Ahad, 10 Mac 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


TG Nik Aziz: Kebenaran Akan Terserlah Dengan Sendiri

Posted: 10 Mar 2013 12:59 AM PST



Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur apabila kebenaran terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini difitnah sebagai 'peliwat' semakin jelas kebenarannya.

Malah dia turut berkata, sebarang pendustaan tidak akan kekal lama, tiba waktu kebenarannya akan terdedah dengan sendiri.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung ayah Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang mendakwa anaknya itu diperalat oleh pihak tertentu kelmarin.

Azlan pada sidang medianya berkata anaknya itu diperalatkan oleh pihak terbabit dan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui pada majlis Himpunan Vateran 2013 di Perkarangan Infra Quest, Jalan Datuk Lundang, dekat sini.

Sambil melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga, Tuan Guru berkata walau selicik mana sekalipun sesaorang merangka plan tertentu, namun kebenarannya pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

Beliau juga turut menolak dan tidak percaya dakwaan yang mengatakan Anwar membayar kepada ayah Shaiful, sesuatu yang tidak mungkin.

"Dia (Anwar) mana ada duit, sebanyak-banyak duit Anwar Ibrahimpun, banyak lagi duit menteri atau Perdana Menteri,"ujarnya.

Dengan pendedahan itu, katanya diharapkan nama baik Ketua Umum PKR itu semakin baik dan rakyat juga semakin sedar tentang pembohongan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini.

"Semoga dengan fitnah yang menimpa dirinya (Anwar) sebagai penghapus dosa dirinya yang pernah bersekongkol dengan Umno dan BN sebelum ini,"ujarnya.

Terdahulu beliau beramah mesra dengan 500 orang veteran PAS dalam Parlimen Kota Bharu.

PRU13: Luar biasa bila lepasi tempoh 5 tahun

Posted: 10 Mar 2013 12:57 AM PST




KUALA LUMPUR: Tempoh lima tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008 lalu, kini sudah genap malah sudah lebih dua hari jika dikira sehingga tarikh hari ini 10 Mac 2013.

Rata-rata rakyat mula bercakap tentangnya yang selama ini tidak sabar menantikan bilakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen untuk diadakan PRU13.

Bairpun perkiraan mudah itu tidak termaktub dalam perlembagaan, namun bagi mereka, kerajaan BN bermula tarikh 9 Mac 2013 iaitu semalam, sudah dianggap kerajaan sementara (caretaker) kerana pentadbirannya sudah melebihi mandat lima tahun yang diberikan oleh rakyat pada PRU12 lalu.

Penantian rakyat untuk PRU13 sejak lebih tiga tahun lalu ini terus membawa kepada satu persoalan baru, iaitu mampukah kerajaan yang BN yang dipimpin Najib pada hari ini mematuhi prinsip-prinsip­ umum kerajaan caretaker.

Antara perinsip umum tersebut termasuklah memisahkan Umno BN dari kerajaan, tidak boleh meluluskan projek mega dan tidak boleh membentuk dasar-dasar baru yang mengikat kerajaan yang dibentuk selepas PRU13.

Ini satu lagi faktor yang akan dinilai oleh rakyat terhadap tahap 'keadilan' dalam proses berdepan pilihan raya seperti yang dituntut dalam beberapa himpunan Bersih sebelum ini.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan semalam berkata, Malaysia boleh mencipta sejarah dunia dan disenarai dalam Guinness Book of Records sebagai negara yang paling lama berada dalam keadaan teka-teki tarikh pilihan raya di mana kempen pilihan raya telah bermula sejak empat tahun dahulu lagi.

Malah, beliau juga telah menganggap Najib secara tidak rasminya bukan lagi perdana menteri yang sah bermula tarikh 9 Mac iaitu semalam.

"Apatah lagi Najib merupakan Perdana Menteri paling lama tanpa mandatnya sendiri iaitu hampir empat tahun," katanya yang turut melontar persoalan adakah Najib akan membubarkan parlimen pada tarikh 11 Mac 2013 iaitu esok jam 11.11 pagi.

Barang diingat, Najib menjadi perdana menteri hanya bermula 3 April 2009 iaitu bagi menggantikan Abdullah Badawi yang gagal memperoleh dua pertiga kerusi parlimen pada pilihan raya 2008 yang menyaksikan Tsunami politik dalam negara ini.

Dengan kata lain, jawatan perdana menteri yang disandang Najib sehingga hari ini, masih lagi atas mandat Pak Lah pada 2008 dan bukan mandat diri beliau sendiri.

Bagi Ketua Penggerak Pemantau PRU Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof pula, tempoh melebihi lima tahun ini satu yang luar biasa bagi negara ini.

Maka katanya, sangat wajar bagi kerajaan yang disifatkannya juga sebagai caretaker ini untuk menghormati konvensyen yang diterimapakai oleh kebanyakan Negara demokrasi dunia hari ini berhubung prinsip-prinsip­ umum kerajaan caretaker.

"Harus diingat, melepasi lima tahun mandate yang diberikan oleh rakyat adalah suatu keluar biasaan amalan di Malaysia.

"Meskipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan hal berkaitan kerajaan caretaker, sebagai sebuah negara yang mengamalkan system demokrasi pilihan raya, konvensyen yang mengiktiraf prinsip-prinsip kerajaan caretaker ini perlulah dihormati," katanya. -Hrkh

Kit Siang: Najib jadi PM tanpa mandat

Posted: 10 Mar 2013 12:56 AM PST


Ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap Datuk Seri Najib Razak tidak lagi sah menjadi perdana menteri bermula 9 Mac semalam dan mendesak Najib segera mengadakan pilihan raya dengan segera.

Katanya, tempoh pentadbiran kerajaan sedia ada genap lima tahun pada 8 Mac lalu.

"9 Mac adalah tarikh yang mustahak kerana bermula hari ini kita ada perdana menteri yang tidak sah di Malaysia," kata Lim sewaktu berucap pada majlis sambutan 5 tahun pentadbiran kerajaan negeri Selangor di Shah Alam semalam.

selangor 308 anniversary 100313 lim kit siangBeliau mendakwa, Najib kini menjadi perdana menteri tanpa mandat daripada rakyat memandangkan beliau tidak mengadakan pilihan raya umum untuk mendapat mandat baru selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tambah Lim, semua perdana menteri sebelum Najib mengadakan pilihan raya umum dalam masa enam bulan ke setahun selepas mengambil alih kuasa daripada perdana menteri sebelumnya.

"Beliau sudah menjadi perdana menteri yang tidak dipilih, yang paling lama di Malaysia.

"(Beliau) tiada mandat daripada rakyat, takut mengadakan pilihan raya, (dan) takut bubar parlimen," katanya.

Tindakan Najib, kata Lim, menyebabkan rakyat Malaysia sudah berada dalam 'mod' pilihan raya sejak empat tahun yang lalu.

"Datuk Seri Najib catat rekod baru, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi Malaysia sudah masuk Guiness Book of Record.

"Mana ada negara di dunia dalam mod pilihan raya selama empat tahun.

"Ini memalukan buat Malaysia," kata Lim disambut sorakan gemuruh daripada kira-kira 5,000 hadirin di Dataran Kemerdekaan.

Pilihan raya umum terakhir diadakan pada 8 Mac 2008, di mana BN tewas di lima negeri.

Abdullah setahun kemudian meletakkan jawatan sebagai perdana menteri – satu tindakan yang diistilahkan sebagai 'peralihan kuasa' pada masa itu – dan Najib selaku timbalan perdana menteri menggantikan beliau bermula 4 April 2009.

Sementara itu Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah sama membangkitkan mengenai cubaan sesetengah media yang mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu.

Menurut Anwar, beliau sedikit pun tidak gentar dengan tindakan itu yang dianggapnya sebagai cubaan untuk kembali menyumbat beliau ke dalam penjara atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya.

"Saya tengok cara media duduk main khianat saya dengan isu Lahad Datu ini, mungkin dia nak bawa saya ke situ.

"Nak ugut saya sekali lagi, tapi saya nak cakap, saya akan hadapi.

"Namun, berundur tidak sekali-kali," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Turut hadir dalam majlis semalam antaranya adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman. -M'kini

Tiada ulasan: