Selasa, 12 Mac 2013

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Anwar Bakal DiTangkap Lagi??

Posted: 12 Mar 2013 07:43 PM PDT

Anwar Ibrahim ini kalau menurut teori Umno yang lahabau ni memang seorang manusia yang pelik. Dia develop keinginan seks sesama jenis (kalu mengikut Tan Sri Hanif Omar) sekitar tahun 1992 iaitu ketika berusia 44-45 tahun. Begitulah yang diberitahu oleh Bekas KPN yang jadi orang kuat Genting Berhad (syarikat perjudian terulung negara naungan Umno) tersebut dalam bicara yang akhirnya menghantar Anwar selama 6 tahun ke dalam penjara Sg. Buloh. Untuk rekod Tan Sri Hanif juga testify dalam Mahkamah Tinggi Agustine Paul bahawa dia tidak pernah jumpa ayat larangan judi dalam Al-Quran (so to speak seorang saksi paling wibawa yang Umno pernah ada).
 
Sebelum tu tak pernah ada cerita Anwar ini kaki liwat, kaki china doll bla bla bla hatta dari Ibrahim Ali sekalipun Ibrahim pernah duduk satu sel dengan Anwar ketika ditahan di bawah ISA. Kalau menurut teori Pak Subky Latif, sepatutnya kalau Anwar itu ada kecenderungan meliwat, tentulah Ibrahim Ali itu wajar menjadi mansa pertama. Tambahan lagi kulit Ibrahim licin macam katak kalau nak dibandingkan dengan Munawar Anees, lelaki keturunan Pakistan itu. Hehe..
 
Yang pasti dan merupakan fakta yang tak dapat disangkal ialah Anwar sudah dibebaskan 2 kali dari tuduhan meliwat (Liwat 1 oleh Mahkamah Persekutuan dan Liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi). Beliau dipenjarakan bukan atas tuduhan liwat tetapi salahguna kuasa (yang tidak melibatkan sesenpun wang negara) kununnya mengarahkan polis 'gempak' pengadu/saksi kes liwat 1. Persoalannya, kalau Liwat 1 itu sebenarnya tidak berlaku dan hanya fitnah belaka, bagaimanakah salahguna kuasa itu akan berlaku? Alangkah gilanya Umno ini?
 
Selepas itu apa lagi yang tidak dituduh si Anwar ini. Ada akaun RM3 billion, agen berbagai agen, seks depan belakang, lelaki perempuan, blablabla sehinggalah serangan Sulu yang mula2nya tak merbahaya kata Hishamuddin itupun kerja Anwar. Ada orang kata, badak air tak boleh bunting itupun salah Anwar. Cheh!!
 
Jadi, berita di bawah ini jangan dipandang enteng. Umno dengan kerjasama macai2, dia boleh buat macam2 benda walaupun tak masuk akal. Bersedialah Anwar.
 
Marilah kita berdoa agar kerja gila Umno ini berakhir dengan berlangsungnya PRU13 yang dah tak seberapa hari lagi.
 

LATEST UMNO CONSPIRACY? Anwar may be arrested soon - Rafizi warns
Written by  Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
 

There is mounting fear that Opposition Leader Anwar Ibrahim might be arrested soon, with Prime Minister Najib Razak and the ruling Umno party charging him for allegedly masterminding the Lahad Datu intrusion.
 
Members of Anwar's PKR party fear the worst may happen, based on information received from high-level sources as well as from reading a recent chain of "orchestrated" events they worry are aimed to create hate towards the 64-year-old leader.
 
A resurgent Anwar is widely expected to form and lead the next federal government, and if he is 'taken down', the Opposition's advance could well be stymied.
 
"I think it is my duty to at least not to underestimate any of this possibility because the stakes are very high. If you talk to anyone, it is clear to all that there is every likelihood that Pakatan Rakyat is going to win," PRK strategy director Rafizi Ramli told Malaysia Chronicle.
 
"I think initially we dismissed it but once you start looking at how the orchestration has taken place in the last 2 weeks and the whole message seems to converge on implicating Anwar Ibrahim as the person behind the whole thing, I don't think it is far-fetched for us to take that precaution because this country has seen things worse than that. If they had subjected Anwar Ibrahim to two cases of made-up sodomy charges, I don't think it is beyond them to implicate Anwar Ibrahim one way or another as political capital this close to election. So we are monitoring, we do our best to gather as much information but I think the public also has to take vigilance if there is any attempt to implicate Anwar Ibrahim with what is happening in Sabah, I think it should be rejected immediately because it is nothing more than Umno's political ploy."
 
Stirring up enough public anger against Anwar, Tian Chua
 
The heat on the beleaguered Najib has intensified following the death of 2 soldiers on Tuesday, bringing to 10 the total death toll so far for the Malaysian security forces deployed to control the Lahad Datu crisis. And with the timing of the country's 13th general election imminent, the 59-year-old Najib will have to his move soon.
 
"I think they are trying to gauge the level of public anger they can create towards Anwar and Pakatan Rakyat. The pattern is clear, you can see on TV everyday how Anwar's words are manipulated, even his song about Umno losing Sabah is twisted. Old photos of his meeting with Nur Misuari (the Moro National Liberation Front chairman) are shown to insinuate there was a conspiracy with the Sulu Sultan to invade Sabah. And even though Anwar has denied it and the Sulu Sultanate has denied it, they will just ignore and twist everything to suit their purpose," Tan Kee Kwong, a senior leader in PKR, told Malaysia Chronicle.
 
"The same tactic applies for Tian Chua. He is the Chinese element for Umno to use to get the Malays all upset and worked up over so as to drive home Mahathir's accusation Anwar will sell the country to the Chinese if he becomes PM. They are forcing the 'police mati katak' (police died unnecessarily) comments on Tian even though he has proof he did not utter those words. For the Umno elite, there is no rhyme or reason. When they are desperate, anything goes."
 
Not the first time
 
PKR may have grounds for its concerns. Comments issued a day ago by Defense Minister Zahid Hamidi that the government would monitor the Philippine media for information on who was the mastermind behind the Lahad Datu crisis, sparked suspicion something was up.
 
"I believe the Philippine media will publish more information. I do not want to implicate any individual. Let the Philippine media say it," Bernama reported Zahid as saying on Tuesday.
 
If Anwar is indeed arrested and charged for what would be tantamount to treason, the implications for the Malaysian elections may not necessarily be as Najib hopes or Umno forecasts.
 
But while it may convince the rural Malay voters to stand by Umno, it could also trigger a massive wave of protest votes towards the Opposition. The 2008 election is a good testimony, revealing a surprisingly independent-minded Malaysian electorate, capable of forming their own opinions.
 
And going by the sharp downtrend in Najib's popularity since taking office in April 2009, he would do well to remember that if past gung-ho tactics had failed to stem the public's loss of confidence in him, arresting Anwar on such overtly political grounds is more likely to backfire than not.
 
Among the conspiracies that Najib has been accused of hatching to derail the Opposition include the launching of a second round of fabricated sodomy charges against Anwar in2008, triggering a coup d'etat against the PR-led Perak state government in 2009, as well as the BN media-led Datuk T sex scandal in 2011.
 
To nab Anwar for having plotted the Lahad Datu intrusion is hence not outside of Najib's capability.
Najib is also bound to find support from former premier Mahathir Mohamad, whom many say has the most to lose if PR won GE13 and Anwar became the next PM.
 
Not only did Mahathir sack and jail Anwar in 1998 on the first round of trumped-up sodomy charges, Anwar has warned that Mahathir's sons, who are listed on the Forbes' index of the world's richest, would have to pay back any money corruptly carted away over the years.

Mail Kijo kena jawab dengan fakta ni...Hehe!!

Posted: 12 Mar 2013 12:00 AM PDT

Ini bukan cerita Restoran Hidayah Maju yob!!


Selamatkah Melayu jika Datum Jelatek dibatalkan? — Guru Pencen

12 MAC — Saya adalah salah seorang penduduk asal Keramat dan telah menetap di kawasan ini lebih daripada 40 tahun yang lalu. Saya melihat anak-anak saya membesar, berkahwin dan kini hidup bersama keluarga mereka sendiri di kawasan ini juga. 
Amira dan Nazib, kedua-dua cucu saya yang sering menziarahi membawa keceriaan kepada hidup saya setelah lima tahun bersara daripada menjadi guru. Kehidupan saya sedikit terganggu kebelakangan ini akibat polemik yang melanda kawasan Jalan Enggang dan Taman Keramat melibatkan pembinaan projek pangsapuri mewah Datum Jelatek. Pelbagai tohmahan, fitnah dan cerita dilemparkan oleh kedua-dua belah pihak yang menyokong dan menentang projek ini. Perseteruan ini begitu menjelekkan dan memualkan rakyat yang sebelum ini hidup dengan aman di kawasan ini. 
Kawasan Keramat yang lebih 90peratus dihuni oleh orang Melayu kini dibayangi persepsi bahawa ia akan dibanjiri oleh orang China dan warga Singapura yang diwar-warkan akan membeli pangsapuri tersebut. Adakah orang Melayu akan terhakis daripada salah satu penempatan awal Melayu di bandar Kuala Lumpur? Atau adakah Melayu akan terhimpit di celah-celah pembangunan pesat seperti mana yang berlaku di Kampung Baru? Apakah dengan projek ini orang Melayu akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah atau adakah ini satu perancangan untuk meminggirkan orang Melayu? 
Sebuah organisasi korporat Melayu, PKNS, dituduh oleh pihak yang begitu lantang bersuara, merancang dengan begitu teliti untuk membuang Melayu dari kawasan Keramat. Manakala, bagi mereka yang teguh mempertahankan PKNS, mendakwa organisasi inilah yang berusaha untuk memperkasakan Melayu di dalam dan luar negeri. 
Bagi penduduk setempat, emosi dan sentimen begitu menusuk hati bagai selumbar untuk membenci PKNS dan kerajaan Negeri Selangor. Adakah rakyat begitu bodoh untuk menerima tohmah dan fitnah tanpa sebarang usul periksa? Apakah mereka fikir rakyat tidak mempunyai akal dan pertimbangan yang waras untuk membezakan yang mana intan dan yang mana kaca? 
Pertama-tama, projek ini bukan baru sahaja dilancarkan, ianya telah dibincangkan dan menjadi buah mulut lebih daripada 10 tahun yang lalu. Malah ada kenalan saya yang gambarnya terpampang di dada-dada akhbar dua tahun lepas menerima pampasan yang lumayan hampir setengah juta ringgit daripada PKNS bagi pembangunan semula kawasan tersebut. Malah flat empat tingkat asal tersebut bukan baru hendak dirobohkan tetapi telahpun dirobohkan dan kawasan tersebut diratakan. Proses ini bukan baru tetapi sudah mengambil masa beberapa tahun.  
Soalan saya kepada Salleh Samad yang menerajui kumpulan anti Datum Jelatek ini, di manakah tuan semasa perbincangan awal dan pendengaran awam projek ini? Dimanakah Salleh Samad yang mendabik dada sebagai wira Melayu semasa penduduk asal dengan gembira dan berlapang dada menerima pampasan lumayan daripada PKNS? Dimanakah Salleh Samad ini, ketika jentolak dan kren merobohkan flat Jelatek tersebut dua tahun lalu? Kenapa Salleh dan konco-konco Umnonya daripada Umno Bahagian Ampang (Ismail Kijo), GPRS (Sohaimi Shahadan), GAPS (Hamidzun Khairuddin) dan JMM (Azwanddin Hamzah) tidak merantai diri mereka ke jentolak dan kren tersebut untuk menggagalkan rancangan merobohkan flat Jelatek tersebut dua tahun lalu? Kenapa baru kini mereka berkokok nyaring membakar emosi dan sentimen Melayu dipinggirkan? 
Begitu jelas, motif mereka adalah politik dan mainan mereka adalah emosi rakyat. Hanya untuk meraih undi politik, mereka terpekik-pekik melolong menjerit Ketuanan Melayu. Adakah Melayu selamat di bawah manusia-manusia hipokrit ini? TIDAK!!! Orang Melayu bukanlah lembu yang boleh dicucuk hidungnya dan diheret untuk bersama dengan niat serta hati busuk kumpulan lidah bercabang ini. Usaha ayah dan ibu tanpa mengenal erti penat menyekolahkan saya dan adik-adik, mengajar saya bahawa ilmu cukup penting dan maklumat adalah senjata yang cukup ampuh. 
Bagaimana mungkin sebuah organisasi yang 99 peratus warga kerjanya terdiri daripada orang Melayu sanggup menekan bangsa sendiri. Tidak logik dan tidak masuk akal. Setelah diteliti, nilai asal hartanah flat lama Jelatek hanya sekitar RM2.5 juta, manakala pampasan 15 kali ganda bernilai RM25 juta yang diberikan kepada 144 penduduk asal telah membolehkan ramai Melayu kini memiliki kediaman lain yang lebih selesa seperti banglo, semi-d dan sebagainya.  
Kerajaan negeri yang meletakkan kuota jualan 50 peratus dan diskaun sebanyak 10 peratus kepada Bumiputera terus menjamin kelangsungan Bumiputera di kawasan ini. Malah nilai kasar hartanah yang dimiliki oleh orang Melayu di Datum Jelatek mencecah RM500 juta dan dijangka meningkat kepada RM700 juta selepas projek ini selesai dimuktamadkan. Daripada nilai pasaran sebanyak RM2.5 juta, nilai milikan hartanah Bumiputera dijangka mencecah sebanyak RM700 juta selepas projek ini disiapkan. Ini merupakan lonjakan paradigma sebanyak 280 kali ganda. Sudah pasti yang untungnya adalah Melayu itu sendiri. Keluasan asal flat lama Jelatek yang dimiliki Melayu hanyalah sekitar 80,000 kaki persegi dan setelah projek ini disiapkan orang Melayu akan memilki lebih daripada 350,000 kaki persegi haratanah yang bernilai tinggi. Melayu manakah yang akan rugi? Fitnah tidak berupaya mematahkan fakta. 
Adakah Melayu akan hilang di kawasan majoriti mereka sendiri? Saya dimaklumkan bahawa PKNS menjual hampir 85 peratus rumah mereka kepada orang Melayu. Projek Alam Nusantara PKNS di Setia Alam yang merupakan kawasan pegangan bebas itu lebih 70 peratus dijual kepada orang Melayu. Siapa yang mengatakan bahawa Melayu tidak mempunyai kemampuan itu hanya menidakkan dan memperlekehkan Melayu itu sendiri. Organisasi korporat Melayu seperti PKNS inilah yang harus disokong dan terus dibantu oleh orang Melayu itu sendiri. PKNS seharusnya dipuji dan diangkat kerana menerusi perancangan pembangunan ini, taraf hidup orang Melayu terus dipertingkat dan dilonjak lebih tinggi. Keuntungan yang bakal dicapai oleh PKNS tidaklah seberapa malah keuntungan ini akan terus disalurkan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik seperti pembinaan 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat di Bukit Botak yang melibatkan kerugian RM80 juta kepada PKNS demi untuk melihat orang Melayu hidup dalam keadaan yang lebih selesa. 
Mungkin Salleh Samad, Ismail Kijo, Sohaimi Shahadan, Hamidzun Khairuddin dan Azwanddin Hamzah semuanya berang kerana mereka tidak berupaya membolot komisyen daripada projek ini? Mereka tidak mempunyai peluang menjadi orang tengah kerana PKNS melaksanakan tender terbuka. Bayangkan jika mereka membolot 10 peratus komisyen daripada projek ini RM100 juta ringgit akan masuk kocek mereka tanpa sebarang faedah kepada orang Melayu. Tetapi akibat daripada komisyen yang mereka tidak terima itu, rakyat akan mendapat ribuan rumah mampu milik diseluruh Selangor. PKNS tidak mengayakan dua tiga kerat pemimpin Melayu elit Umno yang hidup dengan komisyen dan rasuah. 
PKNS mementingkan kehidupan rakyat marhaen dan terbanyak. Melayu harus berubah daripada mentaliti gerai dan menerima gelombang kemajuan dan pembangunan. Kita tidak boleh lagi terus keinggalan. Penyediaan puluhan ruang-ruang niaga mampu milik untuk manfaat Bumiputera di Datum Jelatek akan memberi peluang kepada orang Melayu terus meningkatkan ekonmi mereka sejajar dengan arus pembangunan. Walaupun Melayu yang berniaga kerepek dan pisang goreng dibantu, sebahagian Melayu juga perlu di lonjakkan untuk berniaga di kompleks niaga seperti di Datum Jelatek. PKNS kini terbuka untuk melatih usahawan-usahawan Melayu tempatan dari Keramat untuk mengisi kekosongan ruang-ruang niaga tersebut.  
Salleh Samad dan pembesar Umno, Ismail Kijo mahu Melayu terus merempat dan kekal sebagai rakyat kelas ketiga walau di tanah sendiri. Mereka tidak mahu Melayu berjaya dalam ilm pengetahuan dan perniagaan. Untuk mereka jika Melayu itu cerdik dan pandai, maka ia akan menutup peluang mereka untuk rasuah, ia akan menutup peluang mereka untuk memegang tampuk kekuasaan dan mereka tidak akan berupaya untuk membuncitkan perut mereka membolot kekayaan. Dua tiga kerat pemimpin elit Umno telah lari daripada perjuangan asal membela rakyat, mereka hidup mewah berkereta besar, rumah agam bertingkat-tingkat akibat daripada rasuah dan salah guna kuasa. 
Sebelum Ismail Kijo mahu mendabik dada kononnya sebagai calon DUN Bukit Antarabangsa dan meraih undi rakyat Keramat, beliau harus menjawab isu bahawa beliau jualkan tanah rizab sekolah agama kepada bukan Melayu. Pemimpin fasik sebeginikah yang harus kita percaya? Pemimpin bangsawan Umno kini menjilat ludah mereka sendiri kerana bersikap anti-pembangunan bukan kerana mereka prihatin dengan nasib rakyat tetapi mementingkan kocek dan saku mereka. Tampuk kuasa menjadi motif utama, wang ringgit menjadi taruhan.  
Selamatkan Melayu daripada pembohongan dan fitnah Umno serta juak-juak mereka! Saya tidak mahu cucu-cucu saya tinggal di flat lama AU3 yang terbiar dan tidak terurus itu. Saya mahu mereka hidup selesa tanpa dibebani masalah jenayah dan sosial. Datum Jelatek akan membantu mereka mencapai impian saya untuk kehidupan selesa mereka. Akhirul Kalam, Wassalamu'alaikum warahmatullah.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
 

Tiada ulasan: