Isnin, 18 Mac 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Hanya ‘ubah’ boleh banteras politik jijik

Posted: 18 Mar 2013 06:04 PM PDT


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu menggesa agar rakyat bertindak untuk memurnikan budaya politik di Malaysia menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

"Sehingga ini nampaknya pihak penguasa masih terus menyalahgunakan kuasa sewenangnya," ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tempoh pemerintahan sepatutnya sudah berakhir namun Perdana Menteri terus bertindak seolah-olah menjadi PM yang masih boleh mengguna peruntukan kerajaan dan mengumumkan perbelanjaan untuk meraih undi.

Malah, katanya PM dan timbalannya terus mengguna kedudukan mereka untuk berkempen agenda politik kepada kakitangan kerajaan dan premis agensi awam seperti di sekolah.

" Teras berpendirian adalah tidak wajar politik negara ini dibiar berjalan seperti ini kerana antara isu yang terpenting perlu dijamin oleh rakyat ialah agar integriti penguasa akan terus dipantau dan dikawal oleh rakyat," katanya lagi.

Read More / Baca Lagi >>

‘Kempen media sosial PRU 13 kurang impak, walaupun berpengaruh’

Posted: 18 Mar 2013 06:03 PM PDT



KUALA LUMPUR, 19 Mac — Walaupun hampir setengah rakyat Malaysia menggunakan Facebook, impak kempen politik menerusi media sosial dan Internet masih lagi terbelakang berbanding dengan kaedah tradisional lain dalam menarik sokongan pengundi, kata penganalisis dan pemerhati politik tempatan.
Namun, dikala Malaysia menuju pilihan raya yang dianggap paling sengit tidak lama lagi, kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bersaing antara satu sama lain untuk menarik sokongan dengan menggunakan saluran atas talian media sosial dan laman-laman berita Internet.
Sumber dalam industri juga mendedahkan agensi kerajaan, jabatan-jabatan dan parti BN ketika ini membeli sejumlah besar ruang pengiklanan atas talian di kala klip video pro kerajaan dikeluarkan untuk menyaingi bahan-bahan dan iklan pro pembangkang menjelang pilihan raya bulan depan.
Walau bagaimanapun, penganalisis menekankan kempen politik melalui media sosial dan internet tidak akan mempengaruhi sokongan pengundi, khususnya masyarakat luar bandar yang lebih mengutamakan sentuhan peribadi.
Malahan, jumlah pengundi luar bandar antara yang penting dalam menentukan pemenang dalam pilihan raya meskipun pengundi bandar nampak lebih kearah pembangkang PR.
"Media sosial hanya mempunyai impak keatas masyarakat bandar tetapi tidak luar bandar. Pengundi lebih pentingkan isu yang dekat dengan mereka," kata penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Baharudin Othman kepada The Malaysian Insider.
"Pendekatan ceramah masih yang terbaik, kerana orang ramai lihat pemimpin dekat dengan mereka," tambah beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen Tuaran Serang Kepimpinan UMNO Yang Korup Dan Khianat Negara

Posted: 18 Mar 2013 06:01 PM PDT


New armoured combat vehicles arrives at Cenderawasih town in Felda Sahabat

Posted: 18 Mar 2013 05:59 PM PDT


CSI - Apa Itu Negara Islam? - Ustaz Wan Ji

Posted: 18 Mar 2013 05:58 PM PDT


Ulamak Muda Haraki - Ust. Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri

Posted: 18 Mar 2013 09:44 AM PDT

Full : Sambutan Ulangtahun Ke-47 DAP (Skudai, JB)

Posted: 18 Mar 2013 09:26 AM PDT

SKUDAI : DAP's 47th anniversary celebration

Posted: 18 Mar 2013 08:53 AM PDT

MEREKA MATI KERANA KAPAL SELAM...!!!!

Posted: 18 Mar 2013 08:46 AM PDT


Bukti Sahih : Siapa Pengkhianat Negara....!!!

Posted: 18 Mar 2013 08:41 AM PDT


Talk to Al Jazeera - Nur Misuari: 'We had to fight for it'

Posted: 18 Mar 2013 08:32 AM PDT

‘Kementerian Pertahanan lubuk pemimpin BN kayakan diri’

Posted: 18 Mar 2013 08:26 AM PDT

Contohnya pembelian kapal selam Scorpene, komisyen RM500 juta dibayar kepada Perimekar yang dimiliki Datuk Abdul Razak Baginda.

SEREMBAN: Pemimpin PKR Negeri Sembilan, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek menyifatkan; pendedahan-pendedahan membuktikan peruntukkan Kementerian Pertahanan menjadi lubuk untuk pimpinan Barisan Nasional (BN) kayakan diri atau kroni mereka.
"Contohnya pembelian kapal selam Scorpene, komisyen RM500 juta dibayar kepada Perimekar yang dimiliki Abdul Razak Baginda.
"Eurocopter EC275 dibeli pada harga RM190 juta seunit. Brazil membeli model yang sama dengan harga hanya RM82 juta. Jelas kerajaan beli dengan kos yang lebih mahal iaitu perbezaan sebanyak RM108 juta.
"Pembelian 257 kereta perisai bernilai sekitar RM29 juta seunit (jumlah RM7.5 billion) sedangkan kereta perisai yang hampir sama iaitu Pandur II, kerajaan Portugal hanya membayar RM4.4 juta seunit dan Pirahan III, kerajaan Switzerland hanya bayar RM3.9 juta seunit.
"Untuk rekod, Kementerian Pertahanan diantara penerima belanjawan terbesar bernilai belasan ribu juta ringgit setahun.
"Untuk tahun 2013, sebanyak RM15.2 billion (RM11.9 billion untuk mengurus dan RM3.2 billion untuk pembangunan) diperuntukkan.
"Sementara untuk tahun 2012, sebanyak RM13.7 billion (RM10.95 billion untuk mengurus dan RM2.35 billion untuk pembangunan) diperuntukkan," kata Mohamad Rafie yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Bersuara `wow'
Hampir 1, 000 orang yang hadir memberikan respon dengan bersuara 'woo' setiap kali beliau menyatakan angka wang ringgit dalam juta dan billion.
Mohamad Rafie yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban berkata, keputusan untuk membeli dibuat menerusi orang politik dan menerusi orang tengah atau syarikat orang tengah.
"Ini mewujudkan isu ketelusan dam akauntabiliti menjadi persoalan. Atas nama kerahsiaan, perbelanjaan pertahanan diseleweng.
"Transparency International dalam kajian tahun 2011 untuk 93 negara, ketelusan perbelanjaan pertahanan Malaysia adalah dalam kategori rendah.
"Rasuah dan salahguna peruntukan bukan sahaja memberbahayakan keselamatan negara tetapi juga anggota pasukan keselamatan kita.
Abai keselamatan negara dan anggota tentera demi kepentingan perut
Caribou terhempas
Read More / Baca Lagi >>

GUESS THE RESPONSE: Silly Soi Lek asks 'Is Najib the leader for all Malaysia?'

Posted: 18 Mar 2013 08:25 AM PDT

It was slightly cold in Negeri Sembilan last weekend because of the rain. The political climate, however, was very hot.
GUESS THE RESPONSE: Silly Soi Lek asks 'Is Najib the leader for all Malaysia?'Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was greeted by about 30,000 people upon arrival at a 3,000-table dinner held by the Negri Sembilan Federation of Chinese Association in Seremban. It was said to have created a new Malaysian record.
Meanwhile, another dinner was held by the DAP in nearby Lukut. More than 2,000 people had turn up at the 280-table dinner. Of course, it was quite bustling, too.
If someone says that the dinner attended by the Prime Minister had attracted many people because there were many goodies, including free meals and lucky draws, it would be an insult to local Chinese. They would not attend a political activity that they do not like or hate just for the free meals and lucky draws.
They attended the dinner to at least show that they still have room to choose, listen and observe. They were giving them a chance.
It reflected the general mentality of the Chinese. Please do not think that the Chinese are stubborn. In fact, most Chinese are still observing and secretly calculating.
However, did the turnout of 30,000 people mean the BN has grabbed Chinese votes and many people are supporting the BN?
It might not so.
Read More / Baca Lagi >>

Sandiwara Jamalul Kiram sekeluarga...!!! Siapa Sandiwara....Siapa berlakon...???

Posted: 18 Mar 2013 08:20 AM PDT

LABUAN, 18 Mac — Insiden pencerobohan di Lahat Datu dilihat tidak lebih daripada sandiwara Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Sulu dan para penaja kempen beliau.
Tindakan Jamalul dan militan setianya tidak masuk akal sedangkan Istana Malacanang sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada penurunan pewaris selepas Sultan Jamalul Ikram II meninggal dunia (1884-1936).
Kumpulan militan bersenjata seramai 234 orang yang diketuai sendiri oleh adik Jamalul yang bergelar Raja Muda Agbimuddin Kiram mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari untuk menuntut semula Sabah sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu.
Selepas Kerajaan Malaysia bertindak untuk mengusir keluar kumpulan pengganas itu, dan selepas berpuluh-puluh anggotanya terbunuh Jamalul yang dalam mahu menjaga air mukanya berkeras bahawa pasukan militannya tidak akan berundur dari Lahad Datu dan mereka akan berjuang hingga ke orang terakhir.
Sandiwara "Istana Sulu" dipanjangkan lagi oleh polemik adiknya yang menggelarkan dirinya sebagai "Sultan Bantilan Esmail Kiram II" dan anak perempuannya "Jacel Kiram".
Plot sandiwara itu bertambah rumit dengan tidak kurang enam pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu yang tidak lagi diiktiraf.
MUSUH DALAM SELIMUT
Pemimpin tempatan (pembangkang) serta pesimpati dengan 'perjuangan Kesultanan Sulu' juga dipercayai menyumbang kepada sandiwara ini.
Sebelum pencerobohan berlaku, ada pemimpin pembangkang Sabah yang mengakui pernah berjumpa dengan Sultan Sulu.
Read More / Baca Lagi >>

Hubungan "Sultan Sulu" dengan politik Malaysia

Posted: 18 Mar 2013 08:11 AM PDT

Oleh Kuda Ranggi

Hubungan tokoh-tokoh politik Malaysia dengan "Sultan Sulu" bukan perkara baru. Ada juga "Sultan Sulu" yang pernah menjadi ahli UMNO di Sabah.

Gambar di atas menunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama "Sultan Esmail Kiram II" manakala sekeping lagi menunjukkan Tun Abdullah Ahmad dengan "Sultan Sulu" yang sama. "Sultan Esmail Kiram II" adalah saudara "Sultan Jamalul Kiram III" yang bertanggungjawab menghantar "tentera dirajanya" menceroboh Sabah.

Kita tidak tahu sejauh mana hubungan kepimpinan UMNO dengan "Sultan Sulu" dan kita tidak mahu pula melempar tuduhan atau fitnah hanya dengan memaparkan foto sedemikian rupa termasuk yang dikaitkan dengan Nur Misuari atau pemimpin Moro yang lain.


Kita melihat hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan silatur-rahim antara saudara seagama. Kita sedar di kalangan keluarga terdekatpun berlaku perbalahan inikan pula antara sahabat yang berlainan negara. Hari ini berkawan dan esok lusa boleh berlawan.

Oleh itu, rakaman foto masa lalu tidak boleh dijadikan alat atau alasan untuk melempar tuduhan kepada sesiapapun kerana pada waktu itu mereka bersahabat dan tidak bermusuhan. Permusuhan hanya berlaku apabila sahabat bertindak menceroboh dan membunuh.
Read More / Baca Lagi >>

BOLEH MENDATANGKAN MARAH : MUHIYIDDIN AKUI UMNO KINI AMAT LEMAH.. TIDAK MUSTAHIL PRU 13 UMNO AKAN REBAH !!!!!

Posted: 18 Mar 2013 08:07 AM PDT



PUTRAJAYA, 18 Mac — Punca kelemahan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja datang daripada kelemahan Umno, tetapi juga akibat daripada kelemahan parti komponen yang hampir lumpuh akibat tewas dalam Pilihan Raya 2008, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata parti komponen seperti MCA, MIC, dan Gerakan mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya umum ke-12 akibat kehilangan besar beberapa kerusi kepada pembangkang dan perkara itu turut memberikan kesan kepada kedudukan BN.

"Kelemahan bukan sahaja Umno, tapi komponen parti yang ada masalah besar ... kita perlu buat sesuatu untuk kukuhkan parti mereka," kata Muhyiddin (gambar) dalam pertemuan bersama 250 ahli Mubarak Wilayah Persekutuan, Veteran Umno Wilayah Persekutuan, dan  Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Wilayah Persekutuan di Perbadanan Putrajaya di sini.
Read More / Baca Lagi >>

SAMBUTAN HARI KELAHIRAN DAP KE-47 TAHUN DISUTERA MALL, SKUDAI, JOHOR.

Posted: 18 Mar 2013 08:04 AM PDT

Lahad Datu : Siapa Pengkhianat Sebenarnya...???

Posted: 18 Mar 2013 08:02 AM PDT

Najib dalang Lahad Datu, Anwar kambing hitam?

Posted: 18 Mar 2013 07:57 AM PDT

Oleh BOESTAMAM SARI

Dalam rencana Manila Buletin Publishing Corporation "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia", Pengerusi (MNLF), Nur Misuari menyebut peranan jahat Najib Razak di Lahad Datu.

"Apabila dia berada di Jolo, Sulu, minggu lepas, Misuari berkata dia telah mendengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka mendakwa dijanjikan akan ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak," isi kandungan itu dipetik. 
############


Sebelum Najib Razak memainkan hati dan perasaan balu-balu askar lebih jauh, ada baik juga rakyat kembali mengkaji keterlibatan Najib Razak dengan Sulu sebelum ini.

Keterlibatan erat antara Najib Razak dan Sulu 'pengganas' inilah yang menyebabkan Najib enggan menamatkan perang Sabah bertujuan menyelamatkan politiknya.
Read More / Baca Lagi >>

Iktibar Lahad Datu: Apa jadi kalau negara diserang kuasa luar?

Posted: 18 Mar 2013 07:54 AM PDT

Ahmad Lutfi Othman
Saya kerap diperingatkan agar lebih cermat dan berhati-hati apabila mengulas isu Lahad Datu. Beberapa artikel yang disumbangkan oleh rakan-rakan, menyentuh tragedi berdarah di Sabah itu, terpaksa ditolak.

Saya sendiri mengedit berkali-kali catatan di kolum ini sehingga banyak perenggan dipotong dan mungkin kehilangan makna asal.
"Elakkan bahan-bahan sensitif dan boleh mengundang salah tanggapan. Ia membawa natijah buruk kepada parti, jika Harakah dilihat merendah-rendahkan pasukan keselamatan," begitulah salah satu peringatan yang saya terima.
Saya cuba mematuhi nasihat itu, selain memegang amanat Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, agar "berpantang" di waktu kritikal menjelang PRU13, iaitu jangan mendedahkan diri dan parti dengan kesilapan -- walaupun kecil --  yang boleh membawa padah.
Semasa kita berusaha mengelak daripada terjerumus dalam polemik yang berisiko ini, pihak Umno-BN semakin ghairah mempolitikkannya. Tiba-tiba saja isu ini menjadi senjata utama untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Sudahlah cadangan mengadakan sidang khas Parlimen membincangkan kes Lahad Datu ini ditolak, tiada usaha mengumpulkan setiap potensi kekuatan yang ada, bagi menanganinya dengan tuntas.
Justeru, tidak pelik jika bidasan Dr Abd Aziz Bari, bekas profesor undang-undang UIAM,  terhadap pengendalian kes di Lahad Datu, dalam Harakah keluaran Jumaat lalu, ditanggapi sebagai usaha memperlekeh pihak tentera dan polis.
Read More / Baca Lagi >>

Tawan Kelantan: Hanya Angan-Angan 1Malaysia...

Posted: 18 Mar 2013 07:52 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Jumaat lalu Najib sekali lagi melawat Kelantan. Ia dianggap lawatan terakhir Perdana Menteri ke negeri yang ditadbir oleh Pas selama 23 tahun itu sebelum Parlimen dibubarkan. Jika dalam lawatan terdahulu iaitu tidak sampai dua bulan yang lalu, Najib menaburkan 7 janji yang akan dilaksanakan oleh BN jika berjaya menawan Kelantan, dalam kunjungannya kali ini beliau menghuraikan pula 7 dosa yang telah dilakukan oleh Pas sejak mentadbir negeri itu.

Walaupun huraian Najib tentang janji dan dosa itu banyak yang boleh dipertikaikan dan tidak lebih sebagai serangan politik semata-mata tetapi yang jelasnya ia menggambarkan kesungguhan beliau mahu menawan kembali negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan mengembalikannya ke pangkuan BN.

Selain mempertahankan Putrajaya dan menawan kembali Selangor di mana Najib juga merelakan dirinya menjadi Pengarah Pilihanraya negeri itu, nampaknya Kelantan juga turut menjadi sasaran Najib dalam pilihanraya kali ini.

Meskipun Najib nampak bersungguh mahu menawan kembali Kelantan tetapi banyak pihak yang ditemui sangsi dengan sasarannya itu. Sementara beliau menunjukkan kesungguhan ke arah itu, realitinya usaha beliau itu tidak disambut sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Kuasa mahasiswa dalam PRU13

Posted: 18 Mar 2013 07:50 AM PDT

Oleh SAIFUDDIN ABDULLAH
Minggu lalu, saya diundang berbicara tentang politik oleh dua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Pada hari Selasa, saya di forum anjuran MPP Universiti Malaya (UM), bertajuk "Dimensi politik baru mahasiswa", bersama Bukhairi Sufian, Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dan Marwan Kahar, Presiden Karisma. Moderatornya Izham Ismail, Yang Dipertua MPPUM.


Keesokannya pula, saya di program bedah buku saya, Politik Baru, anjuran MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Moderatornya Yang Dipertua MPPUKM, Ahmad Shukran Shaharudin.

Kehadiran mahasiswa di kedua-dua program itu amat menggalakkan, iaitu hampir memenuhi tempat-tempat yang disediakan. Kedua-dua mahasiswa yang menjadi ahli panel di forum MPPUM itu telah mengutarakan penghujahan dengan begitu baik dan beretika.

Begitu juga kedua-dua moderatornya. Soalan-soalan hadirin di kedua-dua program pula banyak dan berkualiti.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir Yang Tidak Pernah Bertanggungjawab

Posted: 18 Mar 2013 07:48 AM PDT

Usaha untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara oleh siapa juga dialu-alukan. Tanggungjawab menjaga kedaulatan negara dan keselamatan rakyat bukan saja terletak ditangan pemerintah semata-mata tetapi rakyat seluruhnya tanpa mengira kaum. Negara yang kaya, penuh dengan pembangunan tetapi kalau tidak ada sokongan rakyat akan roboh juga.


Salah sebuah rumah atas air di Sandakan Sabah.
Justeru sesiapa saja yang menganggap negara ini negara mereka, wajib mempertahankan kedaulatan negara sampai ke titisan darah terakhir. Mempertahankan negara sebahagian daripada cabang iman.

Bagaimana pun usaha berkenaan perlulah dilakukan dengan bijak sana dan mengikut undang-undang. Rasulullah s.a.w.  mengajar kita bersifat fatanah. Dalam konteks ini bukan saja dalam konteks undang-undang negara tetapi undang-undang dunia juga. Semua dunia mengiktiraf mengenai hak dan kedaulatan sesebuah negara dan bangsa. Ini sesuai dengan ajaran agama Islam bahawa semua bangsa dan agama adalah makhluk-Nya yang dijadikan penuh dengan maksud-maksud dan tujuan tertentu, dan hendak saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
Read More / Baca Lagi >>

Umno BN penaja politik longkang

Posted: 18 Mar 2013 07:40 AM PDT

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga hari ini berdolak-dalik dan enggan menjawab soalan wartawan yang meminta bukti bahawa pembangkang akan mencetuskan huru hara pada Pilihan Raya Umum ke-13.
"Nantilah sampai masa yang sesuai," jawab Muhyiddin sewaktu sidang media selepas mengumumkan nama Sasterawan Negara ke-12 di Putrajaya baru-baru ini.
Ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru sebelum ini, Muhyiddin mendakwa menerima beberapa dokumen.
Beliau berkata, dokumen yang boleh dipercayai itu mendakwa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan
raya umum ke-13.
Hakikatnya kenyataan yang dibuat Muhyiddin ini, sebenarnya adalah manifestasi daripada ketakutan seluruh kepimpinan BN, bahawa saat mereka hendak tumbang semakin hampir.
Tidak lain tidak bukan, yang boleh menyelamatkan kerajaan BN, hanyalah jika negara berada dalam keadaan yang kucar kacir dan tidak stabil.
Negara tidak stabil, keamanan negara akan terancam jika wujud anasir-anasir pengacau yang menimbulkan keributan dalam sistem demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

THE DEADLY GAME OF SUBMARINES: Scorpene lawyer found DEAD

Posted: 18 Mar 2013 07:34 AM PDT

A star lawyer appointed by French arms maker DCNS to act on its behalf over the Malaysian Scorpene corruption inquiry has been found dead near his private island in Brittany.
THE DEADLY GAME OF SUBMARINES: Scorpene lawyer found DEAD The body of Olivier Metzner, a top French lawyer whose clients ranged from Panama's ex-dictator Manuel Noriega to former prime minister Dominique de Villepin, was found floating in the sea in Brittany, north-west of France. The police found a suicide note.
But Noriega, whom Metzner had defended in 2010, said in a note sent by his eldest daughter that he was "surprised" and "deeply hurt" to learn of the death. The former Panama leader also staunchly rejected suggestions of suicide, saying the act was "incompatible with (Metzner's) personality".
Incompatible with his personality
Whatever the cause of death, Metzner's demise is the latest in a string of suspicious deaths that have dogged DCNS and the high-powered clients it serves in the shady and ultra-sensitive world of international arms trade.
In Malaysia in 2006, a 28-year-old Mongolian woman by the name of Altantuya Shaariibuu was murdered by two former bodyguards of Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor.
Najib and wife have denied any involvement but till now are unable to shake off the suspicion that they had something to do with those who had ordered Altantuya's brutal killing.
The beautiful Altantuya had acted as a translator for Najib's close aide Razak Baginda, who had helped negotiate Malaysia's RM7.3bil acquisition of 2 Scorpene subs. She is believed to have been killed because of her knowledge of the transaction and her threat to blow the whistle on those who have been accused of creaming a 114 million euros kickback from DCNS in return for sanctioning the deal.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: