Muslimeen United |
- Utusan & Papagomo: Pemfitnah Yang Cuba Membela Pemfitnah
- Anwar yakin dia disasarkan dengan dakwaan kes Sulu
- Tiga aktivis siswa ditahan polis di Angkasapuri
Utusan & Papagomo: Pemfitnah Yang Cuba Membela Pemfitnah Posted: 22 Mar 2013 07:53 PM PDT Kes Papagomo, Utusan Malaysia 'cover' malu!! Utusan Malaysia menyiarkan wajah Papagomo di muka depannya hari ini. Apabila tersiar dan disebarkan pula oleh blogger-blogger PR yang mengatakan Utusan Malaysia mengesahkan wajah Papagomo, Utusan Malaysia serba salah. Ini kerana, hanya Utusan Malaysia yang terliur menyiarkan gambarnya dan mengambarkan seolah-olah dialah 'hero' rakyat. Lihat apa yang ditulis Utusan Malaysia… "Blogger Papagomo tetap pertahankan pendirian dan pendedahannya demi rakyat, agama, bangsa dan negara." Media arus perdana yang lain 'tak lalu' menyiarkannya lebih-lebih di muka hadapan. Apabila dah tersebar wajah Papagomo, Utusan Malaysia 'cover' malu [eh, bila UM tahu rasa malu!!] membuat berita baru petangnya "Pemilik blog Papagomo dipukul samseng?" dan turut sama menyabitkan media arus perdana yang lain menyiarkan gambar Papagomo seperti berita di bawah. Laman-laman sosial telah lama menyiarkan sebelum ini. Jadi eloklah, Utusan Malaysia juga dah mengesahkan pemilik blog tersebut. Itulah hakihatnya, kaki fitnah yang cuba-cuba membela kaki fitnah kesayangannya!! -ekeleh |
Anwar yakin dia disasarkan dengan dakwaan kes Sulu Posted: 22 Mar 2013 07:50 PM PDT (Anwar bergambar dengan crew Treler Demi Rakyat selepas melancarkannya. Dengan ini ketiga-tiga parti Pakatan mempunyai treler masing-masing menjelang pilihan raya umum ke 13 ini) SELAYANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau adalah orang yang disasarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib dalam kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu sekarang. Bagaimanapun Anwar berjanji beliau tidak akan berhenti dengan dakwaan itu bahkan akan memberikan semangat lebih kuat kepada beliau untuk melawan kerajaan BN sehingga ia tumbang dalam pilihan raya umum akan datang. "Dakwalah saya, fitnahlah saya tetapi jangan harap saya akan menyerah," kata Anwar ketika memberikan ceramah dalam program Merdeka Rakyat di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri malam ini. (Sebahagian orang ramai yang memenuhi Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri) Anwar dipercayai mengulas pengakuan seorang yang didakwa dalam kes pencerobohan Sulu bahawa dia diupah. Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya. Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah. (Buku Prima Facie tulisan Hanipa Maidin dan The Black Rose antara yang dijual kepada orang ramai) Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya. "Ini dakwaan ada orang bayar ni. Ini semua pelan Najib untuk mendakwa saya," kata Anwar dalam ceramah itu. Menurut Anwar, bayang-bayang mengenai perkara ini sudah disebut sebelum ini lagi apabila beberapa pemimpin Umno mula mendakwa beliau di belakang kemasukan tentera kesultanan Sulu ini. "Mereka nak dakwa ke, mereka nak tangkap ke, kita akan tetap lawan untuk tumbangkan Umno dalam pilihan raya ini," kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin. Bahkan katanya, dia menyanyi lagu 'Sabah nak hilang' pun dikaitkan sebagai bukti beliau mengarahkan orang serang Sabah. Lebih 10,000 berhimpun di pusat rekreasi Bandar Tasik Puteri itu untuk mendengar ucapan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Antaranya Zaidi Talib YDP PAS Selayang, Syamsul Iskandar Ketua Pemuda PKR serta Zuraidah Kamarudin Ketua Wanita PKR. Sempena himpunan kali ini, Anwar juga turut melancarkan 'Treler Demi Rakyat' yang seakan-akan sama dengan Treler Negara Berkebajikan PAS. "Saya yakin treler atau lori lebih kuat untuk menahan batu dari pencacai Umno," kata Anwar merujuk kepada bas PKR sebelum ini yang pecah cerminnya selepas dibaling batu di Melaka. -Hrkh |
Tiga aktivis siswa ditahan polis di Angkasapuri Posted: 22 Mar 2013 07:50 PM PDT Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (bawah) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM. Dua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka. Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya. "Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam. "Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya. 40 berarak dari masjid UM Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta. Sementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ. Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka. Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri. Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan. Awal Mac lalu, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) menghantar surat permohonan kepada RTM meminta supaya menganjurkan debat dengan perdana menteri berkaitan dasar pengajian tinggi. Bagaimanapun selepas tiga minggu permohonan mereka kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir, tiada sebarang maklum balas diberikan. Sehubungan itu, Ahmad Syukri berkata mereka menganjurkan "Occupy Angkasapuri" hari ini dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM. Sementara itu, Ahmad Syukri memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa ketiga-tiga mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 8.20 malam ini. -M'kini |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan