Isnin, 18 Mac 2013

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Dulu kata Ahli Politik tak boleh masuk ke dalam Sekolah

Posted: 17 Mar 2013 10:26 PM PDT

Di Petik Dari :Malaysiakini


Satu kekacauan tercetus apabila sekumpulan penyokong PKR dan penduduk kampung cuba menghentikan satu ceramah pro-BN yang dijalankan di Sekolah Menengan Guar Perahu, Penanti di Pulau Pinang pada malam tadi.

Kumpulan berkenaan memasuki kawasan sekoleh tersebut untuk mengehntikan acara berkenaan – yang memfokuskan isu pencerobohan Lahad Datu dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

NONEDifahamkan, kumpulan berkenaan membantah ceramah berbentuk politik itu diadakan di sekolah memandangkan premis seperti itu tidak boleh digunakan oleh ahli politik.

Ratusan penyokong berkenaan, termasuk ketua AMK negeri Amir Ghazali – berhimpun di sekeliling kawasan sekolah sejak jam 9 malam, namun dihalang kira-kira 100 orang polis yang berkawal.

Acara berkenaan antara lainnya menampilkan MP Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin dan pemimpin NGO anti-PKR, Muhammad Zahid Md Arip.

Kedua-dua pemimpin berkenaan bagaimaanapun berjaya menyampaikan ucapan walau dengan keadaan bising di luar kawasan itu.

Sementara itu, polis menahan seorang warga emaas yang didakwa cuba mencetus kekacauan, dan dibebaskan kemudian.

Ketua polis daerah Seberang Perai Azman Abd Lah berkata tiada penahanan dibuat memandangkan keadaan itu "normal semasa musim pilihan raya".

"Tiada huru-hara, hanya sedikit kekacauan," katanya yang menambah polis turut mengerahkan unit tindakan ringan (LSF).

Azman menafikan bahawa majlis berkenaan merupakan satu ceramah dan mendakwa ia hanya satu "mesyuarat dan taklimat".

Published with Blogger-droid v2.0.10

Nak Bubar tapi tak jadi

Posted: 17 Mar 2013 09:58 PM PDT

Pasti Ramai yang menanti hari ini,beberapa hari yang lepas Azmin Ali memaklumkan dalam twitter yang parlimen akan di bubarkan pada hari ini.Nampaknya ia seperti menanti buah yang takkan gugur.Mat monggol memberi seribu satu alasan dan kini masih berdiam diri,tak macam pak lah yang menemui ilham untuk bubarkan parlimen.

Gambar yang paling nyata kini di mainkan iadalah Lahad datu lantas Anwar di jadikan guni pasir untuk di persalahkan atas segala pencerobohan yang berlaku.

Dah masuk 17 hari Gerombolan gagal saman Tian Chua,hanya berani hantar samseng je,dan malam ini bekas jeneral bakal membongkar apa yang berlaku di Lahad Datu.

Terbonggeng sana-sini Mat Monggol makin tangguhkan pilihanraya sama seperti yang berlaku di Afrika timur.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan: