MIMPI SENJA |
- TERKINI LADAH DATU [AHAD 17/3 1300 HRS] - Seorang pengganas ditembak mati
- Azzimudie akan diekstradisi - Polis
- 6 tokoh Imam Muda isytihar sokong PAS
- Corry Lee [Adam Corrie] di ceramah Ustaz Don
- Ribuan hadir di ceramah Hassan Ali ....
- Konsultan Indonesia hantar bantuan pada warganya di Felda Sahabat
- LAHAD DATU : SEORANG PENGGANAS DITAHAN DI FELDA SAHABAT HARI INI
TERKINI LADAH DATU [AHAD 17/3 1300 HRS] - Seorang pengganas ditembak mati Posted: 16 Mar 2013 10:08 PM PDT LAHAD DATU: Satu pertempuran bersenjata pada Ahad antara pasukan keselamatan dan saki-baki lelaki bersenjata Sulu mengejutkan suasana selepas beberapa hari reda dalam operasi Ops Daulat. Pasukan keselamatan membunuh seorang lagi lelaki bersenjata pada kira-kira pukul 10.15 pagi diikuti pertempuran di Kg Tanjung Batu di sini, kata Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim. Beliau berkata, mereka kini sedang memburu tiga lelaki bersenjata yang dilihat dalam operasi mopping sehingga mengusir baki lelaki bersenjata di kawasan zon merah. Tiada mangsa dilaporkan di kalangan pasukan keselamatan. Pertempuran bersenjata terakhir berlaku pada Selasa apabila seorang tentera terbunuh dan seorang lagi cedera bersama-sama dengan tiga lelaki bersenjata yang ditembak mati berhampiran Sungai Nyamuk, tidak jauh dari Kg Tanjung Batu. | ||
Azzimudie akan diekstradisi - Polis Posted: 16 Mar 2013 07:10 PM PDT LAHAD DATU: Pihak keselamatan negara akan mengumpulkan bukti yang cukup sebelum mencari kaedah mengekstradisi ketua pengganas dari Sulu Azzimudie Kiram atau Agbimuddin dari Filipina dan dibicarakan di negara ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dipercayai sudah berada di Filipina. "Pada hemat saya, kalau dia berada di sana pun kita tidak menghadapi masalah sebab kita sudah menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas mereka yang ditahan. "Jadi, kita akan kumpulkan bukti, seterusnya menggunakan saluran perundangan untuk kita ekstradisi Azzimudie bagi menghadapi pertuduhan di negara kita," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat, dekat sini Sabtu. Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada sidang akhbar bersama di Kota Kinabalu semalam, berkata Azzimudie dipercayai telah melarikan diri ke Filipina. - BERNAMA Malaysia dan 'kesultanan' Sulu masing-masing membuat kenyataan bercanggah sama ada Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mengetuai lebih 200 pengikutnya di Sabah bulan lalu untu menuntut wilayah itu. Agensi berita nasional Bernama dan The Star melaporkan Azzimudie (kiri) sudah melarikan diri dari Sabah, sekali gus meninggalkan pengikutnya dan kembali ke Filipina. Bagaimanapun, hari ini, Abraham Idjirani, jurucakap dan setiausaha agung kepada kesultanan itu, menolak dakwaan itu sebagai masa "propaganda" menjelang pilihan raya negara ini, lapor InterAksyon. Idjirani memberitahu, kali terakhir beliau bercakap dengan Azzimudie semalam. Dan beliau dilaporkan diberitahu bahawa 'raja muda' itu masih di Sabah dan terus mengelak daripada operasi oleh pasukan keselamatan Malaysia. | ||
6 tokoh Imam Muda isytihar sokong PAS Posted: 16 Mar 2013 09:07 AM PDT
KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut. Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya. Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi) Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan. Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama. | ||
Corry Lee [Adam Corrie] di ceramah Ustaz Don Posted: 16 Mar 2013 08:04 AM PDT ADAM CORRIE Hadiri Kuliah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid | BILA HIDAYAH ALLAH S.W.T DATANG MENYAPA | Dalam tengah Abe belek-belek gambar dekat tenet, terpandang pulak Abe pada satu gambar ni. Alhamdulillah, Abe suka sgt tengok gambar ni... Alhamdulillah Perkongsian dari Adam Corrie (Corry Lee) bagaimana mula mendapat hidayah .Sesungguhnya Islam itu untuk semua, Siapa berusaha mencari kebenaran,maka Allah akan tunjukkan ia jalan. Itulah Pengasih dan Penyayangnya Allah SWT Semoga Adam dan kita semua terus berusaha menambah dan mencari Ilmu agama,sentiasa berada bersama Alim Ulamak,Tok2 Guru, Ustaz2, dan Para Ilmuan, dan moga kita dikekalkan taufik dan hidayah dari Allah SWT | ||
Ribuan hadir di ceramah Hassan Ali .... Posted: 16 Mar 2013 05:57 AM PDT | ||
Konsultan Indonesia hantar bantuan pada warganya di Felda Sahabat Posted: 16 Mar 2013 05:47 AM PDT LAHAD DATU 16 Mac - Konsulat Indonesia di Kota Kinabalu hari ini menghantar bantuan keperluan asas kepada 193 pekerjanya yang dipindahkan di Dewan Embara Budi di FELDA Sahabat berikutan insiden pencerobohan pengganas. Konsul Jeneralnya, Soepeno Sahid berkata, secara keseluruhannya terdapat 10,045 rakyat Indonesia di FELDA Sahabat dengan 8,000 daripada mereka adalah pekerja ladang dan selebihnya isteri dan anak-anak mereka dan kebanyakan mereka adalah dari Sulawesi. "Pekerja Indonesia yang dipindah di Dewan Embara Budi menerima layanan baik termasuk daripada segi penyediaan keperluan asas. "Pihak pengurusan FELDA juga meneruskan pembayaran gaji mereka biarpun mereka tidak bekerja sejak 13 Februari," katanya kepada pemberita di Residence Felda Sahabat. Beliau menegaskan, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan keselamatan semua pekerja Indonesia di Sabah terutama di kawasan FELDA Sahabat. Penghantaran bantuan itu disampaikan sendiri kepada pengurusan FELDA Sahabat untuk diagih kepada pekerja terbabit. Soepeno bersama rombongannya turut melawat pekerja rakyat Indonesia yang dipindah di dewan itu sejak 13 Februari lalu. | ||
LAHAD DATU : SEORANG PENGGANAS DITAHAN DI FELDA SAHABAT HARI INI Posted: 15 Mar 2013 11:55 PM PDT Lahad Datu, 16 Mac - Pihak keselamatan negara berjaya menahan seorang individu dipercayai pengganas dari Sulu di kawasan Felda Sahabat di sini hari ini. Tanpa menyatakan lokasi militan itu ditahan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pengganas tersebut ditangkap pukul 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). "Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar, di sini hari ini. Hamza berkata sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang. Menurutnya operasi penggeledahan, menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok. Penduduk kampung dan media juga diingatkan supaya tidak memasuki kampung itu kerana dipercayai musuh kini bergerak dalam kumpulan kecil dengan jumlah keseluruhan pengganas yang tinggal dianggar kurang daripada 50 orang. "Dalam konteks ini kerjasama masyarakat dan orang ramai diperlukan terutama menyalurkan maklumat supaya saki-baki pengganas dapat ditangkap atau dihapuskan," katanya. Hamza berkata pasukan keselamatan juga sedang berusaha mengeluarkan 10 mayat pengganas yang masih berada di Kampung Tanduo. Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini. "Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan