Jumaat, 15 Mac 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Terkini, PI Bala Meninggal Dunia Petang Tadi

Posted: 15 Mar 2013 01:31 AM PDT


[Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam  yang banyak mendedahkan penglibatan pemimpin tertinggi negara dalam kes Altantunya meninggal dunia. Penyiasat persendirian itu meninggal dunia dipercayai selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.... Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik. Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm. Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba. "Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital. Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu. Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby]. sumber

Panas: PAS Dan DAP Kecewa Tindakan PKR Pahang !

Posted: 15 Mar 2013 01:03 AM PDT

[PAS Pahang dan DAP Pahang mengutuk dengan serentak tindakan PKR Pahang pengumuman sendiri kerusi parlimen dan DUN yang akan mereka tandingi pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Demikian ditegas dalam satu posting terkini di facebook seorang pemimpin DAP Pahang hari ini iaitu Micheal Cheah. "Pas Pahang dan DAP Pahang mengutuk dgn serentak pada PKR Pahang pengumuman sendiri akan tanding atas dun/palimen yg belum selesai perbincangan antara Pakatan Rakyat adalah satu sikap yg tidak hormat atas keputusan Pakatan Rakyat Pusat ! Tuan Ibrahim berucap bahawa Penamaan PKR Pahang tu bukannya akhir Keputusan Pakatan Rakyat !, kata kenyataannya. Kenyataan itu turut disiarkan di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina yang turut memaparkan gambar Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Semua pihak kecewa dengan tindakan PKR Pahang itu dan menggesa keputusan tersebut ditarik balik serta merta jika tidak mahu suasan menjadi lebih keruh menjelang Pilihanraya umum ke -13 yang semakin hampir sekarang ini. Perbetulkan kekalutan ini jika tidak mahu rakyat keliru  perjuangan mereka].

Umum Calon, Nizar Anggap Pemuda PAS Perak Nakal

Posted: 15 Mar 2013 12:22 AM PDT

IPOH, 15 Mac - Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (foto) menganggap tindakan Pemuda Pas mengisytiharkan dirinya sebagai calon DUN Changkat Jering sebagai pendekatan yang 'nakal'. Beliau berkata, bukan setakat isu calon semata-mata, barisan kepimpinan Pemuda Pas sebelum ini dilihat agak ke hadapan dalam membincangkan pelbagai topik dan masalah setempat. "Saya tidak rasa ia perkara serius kerana pengumuman itu dibuat secara dalaman dalam kalangan Pemuda. Kadang-kadang mereka ini bertindak secara nakal juga. Mendahului yang lain," katanya. Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya hanya memberi tumpuan terhadap DUN Pasir Panjang, iaitu kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12). Malah menurutnya, beberapa program bersama masyarakat terus diatur di DUN Pasir Panjang sebagai usaha mendekati pengundi. Selain menang di Pasir Panjang, Mohamad Nizar yang dilantik sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat (PR) dibentuk pada 2008 lalu turut menang di kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil, 7 April 2009, menggantikan calon PAS, Roslan Shaharum yang meninggal dunia pada Februari 2009. Mengulas lanjut, Mohamad Nizar berkata, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan berkenaan perkara itu, namun beliau menghormati apa yang dinyatakan barisan Pemuda PAS Perak. "Saya juga tidak tahu keputusan akhir nanti. Semua bergantung kepada Majlis Pimpinan PR. Saya hanya dimaklumkan buat masa ini, masih lagi 'pegang' Dun Pasir Panjang," katanya. sumber

Empat Maut Kemalangan Di KM17 Jln Lipis - Merapoh

Posted: 14 Mar 2013 11:59 PM PDT

KUALA LIPIS, 14 Mac - Empat maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Km 17, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini tengah malam Khamis. Dalam kejadian 12.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan bertembung dengan kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan. Empat yang terbunuh merupakan penumpang kereta iaitu Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, setahun; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, manakala penumpang dan pemandu bas tidak cedera. Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan (foto) memberitahu pemberita di sini hari ini, siasatan awal polis mendapati kereta terbabit hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas berkenaan. "Pemandu kereta terbabit (belum dikenal pasti) dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan (belum dikenal pasti) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya. Beliau berkata semua yang mati dan cedera itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan. Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BERNAMA

Panas: Tindakan "PKR Umum Calon Dan Kerusi" Yang Di Tandingi PRU-13 Ini Cetus Kontroversi Di Pahang !

Posted: 14 Mar 2013 08:44 AM PDT

KUANTAN, 15 Mac - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membuat sidang media mengumumkan calon dan jumlah kerusi yang akan mereka tandingi pada Pilihanraya Umum Ke-13 seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Pahang semalam telah mencetuskan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dikalangan sebahagian besar penykong Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS. Mereka mempertikaikan tindakan PKR berbuat demikian diketika parlimen masih belum dibubarkan dan tarikh penamaan calon juga belum diketahui. Persoalannya kenapa PKR Pahang bertindak melulu dengan membuat pengisytiharan kerusi yang akan mereka tandingi?. Pengumuman yang dibuat dalam satu sidang media  oleh Zaidi Ahmad (foto) selaku Pengarah Strategi Pilihanraya PKR Pahang juga dilihat tidak kena pada masa dan tempatnya. Menurut seorang pemimpin PR, amatlah tidak wajar Zaidi membuat pengumuman kerana beliau sebelum ini sudah "meletakkan jawatannya" dari PKR Pahang. "Kenapa tiba-tiba Zaidi tampil membuat kenyataan demikian dan bukannya Dato' Dauzi (Pengerusi PKR Pahang)?. Malah, kenapa sidang media itu diadakan tanpa dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat yang lain?. Bahkan saya juga hairan, kenapa kerusi bertindih yang berstatus quo pun PKR kata milik mereka seperti Parlimen Temerloh, DUN Teruntum, Damak, Dong, Ketari, Tanah Rata dan sebagainya... Mengapa buat kenyataan tanpa berbincang dan merujuk pimpina PR yang lain.. kenapa memandai-mandai.. sedangkan parlimen belum pun dibubarkan", kata beliau. Difahamkan, Zaidi telah meletakkan jawatannya dari PKR Pahang untuk menumpukan perkerjaannya di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Tempat beliau kemudiannya telah diambil alih oleh Ahmad Shah. Namun persoalannya, kenapa tiba-tiba dia mengumumkan kenyataan panas itu semalam?. Dalam sidang media itu semalam, Zaidi yang mewakili Dato' Fauzi Abdul Rahman mengumumkan PKR Pahang akan bertanding di lima kerusi parlimen dan enam belas (16) kerusi DUN pada PRU-13 ini.


Malah Zaidi turut menamakan Mohd Nor Hassan (Ketua Cabang Bentong) sebagai calon di DUN Ketari dan Tan Wei Mun (Ketua Cabang Cameron Hihglands) bertanding di DUN Tanah Rata, sedangkan umum mengetahu dua kerusi panas itu secara tradisinya adalah ditandingi oleh DAP. Tindakan PKR Pahang ini mungkin ada kaitan dengan pengumuman yang dibuat oleh DAP bahawa Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan mewakili parti itu di kerusi parlimen Bentong yang juga berstatus quo (bertindih) semalam. Apapun, pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri yang dilihat mempunyai kapasiti bagi berbuat demikian berbanding dengan Zaidi. 


Tindakan PKR ini telah mendapat kritikan panas di laman sembang sosial facebook sejak isu itu diposting oleh seorang penyokong PAS yang menggunakan nama Putera Semantan  . "Seelok2nya, bukan Zaidi... kalau boleh biarlah Dato' Fauzi kalau tidak pun Dato' Seri Anwar Ibrahim yang umumkan calon PKR, barulah berwibawa. Bukan apa, saya lihat ada beberapa kerusi yang berlapis dengan DAP dan juga PAS tetapi tetap diumumkan. Antaranya ialah Teruntum, Damak dan Dong. Manakala Ketari dan Tanah Rata kerusi tradisi DAP dan Bebar dulunya milik PAS. Temerloh pula masih diumumkan. Mungkin ada diputuskan perubahan selepas beberapa mesyuarat terakhir, jadi itulah gunanya diumumkan oleh pimpinan yang berwibawa. Bagi kita itu tiada apa2 hal, tapi ada orang bawah nampak sedikit keluh kesah", kata kenyataan posting beliau itu. Sementara itu seorang lagi pemimpin PR di Pahang berkata  "Dia (Zaidi) kena isytihar diri sebagai pengerusi PKR pahang, lepas tu baru kita bincang.. Kalau tak, bo layan". Malah beliau juga kecewa PKR menggunakan saluran media untuk membuat pengumuan tersebut tanpa mengambilkira dan menjaga hati rakan-rakan dalam pakatan. " Berbeza umum melalui media dengan umum tanpa media... Berbeza pimpinan tertinggi umum dengan entah sapa sapa umum. Status kerusi temerloh 2008 adalah pinjam. Masa tu PAS bagi syarat mesti nizam bertanding. Itulah keputusan yg dipersetujui bersama zakaria hamid (pengerusi PKR dulu)", kata kenyataannya. Difahamkan kenyataan pada sidang media itu dibuat selepas satu mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang telah dipengerusikan oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman sendiri pada sebelah paginya.

[Persoalannya, apakah tindakan ini boleh mengeruhkan hubungan PKR dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang?. Malah, pasti senario yang berlaku ini juga boleh mengundang kemarahan yang berpanjangan dikalangan ahli-ahli PAS terutamanya di peringkat akar umbi. Umum mengetahui kekuatan Pakatan Rakyat hanyalah bergantung 80% kepada kekuatan jentera PAS dan bukannya DAP atau PKR. Inilah yang menjadi kemusykilan sekarang. Jika dilihat kepada perdebatan antara penyokong PAS dan PKR pada posting artikel terbabit jelas sekali melambangkan keretakan pasti akan berlaku kepada Pakatan Rakyat di Pahang kali ini. Bagaimana harus ahli akar umbi membuat kerja jika jiwa dan perasaan mereka dibelenggu dengan soal remeh temeh seperti ini?. Apakah undi protes akan berlaku atau muncul calon "bebas" dikalangan ahli-hali yang kecewa dengan apa yang berlaku ini. Sepatutnya segala perbalahan dan pembahagian kerusi telah dimuktamadkan dan mana-mana kerusi yang berstatus quo atau bertindih haruslah dibebaskan dari kontroversi. Biarlah pucuk pimpinan parti diperingkat pusat yang memaklumkan perkara itu, dan bukannya pemimpin bawahan seperti yang berlaku ini. Khabarnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan turun ke Parlimen Temerloh bagi menyelesaikan beberapa perkara termasuk isu parlimen terbabit. Difahamkan, PAS telah meminta kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada mereka selepas dipinjamkan pada PRU-12 lalu. Sebagai ganti, mereka melepaskan kerusi parlimen Kuala Lipis kepada PKR. Namun, tiba-tiba PKR Pahang mendakwa Temerloh adalah milik mereka. Inilah antara punca kemarahan pihak berkenaan gamaknya].

Tiada ulasan: