Kelab Greenboc |
- [BONGKAR] Rekod Imigresen Sahkan Tarikh Lahir Papagomo Di IC Polis & Biasa Adalah Sama
- TERDESAK: Najib Ciplak Idea Pakatan Beri Permit Kepada Pemandu Teksi
- Gerakan HARAMKAN UMNO Dilancarkan [updated]
- Kes Ke Atas Papagomo Difailkan Semula - Papagomo Tak Boleh Lari Lagi
- Husam vs Papagomo: Bekas Isteri Papagomo Jadi Saksi Sahkan Identiti Papagomo
[BONGKAR] Rekod Imigresen Sahkan Tarikh Lahir Papagomo Di IC Polis & Biasa Adalah Sama Posted: 26 Mar 2013 01:02 AM PDT Keadilan sebelum ini mendedahkan bagaimana seorang individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi – satu menggunakan kad pengenalan biasa dan satu lagi menggunakan kad pengenalan polis. Pendaftaran mengikut kad pengenalan polis individu tersebut (yang juga dikenali sebagai Papagomo) telah dipadamkan dari daftar pengundi serta-merta apabila KEADILAN menimbulkan perkara ini. Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan oleh SPR. Ramai yang bertanya kenapa tarikh lahir Papagomo adalah berbeza-beza mengikut pendaftaran kad pengenalan biasa dan polis, seperti yang ditunjukkan mengikut paparan skrin di bawah: Semakan KEADILAN dengan rekod imigresen Papagomo mengesahkan bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan biasa adalah sama, iaitu 21 Januari 1983. KEADILAN telah berjaya mendapatkan paparan skrin rekod imigresen Papagomo yang menggunakan passport antarabangsa bernombor A20485305, seperti berikut: Ini menimbulkan tanda tanya yang amat serius – apakah kesilapan nama dan tarikh lahir di bawah kad pengenalan polis yang sedikit berbeza adalah disengajakan untuk menyukarkan ia dikesan? Sebuah badan seperti SPR tidak mempunyai alasan tidak dapat menangani maklumat yang ringkas seperti tarikh lahir, apabila jabatan-jabatan kerajaan lain dengan mudah sahaja merekodkan tarikh lahir yang tepat. Penafian mudah Pengerusi SPR kini tidak boleh diterima bulat-bulat begitu sahaja. Beliau perlu menjelaskan apakah kegagalan menangani perkara yang mudah ini adalah sebahagian dari perancangan terancang untuk mengelirukan rakyat dalam usaha mengekalkan pengundi hantu di dalam daftar undi? Rafizi Ramli Pengarah Strategi KEADILAN |
TERDESAK: Najib Ciplak Idea Pakatan Beri Permit Kepada Pemandu Teksi Posted: 25 Mar 2013 11:23 PM PDT Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan 1,000 permit kepada pemandu teksi dilihat 'menciplak' idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR). Pengumuman tersebut juga mengesahkan bahawa dasar-dasar manifesto PR yang sebelum ini dikecam oleh pemimpin Umno-BN sebenarnya mampu dilaksanakan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata setakat ini Umno-BN terus gagal untuk mengumumkan manifesto sendiri sebaliknya menciplak idea dasar PR. Najib cuba mengumpan rakyat dengan janji akan melaksanakan program PR itu sekiranya Umno-BN menang dalam PilihanRaya Umum ke-13, katanya. "Saya pasti pemandu-pemandu teksi yang ada di seluruh negara faham bahawa pengumuman Dato' Seri Najib Tun Razak hanyalah satu gimik politik untuk menenangkan kemarahan mereka selama ini. "Penyelesaian berpanjangan isu permit teksi ini terletak di tangan Pakatan Rakyat yang mula-mula sekali memperjuangkan isu ini," kata Rafizi di dalam satu kenyataan media. Manifesto PR yang diumumkan bulan lalu antaranya berkata PR akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu untuk mengaut keuntungan dari keringat pemandu teksi. Permit teksi juga akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi. Agensi kerajaan juga akan dipertanggungjawabkan untuk melatih usahawan-usahawan teksi dengan kemahiran khidmat pelanggan dan perniagaan. "Ucapan beliau (Najib) berbaur ugutan politik apabila menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah 'bai'ah' (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan," kata Rafizi. "Oleh sebab itu, saya tidak hairan lagi kenapa beliau (Najib) tidak berani berdebat secara terbuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar-dasar dan program ekonomi."
|
Gerakan HARAMKAN UMNO Dilancarkan [updated] Posted: 25 Mar 2013 08:20 PM PDT Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 50 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan. Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai 'Haramkan Umno'. Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan mahkamah tinggi. Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan. Kemudian Razaleigh telah cuba merayu keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno. Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan cengkaman kuasanya. Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan 1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang – undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa. Setelah Umno asal diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak dalam mendaftarkan semula organisasi Umno peringkat tertentu. Kemudian keadaan bertambah parah berikutan banyak cawangan Umno yang tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan 1966. Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno menjadi cawangan haram. Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram. Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram. Ini diakui oleh Setiausaha Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan, cuma kes di mahkamah dibuang kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat pemecatan yang dikatakan telah di'back-dated'kan. Pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah. Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut. Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu. Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH 2010) Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam, Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya? Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana – mana organisasi berdaftar di Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966 malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian sepertinya dilakukan. Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftarannya. Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisis – ini kerana negara telah ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram. Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan 'Haramkan Umno'. Peranan semua: 1. Menyampaikan penerangan 'kenapa Umno organisasi haram?' ke seluruh pelusuk negara. 2. Menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com 3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan juga laman facebook Umno-Parti-Haram beberapa laman FB serta blog sekutu. Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan menjadikan PRU-13 sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara. Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka 'Gerakan Haramkan Umno' di ibukota. Sekian. che'GuBard Ketua Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia
|
Kes Ke Atas Papagomo Difailkan Semula - Papagomo Tak Boleh Lari Lagi Posted: 25 Mar 2013 04:50 PM PDT Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula. Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik. Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi. Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina. Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan. Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu. Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo. "Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien," kata Husam. Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua. Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan. Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru. Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini. "Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene. "Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini," katanya. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini. |
Husam vs Papagomo: Bekas Isteri Papagomo Jadi Saksi Sahkan Identiti Papagomo Posted: 25 Mar 2013 07:05 AM PDT Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya. Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi. Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang. Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur. Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa. Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China. "Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina. "Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh. "Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja," katanya. Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut. Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll'. Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang. Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah. Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay. Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti. Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos. Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan meminda peryataan pembelaan. Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog "parpukari.blogspot.com". Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012. -HD klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan