Kelab Greenboc |
- [GEMPAR] Ini Dia Penyanyi Yang Ditahan Disyaki Bunuh Suaminya
- Tangan Suspek "Pengganas" Tidak Bergari - Bukti Sandiwara?
- Keganasan Di Sabah Berpunca Dari Tun Mahathir - Wilfred Bumburing
- [VIDEO & BERGAMBAR] Pengganas Ditangkap Pakai Baju BN & Gambar Shafie Apdal
- Gelombang Biru Johor Dirasmikan Muhyiddin Jadi Gelombang Haru Biru!
- [BERGAMBAR] Neneknya Maut Dilanggar Pacuan 4 Roda Milik UMNO
[GEMPAR] Ini Dia Penyanyi Yang Ditahan Disyaki Bunuh Suaminya Posted: 07 Mar 2013 12:21 AM PST Gambar kenangan Nouri bersama suaminya Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. "Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman. "Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu. Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat. Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak. Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran. Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian. Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999. -mstar |
Tangan Suspek "Pengganas" Tidak Bergari - Bukti Sandiwara? Posted: 06 Mar 2013 10:05 PM PST Kerajaan seringkali memberi amaran supaya pengamal media baru tidak mengatakan insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara pihak kerajaan BN... Kerajaan marah jika kita kata sedemikian... Tapi tindakan yang diambil oleh kerajaan sendiri yang membuatkan rakyat memikirkan ianya satu sandiwara semata-mata.. bagaimana rundingan sia-sia yang dijalankan selama hampir sebulan..? bagaimana lambatnya kebenaran diberikan terhadap pihak tentera bagi mengambil alih situasi dari pihak PDRM yang sebelum itu telah pun mengorbankan seramai 8 anggota polis... kerajaan juga cuba menyalahkan Anwar di dalam insiden di Lahad Datu itu, bagi meraih kepentingan politik BN.. Dan yang terbaru yang kini tersebar di banyak laman sosial adalah bagaimana pengganas-pengganag yang ditahan ini tangan mereka tidak bergari..? pengganas tidak digari tangan mereka..? Begitukah cara kita melayan seorang pengganas..? dengan berbudi bahasa dan tidak memalukannya dengan tidak mengikat tangan mereka..? Jika benar begitu peraturannya bagaimana pula dengan peserta Bersih 2.0 yang ditahan ini..? tangan mereka diikat walaupun mereka hendak menunaikan solat.. tangan mereka diikat walaupun mereka cedera... Kenapa pengganas Sulu dilayan lebih baik daripada warga negara asal yang menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil..? -LiangLahad Ulasan GB Ada beberapa persoalan menarik untuk direnungkan. Pertama seperti yang ditimbulkan di atas, pihak polis perlu jawab, kenapa tangan seseorang yang dikatakan suspek pengganas tetapi tangannya tak bergari. Jika tidak pihak berkuasa tidak boleh menyalahkan rakyat yang berpersepsi, ini semua sandiwara belaka. Kedua, kenapa baju berlambang gambar Shafie Apdal yang tertera? Ada yang bertanya GB kenapa pakai baju bergambar Shafie Apdal dijadikan isu? Mari GB jawab. Sungguh hairan, sewaktu kes Semporna begitu hebat dilaporkan, kelibat batang hidung ahli parlimennya iaitu Shafie Apdal lansung tidak kelihatan. Rakyat juga boleh berpesepsi bahawa apakah ini perancangan pihak tertentu kerana Shafie dikatakan salah seorang menteri yang tak lepas tapisan SPRM untuk PRU13 ini dan justeru itu "sanddiwara" pemakaian baju berlambangkan gambarnya yang dipakai oleh "suspek pengganas" sebagai justifikasi lanjut untuk menggugurkan beliau? Wallahu 'alam. |
Keganasan Di Sabah Berpunca Dari Tun Mahathir - Wilfred Bumburing Posted: 06 Mar 2013 07:10 PM PST Saya menyokong penuh cadangan dan gesaan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan memanggil satu sessi perbincangan meja bulat peringkat Parlimen untuk mencari penyelesaian terhadap pencerobohan oleh anasir asing di Lahad Datu yang kini sudah menular ke daerah lain di Sabah. Dalam hal sama, kerajaan Negeri Sabah juga harus berbuat demikian melalui Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri yang turut melibatkan kerajaan dan pihak pembangkang. Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk memberikan maklumat serta merta dan tepat kepada rakyat mengenai perkembangan sebenar dan terkini dan jangan membiarkan rakyat bergantung kepada berita dari luar negara; khususnya berita melalui talian dari Filipina yang saya pasti tidak memberikan maklumat sebenar yang memihak kepada negara kita. Bagi pihak rakyat Malaysia di Sabah, saya menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebagai satu-satunya orang yang bertanggungjawab kepada keadaan yang dihadapi oleh rakyat Sabah sekarang akibat daripada Projek IC yang dimulakannya; di mana ribuan rakyat asing telah diberikan kad pengenalan, terutamanya mereka yang datang dari Filipina sama secara sah atau tidak atas alasan yang hanya dia sendiri yang tahu. Saya juga sama sekali tidak setuju dengan kenyataan beliau yang mengatakan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan tembakan ke arah pengganas atas alasan mereka adalah Islam. Pandangan beliau ini bertentangan dengan pendirian yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas insiden Memali and puak Al-Maunnah di Sauk dan kenyataan yang beliau keluarkan merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia secara keseluruhan dan orang Sabah secara khusus. Keadaan di Lahad Datu sepatutnya boleh dikawal dan kehilangan nyawa di kalangan anggota keselamatan kita boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa telah mengambil langkah yang sama. Pencerobohan oleh anasir asing dan seterusnya kehilangan nyawa di kalangan warga kita boleh dianggap sebagai satu tindakan menyerang kedaulatan negara kita dan satu cabaran langsung yang ditujukan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong. Oleh itu segala usaha seharusnya telah diambil secara langsung bagi menangani masalah ini. Kegagalan dalam menangani krisis ini secara serta merta menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan persekutuan telah gagal untuk melindungi kita dari pencerohohan anasir asing. Sehubungan dengan perkara ini, saya menyeru kepada semua pihak untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan kita untuk menjalankan tugas mereka dalam mempertahankan kedaulatan kita dan saya juga menyeru kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat yang mungkin akan menjejaskan operasi yang mereka jalankan. Saya sesungguhnya bersimpati dengan keluarga wira kita yang telah terkorban; kehilangan nyawa seperti ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan persekutuan telah mengambil tindakan pantas sebaik sahaja kedaulatan negara kita berhadapan dengan ancaman sepertimana yang telah berlaku di Lahad Datu. Saya juga menyuarakan rasa turut sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban dan berdoa agar mereka tabah menghadapi suasana yang menyedihkan ini. Inilah doa ikhlas dari saya. -Datuk Seri Wlifred Bumburing
|
[VIDEO & BERGAMBAR] Pengganas Ditangkap Pakai Baju BN & Gambar Shafie Apdal Posted: 06 Mar 2013 03:51 PM PST Polis: 4 disyaki militan ditahan di Semporna Polis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan kumpulan militan dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat pekan Semporna. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Tentera Diraja Sulu. Menurut seorang pegawai polis, operasi berkenaan dijalankan oleh satu pasukan ibu pejabat polis kontinjen Sabah selepas menerima maklumat awam. Seorang pegawai yang enggan dinamakan memberitahu wartawan bahawa lelaki berkenaan disyaki sebagai pendatang asing tanpa izin dari Filipina manakala seorang lagi memiliki dadah. Keempat-empatnya tidak bersenjata ketika polis bertindak. Salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai baju-T dengan logo BN dan juga gambar MP Semporna Datuk Seri Shafie Apdal - menteri pembangunan luar bandar dan wilayah. Pegawai itu berkata, walaupun dokumen keempat-empat individu berkenaan menunjukkan mereka berhak berada di Sabah, kesahihan dokumen berkenaan masih perlu dibuktikan. Katanya, polis juga menerima pelbagai laporan mengenai kelibat 'penceroboh bersenjata' semenjak kejadian tembak menembak berlaku di Kampung Sri Jaya dan Kampung Simunul di Semporna pada Ahad lalu. -mk Saksikan video ini sebagai bukti lelaki itu pakai baju BN & bergambar menteri |
Gelombang Biru Johor Dirasmikan Muhyiddin Jadi Gelombang Haru Biru! Posted: 06 Mar 2013 07:20 AM PST ANAK-ANAK MUDA JOHOR SUDAH MULA TOLAK UMNO!!!!!! Rakaman gambar sebagai bukti berbicara bukan cerita pakai air liur basi punya. Utusan dok kelentong satu dunia kata melebehi 5,000 anak muda hadir hakikatnya... sekitar 500 orang saja walau pun siap ada kugiran dan konsert lagi...Baju T percuma dengan disediakan makanan nasi bungkus dan minuman air mineral. Parlimen Pasir Gudang Ins'ya Allah bakal tumbang ketangan Pakatan rakyat... Ini disebabkan janji MB Johor pasal nak beri geran tanah dah 25 tahun masih tergantung tidak bertali. Ini kali rakyat Johor akan ajar para pemimpin UMNO yang kurang ajar kepada rakyat Johor. Layan rakyat Johor macam warga bangsat. Jangan UMNO ingat dan berangan-angan Johor sebagai kubu kuat UMNO dan deposit tetap pada PRU 13 akan datang. Rakyat sudah bijak menilai... UMNO bakal berlayar jauh dari Johor. -omakkau |
[BERGAMBAR] Neneknya Maut Dilanggar Pacuan 4 Roda Milik UMNO Posted: 06 Mar 2013 04:10 AM PST Satu cerita yang sangat menyayat hati yang perlu anda semua baca!!!! Petikan dari tulisan oleh Joanne Li ditranslate ke bahasa Malaysia yang telah menceritakan bagaimana beliau kehilangan neneknya akibat dirempuh oleh 4WD BN hingga mati oleh 4WD milik UMNO di wall FaceBooknya… Antara rentetan peristiwa berlaku yang ditulis: Pada 3 March 2013, Ahad lalu, kedua-dua Datuk dan juga Nenekku dalam perjalanan pulang ke rumah dari ladang getah dengan menunggang motorsikal secara berasingan. Datukku mengekori motorsikal yang ditunggang oleh nenekku dalam jarak 20 kaki, tiba-tiba sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux yang dipenuhi dengan logo UMNO dan BN memotongnya dengan sangat laju dan merempuh belakang motorsikal nenekku. Nenekku tercampak dan terjatuh dan kepalanya telah terhantuk kejalan tar. Setelah melihat keadaan nenekku yang terbaring berlumuran darah pemandunya terus melarikan diri. Pada masa yang sama dua orang penumpang dalam kenderaan tersebut telah turun dan mengoyak bendera 1Malaysia dan turut melarikan diri. Datukku yang menyaksikan seluruh kejadian telah berlari mendapatkan nenekku tetapi malang beliau tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu kerana nenekku kehilangan banyak darah. Nenekku telah meninggal dunia di tempat kejadian… Menurutnya lagi tiada bantuan yang dihulurkan oleh macai-macai UMNO/BN yang berada di dalam kenderaan tersebut.. Apa yang mereka cuba lakukan hanyalah menanggalkan bendera 1Malaysia yang dipasang pada kenderaan tersebut dan melarikan diri.. seolah-olah imej 1Malaysia lebih berharga dari nyawa seorang insan.. Oleh itu bendera 1Malaysia perlu diselamatkan bukannya insan yang telah dilanggar mereka |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan