Muslimeen United |
- Gambar Penceroboh Sebelum Melancarkan Serang Hendap Di Semporna
- Sandiwara atau tidak, kerajaan tetap bertanggungjawab
- Media Filipina Dedahkan Najib Janjikan Penceroboh Penempatan Di Sabah
- Warga Kg Tanduo hidup tidak menentu
- Jangan fikir jawatan PM, TPM - TG Abdul Hadi
- Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib'
- Nak Ciplak TUKAR Milik Pakatan, Tiba-tiba Baju Tersama Dengan Mat Gian
Gambar Penceroboh Sebelum Melancarkan Serang Hendap Di Semporna Posted: 03 Mar 2013 08:41 PM PST |
Sandiwara atau tidak, kerajaan tetap bertanggungjawab Posted: 03 Mar 2013 08:40 PM PST Dua hari lepas, dua orang anggota komando VAT69 telah terkorban di Lahad Datu ketika Kerajaan Malaysia terus mengambil sikap 'berunding' sedangkan dalam mana-mana negara berdaulat tidak akan berkompromi dengan pencerobohan bersenjata. Tanggal 2 Mac, enam lagi anggota keselamatan negara terkorban dan kali ini di Semporna. Saya ucap takziah dan tidak dapat sembunyi perasaan sedih berbaur kemarahan. Sedih kerana peristiwa kematian ini mampu dielak jika kerajaan bertindak lebih awal sebelum melarat seperti yang diberitakan. Sesungguhnya, membenarkan kependudukkan yang berminggu kepada anggota pengganas Sulu ini merupakan satu langkah malang buat negara, menjadikan kedudukan mereka yang lebih sedia untuk menyusun gerakan - Ini harus diakui. Pagi ini saya terkejut membaca laporan media yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia memberikan kata dua kepada penceroboh ini atau hadapi tindakkan pihak berkuasa. Pertama, mereka bukan lagi sekadar penceroboh tetapi musuh negara pengganas bersenjata yang telah membunuh anggota keselamatan Malaysia. Kedua, mengapa perlu memberi kata dua? Bukankah sudah ada yang terkorban? Di atas dua perkara ini, saya simpulkan bahawa Perdana Menteri Malaysia adalah bangsat dan tidak layak lagi meneraju negara. Inilah nasib Malaysia, mempunyai seorang Perdana Menteri yang lemah segala bidang, dari sudut ekonomi, sudut pentadbiran, sudut integriti, sudut kepimpinan, sudut menangani kirsis, sudut menjawab persoalan dan juga hingga sudut mempertahankan kedaulatan negara - semua gagal. Mungkin kerana 'ia' hadir dari pilihan kelompok manusia yang tidak punya jatidiri serta mengamalkan rasuah dan tidak mustahil sanggup menjual negara demi untuk terus berkuasa. Apakah keterlaluan jika saya katakan, ini semua sandiwara untuk mengubah haluan sokongan rakyat kononnya 'agar bersatu di bawah kerajaan' bagi menghadapi krisis Lahad Datu dan seterusnya menguntum simpati? Bagaimana timbul persoalan 'sandiwara'? Bila ada perasaan sangsi maka timbullah soal sandiwara. Salahkah jika rakyat yang terlalu banyak memendam 'curious mind' saling bertanya "Apakah ini sandiwara?" bila banyak perkara pelik berlaku. Pelik, apabila memikirkan bagaimana ratusan musuh negara yang bersenjata boleh mendarat di Tanjung Labian dengan skala ratusan anggota tanpa disedari. Lebih pelik, saya berkongsi persoalan bekas Jeneral TLDM, bagaimana perairan negara yang dikawal oleh 4 agensi maritim dengan memiliki 12 radar pengesan bot sejauh 100km dan bot laju kombat CB90, masih boleh ditembusi? Saya tidak mahu kira bab kapal selam Scorpene menyedari kapal selam ini serba tempang tidak bersenjata (torpedo) dan tidak mampu menyelam. Lagi pelik, bila mana seramai 400-500 sentinel bersenjata Sulu bergerak dari Tanjung Labian ke Kg Tandou dengan berjalan kaki melalui denai perkampungan, apakah ia tidak disedari, apakah polis, tentera dan orang kampung tidak perasan? Tidakkah negara mempunyai perisik? Ini pelik. Saya faham negara ini terlalu banyak 'Special Branch' yang mengekori kebanyakkan pemimpin PR, turun ke ceramah dan sebagainya. Namun apakah mustahil tiada SB yang memerhati gerakan bersenjata Sulu? Saya berani mengatakan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda yang menuntut perubahan negara menjadi perhatian kepada SB dan juga Majlis Keselamatan Negara. Kerana apa setiap gerakan SAMM diperhatikan dengan teliti? Kerana SAMM adalah ancaman kepada Umno dan Barisan Nasional. Tetapi bagaimana pula dengan gerakan yang mengancam rakyat dan negara khususnya rakyat Sabah di perbatasan sana, tidakkah ada SB atau intel yang memerhatikan mereka? Ini pelik dan sudah tentu memperagakan lebih banyak persoalan. Berbalik kepada isu pengganas Sulu pasca pertempuran. Kepelikkan menjadi lebih serius selepas tamat pertempuran di Lahad Datu apabila memikirkan bagaimana ratusan anggota bersenjata Sulu ini boleh lolos dari kepungan pihak berkuasa? Kita semua telah dimaklum dengan jelas bahawa perkampungan Tandou telah dikepung, maka di manakah ketua mereka? Apakah mati atau ditahan? Berapa ramai yang ditahan? Apakah mereka punya magika boleh hilang sekelip mata? Apakah mereka ini 'orang minyak'? Pelik, pelik dan pelik! Dengan banyaknya persoalan pelik seperti yang saya sebut di atas, salahkah rakyat berdepan 'curious mind' setelah banyak perkara berlaku susah diterima akal? Sandiwara atau tidak, saya berani katakan yang bangsat di atas sana sanggup buat apa saja, jual negara, korbankan nyawa, you name it! Asalkan masih pegang tampuk kuasa. Saya jamin Umno dan Barisan Nasional akan tumbang PRU-13, apa cara pun mereka akan kalah kerana semua rakyat, profesional, penjawat awam, pekerja sendiri dan orang atas pagar telah tekad untuk bersama arus perubahan. Malah mungkin kali ini kalau Umno/BN menipu PRU pun akan tetap hadapi kekalahan. Difahamkan, pengundi hantu yang terdiri daripada warga asing juga tidak berani keluar membahayakan nyawa mereka untuk mengundi Umno/BN di atas ketegasan rakyat kali ini. Justeru, apa lagi cara yang mereka ada? Sandiwara atau tidak, pertempuran sudah berlaku dan anggota keselamatan sudah terkorban. Pertempuran dan kematian adalah sahih, manakala sandiwara adalah persoalan dari peristiwa yang berlaku. Harus dilekatkan dalam kepala kita, menimbulkan persoalan (sandiwara) dan mensahihkan sesuatu adalah dua perkara berbeza. Sahihnya sekarang ialah, saya tetap menegaskan Kerajaan pimpinan Umno dan BN harus bertanggungjawab, Najib dan Hishamuddin harus bertanggungjawab di atas kematian semalam hari ini dan esok. Namun dalam masa sama rakyat tetap persoal mengapa begitu dan begini, seolah ia satu sandiwara meminta simpati telah berlaku. Akhir sekali saya menyimpulkan, tidak keterlaluan jika saya katakan demi kemenangan Umno/BN di Sabah dulu dan kini, sanggup Umno dan Barisan Nasional penuhkan Sabah dengan warga asing termasuk warga sulu yang akhirnya membawa kepada beraninya warga Sulu bersatu dan memberontak menuntut sabah! Percayalah, mereka tidak akan berani bertindak sekiranya tidak punya asas atau kekuatan yang cukup untuk mengancam negara. Apakah suatu masa nanti, di atas ketergamakkan Umno menjual negara melalui skim pemberian kad pengenalan dan beri ruang kepada warga asing mengundi demi untuk terus kekal berkuasa, akan sampai ketikanya Indonesia pula menuntut negara ini kerana telah berjuta warga mereka di sini. Ia bukan mustahil sepertimana yang kita fikirkan tidak mustahil akan berlaku krisis peperangan di Sabah. * Penulis adalah aktivis blogger dan Pengarah Propaganda SAMM |
Media Filipina Dedahkan Najib Janjikan Penceroboh Penempatan Di Sabah Posted: 03 Mar 2013 08:39 PM PST Kebenaran terdedah jua akhirnya. Walaupun semalam, PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tetapi media Filipina, MB.com.ph, memetik kata-kata Nur Misuari, Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Najib telah menjanjikan Raja Muda Agbimuddin Kiram, penempatan di Sabah. Misuari juga merayu Najib supaya bertindak dengan cermat dalam menghadapi para pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna. Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah bagi menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka. Sebelum ini media massa UMNO heboh mendedahkan laporan yang disiarkan oleh Manila Times dan Philippine Daily Inquirer yang menggunakan artikel agensi berita Reuters kononnya Anwar Ibrahim turut terlibat dalam perancangan pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah. Menurut Laporan Manila Times pada tarikh 16 Februari, Koresponden Mindanou, Jacinto, memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini. "Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto, menurut laporan tersebut. Beberapa pihak termasuk Najib sendiri telah menggesa agar pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan tersebut tetapi lansung tidak menyentuh mengenai laporan akhbar MB.com.ph diatas mengenai janji beliau kepada para penceroboh berkenaan. Di dalam satu laporan yang berasingan, Najib Razak juga telah menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menyatakan insiden tembakan di Lahad Datu Sabah adalah "konspirasi terancang kerajaan Umno. Perdana menteri berkata tuduhan itu kononnya adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir. Kini seandainya laporan dari media Filipina itu benar, berarti Najib dan UMNOlah yang bermain dengan mainan politik yang cukup hina dengan cuba menjadikan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap insiden Lahad Datu, walhal beliaulah yang mengaturkannya. Berikut ialah laporan penuh akhbar berkenaan.
Bagi kita, kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. -GB |
Warga Kg Tanduo hidup tidak menentu Posted: 03 Mar 2013 08:33 PM PST Pada malam 11 Februari, Ben, seperti nelayan lain di kampungnya melepaskan lelah dan tidur selepas bekerja keras seharian. Beliau bagaimanapun mendapati ada seorang tetamu yang tidak diundang diluar rumahnya ketika dia bangun pada keesokan harinya. "Ada yang berpakaian seragam tentera. Ada yang tidak. Saya melihat mereka membawa M16 dan ada yang memegang parang. Mereka mungkin datang dari laut," katanya. Beliau berkata, ada penduduk kampung yang nampak mereka memasuki kampung tersebut pada jam 2 pagi. Menjelang pagi, kira-kira 50 orang penceroboh sudahpun tiba di kampung itu walaupun pemimpin mereka masih belum tiba. "Mereka hanya duduk di sekitar berhampiran rumah kami dan bercakap antara satu sama lain," katanya. Penceroboh yang kemudiannya menghampiri mereka dan mendakwa sebagai Tentera Diraja Sulu telah cuba meyakinkan penduduk tempatan bahawa mereka tidak membahayakan. "Mereka kata, mereka berada di sini untuk menuntut hak-hak mereka dan hak sultan mereka," kata Ben. Tambahnya lagi, penduduk kampung mula panik dengan perkembangan mendadak itu dan ramai di antara mereka memutuskan untuk meninggalkan kampung itu menjelang jam 9 pagi. "Mereka (tentera Sulu) tanya, kenapa kami lari. Mereka kata mereka hanya ingin jadi kawan. Tetapi apabila kami melihat mereka, kami dapat rasa sesuatu yang tidak elok dan mahu lari," katanya. Maka, bermulalah penghijrahan beramai-ramai. Bagi mereka yang mempunyai kenderaan, mereka terus keluar dari kampung manakala selebihnya berjalan kaki ke kampung berdekatan, Tanjung Labian - sejauh kira-kira lima kilometer. -M'kini |
Jangan fikir jawatan PM, TPM - TG Abdul Hadi Posted: 03 Mar 2013 04:41 PM PST SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa buat masa ini tidak perlu timbul sebarang isu mengenai jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU akan datang. "Yang penting sekarang ini ialah memberitahu rakyat mengenai pemerintahan yang adil jika Pakatan berkuasa," kata beliau ketika berucap di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya PAS Negeri Selangor 2013 di sini semalam. Berucap di depan lebih 800 petugas pilihan raya PAS Selangor dalam suasana yang sangat ceria, Presiden PAS itu dengan suara paling tegas berkata, "yang penting sekarang kita hendak menang pilihan raya dulu untuk memerintah secara adil. "Jika menang, barulah kita fikirkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri." Menurutnya, masa ini tidak berbangkit lagi isu jawatan tersebut kerana kita hendak tumpukan perhatian kepada gerak kerja pilihan raya, memberitahu rakyat akan manifesto Pakatan Rakyat iaitu hendak memerintah dengan adil kepada semua rakyat berbilang kaum. Selanjutnya beliau berkata, setiap petugas PAS dan Pakatan Rakyat perlu menumpukan perhatian untuk memberitahu kandungan manifesto Pakatan kerana manifesto tersebut adalah dokumen Pakatan untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan memerintah secara adil. Presiden PAS itu berkata lagi bahawa perjuangan PAS/Pakatan rakyat bukan hendak merebut jawatan dan bukan kerana ketokohan seseorang individu, tetapi untuk menegakkan keadilan dan mereka yang mengundi Pakatan bukan mengundi individu tetapi mengundi dasar perjuangan yang dibawa oleh Pakatan. "Kita menerima tahaluf siyasi dengan persetujuan Malis Syura Ulama dan Muktamar PAS, kerana itu ia adalah suatu jihad untuk melaksanakan cita-cita perjuangan yang telah kita sepakati," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang tegas disambut dengan takbir oleh para hadirin. Menurutnya, sepanang sejarah PAS menyertai tahaluf siyasi sejak dengan Semangat 46 dulu hingga kini, PAS tidak pernah rugi, malah banyak menguntungkan Islam. "Jika PAS banyak memenangi kerusi dalam PRU akan datang baik di peringkat Parlimen dan Dun, maka insya Allah, PAS akan dapat menggantikan Umno," ujarnya. Beliau seterusnya mengingatkan pendukung PAS, bahawa dalam perjuangan ini "kita hendaklah melakukannya dengan sungguh-sunguh, istiqamah, bertawakkal dan berserah kepada Allah menentukannya". -Hrkh |
Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib' Posted: 03 Mar 2013 04:39 PM PST MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah. Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna. Misuari (gambar) juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka. "Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri. Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman. Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari. Laporan penuh artikel yang ditulis oleh Edd K.Usman boleh dibaca di sini. http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTN41nySDDE Penafian Misuari Sementara media yang sama melaporkan, Sabtu lepas ketika bercakap di Davao City, Nur Misuari menafikan penglibatan beliau dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang. Misuari menafikan penglibatan ini ketika pertemuan lewat malam dengan Timbalan Datuk Bandar Davao City, Rodrigo Duterte di Hotel Royal Mandaya Sabtu, 2 Mac lepas. "Mereka mendakwa saya memberikan semangat," kata Misuari disamping mendakwa beliau memberikan bantuan kewangan kepada kumpulan Kiram ini. "Saya bersama isteri hampir sebulan di Afrika, Malayo kami," kata Misuari semasa pertemuan tersebut. Lagipun, katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membantu mereka. "Di mana saya nak dapatkan wang itu membantu mereka," tambahnya. |
Nak Ciplak TUKAR Milik Pakatan, Tiba-tiba Baju Tersama Dengan Mat Gian Posted: 03 Mar 2013 04:37 PM PST Gambar kedua-dua foto di atas adalah asli, tiada sentuhan photoshop. Foto itu dari akhbar tempatan. Sungguh melucukan apabila baju yang dipakai oleh TPM, Muhyidddin Mohd Yassin dan Mustapa Mohamed adalah serupa dengan baju yang digunakan oleh seorang Mat Gian yang telah ditahan oleh polis kerana disyaki memiliki dadah jenis Heroin. Merekalah orang-orang yang hendak jatuhkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan TG Nik Aziz.... tak da beza pun baju yang Sang Menteri pakai dengan Mat Gian tersebut... heheheh Dan kini ada yang mencadangkan rakyat Kelantan pakai baju yang ini pula... |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan