MiLo SuaM |
Rakyat Sabah ditimpa musibah, BN anjur program berjoget sakan Posted: 03 Mar 2013 03:15 PM PST KETIKA rakyat Sabah ditimpa musibah, dalam ketakutan menghadapi krisis pencerobohan tentera Sultan Sulu yang telah meragut lebih 6 nyawa anggota keselamatan, BN Pulau Pinang rupanya sedang bersuka ria dan berjoget sakan. Program Hari Wanita Sedunia anjuran Barisan Nasional di Hotel Equatorial, Pulau Pinang menyaksikan wanita pelbagai bangsa menari sakan atau lebih tepat terkinja-kinja dengan alunan muzik rancak yang didendangkan. Ramai pengguna facebook di halaman rasmi Barisan Nasional Pulau Pinang mengecam program berbentuk hiburan yang dianjurkan oleh BN ini yang disifatkan tidak sensitif dengan situasi genting yang dihadapi penduduk Sabah. Berikut sebahagian rakaman bagaimana wanita-wanita ini terkinja-kinja menari sambil terjerit-jerit mengikut alunan muzik rancak. ReJaM© "Sekali imbas serupa macam beruk... " Sumber: Facebook |
Media Filipina dedah Najib janji penempatan untuk tentera Sulu di Sabah Posted: 03 Mar 2013 08:28 AM PST SEBELUM ini heboh kononnya Anwar Ibrahim dikatakan sebagai dalang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu Sabah. Media arus perdana kawalan Umno menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari. Kali ini, portal berita Filipina mb.com.ph memetik kenyataan secara terbuka oleh Nur Misuari sendiri yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu mb.com.ph. Nampaknya pendedahan ini menjelaskan mengapa tentera Kesultanan Sulu sebelum ini dibiarkan sahaja melepasi sempadan Sabah meskipun lengkap dengan senjata yang merbahaya dan boleh mengancam nyawa. Malah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas. Bawa senjata merbahaya dan menceroboh sempadan dan kedaulatan negara, tapi dikatakan sebagai bukan pengganas? Rupa-rupanya ada perjanjian syaitan yang disembunyikan. Hasil risikan kata Menteri, mendapati penceroboh yang lengkap dengan senjata merbahaya ini bukanlah pengganas, maka mereka dibiarkan sahaja masuk ke Sabah. Oleh kerana mempercayai sumber risikan inilah akhirnya ramai anggota keselamatan kita terkorban. Risikan jenis apakah ini? Hishamuddin Tun Hussien mesti letak jawatan kerana mengabaikan keselamatan negara, membiarkan tentera musuh masuk ke Negeri Sabah. Malah mengistiharkan tentera musuh sebagai bukan pengganas dan menggambarkan mereka tidak merbahaya. Akibatnya ramai anggota keselamatan kita sudah terkorban! ReJaM© "Letak jawatan sebelum lebih ramai rakyat kita terkorban! " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan