Ahad, 31 Mac 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Penduduk Kg.Jerantut Feri Tuntut Janji ADUN Tahan

Posted: 31 Mar 2013 01:30 AM PDT


[Berjanji memang boleh, tetapi janganlah sampai menipu dan menganiya orang Melayu, itu kan bangsa kita juga! Ini bukan kenyataan omong-omongan, tetapi berlaku di Jerantut Feri. Janji yang dibuat oleh pimpinan UMNO kepada penduduk sejak PRU 2004 ialah menyediakan padang bola bagi memenuhi keperluan pemuda beriadah dan dan dewan atau balai raya untuk kegunaan penduduk. Namun janji yang ditaburkan oleh pemimpin UMNO masih tetap janji tinggal janji. Menurut penduduk, hasil penipuan janji pimpinan tinggi UMNO itu mengakibatkan hampir 2,500 pemuda terpaksa menumpang bermain di padang ko-kurikulum Pusat Kegiatan Guru Kampung Pedah. Malangnya selalu bertembung dengan kegiatan pelajar sekolah. Jerantut Feri termasuk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Tahan.  Rungut penduduk, tiap-tiap kali PRU Umno terus berjanji dan berjanji lagi kerana ketiadaan padang dan dewan menyukarkan ahli kariah tersebut untuk melakukan aktiviti sihat. Nampaknya penduduk Jerantut Feri dan sekitarnya sudah bertambah cerdik sekarang, mereka mahu kerajaan yang menunaikan janji bukan yang berjanji hanya untuk undi!. DUN Tahan diwakili oleh Dato' Wan Amizan Wan Abd Razak, yang diwar-warkan akan bertanding di kerusi Parlimen Jerantut pada pilihan raya umum ini. sumber fb !!].

Panas: Datuk Chua Jui Meng Mungkin Tinggalkan PKR

Posted: 30 Mar 2013 10:56 PM PDT


[Panas berapi, ini baru berita sensasi yang diterima dari selatan tanah air. Gara-gara kesilapan dan beberapa tindakan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat tidak menguntungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri Johor, maka kemungkinan besar mantan Menteri Kesihatan yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng  akan bertindak meninggalkan parti itu. Berita ini belum dapat disahkan sepenuhnya, namun berdasarkan kepada maklumat kini Chua sudah mula menyisihkan dirinya daripada PKR, sedangkan pilihanraya umum ke-13 kini sudah terlalu hampir. Malah ada laporan mengatakan kelibat Chua juga sudah tidak ada lagi di beberapa program Pakatan Rakyat serta tidak hadir mesyuarat PKR peringkat negeri Johor. PengerusiPKR Johor kini telah dipangku salah seorang kuat PKR Johor bagi memantapkan perjalan parti menjelang pilihanraya umum. Apa yang berlaku ini sungguh merunsingkan sebenarnya. Akibat tersalah percaturan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti maka ramai pihak yang makan hati dan akhirnya merajuk untuk membawa diri. Rakyat tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya, tapi perlu juga salahkan pemimpin yang gagal bertindak secara bijak, adil dan saksama untuk semua pihak. Jsuteru, berhati-hatilah mulai sekarang. Jangan nanti, "yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran". Maka, kini rakyat juga tanggung akibatnya].

Panas: Dato' Fauzi Kena "Booo" Selepas Di Umumkan Jadi Calon PKR Parlimen Indera Mahkota Oleh Anwar

Posted: 30 Mar 2013 01:34 PM PDT

KUANTAN, 31 Mac - Orang ramai yang hadir ke program ceramah semasa bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi terkejut apabila beberapa orang anak muda dengan beraninya mengejek secara terbuka tatkala nama Dato' Fauzi Abd Rahman yang diumumkan oleh Ketua Umum PKR itu sebagai calon parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihanraya Umum Ke-13 di Balok Makmur dekat sini malam tadi. Difahamkan, anak muda terbabit yang dipercayai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri tidak berpuas hati apabila parti meletakkan Pengerusi PKR Pahang itu untuk bertanding disitu. Mereka dipercayai menjerit "booo" apabila nama Dato' Fauzi diumumkan. Kejadian yang berlaku ini amatlah memalukan tatkala pilihanraya umum sudah terlalu hampir sekarang ini. Difahamkan, tindakan anak muda terbabit telah berjaya dihalang oleh Unit Amal PAS yang berkawal di situ. Soalnya, siapakah yang mengarahkan mereka berbuat demikian?. Sebelum ini terdapat beberapa serangan peribadi dilakukan terhadap Dato' Fauzi yang kononnya tidak layak untuk mengetuai PKR di Pahang. Berbagai tohmahan dan kritikan panas telah dilontarkan oleh pihak terbabit di dalam laman sembang sosial facebook sejak beberapa hari yang lalu. Namun, tindakan mengejek bekas pemimpin UMNO itu jelas sekali satu tindakan yang tidak wajar serta mencemarkan imej PKR itu sendiri sebenarnya. Soalnya sekarang, mengapa anak-anak muda terbabit begitu berani berbuat demikian dikala pemimpin utama parti sendiri yang mengumumkan nama Dato' Fauzi. Tindakan ini jelas sekali satu sikap yang amat biadap dan telah menjatuhkan maruah Anwar sendiri. Namun, dari segi yang lain pula mungkin ada sebab kenapa nama Dato' Fauzi ditolak oleh mereka. Siasatan lanjut akan dilakukan untuk merungkaikan apakah masalah sebenarnya yang berlaku ini.


[Apa yang berlaku malam tadi sememangnya satu insiden yang tidak diduga sama sekali. Jika ini keadaannya, bagaimanakah PKR boleh mempertahankan kerusi parlimen Indera Mahkota yang dimenangi pada PRU12 yang lalu?. Daripada posting-posting yang dibuat di laman sembang sosial, ternyata ada pihak yang masih tidak boleh menerima kehadiran Dato' Fauzi ke dalam PKR. Apatah lagi bila beliau tiba-tiba menerima keputusan untuk menjadi calon pada PRU13 ini nanti. Video berkenaan kenyataan Dato' Fauzi bahawa beliau serta PKR bukan bercita-cita untuk apa-apa jawatan kini jelas sekali memakan diri. Edaran telah dibuat dan kini ramai yang hairan dengan sikap bekas pemimpin UMNO itu. Malah, ketika dia mula sertai PKR pun ramai yang sangsi kerana dia mengatakan sertai PKR kerana tidak boleh menerima kekejaman yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar. Walhal kenyataan itu dibuat pada 23 Julai 2008 iaitu hampir sepuluh tahun selepas Anwar dizalimi. Kini, Dao' Fauzi diserang oleh ahli PKR sendiri. Apalah beliau boleh mempertahankan dirinya kali ini?. Video berkenaan jelas sekali boleh memerangkap dirinya pada pilihanraya umum ini, jika beliau tidak berhati-hati!].

Tiada ulasan: