Sabtu, 9 Mac 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO & GAMBAR] 50,000 Banjiri Ulangtahun Ke 5 Kerajaan PR

Posted: 09 Mar 2013 01:02 AM PST


Perhimpunan raksaksa 50 ribu banjiri Pdg Kota Lama rai ulang tahun ke-5 kemenangan PR 8.3.08

Tak banyak beb...depa kata ada 50,000 orang je....patutlah semalam geng-geng perkosa dan kimmak penang mengamuk sakan....

selepas najib dimalukan pada Konsert PSY sempena...menyambut TBC...dikatakan harini Muhyiddin terpaksa turun penang....... untuk kempen....- KedahLA











Respons Pengikut Twitter Terhadap Pendedahan Bapa Saiful

Posted: 08 Mar 2013 09:40 PM PST


Berikut ialah respons pengikut twitter mengenai isu pendedahan bapa Saiful yang GB petik dari Sinar Harian.

Tun Faisal @tunfaisal: "'Timing' PRU13, isu Azlan dijadi peluru puak sana untuk cuci Anwar, juga alih sentimen isu ceroboh Sulu yang sangat positif pada kerajaan Agendanews."

Tun Faisal @tunfaisal: "Sumber-sumber kata puak sana memang dah lama nak cekup bapa Saiful lebih-lebih lagi dapat tahu dia hadapi tekanan tak kerja dan kes liwat anaknya."

MiLo SuaM @milosuam: "Apa Saiful Bukhari mohon maaf kepada Anwar kerana memfitnah"

Dr Mohd Asri @realDrMAZA: "Bapa Saiful mengaku semua tuduhan itu dirancang dan fitnah. Kalau begitu, kesian kepada yang dituduh, dizalimi dan dimalukan begitu rupa."

The Jkkk man™ @Jkkkfanclub: "Saiful Bukhari dah boleh mandi wajib dan basuh berak mulai hari ini. - berita bernipu. Ntah apa perasaan macai yang..."

PanglimaPerangCyber @panglima_cyber: "Sungai Setia : Setelah 3 minggu hilang akhirnya bapa Saiful muncul mempertahankan Anwar: Keluarga Saiful Bukha..."

Fariz musa @farizmusa: "Lepas ni mesti Saiful akan jadi relevan semula bagi Umno! Mesti Saiful dibayar lagi mahal untuk menafikan kenyataan bapak dia. Tengah duk fikir,"game" baru?

Dzulkefly Ahmad @DrDzul: "Deepak, Bala now Saiful's Dad..."

@PapaGomo @PapaGomo: "Duit, Anwar dah beli bapak Saiful."

Follow @PapaGomo @PapaGomo: "Anwar dah kantoi isu penceroboh Sulu hari ni nak divert isu lain."

Faekah Husin @faekah_qkn5: "Kes Saiful - jika bukan hari ni, hari esok, jika tidak esok, minggu depan jika tahun ini juga belum, jangan gulana- kebenaran pasti tertegak!!"

Khairy Jamaluddin @Khairykj: "Memandangkan bapanya mendakwa wujudnya 'perjury' dan membawa anaknya melakukan sumpah laknat, kita harus dengan apa Saiful hendak berkata."

Khaleeq Shahzada @khaleeqshah: "Bila dia kata tak berlaku? Bukan dia kata konspirasi ke? @eastern_metal: Kebenaran terserlah. Bapak Saiful dakwa liwat tidak berlaku."

MiLo SuaM @milosuam: "Kalau bapa Saiful tak minta maaf kepada Anwar pun gua memang tak percaya Liwat II. Bukti semua tak masuk akal, macai bolehlah percaya."

Ulasan GB

GB tertarik untuk mengulas dua twitter dari dua orang macai UMNO.

Pertama dari @tunfaisal yang menyatakan isu pendedahan bapa Saiful ini ialah taktik Anwar untuk alih isu pencerobohan Sulu.

Isk, djika demikian persepsi @tunfaisal, maka orang pun boleh berpersepsi bahawa isu pencerobohan Sulu itu adalah percubaan Najib untuk mengalihkan isu pendedahan Bala dan Deepak mengenai penglibatannya di dalam pembunhan ALtantuya(?)

Kedua mengenai dakwaan @papagomo kononnya Anwar dah beli bapa Saiful. Di dalam sebuah blog pencacai (samaremas.blogspot.com), kononnya RM1 juta diberikan kepada Saiful dan digunakan satu video lama sekitar trahun 2008/2009 iaitu semasa Saiful masih menjadi pembantu Anwar untuk menjustifikasikan ada pertemuan diantara bapa Saiful dan Anwar untuk "urusniaga RM1juta" itu.

Ternyata pencacai-pencacai UMNO macam cacing kepanasan dengan isu pendedahan ini... hehehe

Pengakuan Bapa Saiful Bukti Nyata UMNO Semakin Berkecai!

Posted: 08 Mar 2013 07:15 PM PST


Dalam keadaan terdesak, UMNO pula cuba melawan bom nuklear yang diletupkan oleh Bapak Saiful dengan mengadakan sidang medianya tersendiri. Di dalam sidang tersebut yang baru sahaja selesai dilangsungkan, Saiful pula cuba mengajar bapaknya untuk kembali ke pangkal jalan.

Semua orang sahaja tersenyum melihat gelagat UMNO yang kini bagai cacing kepanasan. Anak pula yang mengajar bapa.

Nasib UMNO kini benar benar mirip kerajaan Jepun dan Nazi semasa pengakhiran Perang Dunia Kedua dimana ramai cuba meninggalkan kapal bahteranya yang nampak sudah nak karam.

Pertama, pengakuan bapa Sayful sekali gus menghancurkan segala percubaan untuk mempalitkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu. Ianya menghancurkan percubaan mempalitkan Dato Seri Anwar dengan isu pencerobohan Lahad Datu, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu China Doll, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu Sodomi 1 dan Sodomi 2.

Ini kerana, semakin lama DSAI cuba dipalitkan dengan seberapa banyak isu yang boleh, maka semakin sukar ianya untuk dipercayai oleh rakyat jelata. Dengan adanya pengakuaan Bapa Saiful, maka rakyat telah mendapat bukti jelas yang segala segalanya hanya perbuatan jahat yang bertujuan untuk memfitnah DSAI dan mewujudkan persepsi negatif terhadapnya.

Kedua, pengakuan bapa Sayful umpama meletupkan peluru berpandu di kampung UMNO. UMNO telah menghabiskan masanya berkempen secara habis habisan untuk membunuh karektor politik DSAI. Tujuan UMNO bukannya untuk memuliakan diri mereka tetapi untuk membuat DSAI kelihatan lebih teruk dari mereka.

Tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku. Dahlah UMNO sinonim dengan pemimpin lemah, tidak patriotik, perasuah, kurang pandai, penuh dengan masalah dalaman, rasa bongkak, tidak demokratik, mata duitan dan mencipta isu demi survival politik, racis, berfikiran sempit tetapi kini mereka bakal dikategorikan sebagai pemfitnah.

Dengan adanya pengakuan bapa Sayful ni, maka UMNO tiada lagi sebarang lunas ataupun landasan untuk berkempen. Kalau nak berkempen kononnya pemimpin UMNO ni satu satunya pemimpin Melayu yang disegani, tak boleh kerana orang yang mendengar tu muntah.Kalau nak berkempen kononnya mereka pejuang Melayu terakhir - tak boleh kerana Perkasa dah ambil tempat tu terlebih dahulu. Kalau nak berkempen konnonya UMNO ni mempertahankan kedaulatan negara - tak boleh kerana UMNO mendalangi projek IC yang ditolak lebih 90% pengundi. Kalau nak kempen kononnya "Anwar Ibrahim itu ..." tak boleh. Tak sampai UMNO nak habiskan ayatnya orang dah lempar slipar!

Berkecai UMNO di cawangan. Berkecai UMNO di bahagian. Berkecai UMNO di siber. Berkecai UMNO di prasana antarabangsa. Berkecai!

Maka berlumba-lumbalah tikus meninggalkan bahtera UMNO yang sudahpun dah nak karam. Tan Sri Musa, yang sekian lama cuba menjadi mahluk dua alam dijangka akan berbuat sama. Kemudian ianya akan diikuti oleh bekas orang kuat UMNO sehingga tiada lagi pelampung keselamatan.

Dan setelah itu, maka berkaramlah bahtera UMNO sambil disambut sorakan dan tepuk tangan oleh kesemua rakyat Malaysia.


IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Pohigi mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana, Najib Razak. Dalam temuramah eksklusif dengan Suara Keadilan, Ramlang berkata seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.

Konspirasi Liwat: Najib, Mahathir & Gani Patail Wajar Diheret Ke Mahkamah

Posted: 08 Mar 2013 03:23 PM PST


Konspirasi Fitnah II: Heret Najib, Mahathir ke mahkamah – Surendran

Pengakuan Azlan Mohd Lazim – anaknya, Saiful Bukhari diperguna pihak tertentu dalam kes Fitnah II bukti ia konspirasi Umno untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengulas kenyataan tergempar Azlan yang mengakui anaknya diperalat Umno dalam fitnah yang didalangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Satu kenyataan serius daripada bapa Saiful yang menyebut ada pegawai dari pejabat Perdana Menteri terlibat. Najib perlu segera disiasat dan desak beliau beri penjelasan.

"Beliau juga kena minta maaf kepada Anwar dan rakyat kerana terlibat dalam konspirasi ini," kata Surendran ketika dihubungi.

Dalam sidang media pagi tadi, Azlan mendedahkan semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau dirancang serta diskripkan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Annas Jusoh dan peguam Zamri Idrus Khairil.

Beliau juga mengesahkan Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.

Katanya, Fitnah II adalah konspirasi terancang untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

Justeru, Surendran mendesak supaya Najib dan pimpinan Umno termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail diheret ke mahkamah kerana terlibat dalam konspirasi tersebut
.

"Pengakuan ini membuktikan Fitnah II adalah konspirasi. Penyiasatan menyeluruh perlu bagi membuktikan siapa dalang terlibat. Najib tidak boleh lari dan beliau mesti diheret ke mahkamah," katanya.

Sebelum ini, Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.

Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful, bekas pembantunya.

"Siasatan perlu dijalankan berkaitan peranan Umno BN dalam Fitnah I. Pemimpin Umno yang terlibat – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi juga mesti diheret.

"Penglibatan Gani Patail dalam fitnah ini juga mesti segera disiasat,"
tegas Surendran.

Anwar ditangkap pada malam 20 September 2008, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Dalam kes Fitnah II, Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memainkan peranan penting memalsukan keterangan terhadap Anwar dalam kes 1998 dan insiden mata lebam.

Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar ketika dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor pada 1998
.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful. – NS

[PANAS] Benarkah ISMA / BERJASA Jadi Kuda Tunggangan BN Untuk Pecahkan Undi Melayu?

Posted: 08 Mar 2013 07:04 AM PST


Petaling Jaya – Adun Taman Medan, Haniza Talha menyifatkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang mahu bertanding 20 kerusi Parlimen dan Dun atas tiket Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) adalah tidak lebih sebagai kuda tunggangan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa tindakan Isma itu seolah-olah mahu menggagalkan strategi pertembungan dua penjuru antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Haniza lagi, tindakan Isma itu bukannya bertujuan membawa kesejahteraan umat seperti diperkatakan sebaliknya untuk memecahkan undi Melayu.

"Saya lihat tindakan ini adalah sebagai usaha nak gagalkan lawan dua penjuru dan mereka kuda tunggangan BN.

"Tindakan ini akan mengakibatkan perpecahan undi Melayu terutamanya golongan atas pagar," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman dibuat Isma sebelum ini.

Haniza berkata, tindakan itu juga dilihat memberi lebih manfaat kepada BN sekiranya undi Melayu berpecah di kawasan polariti kaum 50-50 antara Melayu dan kaum lain.

Menurutnya, PR sentiasa bersedia apa sahaja keadaan dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ini kali ini termasuk helah digunakan pihak lawan.

"Kita tahu pihak lawan akan guna apa sahaja cara untuk menang dan kita sentiasa bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.

"Ini bukan perkara baru sebelum ini di pilihan raya kecil pun ada calon Bebas bertanding," katanya.

Patutlah Samseng UMNO Bermaharajalela, Ada Ketua Polis Negeri Bekerja Untuk BN

Posted: 08 Mar 2013 06:05 AM PST


Gambar fail" Datuk Chua Ghee Lye bersama Tan Sri Ismail Omar

Baling batu: Samseng Umno buat serangan, KEADILAN pula disalahkan

PETALING JAYA 8 MAC: Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye (gambar) dikecam kerana menyalahkan KEADILAN ekoran kecederaan dua polis ketika menyuraikan serangan samseng Umno di Bukit Katil, Melaka malam tadi.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seorang pimpinan parti dimarahi ketika beliau menghubungi Chua bagi merujuk insiden serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat.

Menurut Saifuddin, pemimpin berkenaan memberitahunya, Chua menyalahkan penganjur kerana mengadakan ceramah Anwar Ibrahim di kawasan Umno.

Beliau malah melempar kata-kata seperti 'saya tidak hormat Anwar Ibrahim, saya tidak hormat Ketua Pembangkang, saya tidak hormat Pakatan Rakyat'.

"Itu adalah kenyataan politik yang sangat bias dan tidak profesional.

"Beliau tidak layak jadi Ketua Polis Melaka. Mana ada dalam Malaysia ditandakan sebagai kawasan Umno. Kita tidak buat ceramah di markas Umno.Beliau menuduh penyokong kita yang mengakibatkan dua polis tercedera," kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.


Kejadian sekitar 10 malam tadi bermula apabila puluhan samseng Umno BN bertindak liar melontar bertalu-talu batu ke arah bas.

Serangan itu mengakibatkan empat cermin bas yang dinaiki Anwar pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

Seorang pengawal keselamatan Anwar turut cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.

Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.

Susulan kejadian tersebut, Saifuddin akan mengutus surat untuk bertemu Ketua Polis Negara (KPN) bagi membincangkan soal keselamatan terutama berkaitan kempen pilihan raya.

"Kita tengok semakin dekat pilihan raya makin banyak keganasan. Memandangkan ini kejadian keenam, saya akan tulis surat kepada KPN untuk bincangkan jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat ketika kempen pilihan raya. Kita bagi masa untuk dia selesaikan isu Lahad Datu dahulu," ujarnya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Machang itu yakin serangan berterusan akan menambah sokongan kepada KEADILAN.

"Serangan samseng seperti ini akan melonjakkan simpati dan sokongan rakyat terhadap KEADILAN.

"Rakyat seluruhnya menolak amalan budaya politik samseng dan ganas Umno BN," katanya.

Kejadian pertama serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat berlaku di Kota Bharu pada 1 September 2012 apabila cermin depan retak dan disimbah cat merah. Seterusnya pada 8 September, kejadian serangan sama turut berlaku di Jasin Melaka.

Manakala kejadian ketiga dan keempat berlaku di Johor pada 14 September di Tangkak, ketika solat Jumaat, dan di Johor Baharu apabila paku payung ditabur di atas jalan dan dibaling ke arah bas.

Pada 16 Disember pula, bas itu dibaling dengan objek ketika melalui lebuh raya berdekatan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah yang mengakibatkan cermin penumpang bahagian atas berlubang. – NS

Ulasan GB

Baru dapat gelaran "Datuk" sudah lupa diri, sudah bias dan bekerja secara tidak professional.

Jika anda menyatakan " 'saya tidak hormat Anwar Ibrahim, saya tidak hormat Ketua Pembangkang, saya tidak hormat Pakatan Rakyat'" maka bererti anda tidak hormat orang yang dipilih rakyat, maka rakyat berhak untuk tidak menghormati kamu, tidak menghormati pegawai atau anggota polis yang tidak menjalankan tugas secara adil, saksama dan professional!

Akhirnya, Anwar Fail Saman RM100 juta Terhadap Utusan, TV3

Posted: 08 Mar 2013 04:05 AM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menyiarkan berita yang didakwanya berunsur fitnah kerana mengaitkan dirinya dengan insiden keganasan di Lahad Datu.

Saman tersebut difailkan peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya dan N Surendran di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini.

Turut dinamakan dalam saman tersebut adalah lima defendan iaitu; Utusan Malayu (Malaysia) Bhd; Editor Utusan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak; TV3, Pengarang Urusan Kumpulan TV3, Datuk Shahruddin Abdul Latif; dan Pengarang berita Buletin Utama, Ing Boon Seng.

"Tuduhan-tuduhan itu amat berat kerana ia seolah-olah menggambarkan Anwar (gambar) nak tawan negara sendiri," kata N. Surendran ketika sidang media di sini.

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 telah menyiarkan artikel bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?"

Selain ganti rugi am RM100 juta, Anwar turut menuntut gantirugi teruk dan gantirugi teladan, termasuk injuksi menghalang defendan-defendan menyatakan atau menerbitkan "perkataan-perkataan firnah" sama ada melalui percetakan, lisan atau Internet.

Jelas Surendran, dalam penyataan tuntutan mereka mendakwa, TV3 dan Utusan Malaysia melaporkan "Anwar Ibrahim adalah antara tiga dalang disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu yang menyebabkan pertumpahan darah."

"Artikel ini menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang bagi kejadian Lahad Datu. Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan amat jahat...," kata N. Surendaran kepada pemberita.

"Perkataan-perkataan fitnah tersebut adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat ... plaintif telah mengalami kecederan yang teruk terhadap karektor, penghormatan, reputasi peribadi, politik, dan menjejaskan kedudukannya," kata Surendran, yang juga Naib Presiden PKR.

Anwar diwakili firma peguaman Tetuan Daim dan Gamany dalam mefailkan tuntutan saman tersebut. -TMI


Lahad Datu: Anwar fail saman fitnah terhadap Utusan & TV3


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan TV3 Malaysia Bhd, berikutan laporan fitnah berkaitan isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi melalui peguam N Surendran dan Latheefa Koya.

"TV3 dan Utusan pada 2 Mac mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Anwar, kononnya beliau 'dalang' di sebalik pencerobohan Lahad Datu. Kenyataan ini amat serius dan palsu tanpa ada bukti," kata Surendran kepada media.

Utusan sebelum ini menerbitkan laporan bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan 'Tiga kumpulan jadi dalang' dengan mentohmah penglibatan Anwar dengan kumpulan berkenaan.

TV3 pula menggunakan istilah 'dalang' ketika mengaitkan Anwar dalam kejadian itu.

"Tuduhan itu berkaitan keselamatan negara dan fitnah terhadap Anwar adalah percubaan untuk menipu rakyat. Kita memandang kenyataan tersebut sebagai kenyataan Umno," jelas Surendran.

"Ia kerana Utusan dimiliki Umno, wakil Datuk Seri Najib Razak duduk dalam lembaga pengarah Utusan. Perdana Menteri bertanggungjawab penuh terhadap fitnah itu. Kerajaan perlu berhenti mempolitikkan isu Lahad Datu dan mengaitkan Anwar," tegasnya.

Anwar pada 4 Mac lalu melalui notis tuntutan 24 jam menuntut TV3 dan Utusan membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik tuduhan, dan ganti rugi masing-masing RM100 juta.

Pada 6 Mac, TV3 meminta untuk menangguh jawapan kepada notis itu kepada dua minggu sementara Utusan pula tidak menyatakan tempoh.

"Kami tidak respon terhadap permintaan untuk tangguh oleh TV3 dan Utusan.

Kami respon dengan memfailkan saman. Hari ini sudah hampir seminggu sejak notis diberikan kepada mereka," kata Latheefa.

"TV3 pula masih menyiarkan laporan mengaitkan Anwar dalam insiden Lahad Datu dan itu menunjukkan mereka tidak serius dengan notis yang kita berikan," katanya lagi.

Anwar turut menuntut gantirugi teruk, gantirugi teladan serta injunksi menghalang kesemua defendan dari menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Turut dinamakan sebagai defendan, pengarang utama Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; pengarah kumpulan TV3, Datuk Shaharuddin Abdul Latiff dan editor berita TV3, Ing Boon Seng. – NS

Tiada ulasan: