Sabtu, 9 Mac 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: NGO Berdemo Bantah Tian Chua Di Kuantan !!

Posted: 08 Mar 2013 09:33 PM PST


[Kira-kira hampir 300 orang yang mewakili beberapa NGO dan selaku individu yang prihatin telah mengadakan tunjuk perasaan secara aman bagi mengutuk Tian Chua yang menghina pengorbanan anggota keselamatan dalam serangan pengganas di Lahad Datu baru-baru ini. Mereka berhimpun di sekitar Padang MPK (hadapan Masjid Neger) dan kemudiannya berarak disepanjang jalan berhampiran dengan disaksikan lebih 400 orang yang berada disana ketika itu termasuk mereka yang melalui kawasan berkenaan dengan kenderaan. Mereka yang berhimpun itu mengutuk Tian Chua yang menghina anggota keselamatan sedangkan ada dikalangan mereka telah terkorban kerana mempertahankan bumi berdaulat ini. Bahkan rakyat merasa sebak dan marah kepada kumpulan penceroboh berkenaan berikut penemuan mayat anggota keselamatan yang diperlakukan tanpa berperikemanusiaan. Rakyat Malaysia akan tetap menyokong dan berdiri teguh dibelakang kerajaan yang memerintah dalam mempertahankan kedaulatan negara. Mereka yang berdemo itu juga turut menuntut pihak berkenaan menyiasat dalang disebalik pencerobohan pengganas berkenaan yang mengorbankan banyak nyawa anggota keselamatan yang tidak berdosa serta mengecam Pakatan Pembangkang yang seakan  menyokong keganasan]. sumber

Panas: Saiful Dakwa Anwar Punca Bapanya U-Turn !

Posted: 08 Mar 2013 10:39 AM PST

Panas: Lagi 'Video Amukan Samseng' Di Bukit Katil !!

Posted: 08 Mar 2013 10:33 AM PST

Panas: Siapa Tulis Skrip Bapa Saiful Bukhari Semalam

Posted: 08 Mar 2013 10:14 AM PST


[Ramai pihak yang terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh bapa kepada Saiful Bukhari iaitu Azlan Md Lazim bahawa anaknya itu menjadi mangsa konspirasi politik jahat pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim) semalam. Biar pun tidak berapa lama selepas itu Saiful mendakwa bapanya telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeluarkan kenyataan tersebut, namun ramai pihak melihat bapanya berada di pihak yang benar. Apapun, ada sesuatu kemusykilan yang perlu dijawab oleh semua pihak sekarang. Ini kerana Azlan ada mendakwa percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara). Beliau katanya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang. Persoalannya sekarang, jika benar dakwaan Azlan bahawa ada pihak yang menulis skrip bagi pihaknya selama ini maka siapa pula yang menulis skrip ketika beliau membuat sidang medianya pagi semalam?. Sewajarnya dalam sidang media itu, Azlan perlu berani memberi kenyataan tanpa skrip dari htai nurani beliau sendiri. Dia menuduh selama ini ada orang menulis skrip, maka sekarang dia juga  membaca skrip untuk membuat sidang media. Apakah skrip itu ditulis oleh pihak lain atau diri beliau sendiri?. Inilah yang meragukan semua pihak sekarang. Tambahan pula ada maklumat bapanya telah hilang sejak dua tiga minggu lalu selepas mengugut untuk mendapatkan wang daripada pemimpin tertentu. Namun, akibat kegagalan tersebut beliau akhirnya menceritakan apa yang berlaku kepada Saiful adalah konspirasi. Tindakan Azlan ini bole memakan diri kerana itulah Saiful dengan cepat menafikan kenyataan bapanya. Apakah ada konspirasi terbaru gamaknya?].

Bola: Pahang Tewas 1-2 Di Tangan PKNS Malam Tadi

Posted: 08 Mar 2013 09:16 AM PST


[Apa sudah jadi dengan pasukan bolasepak Pahang?. Di awal musin pasukan Tok Gajah dilihat cukup berbisa dan bakal menjadi antara pasukan terhandal untuk merebut Piala Malaysia musim ini. Kemenangan awal ketika mengalahkan pasukan bintang "Darul Takzim FC" dengan jaringan 3-2 selepas ketinggalan 0-2 dilihat sebagai lambang kebangkitan pasukan Pahang yang dibimbing oleh Dollah Salleh dan rakannya Zainal Abidin Hassan. Permainan Pahang cukup konsisten di awal liga apabila terus unggul mendahului pasukan lain di lima perlawanan utama. Namun, kekalahan kepada Selangor 2-3 di Stadium Shah Alam dilihat menjadi badi kepada kejatuhan prestasi pasukan Pahang. Malah, selepas itu siri kekalahan terus bermula termasuk yang terbaru di gelanggang sendiri malam tadi. Pahang tewas 1-3 kepada pasukan kelab PKNS dari Selangor. Kekalahan ini cukup perit untuk diterima oleh peminat bolasepak Pahang yang sudah mula datang berpusu-pusu untuk menyaksikan permainan pasukan kesayangan mereka. Dihadapan ribuan peminat di Stadium Darul Makmur, Pahang terpaksa akur dengan kehebatan PKNS. Sesuatu perlu dilakukan jika tidak mahu prestasi Pahang terus merudum. Apapun, kepada peminat bolasepak Pahang diminta bersabar atas semua ini. Teruskan sokongan !].

Tiada ulasan: