Rabu, 6 Mac 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


LAHAD DATU : Jamalul Kiram III umum Gencatan Senjata

Posted: 06 Mar 2013 10:05 PM PST


MANILA: Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.
"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis," kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.
Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa."
Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.
Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.




Lagi tembak-menembak di Kg Tanduo
11:27AM Mac 7 2013
map sabah lahad datuKejadian tembak-menembak kembali tercetus hari ini di kawasan operasi Kg Tanduo ketika pasukan keselamatan kita meneruskan operasi menggeledah untuk mencari saki baki kumpulan penceroboh.

Laman Utusan Onlinemelaporkan, kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 9.15 pagi.

Ia turut melaporkan, pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan dari kereta perisai pada jam 8.30 pagi.

Sementara itu, pesawat udara tentera juga dilaporkan berlegar di udara pada jam 7.30 pagi di kawasan operasi itu.


Polis: Mayat anggota di Semporna diperlaku dengan kejam

Posted: 06 Mar 2013 07:25 PM PST




10:15AM Mac 7 2013
semporna simunul 040313 bloodEnam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi.

Menceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan
penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang maut dalam serangan hendap sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina.

Menurut posting Facebook tersebut, polis menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina.


"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis itu telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.
"Pihak polis dihantar pasukan penyelamat untuk mengambil mayat wira-wira kita terkorban dan menyelamatkan anggota
yang terperangkap di Kampung Simunul, Semporna. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi tersebut.

"Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," tambahnya..

NONEPolis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada insiden tersebut dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa dan menyifatkan tindakan penceroboh itu 'sebagai tidak Islamik'.

Insiden mengerikan itu juga dibangkitkan pada mesyuarat tengah malam antara Setiausaha Luar, Albert del Rosario dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman pada hari Isnin di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan satu penjelasan semalam, bahawa del Rosario tidak melabelkan kumpulan Filipina itu sebagai "pengganas", tetapi mengakui kekejaman tersebut, jika benar, dianggap sebagai perbuatan "pengganas".

"Di Semporna, terdapat dakwaan tindakan keganasan. Seperti yang dilaporkan oleh menteri luar Malaysia, selepas pasukan polis terjebak dalam satu serangan hendap dan dibunuh, mayat mereka dipelakukan dengan kejam.

"Jika benar kekejaman ini dilakukan seperti yang dilaporkan kepadanya, kedua-dua setiausaha luar dan menteri luar itu bersetuju bahawa ini adalah tindakan keganasan," kata kenyataan itu.

Shiro Teruja Berlakon Disamping Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Mar 2013 06:40 PM PST



Shiro bakal muncul dengan filem pertama mereka berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
PETALING JAYA: Kumpulan Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.
"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).
Ustaz Azhar Idrus
Dalam pada itu, Shahrul berkata, filem pertama mereka itu adalah projek istimewa bersama MIG dan tidak berhasrat untuk menyertai syarikat produksi itu untuk menguruskan kerjaya lakonan mereka.
Jelas Shahrul, Shiro selesa dengan pengurusan Astro Entertainment yang menguruskan kerjaya seni mereka sejak menjuarai program Raja Lawak musim keenam.
Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, kumpulan Shiro juga akan tampil dengan sebuah single khas buat peminat dan yakin kehadiran mereka sebagai penyanyi dapat diterima ramai.
Kata Shahrul, Ajak akan bertindak sebagai vokalis utama dan dia akan lebih kepada rap dalam lagu itu nanti.
Dalam pada itu selain sedang berada di lokasi penggambaran filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, Shiro juga akan mengendalikan sebuah program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti,Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.

Jet Pejuang Masih Dilihat Berlegar-Legar Di Udara Lahad Datu

Posted: 06 Mar 2013 05:55 PM PST


Lahad Datu: Lautan Dan Darat Dikepung Sekat Bekalan Makanan Kepada Musuh - Hamza
KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihak keselamatan turut menangkap penceroboh yang cuba masuk dan keluar dari Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.
"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.
"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka," katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini Khamis.
Penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu yang berkubu di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu dikepung pihak keselamatan negara sejak 12 Februari dalam usaha kerajaan menyelesaikannya secara aman.
Namun, pada 1 Mac kumpulan terbabit menyerang pihak keselamatan yang mengorbankan dua anggota polis komando VAT 69 dan sehari selepas itu enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap di sebuah perkampungan di Semporna, juga angkara kumpulan penceroboh.
Mengenai kumpulan penceroboh yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan.
"Kalau ada jalan keluar pun, 'the only way out' ialah ikut jalan laut. Bagaimanapun, saya tidak menafikan (wujud cabaran) kerana kita berhadapan dengan manusia, jadi masing-masing ada tipu helah," katanya.
Berhubung penahanan empat suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, Hamza berkata polis masih menyiasat sejauh mana penglibatan suspek dengan kumpulan berkenaan. - BERNAMA

Ribuan didakwa menyusup ke Sabah

Posted: 06 Mar 2013 05:10 PM PST


7 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
MANILA - Media antarabangsa termasuk media berpengaruh Filipina melaporkan, kira-kira 10,000 kumpulan gerila kaum Tausung dari Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi belayar ke Sabah bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu.

Media melaporkan, kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan (MNLF), Habib Hashim Mudjabab, semalam.
"Ramai antara kami marah dan kebanyakan mereka, termasuk golongan bukan pejuang, akan ke Sabah membantu tentera Sultan Sulu," katanya.

Menurutnya, kumpulan gerila itu menyertai kumpulan pengikut Sultan Sulu dan mereka kini bersembunyi di sebuah kampung di Sabah melalui sebuah laluan di Filipina dikenali sebagai Southern backdoor (jalan belakang Selatan), laluan yang biasa digunakan pedagang kecil.


Laporan turut memetik, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar kumpulan yang telah berjaya membolosi sempadan Sabah  tetapi hanya menegaskan ia mencecah ribuan.

Beliau berkata, walaupun pemimpin MNLF tidak mengeluarkan arahan rasmi untuk memasuki Sabah tetapi MNLF memberi sokongan penuh atas usaha Sultan Sulu untuk menuntut semula wilayah Sabah itu.

Sementara itu, pembantu sultan berkata, di Manila, antara 100 dan 300 militan dipercayai melarikan diri serangan kelmarin dan bersembunyi di beberapa perkampungan sekitar Lahad Datu. - AFP

Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Sebenar, Kata Kerabat Diraja

Posted: 06 Mar 2013 07:27 AM PST



KUALA LUMPUR: Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.
Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.
Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatatdalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).
Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.
"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.
Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhanpersekutuan Malaysia.
Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.
Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. - BERNAMA

Lahad Datu: Lebih Ramai Lagi Penceroboh Sulu Ditembak Mati - KPN

Posted: 06 Mar 2013 06:12 AM PST



LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia menembak mati lebih ramai lelaki bersenjata apabila mereka memperluaskan pemburuan terhadap kumpulan bersenjata Sulu pada Rabu, selepas operasi ofensif menentang kumpulan itu di Kampung Tanduo pada Selasa.
Tan Sri Ismail Omar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata terbunuh dalam pertempuran di tiga lokasi berasingan selepas polis dan anggota tentera memperluaskan pencarian mereka ke Kampung Tanjung Batu, kira-kira dua kilometer dari Kampung Tanduo.
"Kami percaya sebahagian musuh terbunuh walaupun kami tidak mengesahkan bilangan kematian buat masa ini," katanya.
Beliau berkata, mereka mempercayai lelaki bersenjata Sulu berjaya melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu dari Kampung Tanduo dan polis memburu mereka di sana.

Pejabat AG mohon ekstradisi Jamalul Kiram

Pejabat Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan permohonan bagi Jamalul Kiram III dari Filipina diekstradisi ke negara ini jika terbukti ada kes terhadapnya, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.
Beliau berkata pejabatnya telah meneliti perkara itu (ekstradisi) sejak minggu lepas.

"Perkara paling penting ialah siasatan terhadap perkara itu oleh polis perlu diselesaikan terlebih dahulu, kes perlu dibuktikan terhadap seseorang sebelum membuat permohonan bagi ekstradisi," katanya kepada Bernama semasa dihubungi hari ini.

Pegawai tertinggi pejabat pendakwa raya itu menjelaskan perlu dibuktikan ada kes terhadap seseorang itu sebelum AGC memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan seperti memohon ekstradisi atau mendakwa seseorang itu di mahkamah.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memberi ruang kepada polis menjalankan tugas mereka menyiasat kes itu.

"Jika terbukti ada kes, kami (AGC) pasti akan melakukannya (memohon ekstradisi)," tegas Abdul Gani.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media mengenai ekstradisi Jamalul Kiram yang didakwa mengarahkan pencerobohan bersenjata di  Sabah, yang mengakibatkan lapan anggota polis terbunuh.

Bernama

Ismail: Tembak menembak berlaku di tiga lokasi Tanjung Batu, Lahad Datu

Posted: 06 Mar 2013 04:41 AM PST




6 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas berlaku di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah petang ini tatkala pasukan keselamatan meneruskan operasi susulan dan penggeledahan dalam Op Daulat.

Pasukan keselamatan negara mula membuat pemeriksaan di perkampungan itu pada pukul 3 petang untuk menjejaki musuh yang memasuki kawasan kampung berkenaan.

"Pada kira-kira 4.15 petang berlaku tembak menembak di tiga lokasi kampung itu dan kami percaya ada musuh yang gugur, tetapi waktu ini saya tidak dapat sahkan jumlah musuh yang terkena tembakan," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.


Ismail, pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain pada pukul 6 petang ini, berkata tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kejadian itu dan tiada yang dijadikan tawanan pihak musuh.

Semalam, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb lepas.

Sesudah itu, gerakan susulan dan penggeledahan dilakukan rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di kampung itu bagi memburu kumpulan pengganas itu.

Kawasan operasi kini diperluas setiap dua kilometer berikutan pasukan keselamatan mengesan kumpulan pengganas sedang bergerak ke tempat-tempat tertentu

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan kini memperluaskan kawasan operasi dan penggeledahan untuk mencari senjata api yang dipercayai ditanam di kawasan terbabit.

"Kami yakin masih ada saki baki pengganas di kawasan Kampung Tanduo," katanya.

Kedua-dua pimpinan tertinggi pasukan keselamatan negara itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak menghantar SMS kepada mereka memberi sokongan dan semangat serta diiringi doa untuk keselamatan dan kejayaan pasukan keselamatan dalam Op Daulat.

"Kami berdua ucap berbanyak terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan dan doa untuk meningkatkan semangat kami," katanya. - Bernama


Panglima: 9 mayat yang ditemui terbunuh Jumaat

Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan.

Katanya, 12 penceroboh berkenaan terbunuh ketika pertempuran pada 1 Mac.

Namun, pasukan keselamatan hanya menemui sembilan mayat di dalam lahad tersebut, katanya.

Pasukan keselamatan percaya terdapat tiga lagi mayat yang kini sedang dikesan, tambahnya.

Mayat berkenaan mungkin telah dikebumikan atau dibawa ke kawasan lain yang tidak diketahui, katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence petang ini.

Jumlah penceroboh yang dibunuh sejak konflik ini bermula adalah 13 orang, termasuk seorang yang ditembak mati pagi ini.

Terdahulu, dua menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan gambar menunjukkan bukti kematian berkenaan dalam satu sidang media petang ini.

Ramai pejuang MNLF telah ke Sabah

Posted: 06 Mar 2013 04:02 AM PST



 
Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari Filipina, menuju ke Sabah untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu yang berjuang menentang pasukan keselamatan Malaysia, dakwa seorang pemimpin mereka hari ini.

"Ramai telah meloloskan diri daripada pasukan keselamatan. Mereka sudah mahir dengan kawasan tersebut kerana mereka dilatih di sana pada masa lalu," kata Muhajab Hashim, pengerusi Majlis Perintah Islam MNLF.

"Kami menjangka lebih ramai daripada mereka akan menyertai (pertempuran) walaupun jika arahan rasmi kita adalah supaya mereka mengelak pergi ke sana," katanya.

NONEBeliau tidak pasti berapa ramai pejuang MNLF telah berjaya melepasi 
kawalan tentera laut Filipina dan Malaysia, tetapi berkata sebelum ini, "ribuan" telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai kira-kira 200 pengikut kesultanan Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram.

Majlis Perintah Islam MNLF menyelia semua pasukan tentera MNLF, untuk melucutkan senjata sebagai sebahagian daripada perjanjian damai 1996 tetapi tidak dipatuhi sepenuhnya.

Hashim berkata walaupun pemimpin MNLF tidak secara rasmi mengarahkan pengikut mereka belayar ke Malaysia, tetapi mereka menyokong penuh usaha Sultan Sulu menuntut Sabah.

"Pejuang MNLF taat kepada sultan, kita adalah pengikut. Jadi ia lebih daripada satu pakatan," katanya. "Kami menentang keras serangan terhadap saudara kami dari Sulu."

Pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ofensif besar-besaran semalam selepas tiga minggu pengikut sultan Sulu Jamalul Kiram III berkubu di situ dan keganasan meletus minggu lalu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh.

Tetapi pembantu sultan berkata di Manila bahawa kumpulan Azzimudie terselamat daripada serangan, termasuk serangan udara.

MNLF diasaskan pada tahun 1960-an oleh Nur Misuari yang memperjuangkan untuk wilayah Islam di Mindanao dan pernah mendapat sokongan dari Malaysia. AFP

OPS DAULAT : Pasukan Keselamatan Temui Kubur Tempatkan Mayat Penceroboh

Posted: 06 Mar 2013 03:11 AM PST


Ahmad Zahid (kiri) menunjukkan gambar mayat penceroboh Sulu yang ditemui oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam satu operasi, pada sidang media di Lahad Datu, Rabu. Turut serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah). Foto NORMIMIE DIUN / THE STAR
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia membongkar sebuah kubur besar yang menempatkan sembilan mayat penceroboh di Kampung Tanduo di sini.
Gambar-gambar mayat dan operasi berterusan yang dikendalikan di tempat kejadian dipaparkan oleh Menteri Pertahanan pada Rabu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan bersenjata negara berjaya merampas senjata-senjata semasa operasi tersebut.
"Ini membuktikan, mayat yang kami peroleh dikumpulkan dan kami dalam proses untuk mengumpulkan lebih banyak mayat," katanya pada sidang media secara langsung di TV3 di Felda Sahabat di sini.
Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa 13 mayat dijumpai semasa operasi itu.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada anggota keselamatan Malaysia yang cedera dalam operasi berkenaan.
"Kami menjalankan bedah siasat sepenuhnya terhadap mayat bagi mengenal pasti bagaimana mereka mati," katanya.
Kedua-dua menteri itu turut menunjukkan gambar-gambar senjata yang dirampas di tempat kejadian dan mayat seorang lelaki bersenjata yang ditembak dan mati pada pukul 6.45 pagi.

OPS DAULAT : Sidang Media oleh Menteri Pertahanan & Menteri Dalam Negeri [Video]

Posted: 06 Mar 2013 02:37 AM PST

Presiden Filipina: Kedegilan pengikut Sultan Sulu boleh cetus 'perang propaganda'

Posted: 06 Mar 2013 02:26 AM PST


6 Mac 2013

GENERAL SANTOS CITY - Presiden Benigno S. Aquino III menegaskan kedegilan pengikut Sultan Sulu yang mahu kekal di Sabah boleh membawa kepada 'perang propaganda'.

Beliau berkata, tindakan menceroboh Sabah dan membawa senjata telah mengheret Filipina ke ambang bahaya.

"Bukan itu saja, saya juga bimbang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina terjejas kerana tindakan ganas yang dicetuskan oleg pengikut Kesultanan Sulu ini," ujarnya.

Kata beliau, ini kerana hubungan di antara kedua-dua negara sudah lama terjalin dan Malaysia sendiri membantu rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Aquino hari ini turut meminta pengikut Sultan Sulu menyerah diri dan berjanji akan turut akan mempertimbangkan kebajikan sebahagian besar rakyat Filipina yang terjejas.

Tambah Aquino, beliau juga bimbang nasib 800,000 rakyat Filipian yang bekerja di Sabah ketika ini ekoran krisis dicetuskan oleh Sultan Sulu.

OPS DAULAT : Menteri tunjuk gambar operasi dan 13 kematian pada media

Posted: 06 Mar 2013 01:38 AM PST


Kerajaan mendedahkan gambar dan mengesahkan sekurang-kurangnya 13 kematian susulan operasi pengeboman yang dijalankan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata langkah tersebut bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan.

Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan.

Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi ini serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh.

Hishammuddin pula bagaimanapun enggan mendedahkan keseluruhan jumlah kematian di pihak musuh, kecuali yang dirakam dalam gambar tersebut.

Kerajaan mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu semalam.

LAHAD DATU : 67 Pengikut Sulu cuba ke Sabah dihalang polis Filipina

Posted: 06 Mar 2013 12:40 AM PST



3:55PM Mac 6 2013
Media Filipina mengesahkan bahawa terdapat percubaan rakyat Filipina untuk belayar ke Sabah untuk membantu penceroboh Sulu, tetapi mereka telah dihalang oleh polis Filipina.

"Itu adalah arahan pejabat tertinggi untuk menghalang mereka daripada pergi ke sana," kata pengarah polis wilayah Tawi-Tawi, Joselito Salido kepada The Philippine Star.

Beliau mendakwa kira-kira 67 pengikut kesultanan Sulu tiba di Bongao dan bersedia untuk ke Sabah melalui jalan laut, tetapi telah dinasihatkan untuk tidak meneruskan rancangan mereka.

Bongao adalah sebuah bandar di wilayah Tawi-Tawi, Filipina. Ia terletak kira-kira 150km di timur Lahad Datu.


"Kami berunding dan bercakap dengan mereka supaya menimbang semula rancangan mereka itu kerana ini hanya akan menyukarkan lagi masalah tersebut," kata Salido.

Menurutnya, kumpulan lelaki itu datang dari Basilan dan Sulu, dan tidak bersenjata. Beliau menegaskan bahawa situasi di Bongao adalah tenang.

Sebaliknya, InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, melaporkan Sultan Sulu Jamalul Kiram (kiri) berkata beliau tidak boleh menghalang sesiapa pun pergi ke Sabah untuk membantu pengikutnya di sana.

Ketika ditemubual di rumahnya di Kampung Maharlika Taguig City, Jamalul berkata bukan anggota kaum Tausug sahaja - iaitu keturunannya - tetapi juga Yakan dan Sama yang mahu pergi ke Sabah jika mereka berpeluang.

"Kita tidak boleh menghalang mereka," katanya.

Ditanya sama ada beliau sendiri akan menghantar lebih ramai pengikutnya ke Sabah, Kiram berkata pengikutnya di sana sudah mencukupi.

"Mereka bukan pergi ke sana untuk berperang tetapi untuk menetap di sana. Anda tahu bagaimana sukarnya kehidupam di Filipinal Kebanyakan mereka adalah nelayan, manakala yang lain adalah petani."

Jamalul mendakwa malam tadi bahawa beliau telah bercakap dengan adik lelakinya, Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, dan diberitahu bahawa pengikut Azzimudie di Sabah tidak terjejas oleh serangan besar-besaran yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia di kampung Tanduo semalam.

Menurut ABS-CBNnews.com, Jamalul turut mengecam Kuala Lumpur krana melabel pengikutnya di Lahad Datu sebagai "pengganas".

Anak perempuan sultan, Jacel Kiram, mendakwa bahawa tindakan memberi label tersebut adalah untuk menghalang campurtangan antarabangsa di Sabah.

OPS DAULAT : Empat Suspek Pengganas Sulu Ditahan

Posted: 06 Mar 2013 12:15 AM PST



SEMPORNA: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.
Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.
Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.
Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.
Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. BERNAMA

Tiada ulasan: