PENYAPU SIAL |
- lembu betina buat taik untuk laki lembu dengan sombongnya enggan minta maaf buang taik merata rata dengan duit NFC...!!!
- pengganas 1 malaysia bermaharajalela....makin tak bermoral...bonus rasuah 1 malaysia di perhebatkan...
- Sebelum ini pemimpinan UMNO dahulu dah kelentong...kini najib pulak tunjuk hero kaki kelentong....kita tengok siapa yang benar benar kena kelentong....!!!!
Posted: 18 Mar 2013 10:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi hari ini mempersoalkan mengapa beliau perlu meminta maaf ke atas rakyat Malaysia mengenai skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Peguam Rafizi Ramli, Ranjit Singh berkata, pengarah strategi PKR dalam kenyataan media pada 28 November 2011 menyeru bekas menteri Kabinet itu memohon maaf kepada rakyat kerana dakwaan menyalahgunakan wang rakyat ke atas projek penternakan lembu yang mencetuskan kemarahan orang ramai. “Untuk apa saya perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia?” kata Shahrizat di Mahkamah Tinggi hari ini. “Adakah anda bertanya kepada seorang isteri apa yang suaminya buat dengan membeli kondo? Adakah anda bertanya kepada seorang isteri untuk menerangkan apa suaminya buat dalam kondo atau beberapa buah kondo?” katanya dengan meluahkan perasaan marah. Shahrizat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Rafizi apabila beliau menimbulkan persoalan sama ada wang rakyat digunakan selepas National Feedlot Corporation (NFCorp) meminjam RM81 juta kepada National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) untuk membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar. “Persoalan itu tidak timbul sehingga klien anda cuba untuk memutarbelit kenyataan kepada seluruh negara,” kata Shahrizat. “Ini adalah fitnah dan tuduhan semata-mata,” katanya lagi. Shahrizat turut berkata beliau tidak tahu apakah NFCorp meminjam RM81 juta itu datang dari dana RM250 juta pinjaman dari kerajaan kepada NFCorp. Ketua Wanita Umno itu bagaimanapun mengakui NFCorp menggunakan dana tersebut untuk membeli unit kondominium itu bukanlah dari tujuan asal pinjaman dari kerajaan. “Wang tersebut adalah program untuk NFC, tetapi rumah penyembelihan masih belum dibina, jadi sebab itu mereka melabur dalam sektor hartanah. Sebab itu ia bukan tujuan dari pinjaman,” kata Shahrizat. Beliau mengatakan beliau menjadi satu-satunya sasaran Rafizi dan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bersama pada 10 November 2011, dengan menamakan beliau, dan beberapa individu - termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, dan bekas menteri tersebut yang kini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - sebagai mereka yang terlibat dalam isu NFC. “Mereka memang menyerang saya, saya satu-satunya sasaran,” kata Shahrizat. Projek NFC dianugerahkan kepada NFCorp, yang dimiliki oleh suami Shahrizat Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pada 2006 ketika Shahrizat masih lagi dalam Kabinet. Ranjit berkata timbalan ketua Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Datuk Bung Mokhtar Radin yang mahu Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat selepas skandal NFC terbongkar. “Adakah anda telah menyaman beliau? Tidakkah anda rasa anda difitnah?” tanya Ranjit. “Sebab utama saya menyaman (Rafizi), kerana apa yang dilakukan oleh klien anda, orang ada sangkaan buruk ke atas saya. Orang dalam parti saya sendiri pun ada tanggapan buruk ke atas saya,” kata Shahrizat. “Klien anda menyuruh saya memohon maaf kepada rakyat Malaysia terhadap sesuatu yang tidak dilakukan oleh saya dan keluarga saya,” katanya lagi. Jawatan Senator Shahrizat tidak diperbaharui April lalu dan portfolionya diambil alih oleh Najib. Shahrizat memfailkan saman RM100 juta ke atas Rafizi dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin kerana isu NFC pada Januari tahun lalu. Hakim Vazeer Alam Mydin menangguhkan perbicaraan pada hari esok.
penyapu sial
Kami Rakyat Malaysia bukan sahaja mahu Sharizat meminta maaf! Malah Kami mahu Wang sebanyak RM250 juta yang dipinjam oleh keluarga Sharizat dipulangkan kepada Rakyat! Hanya perompak sahaja yang tidak memulangkan apa yang dirompak! |
Posted: 18 Mar 2013 12:02 AM PDT PM: Tambahan bonus sebulan gaji bagi 200,000 petugas PNB SERDANG, 18 Mac — Lebih 200,000 kakitangan syarikat kumpulan Permodalan Nasional berhad (PNB) akan menerima bonus tambahan sebulan gaji bagi tahun 2012, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada bonus tahun lepas akan menyuntik semangat warga PNB untuk meneruskan pencapaian kumpulan itu selama 35 tahun. “Saya berharap dengan imbuhan ini seluruh warga kerja akan bekerja lebih kuat lagi, lebih tekun dan lebih gigih lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun PNB ke-35, di sini, semalam. Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Selain pemberian bonus, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa seramai 2,434 anak kakitangan PNB berumur 23 tahun ke bawah dan masih belum bekerja akan menerima RM1,000 seorang dalam bentuk unit Amanah Saham 1Malaysia bagi tahun ini. Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut melancarkan perkhidmatan terbaharu berkaitan pewarisan unit amanah, iaitu Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASBN) yang mana bakal memberi manfaat kepada 11 juta pemegang unit berkenaan. Katanya, Hibah Amanah dikhususkan kepada pemegang unit beragama Islam sementara Pengisytiharan Amanah kepada bukan Islam. “Perkhidmatan terbaharu ini membantu pemegang unit ASBN merancang harta pusaka membabitkan amanah ASBN agar dapat diagihkan kepada waris dengan mudah dan pantas berbanding proses tuntutan harta pusaka biasa, selepas pemegang unit meninggal dunia,” katanya. Beliau juga mengingatkan warga syarikat kumpulan PNB bahawa segala kejayaan yang dikecapi PNB hanya dapat diteruskan sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara. Menurutnya kerajaan begitu prihatin dalam merancang dan menjamin kejayaan PNB bukan sahaja di dalam negara, bahkan juga di peringkat antarabangsa, sekali gus melahirkan ramai pentadbir dan pengurus anak-anak Melayu yang berjaya dan berwibawa untuk mengendalikan badan-badan korporat. “Kalau dulu mereka tidak ada peluang tetapi sejak penubuhan PNB, ramai anak bangsa yang kini dapat kita gariskan di kalangan mereka-mereka yang begitu cekap menguruskan perniagaan bernilai berbilion-bilion ringgit dan mereka telah diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya. Beliau juga bangga dengan kecekapan PNB menguruskan pelbagai saham yang menaja keuntungan seperti Amanah Saham Nasional dan skim Amanah Saham Bumiputra. “Dividen dan bonus sebanyak RM103.5 bilion yang telah dibayar selama ini menunjukkan bahawa pengurusan PNB dan syarikat kumpulan itu telah diuruskan dengan cekap dan telah berjaya menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan,” katanya. Najib berkata aset PNB kini bernilai RM237 bilion serta mencatatkan keuntungan lebih RM2 bilion tahun lepas, iaitu pencapaian terbaik sejak penubuhannya. “Jumlah keuntungan yang begitu menggalakkan itu tidak termasuk keuntungan RM11.81 bilion yang dijana menerusi dana-dana unit amanah ASNB,” katanya. – Bernama
penyapu sial
inilah cara cara busuk pengganas 1 malaysia merasuah rakyat....menjelang pilihanraya dan dalam keadaan terdesak....habis di tabur janji lubang taiknya kepada rakyat...SPR dan SPRM lansung berak kapur...apa mika mika semua sudah dapat jilat pantat rosmah ke...??? anjing anjing ini diam membisu bila pengganas ini merasuah sana sini...bila pembangkang buat manifesto dalam buku jingga ...dahlah tiru ...habis di kutuknya sampai la nie...manusia binatang jenis apakah ini...???? nampaknya taktik guna pendatang asing sudah pecah tembelang so inilah cara tak bermoral untuk membeli undi rakyat...ingatlah 1 undi kita beri kepada UMNO-BN bermakna kita beri syaitan di kenali , yahudi dan kuncu kuncunya memonggah kita ke neraka Allah SWT...!!!! |
Posted: 17 Mar 2013 11:45 PM PDT Najib ke Kelantan lagi kelmarin dan masih cuba untuk mengelentong rakyat di negeri yang telah dipersendakan oleh Najib selama ini. Seperti dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu Umno berjanji dan berjanji sampaikan tidak ada lagi janji yang tidak dibuatnya. Bagi orang Kelantan elok mereka (orang Kelantan) meminta Najib membuka mulutnya lebar-lebar untuk rakyat Kelantan melihat apakah jenis lidah yang ada di dalam mulut Najib, Mahathir dan kepimpinan Umno yang besar-besar itu. Bagaimana rakyat Kelantan hendak mempercayai Umno sedangkan Umnolah yang membohongi rakyat Kelantan terang-terangan. Janji Kerajaan Persekutuan melalui Petronas untuk mengotakan perjanjian Vestine pada bulan Mei 1975 tidak langsung ditepati sehinggakan rakyat Kelantan dinafikan punca kewangan untuk membangunkan negeri itu. Perjanjian itu sudah dimeterai hampir 40 tahun dahulu tetapi sehingga hari ini kerajaan Persekutuan masih melakukan rampasan wang dan harta rakyat Kelantan yang berjumlah lebih dari RM7billion itu. Dalam perjanjian itu telah termeterai yang rakyat Kelantan berhak mendapatkan 5% dari minyak yang dijumpai dan dikeluarkan samada dalam persisiran atau di luar persisiran negeri Kelantan mengikut harga FOB. Pembayarannya pula dibuat dua kali setahun secara tunai kepada kerajaan pilihan rakyat Kelantan pada1hb Mac dan 1hb September setiap tahun. Perlu diingat perjanjian ini dimeterai di antara Petronas yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan semasa itu, Dato’ Mohammad Nasir dari PAS. Tunggakan pembayaran itu bukannya kecil tetapi melebihi RM7billion sekarang ini. Janji yang satu ini pun tidak ditunaikan sekarang Najib datang dan mundar-mandir ke Kelantan memberikan janji-janji lagi. Janji-janji BN kepada rakyat Kelantan adalah janji-janji yang tidak ditepati. Kalaulah perjanjian itu ditepati Kelantan merupakan negeri yang paling kaya, malahan lebih kaya dari banyak negeri di Semenanjung yang lain. Malangnya, rakyat Kelantan mempunyai pemimpin dari Umno yang berkait rapat dengan pimpinan Umno yang menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menghimpit rakyat Kelantan. Selain daripada Tengku Razaleigh Hamzah, semua pimpinan Umno Kelantan memihak kepada Persekutuan untuk menekan rakyat mereka sendiri. Mereka seperti Mustapha Mohamad, Awang Adek tidak memihak kepada rakyat negerinya sendiri. Ibrahim Ali yang sedang mencuba-cuba untuk menjadi pemimpin itu sendiri menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menekan dan menghimpit rakyat Kelantan. Bagi rakyat Kelantan cara untuk mendapatkan hak mereka ialah untuk terus menolak pihak yang melakukan kezaliman terhadap mereka itu. Menolak Umno habis-habisan merupakan perjuangan yang suci untuk melindungi rakyat Kelantan daripada terus ditipu dan dianiayai oleh pimpinan Umno Persekutuan. Jika pemimpin seperti Mustapha dan Awang Adek itu melakukan konspirasi penekanan terhadap rakyat Kelantan, adalah tidak wajar mereka ini dijadikan ayam tambatan untuk rakyat Kelantan. Mereka ini sepatutnya dinyahkan daripada memimpin rakyat Kelantan kerana mereka ini adalah penghalang kepada rakyat Kelantan untuk menuntut hak mereka. Walaubagaimanapun tekanan terhadap rakyat Kelantan oleh pimpinan Umno itu, hakikatnya kita wajar percaya yang kebenarannya akan tetap terserlah. Kebenaran itu rasanya akan dapat diperolehi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Jika diizinkan Tuhan, PAS akan menjadi parti di dalam kerajaan, maka mudahlah bagi rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka yang telah dinafikan oleh Umno selama ini…Insya-Allah. Ingatlah...Doa orang yang dizalimi adalah doa yang mudah dimakbulkan Tuhan. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan