Khamis, 21 Mac 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Isu "Turun Bendera PKR", Majlis Perbandaran Kuantan "Tidak Wajar Di Persalahkan" Sepenuhnya !

Posted: 21 Mar 2013 12:00 AM PDT

KUANTAN, 21 Mac - Operasi menurunkan bendera parti pembangkang di sekitar bandar ini malam tadi telah mendapat kritikan hebat dari kalangan para penyokong mereka terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Berbagai kenyataan panas dikeluarkan terutamanya di laman sembang sosial facebook selepas posting berkaitan isu itu disebarkan malam tadi. Difahamkan, operasi menurunkan bendera PKR yang dipasangkan pada lampu itu telah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Ia dilakukan berikutan program "Jelajah Janji Ditepati" yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak di Padang MPK2 pada hari Sabtu, 23 Mac ini. Susulan daripada kunjungan Najib itulah menyebabkan kerja-kerja menurunkan bendera terpaksa dilakukan bagi tidak menimbulkan berbagai spekulasi dan kontroversi kepada pemimpin negara yang akan turun ke sini nanti. Persoalannya, kenapa MPK dikritik sedangkan mereka melakukan kerja terbabit berasaskan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Menurut sumber, majlis tempatan terbabit terpaksa menurunkan bendera berkenaan kerana menghormati kunjungan Perdana Menteri ke bandar ini. "Sudah lama kami beri ruang kepada PKR untuk mempamerkan bendera mereka pada hampir keseluruhan tiang-tiang lampu yang terdapat di sini.. Bayangkan PKR meletakan bendera mereka pada tempat yang tidak dibenarkan (dua lubang rasmi pada tiang lampu).. sedangkan ia sepatutnya dikhaskan kepada bendera Malaysia, Pahang atau negara dan negeri lain jika ada pemimpin mereka ke bandar ini. Sesekali memang diletakkan bendera parti kerajaan memerintah (BN). Namun, ia bukan sepanjang masa dan pada kesemua tiang lampu. Anehnya, PKR telah menawan semua tiang-tiang lampu di bandar ini tanpa memberi ruang kepada pihak lain. Kami biarkan walau pun pemimpin mereka membuat tuduhan rambang terhadap MPK. Hampir sebulan bendera PKR dibiarkan tanpa apa-apa-apa tindakan... makanya bila ada kunjungan PM ke sini.. tibalah masanya kami menaikkan bendera Malaysia sebagai tanda semangat patriotik. Itu pun kami tidak buang kesemuanya . PKR kadang tu terlalu berani mencabar undang-undang... sudahlah tiang lampu mereka kontrol. "Mereka juga letakkan bendera pada tempat yang tidak dibenarkan seperti papan tanda, lampu isyarat serta lain-lain yang jelas mengganggu sebenarnya. Namun, kami bersikap terbuka dengan membiarkan semuanya itu. Tapi sekarang kami terpaksa lakukan.. Inilah juga yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang, ketika mereka turunkan kain rentang dan bunting yang memaparkan gambar Perdana Menteri ketika berkunjung ke sana dulu", kata kenyataan itu.


 Sementara itu, seorang pemimpin PKR pula berkata tindakan MPK itu jelas sekali "double standard" menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. "Operasi turunkan bendera ini jelas membuktikan UMNO BN takut pada bayang-bayang sendiri. Kenapa bendera dacing tidak diturunkan sama? Sedangkan ia juga bendera parti politik.. Sikap MPK ini amat dikesali dan sudah pasti rakyat akan terus membenci tindakan seperti ini... Sepatutnya kelonggaran diberikan terutamanya di musim pilihanraya.. Mereka turunkan bendera kami (PKR) dan kami juga tidak tahu sama ada bendera itu dibuang atau dibakar oleh pihak terbabit. Ini sesuatu yang tidak wajar dalam sebuah negara demokrasi.. Memang kami tahu parlimen belum dibubarkan lagi, namun biarlah rakyat merasai kehangatannya.. tambahan pula Parlimen Kuantan diwakili oleh YB Fuziah Salleh dari PKR", katanya. 

Pembangkang buat protes  isu bendera di Pejabat MPK baru-baru ini

Awal bulan ini Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ada mendakwa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berat sebelah dan mengamalkan peraturan berbeza kepada pembangkang berikutan pemasangan bendera di tengah bandar Kuantan. Menurutnya, Pegawai Penguat kuasa MPK  hadir ke Pejabat Ahli Parlimen Kuantan di Jalan Berserah untuk meminta PKR menurunkan bendera parti yang sudah dipasang pada tiang lampu di sekitar bandar. Alasan yang diberikan kerana bendera tidak dibenarkan dipasang di pusat bandar dan PKR diberi tempoh dua hari untuk mencabut bendera berkenaan sebelum MPK mengambil tindakan. Apa yang jelas sememangnya MPK membiarkan bendera PKR itu berkibar hampir sebulan lamannya tanpa gangguan. Oleh itu, tindakan MPK menurunkan bendera terbabit tidak wajar dipertikaikan kerana amaran lisan sudah diberikan sejak sekian lama. Cuma, mungkin kerana berlaku ketika Perdana Menteri datang dan menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 maka ia nampak tidak berapa bagus dan sukar diterima oleh semua pihak agaknya. Kenyataan Fuziah itu ada disiarkan oleh akhbar Sinar Harian Pahang pada 1 Mac 2013 yang lalu.

Jika MPK tidak bertimbang rasa, mereka boleh buang semua bendera ini

[Tinjaun PDO mendapati, bendera-bendera PKR diturunkan hampir di kesemua kawasan sekitar bandar ini. Cuma yang masih dibiarkan ialah bendera yang tidak diletakkan pada tiang lampu seperti di pokok, bahu-bahu jalan dan sebagainya. Apapun, diharap isu ini tidak terlalu mencetuskan kontroversi kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Mungkin bendera BN dibiarkan kerana ia tidak diletakkan pada tempat rasmi seperti yang dilakukan oleh PKR. Tindakan mengawal kesemua tiang lampu dengan bendera PKR yang diletakkan di kiri kanannya telah menyebabkan ramai pihak terkejut sebenarnya. Malah mereka hairan kenapa MPK membiarkan bendera itu berkibar sedangkan mereka ada hak untuk menurunkannya. Sepatutnya PKR mengambil sikap terbuka dengan tidak menyalahkan sepenuhnya kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Mereka adalah agensi dibawah kerajaan yang memerintah. Di Pahang, kerajaan yang memerintah ialah Barisan Nasional (BN). Makanya MPK ada hak untuk bertindak sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri pembangkang sebelum ini. Usahlah dijadikan isu panas kerana semua pihak telah diberi ruang untuk berkempen lebih awal. Cuma, PKR juga wajar menghormati kuasa yang ada pada MPK. Difahamkan, banyak juga bendera BN yang telah diturunkan oleh MPK malam tadi. Cuma ia mungkin tidak disensasikan dan tidak dijadikan isu oleh pihak terbabit. Memamg, bila ada pemimpin negara berkunjung ke bandar Kuantan mereka ada hak untuk meletakkan bendera Malaysia di tiang-tiang lampu tersebut. Cuma, diharapkan MPK tidak memusnahkan bendera yang sudah diturunkan itu bagi memberi keadilan kepada PKR untuk menuntutnya kelak. Apapun, semoga persaingan yang sihat akan dapat menyuburkan amalan demokrasi itu akhirnya].

Panas: Video, Bagaimana Ketua Menteri Taib Mamud Rompak Hasil Mahsul Rakyat Sarawak Kini Tersebar!

Posted: 20 Mar 2013 11:33 PM PDT

Panas: Najib Di Minta 'Selesai Dulu Isu Air' Di Pahang Sebelum Tabur Janji Manis Kepada Rakyat Kelantan!

Posted: 20 Mar 2013 11:58 AM PDT

KUANTAN, 21 Mac  - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto) digesa mengambil perhatian serius untuk menyelesaikan isu air yang kini menghantui sebahagian besar rakyat di negeri ini. Jika dulu, masalah tersebut hanya melanda di kawasan-kawasan pedalaman dan tanah rancangan Felda semata-mata. Kini ia menjadi lebih parah lagi apabila ia melanda pula bandar Kuantan yang merupakan ibu negeri Pahang sendiri. Amat memalukan apabila setiap minggu ada sahaja laporan masalah air yang diterima daripada rakyat yang sudah bosan dengan janji-janis manis yang dibuat oleh kerajaan selama ini. Jika Perdana Menteri Malaysia yang berasal dari negeri Pahang, Najib sendiri boleh berkata kepada rakyat Kelantan yang antara lain bunyinya "Jika mahu masalah air di negeri itu selesai, maka rakyat perlu tukar kerajaan PAS kepada BN pada pilihanraya umum akan datang". Kenyataan Najib ini seolah menggambarkan negeri yang ditadbir oleh PAS itu sahaja yang mempunyai masalah air, walhal sebaliknya Pahang yang tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang terkadang lebih teruk dari itu. Lebih malang agi, masalah bertimpa-timpa sejak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sejak awal tahun lalu. Masalah air yang melanda terkadang sudah melebihi 30 hingga 40 tahun sejak pemerintahan UMNO BN di negeri ini. Maka itu, amat menghairankan bila mana Najib berjanji seperti itu kepada rakyat Kelantan. Cuba lihat video yang dipaparkan di bawah ini. Masalah air yang melibatkan penduduk di Felda Jengka 7, Maran ini adalah satu contoh "cakap tak serupa bikin.. mengata orang negeri sendiri yang lebih". Luahan dan penderitaan yang mereka alami amatlah teruk sekali sebenarnya. Malah, ia jelas membuktikan segala cakap-cakap pemimpin UMNO BN selama ini hanyalah omongan kosong belaka. Mereka rela berjanji "bulan bintang untuk menyelesaikan masalah air di negeri kelantan", tetapi realitinya di negeri sendiri pun mereka tidak mampu melakukannya. Jika di negeri pembangkang mungkin rakyat boleh menerima takdir masalah air berlaku kerana segala peruntukan dan dana untuk memulihkan situasi itu disekat oleh pusat. Anehnya, kenapa di negeri yang dapat peruntukan besar dari pusat pun menghadapi masalah yang sama. Malah, senarionya lebih teruk daripada yang rakyat sangka.

 
Dengan melihat apa yang berlaku ini, maka seluruh rakyat Pahang terutamanya warga Kuantan yang sudah tidak tahan lagi dengan janji-janji manis yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN selama ini agar bangkit beramai-ramai untuk berhimpun secara aman di Padang MPK2, dekat sini pada 23 Mac ini. Ia kerana Perdana Menteri Malaysia dijangka akan hadir untuk bersama rakyat dalam program "Jelajah Janji Di Tepati". Rakyat perlu sedarkan Najib dari lamunan mimpi bahawa "apa guna berjanji, kalau tidak ditepati". Bawa bersama sempanduk dan poster-poster tentang janji-janji tersebut agar PM sedar apa yang berlaku di negeri Pahang ini. Apa yang lebih menarik untuk diperkatakan ialah tanggal 23 Mac juga adalah merupakan selang sehari berakhirnya notis gangguan bekalan air di beberapa lokasi dalam bandar Kuantan. Difahamkan notis yang diedarkan itu memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berlaku di sekitar bandar Kuantan bermula dari 19 Mac hingga 22 Mac (Isnin-Jumaat). Lokasi gangguan adalah seperti dilampiran (Klik Sini). Maknanya rakyat Kuantan menderita beberapa hari sebelum kehadiran Najib itu nanti (ketika artikel ini ditulis masalah masih berlaku). Sementara itu, ramai pihak yang sudah tidak tahan lagi untuk menanggung derita ini. Malah di kawasan taman perumahan Bukit Pelindung baru-baru ini, satu demontrasi aman telah diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah air yang sering melanda para penduduk terbabit. 


Terdapat juga laporan mengatakan beberapa buah sekolah berasrama terpaksa mengarahkan pelajarnya balik ke rumah keluarga masing-masing setiap minggu akibat ketiada air. Tidak kurang juga pekajar yang diarahkan mandi di tempat lain termasuk terpaksa bersusah payah setiap hari untuk mendapatkan bekalan air. Masalah ketiadaan air juga menyebabkan orang ramai mengalami kesukaran untuk menunaikan ibadat di masjid-masjid tertentu. Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota misalnya, difahamkan sudah seminggu lebih ketiadaan air. Malah, masalah itu berlaku setiap minggu hingga menyebabkan para jemaah mengalami kesukaran untuk menunaikan solat terutamanya ketika solat Jumaat. Semua ini menimpa rakyat Kuantan sekarang dan bukan rakyat Kelantan atau Selangor. Kerajaan Negeri Pahang berbangga untuk menjual air ke Selangor, tapi rakyat sendiri menderita masalah air. Inilah yang dinamakan "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati tak makan". Terkadang, bila difikirkan semula kita merasa malu melihat senario yang berlaku di negeri UMNO BN ini. 

[Soalnya, dalam keadaan yang daif ini pun pemimpin UMNO BN seperti Datuk Najib Tun Razak, masih berdegar-degar berjanji untuk menyelesaikan masalah air di negeri Kelantan. Sedangkan hakikatnya di negeri sendiri pun UMNO BN tidak mampu untuk melaksanakannya. Apakah ini namanya "janji ditepati". oleh itu, rakyat Pahang harus berpijak di bumi yang nyata dan jangan terlalu taksub dengan kepartian hingga melupakan masalah yang mereka hadapi. Bila masalah terjadi, bukan sahaja mereka yang menyokong pembangkang bermasalah malah turut melibatkan penyokong UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Oleh itu, jangan terlena dibuai mimpi-mimpi indah jika anda sememangnya berhadapan dengan mimpi ngeri sepanjang masa. Apa yang lebih memalukan, media arus perdana sering menyiarkan masalah air yang berlaku di negeri pembangkang sebaliknya menyembunyikan apa yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh BN mutakhir ini. Semuanya kerana ingin menjaga imej UMNO BN dimata rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Rakyat Pahang harus berfikiran positif dan tidak lagi keliru dengan apa yang berlaku ini. Jika tidak mahu masa depan mereka terus diperkotak-katikkan, lakukanlah perubahan agar masa depan anak cucu dan generasi akan datang lebih selesa daripada apa yang kita nikmati sekarang ini. Jika tidak, pasti kita akan dipersalahkan satu hari nanti. Berubahah walau pun sukar !].

Tiada ulasan: