Pahang Daily Online |
- Lahad Datu: Sultan Pahang Sebak Insiden Di Sabah !!
- Panas: Maxis "Cekik Darah", Blogger Mahu Lancarkan Kempen Bantahan Bagi Menyedarkan Rakyat Isu Ini !!
- PDO Jalin Kerjasama Dengan Radio Internet CMK FM
Lahad Datu: Sultan Pahang Sebak Insiden Di Sabah !! Posted: 13 Mar 2013 11:54 AM PDT KUANTAN, 14 Mac - Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah (foto) kelmarin sebak dengan pergolakan yang berlaku di Lahad Datu sehingga mengorbankan sembilan nyawa anggota keselamatan. Baginda turut berkongsi duka dengan keluarga perwira negara itu termasuk anak-anak mereka yang masih kecil dan isteri yang sedang hamil. "Saya dukacita dengan nasib yang menimpa keluarga perwira yang telah terkorban itu lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan isteri sedang mengandung," titah baginda. Sultan Ahmad Shah juga mahu rakyat terus menyokong kerajaan yang memerintah hari ini kerana sejak dahulu apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan terutamanya Perdana Menteri adalah menjurus ke arah perpaduan dan kedamaian negara. "Selain itu, jangan berharap kepada kerajaan semata-mata kerana sebagai rakyat di negara ini apa yang paling penting adalah perpaduan antara satu sama lain. Jika kita tidak bersatu, negara mudah goyah dan boleh di ceroboh bila- bila masa sahaja," titah baginda. Baginda bertitah agar rakyat di negara ini terus bersatu untuk mengekalkan kedamaian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti yang terjadi di Lahad Datu dan Semporna,Sabah. "Bumi Malaysia adalah hak kita semua dan tiada mana-mana kuasa lain yang boleh menakluki negara ini setelah kemerdekaan dicapai. Selain itu, baginda menyeru rakyat di negara ini agar sentiasa mendoakan kesejahteraan pejuang yang mempertaruhkan nyawa mereka demi kedaulatan negara tercinta". Sultan Ahmad Shah bertitah demikian ketika Majlis Perasmian Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah di Indera Mahkota Lapan di sini. Turut mengiringi baginda, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob. Taman Pengasih dibina dengan kos RM7.78 juta ini mampu memuatkan 120 penghuni. Institusi itu dibina atas keprihatinan Sultan Ahmad Shah yang turut mengilhamkannya bagi membela nasib anak-anak yatim sekitar negeri ini. sumber |
Posted: 13 Mar 2013 02:18 AM PDT KUANTAN, 13 Mac - Seorang aktivis rakyat iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) hari ini menggesa kerajaan bertindak segera terhadap syarikat telekomunikasi yang masih lagi mengenakan caj tersembunyi "dropped calls" melampau kepada para pengguna telefon bimbit mutakhir ini. Laman facebook beliau dengan posting berbunyi "Panasss? Pernahkan anda alami nasib ... kredit habis atau bil melambung gara2 Maxis mengenakan Caj RM0.35 hanya utk panggilan tidak berjawab?. Adilkah maxis caj sedangkan perkhidmatan masih belum digunakan .. tiada perbualan malahan tidak guna peti simpanan suara (voice mail). Bayangkan jika seorg kena RM0.35 X 10 kali panggilan tak berjawab (gara-gara rakan anda tutup HP atau tidur). Makanya caj yg terpaksa anda bayar ialah RM3.50 .. berapa juta pengguna yg mengalami nasib seperti ini?. Maka itu, CMK FM akan gerakkan suara bantahan kpd kerajaan atas caj yg melampau ini. Apa komen anda? Sila LIKE jika anda sokong ... Sponsored by www.cmkradio.blogspot.com [tag & share]", telah mendapat sambutan hangat dikalangan orang ramai. Menurut Shukri, beliau amat kecewa kerana kerajaan masih membiarkan syarikat telekomunikasi mengenakan caj tersembunyi kepada para pengguna. "Ramai yang mengalami masalah ini namun mereka tidak tahu ke mana untuk mengadu dan jika tiada aral melintang saya akan gerakkan kempen dan menghantar memorandum bantahan ke pejabat Maxis dekat Kuantan dalam masa terdekat ini. Bantahan juga akan dilakukan di seluruh negara oleh rakan-rakan yang lain. Kita mulakan dengan maxis kerana ada bukti jelas mereka telah melakukan penipuan ini. Sewajarnya caj harus dikenakan hanya kepada perkhidmatan yang digunakan... bukan yang tidak digunakan (panggilan tidak berjawab).. mereka ambil mudah duit RM0.35 daripada pengguna .. ini bermakna mereka berjaya kumpul jutaan ringgit setiap hari daripada satu sistem yang cukup kejam ini", kata blogger terbabit lagi. Menurut Shukri lagi. beliau amatlah berharap agar Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KMM) terus memantau perkara ini kerana ia jelas membebankan rakyat terutamanya golongan pengguna berpendapatan rendah. "Memang saya tahu baru-baru ini SKMM telah mengenakan kompaun sebanyak RM190,000 kepada tiga syarikat telekomunikasi (Telco) utama telah kerana melanggar syarat-syarat lesen mereka, terutamanya berkenaan aduan orang ramai mengenai panggilan terputus atau dropped calls. Malah, syarikat-syarikat telekomunikasi terbabit telah diberi masa dan peringatan yang mencukupi untuk menyelesaikan aduan yang diterima daripada pelanggan mereka mengenai peningkatan kejadian dropped calls sejak kebelakangan ini.. namun mereka masih gagal mengatasi perkara ini. Apalah sangat yang dihiraukan oleh syarikat telekomuniaski terbbait dengan kompaun DiGi Telecomunications (RM100,000), Celcom Axiata (RM60,000) manakala Maxis Mobile Services berjumlah RM30,000 itu ... jika dibandingkan dengan jutaan ringgit yang mereka perolehi setiap hari dengan tindak menghentikan penipuan ini, sudah pasti jumlahnya berkali-kali ganda?. Apakah kita sebagai pengguna harus membiarkan senario ini berlarutan. Maka itu, ayuh rakyat.. bangkitlah pertahankan hak kita.. jom sama-sama kita menyuarakan bantahan kita sekarang", kata Shukri lagi. Beliau juga menggesa Dato' Mohamed Sharil Tarmizi, selaku Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas isu ini dan bukan sekadar mengenakan kompaun semata-mata yang langsung tidak memberi kesan kepada syarikat telekomunikasi itu sebenarnya. [Dengan pendedahan ini, maka tidak hairanlah kita tuan punya Maxis iaitu Tan Sri Ananda Krishnan kaya raya malah antara manusia yang terkaya di dunia sekarang ini. Rupa-rupanya dalam diam menjadi perompak wang rakyat. Soalnya sekarang, apakah rakyat sebagai pengguna harus melihat sahaja isu ini tanpa mengambil apa-apa tindakan?. Difahamkan Blogger Cucumatkilau memberi tempoh sehingga 31 Mac ini kepada Maxis untuk membatalkan kekejaman yang mereka lakukan itu. Jika tidak beliau khabarnya akan melancarkan edisi BOIKOT MAXIS ke seluruh negara. Sudah tiba masanya rakyat bangkit mempertahankan hak-hak mereka. Sudah sekian lama mereka ditipu oleh pihak telekomunikasi secara tersembunyi. Kini tibalah masanya rakyat bertindak demi mempertahankan hak mereka. Difahamkan juga, apa yang dilakukan oleh Maxis ini turut melibatkan syarikat telekomunikasi yang lain. Cuma segala bukti-bukti berkenaan masih belum lengkap untuk didedahkan kepada umum. Justeru, kepada anda yang menghadapi masa yang sama seperti ini sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com untuk kami bongkarkan. Kita mahu kerajaan ambil perhatian serius terhadap isu rakyat ini]. |
PDO Jalin Kerjasama Dengan Radio Internet CMK FM Posted: 12 Mar 2013 12:39 PM PDT PDO secara rasmi kini memeterai perjanjian kerjasama dua hala dengan Radio Internet Online Streaming CMK FM dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Kerjasama ini adalah dari segi penyampain berita dan informasi-informasi panas dari blog ini yang akan turut diwar-warkan oleh radio terbabit. Dengan kerjasama ini, bermakna para pembaca kini boleh mendengar siaran online 24 jam radio tersebut "automatik" apabila membuka blog ini. Dengan kerjasama ini juga diharapkan ia memberi satu kelainan dalam penyampaian maklumat menerusi media baru. Kini kami telah menggunakan sepenuhnya kemudahan blog, facebook, twitter, skype dan kini radio online. Ia diharapkan akan memberi kepuasan kepada para pembaca yang terus setia bersama blog ini sejak beberapa tahun yang lalu. Bagi pembaca yang tidak mahu mendengar siaran berkenaan maka bolehlah terus menekan pada menu "pause","stop" atau "klik logo speaker". (rujuk foto) Anda juga boleh menurunkan volume pada speaker atau headphone pada PC dan laptop anda. Kami amat menghargai sokongan semua dan diharapkan agar kerjasama ini tidak memudaratkan pembaca untuk terus berkunjung ke blog ini hendaknya. Pada masa ini radio internet CMK FM dikendalikan oleh bekas krew PDO iaitu Blogger Cucumatkilau. Maka itu, kerjasama ini diharapkan memberi kekuatan kepada PDO untuk terus menjadi media rakyat yang bebas, telus dan adil kepada semua pada masa akan datang. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan