MIMPI SENJA |
- Lahad Datu - " Kami Akan Tentang Habis-Habisan" - Pesuruhjaya Polis Sabah
- Antara Pengkhianat ... membantu proses pemberian IC ... Haramjadah betul ...hampa mai la tengok
- ‘Kementerian Pertahanan lubuk pemimpin BN kayakan diri’
- Sebab Dr Asri tak akan bertanding pada PRU 13
- WARGA PAKISTAN KINI DI'MELAYU'KAN OLEH UMNO DI SABAH?
- Surat Terbuka Faekah Kepada Mahathir
- Jamalul Kiram Arah Tenteranya Lancar Serangan Gerila Di Sabah
Lahad Datu - " Kami Akan Tentang Habis-Habisan" - Pesuruhjaya Polis Sabah Posted: 18 Mar 2013 07:37 PM PDT Selasa Mac 19, 2013 LAHAD DATU: Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam reaksi segeranya ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamalul Kiram III, pada awal Isnin menegaskan yang raja Sulu itu boleh kata apa yang dia suka tetapi pasukan keselamatan Malaysia akan memberi tentangan habis-habisan. Malah katanya, pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang. Pasukan keselamatan, katanya tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram III yang disiar oleh media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia. "Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini pada lewat petang Isnin. Hamza berkata, dua pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada jam 8.05 pagi dan 9.45 pagi. Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini pada 1 Mac lepas. "Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram III kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya lagi. Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu. Sementara itu, Ahmad Zaki menjelaskan, 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat telah tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu. "Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya. Sementara itu Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing. "Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan. Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir. | |||
Antara Pengkhianat ... membantu proses pemberian IC ... Haramjadah betul ...hampa mai la tengok Posted: 18 Mar 2013 08:17 AM PDT | |||
‘Kementerian Pertahanan lubuk pemimpin BN kayakan diri’ Posted: 18 Mar 2013 06:33 AM PDT 'Kementerian Pertahanan lubuk pemimpin BN kayakan diri'Contohnya pembelian kapal selam Scorpene, komisyen RM500 juta dibayar kepada Perimekar yang dimiliki Datuk Abdul Razak Baginda. SEREMBAN: Pemimpin PKR Negeri Sembilan, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek menyifatkan; pendedahan-pendedahan membuktikan peruntukkan Kementerian Pertahanan menjadi lubuk untuk pimpinan Barisan Nasional (BN) kayakan diri atau kroni mereka. "Contohnya pembelian kapal selam Scorpene, komisyen RM500 juta dibayar kepada Perimekar yang dimiliki Abdul Razak Baginda. "Eurocopter EC275 dibeli pada harga RM190 juta seunit. Brazil membeli model yang sama dengan harga hanya RM82 juta. Jelas kerajaan beli dengan kos yang lebih mahal iaitu perbezaan sebanyak RM108 juta. "Pembelian 257 kereta perisai bernilai sekitar RM29 juta seunit (jumlah RM7.5 billion) sedangkan kereta perisai yang hampir sama iaitu Pandur II, kerajaan Portugal hanya membayar RM4.4 juta seunit dan Pirahan III, kerajaan Switzerland hanya bayar RM3.9 juta seunit. "Untuk rekod, Kementerian Pertahanan diantara penerima belanjawan terbesar bernilai belasan ribu juta ringgit setahun. "Untuk tahun 2013, sebanyak RM15.2 billion (RM11.9 billion untuk mengurus dan RM3.2 billion untuk pembangunan) diperuntukkan. "Sementara untuk tahun 2012, sebanyak RM13.7 billion (RM10.95 billion untuk mengurus dan RM2.35 billion untuk pembangunan) diperuntukkan," kata Mohamad Rafie yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR. Bersuara `wow' Hampir 1, 000 orang yang hadir memberikan respon dengan bersuara 'woo' setiap kali beliau menyatakan angka wang ringgit dalam juta dan billion. Mohamad Rafie yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban berkata, keputusan untuk membeli dibuat menerusi orang politik dan menerusi orang tengah atau syarikat orang tengah. "Ini mewujudkan isu ketelusan dam akauntabiliti menjadi persoalan. Atas nama kerahsiaan, perbelanjaan pertahanan diseleweng. "Transparency International dalam kajian tahun 2011 untuk 93 negara, ketelusan perbelanjaan pertahanan Malaysia adalah dalam kategori rendah. "Rasuah dan salahguna peruntukan bukan sahaja memberbahayakan keselamatan negara tetapi juga anggota pasukan keselamatan kita. Abai keselamatan negara dan anggota tentera demi kepentingan perut Caribou terhempas "Saya bukan anggota tentera, tetapi semua lelaki lain yang ada dalam keluarga saya berkhidmat dengan tentera termasuk ayah dan abang saya. "Pada 24 Mei 1999, pesawat Caribou terhempas di Lapangan Terbang Kuching yang mengorbankan lima perajurit negara. Dalam insiden itu enjin sebelah pesawat Caribou terhenti secara tiba-tiba. "Pesawat Caribou dibuat oleh syarikat De Havilland, Canada pada tahun 1958. "Pada tahun 1966, kerajaan Canada menghadiahkan empat pesawat Caribou kepada kerajaan Malaysia. "Di antara tahun 1969 hingga 1973, kerajaan Malaysia menambah bilangan pesawat Caribou dengan pembelian dan akhirnya berjumlah 18 buah keseluruhannya. "Setiap peralatan ada usia tua dan adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan setiap peralatan diselenggara dengan baik atau jika sudah sampai masanya ditukar kepada yang lebih selamat dan baik," ujar Mohamad Rafie. Mohamad Rafie memberikan butiran sejarah pesawat Caribou terhempas iaitu seawal 12 Januari 1967, 30 Mac 1970 dan 29 November 1980. Selepas itu pada 25 September 1982 mengorbankan tujuh anggota tentera di Kampung Attap, Berinchang, Cameron Highlands dan pada 31 Julai 1995 mengorbankan tiga perajurit di Labuan. `Kemalangan' "Akhirnya dalam kejadian di Kuching itu sebuah pesawat Caribou yang terhempas mengorbankan kapten Asri Abdullah, 27 tahun dari Teluk Intan, Perak; kapten Salleh Abdul Malek, 37, Rembau, Negeri Sembilan; kapten Mohd Johari Pomin, 34, Tanjung Karang, Selangor; Sarjan Mili Mat, 35, Kuching, Sarawak dan sarjan Adnan Arifin, 31, Kota Bharu , Kelantan. "Setelah berlaku kemalangan ini barulah Kementerian Pertahanan memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan Caribou. Ini menjadikan penerbangan jam 1.15 tengahari, 24 Mei 1999 sebagai penerbangan terakhir Caribou di Malaysia. "Kapten Salleh adalah abang saya. Kami sekeluarga menerima dan redha dengan kepergian beliau. "Cuma apabila kami dimaklumkan oleh juruteknik, kapalterbang Caribou berstatus uzur dengan ketiadaan alat ganti. Alat ganti diambil dari kapalterbang yang tidak terbang. "Ini mengesahkan peruntukan kewangan kpd Kementerian Pertahanan walaupun besar tetapi tidak diguna untuk kepentingan keselamatan negara mahupun keselamatan anggota. "Mereka abai keselamatan negara dan anggota tentera demi kepentingan 'perut' mereka atau 'perut' kroni mereka. Dasar Pakatan Rakyat "Justeru itu kita akan memastikan pemimpin Pakatan Rakyat samada dari PKR, PAS mahupun DAP tidak akan terbabit dengan rasuah atau salahguna kuasa. "Jika ada diantara mereka melakukan rasuah, salahguna kuasa, mereka akan ditangkap, dibicarakan dan dihukum menurut peraturan yang ditetapkan. "Malaysia akan menjadi lebih maju, aman dan rakyat hidup dengan penuh kebahagiaan kerana kepimpinan Pakatan Rakyat mempunyai sahsiah diri yang baik, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta berwibawa dan berkebolehan untuk memimpin negara ini. "Oleh itu saya menyeru rakyat untuk membuat perubahan pada pilihan raya umum ke-13 dengan memilih calon-calon Pakatan Rakyat demi masa depan negara," seru Mohamad Rafie. Turut berucap dalam ceramah anjuran PKR Seremban malam tadi ialah bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid; bekas Panglima Logistik TUDM, Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Ahmad Azam Hamzah. | |||
Sebab Dr Asri tak akan bertanding pada PRU 13 Posted: 18 Mar 2013 05:29 AM PDT PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan pendiriannya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti adalah kerana tidak mahu berpihak kepada mana-mana parti agar beliau dapat memberi sumbangan dari segi pandangan dan pemikiran yang bebas daripada ikatan kepartian. Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi keperluan yang lebih adil terhadap pasca PRU-13 yang dilihat sebagai satu landskap politik paling penting. "Ia (pasca PRU-13) bakal dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa, menyaksikan persaingan dalam politik. Saya mahu memberikan sumbangan yang signifikan dalam hal politik negara. "Oleh itu, saya perlu berperanan sebagai golongan yang dapat memberi pandangan kepada kedua-dua belah pihak (kerajaan dan juga pembangkang)," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin. Bekas Mufti Perlis itu pada Isnin dilaporkan mengesahkan tidak akan bertanding dalam PRU-13, sekali gus mengakhiri spekulasi banyak pihak sejak tahun 2010 berhubung pendirian politik beliau. Turut dilaporkan, beliau yang merupakan antara tokoh agama yang disebut-sebut akan bertanding pada pilihan raya ke-13 nanti mengakui pernah ditemui oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat (PR). Sehubungan dengan itu Dr Mohd Asri menegaskan, isu berhubung fikirannya berubah untuk tidak menyertai PRU-13 tidak timbul kerana tiada keputusan yang dibuat mengenai penyertaan itu, sebenarnya. Tegas Dr Mohd Asri, beliau sekadar mempertimbangkan cadangan berkenaan. "Ia lebih kepada mengambil pertimbangan. Jadi akhirnya keputusan saya ialah untuk tidak menyertai PRU-13. Tidak semua orang mampu menjadi wakil rakyat. Saya mungkin ada pandangan saya sendiri untuk tidak menjadi wakil rakyat. "Saya percaya keputusan saya ini akan diterima oleh banyak pihak terutama mereka yang mengenali saya. Dengan pandangan saya nanti, ia sedikit-sebanyak dapat menetap-teguhkan aliran politik yang lebih baik selepas pasca PRU-13 nanti," katanya lagi. Beliau menambah, tidak ramai golongan pemikir seperti beliau bersedia dalam memberikan pandangan berkaitan dengan politik di negara ini. "Jika saya terjun ke dalam parti, siapa pula yang akan bersama-sama dengan yang lain untuk memberikan pandangan? Saya mahu memperkuatkan golongan (pemikir) ini. "Dan mungkin juga keputusan saya sekiranya menyertai PRU-13 itu lebih berpihak (kepada satu-satu parti). Saya mahu bersikap lebih adil, untuk kedua-dua belah pihak," katanya | |||
WARGA PAKISTAN KINI DI'MELAYU'KAN OLEH UMNO DI SABAH? Posted: 18 Mar 2013 04:05 AM PDT
| |||
Surat Terbuka Faekah Kepada Mahathir Posted: 18 Mar 2013 01:54 AM PDT Tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya masa depan, hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus berkuasa di Selangor baru-baru ini melampaui batas. Kenyataan tersebut lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kenyataan itu menunjukkan beliau tertinggal jauh dari perkembangan politik tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama, lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu. Dr Mahathir mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam dalam kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Kesucian agama Islam tidak mungkin terancam di bawah pentadbiran kerajaan PR yang akur, patuh dan menghormati apa sahaja keputusan Sultan Selangor berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam. Di Selangor, Jais memperoleh peruntukan paling tinggi di dalam Belanjawan Negeri, melebihi RM130 juta setahun di mana lebih RM405 juta (pembinaan masjid dan sekolah agama) dan lebih RM46 juta (baik pulih masjid dan sekolah agama) sepanjang tempoh 2008-2012. Kerajaan negeri menaikkan elaun guru-guru Sekolah Kafa dari RM400 ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1,300 hari ini. Pengiktirafan ini antara salah satu cara meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan. Sebaliknya pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz sering kali diugut dengan pembubaran. Rakyat di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut jika mahu disebut satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan terhadap umat Islam. Kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelik begitu. Tiba-tiba hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama. Tidak dinafikan Dr Mahathir meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat asalnya membantu orang Melayu tetapi dasar itu ternyata gagal dalam pelaksanaannya kerana agihan kekayaan tidak adil dan tidak telus. Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan 'dihalalkan' atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan kecurangan yang diamalkan. Hanya segelintir Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno menikmati keistimewaan tersebut manakala masyarakat Melayu teramai ketinggalan dan kekal di takuk lama. Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera. Apabila didedah di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa salahnya mereka mengambil tanah ini kerana kononnya merekalah yang membangunkan negeri ini!! Ratusan ekar tanah mereka peroleh hanya dengan membayar premium paling minimum RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini dimajukan dan dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta yang bukan milikan Bumiputera. Saya tidak bermaksud mempersoalkan pemilikan tanah oleh bukan Bumiputera tetapi sikap hipokrasi Umno begitu menjengkelkan. Peliknya, ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempek 'Hidup Melayu"!! Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan Umno dari menggadai tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan? Kita mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar Tanah Rezab Melayu di bandar ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas. Diganti dengan tanah di hujung kampung seperti di Panchang Bedena, Sabak Bernam serta di Hulu Selangor. Maka terletaklah Tanah Rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno, orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung. Kerana itu jugalah, apabila PR berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut dan mahu Melayu kekal berniaga di warung dengan bermentaliti pemilik gerai. Dr Mahathir juga bertanggungjawab memperkenalkan konsep penswastaan di negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga bermatlamat murni namun pelaksanaan tempang dan curang menjadi beban kepada rakyat tetapi syurga kepada kroni dan pimpinan Umno. Tidak terdengar satu ayatpun dari Dr Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabisan mempertahankan hak air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza. Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa PR mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut? Sedarkah Dr Mahathir PR memulangkan jumlah RM390 juta tersebut kepada rakyat miskin di negeri ini yang sebahagian besar adalah orang Melayu? Tidak terbayang di minda kita bagaimana beliau boleh menuduh PR akan menghancurkan orang Melayu kecuali kita menerima hakikat bahawa faktor usia melemahkan daya pemikiran beliau. Seawalnya saya cuba untuk tidak mengingati kerosakan yang dilakukan Dr Mahathir pada kebanyakan institusi penting negara selama 22 tahun pemerintahannya. Tetapi memandangkan beliau ghairah beraksi selaku 'de facto' Perdana Menteri mungkin kerana Perdana Menteri hari ini begitu lemah dan gagal maka rakyat terutama orang Melayu yang 'mudah lupa' perlu diingatkan bahawa insan bernama Mahathir yang memporakperandakan kesatuan orang Melayu khusus ketika peristiwa hitam Badan Kehakiman 1988 dan insiden Mata Lebam 1998. Faekah Husin Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor | |||
Jamalul Kiram Arah Tenteranya Lancar Serangan Gerila Di Sabah Posted: 18 Mar 2013 12:26 AM PDT PETALING JAYA: Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya. "Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'. Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka. Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Menurut laporan, Kiram berkata adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri. Idjirani juga mendakwa Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu. Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu. Kereta Kebal tiba di Lahad Datu KERETA kebal tiba di Lahad Datu hari ini sebelum dibawa ke FELDA Sahabat dengan diiringi trak tentera dan polis untuk membantu Ops Daulat. Enam sekeluarga berjalan kaki 10 jam dari Tanjung Labian ke pusat pemindahanLAHAD DATU: Selepas 11 hari bersembunyi di hutan dengan hampir setiap hari mendengar bunyi tembakan, seorang bapa akhirnya nekad membawa isteri dan empat anak kecilnya berjalan kaki sejauh 10 kilometer ke pusat pemindahan sementara di Dewan Fajar Harapan. Tindakan meninggalkan rumah di kampung Tanjung Labian hanya dibuat Rustam Edan, 55, semalam selepas mereka kehabisan bekalan makanan dan mengambil kira faktor keselamatan anak-anaknya yang berusia antara 4 dan 12 tahun. "Kami keluar dari rumah jam 5 pagi dan selepas 10 jam berjalan kaki, kami akhirnya tiba di Dewan Fajar Harapan pada jam 3 petang," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu. Rustam yang bekerja sebagai penjaga ladang kelapa sawit milik saudaranya di kampung itu, berkata ketika itu semua penduduk kampung sudah meninggalkan rumah mereka berikutan kehadiran kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu. "Kami anak beranak yang masih tinggal di situ," katanya yang memberi alasan tidak tahu untuk tinggal di mana sekiranya mereka berpindah. Menceritakan semula pengalaman yang dihadapi keluarganya, Rustam berkata, setiap kali mendengar bunyi tembakan, beliau akan membawa keluarganya bersembunyi di dalam hutan. "Kami hanya kembali ke rumah jika tiada sudah bunyi tembakan," katanya. Beliau berkata, mereka mengambil masa yang lama untuk tiba di dewan itu kerana terpaksa melalui jalan kampung dan banyak berhenti akibat penat. Sebaik tiba di dewan pemindahan, petugas Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap Rustam, isteri dan anak-anaknya yang masing-masing berusia 12, 9, 3 tahun dan lapan bulan. Kesemua mereka yang dalam keadaan lesu diberi makanan dan kelengkapan lain. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan