua membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, ketiga gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, keempat mengurniakan lebih 4,000 hektar tanah di Kelantan kepada pemimpin DAP membenarkan pemimpin DAP secara rakus menggondolkan hutan di Lojing, kelima (bersyubhat dengan) Tian Chua (Naib Presiden KeADILan terhadap isu di Lahad Datu sedangkan (di sisi Najib) Tian Chua adalah pemimpin keji kerana menghina pasukan keselamatan yang sedang berjuang di Sabah, keenam menipu rakyat apabila berkata tahaluf siyasi Barisan Nasional (BN) tidak betul sedangkan PAS bekerjasama dengan DAP, dan ketujuh mempermainkan matlamat perjuangan PAS sendiri sehingga matlamat manifesto apabila menukar daripada negara Islam kepada negara kebajikan dan hilang hukum hudud.
Sambil mengungkap kata-kata sinis (di SM Tanah Merah 1, 15 Mac 2013) Najib berkata: "Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini."
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : 'Pakatan yakin menang meskipun parti lawan nampak gah'

Posted: 23 Mar 2013 07:09 PM PDT

PASIR PUTEH - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti dijangka paling sengit dalam sejarah yang akan menyaksikan kebangkitan luar biasa PR di seluruh negara.

Adun Perupok, Datuk Omar Mohamad berkata, walaupun parti lawan lebih gah pada pandangan kata kasar, Pakatan Rakyat (PR) tetap yakin dengan kekuatan yang dibentuk sejak sekian lama.

Katanya, ALLAH SWT akan memberi petunjuk kepada rakyat yang terus menyokong perjuangan Islam di negara ini.

"Kita terpaksa melalui pelbagai rintangan dengan isu-isu yang sengaja ditimbulkan, saya percaya semua itu dapat diharungi kerana kita ikhlas dalam perjuangan.

"Saya menyeru kepada anda semua untuk terus mengukuhkan perpaduan, bantu membantu dan seterusnya menjana kejayaan perjuangan Islam di negara ini," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Politik Santa Claus : Najib rayu 'Beri BN mandat 5 tahun lagi'

Posted: 23 Mar 2013 07:02 PM PDT

KUANTAN - Warga Pahang membanjiri tapak program Jelajah Janji Ditepati terakhir malam tadi untuk mendengar amanat Perdana Menteri yang antara lain meminta rakyat menilai sendiri keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji demi menjamin kesejahteraan dan masa depan mereka.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membandingkan kejayaan itu dengan janji-janji kosong yang ditabur pembangkang selama ini.
Beliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik buat negara.
"Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara itu di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Bersenjatakan janji, Pakatan gempur Melayu Johor

Posted: 23 Mar 2013 06:58 PM PDT

JOHOR BARU, 24 Mac — Pakatan Rakyat (PR) menggempur Kampung Melayu Majidee, berkempen menjelang pilihan raya malam tadi, menyerang teras Melayu bandar Johor dengan menjanjikan pendidikan percuma kepada pengundi baru kawasan tersebut, dan janji untuk mengekalkan penempatan itu kepada penyokong tradisional Umno.
Berhimpun di wilayah Melayu bersejarah di pusat bandar Johor Bahru, lebih kurang 2,000 orang telah diberi amaran oleh pemimpin-pemimpin PR kerajaan negeri mereka, diterajui oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa "rasuah", mempunyai rancangan untuk menjual beberapa kampung dalam penempatan tersebut untuk komisen lumayan.
Akan tetapi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, anak kelahiran Johor yang dikatakan menjadi calon pilihan PR untuk menggantikan Abdul Ghani sebagai MB, berjanji perkara ini tidak akan berlaku di bawah pemerintahan pakatan jika ia berjaya merampas kubu Umno di Johor dalam pilihan raya akan datang.
"Dengar cerita tanah Kampung Melayu Majidee nak dijual, pemimpin Umno sedang bincang-bincang, komisennya cukup lumayan," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu kepada hadirin.
"Kalau Umno tak boleh pertahankan tanah orang kampung, kami PR akan selamatkan tanah tuan-tuan," tegas Salahuddin disambut sorakan dan teriakan penyokong mereka.
"PR akan jadikan Kg Melayu sebagai Kampung Warisan Negara, Umno tak fikir ini semua ...  esok dah hilang kampung, nak buat apa, nyanyilah lagu ghazal," kata beliau merujuk kepada lagu tradisional Melayu Johor.
Read More / Baca Lagi >>

Siar manifesto PRU: Kerajaan tak ikhlas, kata Pakatan

Posted: 23 Mar 2013 06:56 PM PDT


Saifuddin Nasution Ismail SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kerajaan tidak bertindak telus dalam soal memperuntukkan ruang masa kepada parti-parti politik memperkenalkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR  akan mengadakan perbincangan untuk memutuskan keperluan  pakatan pembangkang menggunakan ruang 10 minit yang diberikan kerajaan.

Menurutnya, tempoh masa dan syarat  yang diumumkan  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kelmarin  seperti "memperbudakkan" parti politik terutamanya pembangkang.

Beliau berkata, pada umumnya RTM adalah 'ala' Barisan Nasional (BN) yang digunakan 24 jam sehari untuk menyiarkan makluman termasuk manifesto parti kompenan perikatan itu.

"Kita masih tak ada keputusan, kita perlu berbincang untuk lihat sama ada itu menjadi satu keperluan kita untuk siarkan manifesto atau tidak.

"... tempoh masa 10 minit dengan syarat yang tidak relevan, ini untuk apa? Untuk memberitahu dunia media kita bebas dan memegang prinsip demokrasi?
Read More / Baca Lagi >>

NURUL IZZAH ANWAR : 'ZAMAN EDAN'

Posted: 23 Mar 2013 06:20 PM PDT

JMR : Lebih 10 Ribu Hadir Di Kampong Melayu Majidee, Johor Bahru

Posted: 23 Mar 2013 06:12 PM PDT

Young Gun: Teo Nie Ching

Posted: 23 Mar 2013 06:10 PM PDT

Solat jenazah Al-Marhum As-Syahid Al-Bouti dan cucunya di Masjid Bani Umayyah, Dimasyq

Posted: 23 Mar 2013 06:06 PM PDT

Tiada ulasan: