Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Seorang lagi anggota terkorban, pertempuran di Semporna
- Dua Anggota Polis Ditembak Di Pulau Simunul Semporna
- Gambar Bala Membuat Kunjungan Hormat Ke Rumah TG Nik Aziz
Terkini! Seorang lagi anggota terkorban, pertempuran di Semporna Posted: 02 Mar 2013 08:26 AM PST KUALA LUMPUR - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi. Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan. Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti. Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara. Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh. Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama |
Dua Anggota Polis Ditembak Di Pulau Simunul Semporna Posted: 02 Mar 2013 08:24 AM PST LAHAD DATU: Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam insiden tembakan yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Pulau Simunul pada pukul 7 petang Sabtu. Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau berkenaan untuk mencari beberapa individu ekoran laporan yang kumpulan berkenaan memiliki senjata api. "Anggota polis memasuki kampung itu dan sedang berjalan di atas papan titi gantung apabila mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera. "Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu," katanya," kata Hamzah. Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan. Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan. |
Gambar Bala Membuat Kunjungan Hormat Ke Rumah TG Nik Aziz Posted: 01 Mar 2013 07:55 PM PST YAB. Tuan Guru menerima kunjungan saudara Bala di Pulau Melaka kediamannya pada pagi tadi dan sempat bersarapan bersama. TG Nik Aziz rakam takziah, gesa siasatan menyeluruh KUALA LUMPUR: PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di Lahad Datu semalam. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, jasa kedua-dua mereka sangat besar kepada negara ini. "Saya merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu semalam. "Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Difahamkan selain kedua-dua mereka, 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis semalam. Akibat insiden itu juga, tiga anggota polis dilaporkan cedera. Mengulas lanjut Tuan Guru berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi merungkai persoalan kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi sehingga terjadinya apa yang berlaku di Laha Datu sekarang ini. "Saya juga mengharapkan satu siasatan yang serius dilakukan ekoran insiden yang tidak diingini ini khususnya dalam isu kawalan sempadan darat dan perairan negara yang nampaknya agak longgar sehingga berjaya ditembusi begitu mudah," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan