Rabu, 6 Mac 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kecoh: Penceroboh Di Tahan Pakai Baju Shafie Afdal

Posted: 06 Mar 2013 07:33 AM PST


[Beberapa orang penceroboh  menyamar sebagai penduduk kampung ditangkap di Semporna, Sabah semalam. Mereka berjaya ditangkap  hasil maklumat orang awam. Mereka dikatakan menyamar sebagai penduduk di beberapa buah kampung disini dan polis bertindak segera. Kumpulan lelaki ini juga dikatakan ada kaitan dengan insiden kampung Simunul sebelum ini. Apa yang mengejutkan ialah penceroboh terbabit dipercayai memakai baju T-Shirt yang tertera gambar Ahli Parlimen Semporna iaitu Datuk Shafie Afdal. Tidak diketahui kenapa mereka berbuat demikian, namun difahamkan ia bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa kononnya mereka adalah orang kampun yang menyokong kuat Barisan Nasional (BN) di kawasan terbabit. Persoalannya sekarang, dari mana mereka mendapat baju tersebut?. Apakah ia dicuri atau pun memang diberikan oleh saudara mara mereka yang kini mendiami kebanyakkan kampung di sekitar kawasan terbabit. Apapun, lebih elok pihak polis mengarahkan penceroboh terbabit menanggal baju itu terlebih dahulu agar ia tidak menimbulkan spekulasi dan provokasi melampau oleh sesetengah pihak dikala pilihanraya umum yang semakin hampir ini].

Panas: Artis Melayu, Suspek Kes Bunuh Suami Sendiri

Posted: 05 Mar 2013 09:53 PM PST

PETALING JAYA - Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli (foto) telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. "Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman. "Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat. Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak. Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran. Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian. Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.


[Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan industri hiburan negara. Sebelum ini kita hanya mendengar isu-isu panas seperti pergaduahan, perceraian dan kes-kes najis dadah yang melibatkan artis tanahair. Namun, jika disabitkan kesalahan membunuh, ternyata ia sesuatu yang amat memalukan sebenarnya. Apa sudah jadi dengan dunia artis hingga tergamak melakukan perbuatan seperti ini. Apapun, siasatan masih dijalankan dan pihak polis diharapkan agar menyiasat dengan rapi kes ini. Namun, jika dilihat kepada rentetan insiden yang berlaku, ternyata nampak jelas artis Malaysia langsung tidak tahu hal ehwal agama. Sanggup menghakang bapa bertemu dengan anaknya sendiri walau pun sudah bercerai dengan ibu adalah satu perbuatan zalim bagi seorang ibu. Soalnya, kenapa sampai perlu mengikat dan menyiksa si bapa terbabit?. Bukankah ini sesuatu yang diluar akal fikiran kita dan tidak wajar diterima langsung terutamanya bila melibatkan artis Melayu. Senario ini menunjukkan para artis kena sedar diri mereka yang duduk dalam dunia maksiat itu wajiblah kembali kepada Islam dan kebenaran. Jika tidak dunia mereka penuh khayalan dan rosak akhirnya. Jadilah artis-artis yang mahu kembali ke pangkal jalan sebelum Allah menjemput mereka pulang. Tindakan bunuh adalah satu kerja terkutuk sebenarnya. Siapa harus disalahkan?].

Video "Junior UiTM Sabah" Di Dera Senior Tersebar !

Posted: 05 Mar 2013 11:27 AM PST

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ηі thеге tο every , bеcause ӏ аm in
fact eager of reаding thiѕ ωebsite's post to be updated regularly. It consists of fastidious material.

Here is my homepage: garden centers denver
Also see my webpage - garden centers for sale