Sabtu, 16 Mac 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Gempar: Tren LRT Meletup Dekat Stesen Kerinchi !!

Posted: 16 Mar 2013 06:57 AM PDT

Panas: Masalah Air, Penduduk Berdemo Di Kuantan !!

Posted: 16 Mar 2013 03:25 AM PDT


[Lebih 100 penduduk mengambil keputusan untuk melahirkan kekecewaan mereka secara terbuka kepada (Pengurusan Air Pahang Berhad) P.A.I.P petang semalam di Bukit Pelindung Kuantan, menuntut P.A.I.P untuk mengambil tindakan segera memastikan bekalan air yang stabil kepada kediaman mereka dalam tempoh 2 minggu dari sekarang sebelum satu tindakan susulan diambil terhadap P.A.I.P. Malah mereka juga menuntut penjelasan P.A.I.P sama ada gangguan bekalan air yang sedang berlaku mempunyai kaitan secara langsung dengan penggunaan bekalan air yang tinggi dari kilang Lynas sehingga bekalan air dilihat seolah-olah dicatu oleh P.A.I.P untuk memastikan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada kilang itu. Penduduk juga tidak boleh dipersalahkan kerana mempunyai beberapa andaian punca gangguan bekalan air kerana sehingga hari ini, sebahagian dari mereka masih tidak dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan. Ramai yang tertanya-tanya, apakah puncanya? Dan sampai bilakah masalah gangguan bekalan air ini akan dapat diselesaikan?. Persoalannya, apakah berita seperti ini akan disiarkan di saluran media arus perdana termasuk TV3?. Bayangkan jika ia berlaku di neger-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang terutamanya di negeri Selangor atau pun negeri Kelantan sekarang].

Panas: Detik Terakhir PI Bala Dedah Kes Altantunya!

Posted: 16 Mar 2013 01:30 AM PDT

Peguam: "Buka Semula Kes Qazaf" Terhadap Saiful !!

Posted: 16 Mar 2013 01:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mac - Mahkamah Syariah perlu membuka semula kes qazaf berikutan pendedahan Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, kata peguam, Shamsul Iskandar Mat Akin (foto). Beliau menyifatkan kegagalan Saiful membawa empat saksi, ditambah pendedahan Azlan mengenai konspirasi kes Fitnah II, cukup untuk memanggil mahkamah bersidang semula. "Kes itu makin terang. Saya harap peguam pendakwa syariah tidak lagi main 'silap mata' dan segera buka semula kes tanpa alasan," kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat itu. Sebelum ini, mahkamah menangguh kes berkenaan dengan pelbagai alasan termasuk mengelak pertindihan dengan mahkamah rayuan sivil yang membicara kes itu semula pada 22 Julai ini. Minggu lalu, Azlan membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konpirasi politik untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diatur pegawai khas Datuk Seri Najib Razak. Kata Shamsul, pindaan Seksyen 121 Perlembagaan 1988 memberi kuasa setara kepada mahkamah syariah dan mahkamah sivil, bermakna mahkamah syariah berhak meneruskan kes tanpa menunggu keputusan mahkamah sivil. "Pendedahan Azlan menunjukkan Saiful melakukan kesalahan jenayah syariah. Mahkamah syariah boleh segera membuka semula kes qazaf tanpa menunggu keputusan perbicaraan di mahkamah sivil," katanya. Mengulas lanjut, Shamsul berkata, tindakan mahkamah syariah yang sering menangguh kes memberi gambaran buruk kepada sistem kehakiman Islam. "Kalau mahkamah syariah terus lengah-lengahkan kes ini, saya bimbang ia cemarkan reputasi mahkamah yang melaksanakan hukuman berlandas syarak," katanya. Beliau berkata, ulama terkenal dunia, Sheikh Yusuf Qardawi menyatakan sumpah laknat yang dilakukan Saiful adalah kesalahan jenayah qazaf. "Yusuf Qardawi bukan calang-calang ulama, hanya Ulama' Suq (ulama jahat) yang pertikaikan fatwa itu," Katanya. Qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina (dan liwat menurut jumhur ulama') tanpa membawa empat saksi lelaki. Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, pesalah boleh didenda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. sumber

Adnan: BN Alu-Alukan Wong Tack Tanding Di Bentong

Posted: 16 Mar 2013 01:14 AM PDT

BENTONG, 16 Mac - Barisan Nasional (BN) Pahang mengalu-alukan hasrat pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (foto) berkata Wong Tack terpaksa menghadapi penyandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berwibawa dan diterima masyarakat pelbagai kaum di negara ini. "Niat Wong Tack untuk bertanding atas tiket DAP bertentangan dengan prinsip Himpunan Hijau sendiri, malah ada anggota mendesak beliau meletakkan jawatan pengerusi organisasi itu. "Pengundi sudah tentu dapat menilai kebaikan dan ketokohan Liow (Tiong Lai)yang telah memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan pengundi di Parlimen Bentong," katanya yang juga Pengerusi BN Negeri. Adnan, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis mesra kasih warga DUN Pelangai di Felda Kemasul di sini, semalam. Beliau berkata Liow, yang juga Menteri Kesihatan, mampu mempertahankan kerusi Parlimen Bentong dengan majoriti yang lebih besar berdasarkan reputasinya dan kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Wong Tack telah menggunakan Himpunan Hijau untuk mempopularkan diri sendiri dengan menentang projek Lynas sedangkan dia 'ada udang di sebalik batu'. "Orang ramai akan menilai keikhlasan dan niat pengerusi Hijau itu untuk bertanding di Parlimen Bentong iaitu kawasan kubu kuat parti MCA," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata BN Pahang tidak mengamalkan formula peratusan muka lama dan muka baharu dalam pemilihan calon asalkan calon yang dipilih itu boleh menang. "Sasaran utama BN Pahang ialah untuk memenangi semua 42 kerusi DUN dan 14 Parlimen di negeri ini," katanya. Beliau yakin BN dapat merampas dua kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota serta empat kerusi DUN Triang, Tras, Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pembangkang pada PRU 2008 memandangkan angin perubahan politik kini berpihak kepada BN. BERNAMA

Panas: Terkini, Enam "Imam Muda" TV9 Masuk PAS !!

Posted: 16 Mar 2013 12:00 AM PDT


[Tamparan cukup hebat untuk UMNO BN menarik golongan muda memberi sokongan kepada mereka pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang, bilamana hari ini enam orang peserta program realiti TV9 "Imam Muda" bertindak menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka terdiri daripada Imam Muda Fakhrul (Mohd Fakhrurrazi Hussin), Imam Muda Azhar (Khairul Azhar Ghazali), Imam Muda Fatah (Abdul Fattah Riddzwan), Imam Muda Faris (Syed Faris Syed Roslan), Imam Muda Megat (Megat Mohd Zahid Megat Azimuddin) dan Iman Muda Ar Razi (Fakhrulrazi Ibrahim). Mereka menyertai PAS dihadapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Apapun, penyertaan mereka ini pasti mengejutkan Ulamak Muda UMNO terutamanya Ustaz Fathul Bari dan yang lainnya. Di kala mereka sibuk mempertahankan kononnya negara ini sudah mengamalkan Islam dikala itu juga generasi muda terus menolak kerajaan. Mereka melihat kebenaran dan tidak suka dipermainkan. Kerajaan yang ada gemar mencampurkan urusan agama dan maksiat dalah apa jua program yang mereka lakukan. Inilah yang menyebabkan para Imam Muda terbabit akhirnya sertai PAS].

Lynas: 'Rakyat Semakin Keliru', Pendirian Anwar Dan Himpunan Hijau Kini Tidak Konsisten Tentang Isu Itu!

Posted: 15 Mar 2013 07:44 AM PDT

Apa sudah jadi dengan isu Lynas? Mutakhir ini terdapat pendirian yang berbeza-beza antara pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan NGO Himpunan Hijau terhadap projek tersebut. PKR misalnya nampak berlembut dalam isu Lynas apabila Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media berkata Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kawasan Perindustrian Gebang, Kuantan itu boleh diteruskan jika terbukti ia selamat. Kenyataan Anwar ini ditempelak oleh Ahli parlimen Kuantan yang juga Naib Presiden PKR sendiri Fuziah Salleh. Dalam satu kenyataan kepada media, Fuziah mendakwa Pakatan Rakyat tetap akan tutup kilang Lynas sebaik saja pembangkang membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Fuziah menegaskan ia tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi sama ada di Gebeng atau mana-mana tempat di Malaysia. Malah, katanya jika ada satu peratus peluang loji Lynas terbukti selamat, ia masih tidak sepatutnya berada di Gebeng. Kenyataan Fuziah ini seolah-olah "melawan tokey" dan sengaja mahu menjatuhkan imej Anwar Ibrahim sebenarnya. Kini Anwar mempunyai risiko dituduh tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji tersebut berikutan laporan akhbar berpengkalan di Melbourne, The Age, minggu lepas. Dalam laporan itu, Anwar  ada berikrar untuk menyokong pelombong Australia itu jika Lynas terbukti selamat oleh inkuiri awam baru. Anwar dilaporkan berkata beliau akan mempercepatkan inkuiri tersebut, akan tetapi loji Lynas akan terus ditutup sebelum itu. "Saya tidak bersedia untuk membiarkan risiko keselamatan rakyat di Kuantan dan kawasan sekitarnya," Anwar memberitahu The Age. Kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan dibuatnya semasa perhimpunan Himpunan Hijau di Kuantan tahun lalu. Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat akan menutup loji tersebut bila berkuasa kelakSementara itu Aktivis Himpunan Hijau, Wong Tack juga minggu ini menyanggah kenyataan kononnya Anwar tidak lagi konsisten dalam pendiriannya mengenai projek Lynas. 


Wong mengatakan beliau bersetuju dengan pandangan ketua pembangkang bahawa pelombong gergasi Australia, yang disifatkannya masuk melalui "pintu belakang", seharusnya dibenarkan beroperasi jika mengikuti peraturan keselamatan. "Jika Lynas keluar melalui pintu belakang dan datang kembali melalui pintu hadapan dan mengikuti prosedur ditetapkan, kita boleh benarkan mereka kembali," katanya. Tetapi Wong mencadangkan Lynas tidak menepati standard keselamatan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan lesen operasi diperolehi secara haram. Wong sebelum ini telah dinamakan oleh DAP untuk menjadi calon parti itu bertanding di kerusi parlimen Bentong pada Pilihanraya Umum akan datang. Kini, kedua-dua pemimpin politik serta NGO mengeluarkan kenyataan yang jelas bercanggah itu. 

[Dengan percanggahan ini maka rakyat Kuantan juga berada dalam dilema sama ada mahu memilih Pakatan Rakyat atau pun Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Bayangkan jika benar Anwar selaku Perdana Menteri ketika itu membenarkan Lynas terus beroperasi dengan syarat-syarat tertentu, maka sudah pasti rakyat akan terpedaya dengan perjuangan mereka selama ini. Mahu mengharapkan Fuziah, mungkin suara Anwar lebih didengari rakan-rakan pakatan yang lain ketika itu. Persoalannya, apakah rakyat Kuantan harus memperjudikan nasib mereka dengan kenyataan yang tidak konsisten ini?. Wal;au pun Fuziah beriya-iya mahu menutup kilang Lynas jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, namun dia harus ingat siapa Anwar. Tambahan pula selepas diangkat menjadi Perdana Menteri nanti. Sudah pasti seribu alasan pula akan diberikan untuk mempertahankan kilang terbabit. Oleh itu, rakyat perlulah bijak menilai semua ini. Jangan nanti "menang sorak kampung tergadai". Mahu bergantung harap kepada Pakatan Rakyat untuk menutup kilang Lynas, lain pula jadinya nanti. Oleh itu, berhati-hati membuat keputusan agar rakyat tidak ditipu akhirnya oleh kealpaan sendiri. Jangan nanti rakyat dipermainkan oleh kata-kata orang politik, tetapi risikonya tetap sama di kemudian hari. Justeru, beringat!].

Tiada ulasan: