MiLo SuaM |
Muhyiddin tuduh Anwar mahu cetuskan huru hara di hari mengundi Posted: 13 Mar 2013 05:58 PM PDT SUDAH banyak kali kita perhatikan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ini suka bercakap ikut sedap mulut dia. Bak kata orang bercakap asalkan mulut dia berbunyi. Walaupun dia tak tahu apa yang dicakapkannya. Sebelum ini Muhyiddin tanpa rasa bersalah menuduh Pakatan Rakyat mahu rakyat mengamalkan seks bebas rujuk sini ~ Seks bebas. Kali ini sekali lagi Muhyiddin gagal menahan mulut celuparnya apabila menuduh Anwar mahu mencetuskan huru hara di hari pengundian. Kita sedia maklum sudah berbelas kali pilihanraya diadakan di negara ini, maka sudah berbelas kali jugalah pembangkang menerima kekalahan dalam pilihanraya. Tidak timbul kisah nak cetuskan huru hara. Apa yang kita tahu, pilihanraya kali ini disifatkan bakal menjadi sebagai pilihanraya paling sengit pernah diadakan di negara ini. Ini bermakna peluang cerah kepada pembangkang (Pakatan Rakyat) untuk menang dalam pilihanraya umum ke 13 kali ini. Berbelas kali kalah, takkanlah bila dapat peluang nak menang pembangkang nak buat huru hara? Rakyat tak lupa kata-kata Najib dalam Himpunan Agung Umno 2010 yang meminta penyokongnya mempertahankan putrajaya dengan darah dan nyawa. ReJaM© "Pakatan Rakyat sambut kemenangan dengan huru hara? Kah kah kah... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan