Kelab Greenboc |
- Tian Chua Sudah Didakwa, Tapi Masih Terkial-kial Mencari Bukti
- Ust Zamri, Ex-IKIM.fm Bersama 6 Tokoh Imam Muda Sertai PAS
- [BERGAMBAR] Walaupun Tanpa K-Pop, Ribuan Banjiri Malam Seni Untuk Perubahan
- [EDISI KANTOI] Rambut Pelaku Itu Di Belah Tengah!
- Puluhan Ribu Rakyat Kedah Berhimpun Bantah Salah Tadbir Semasa UMNO-BN -updated
- Kerajaan Wajar Minta Maaf Kepada Rakyat, Keluarga Wira Terkorban
Tian Chua Sudah Didakwa, Tapi Masih Terkial-kial Mencari Bukti Posted: 17 Mar 2013 12:57 AM PDT Enam anggota polis kelmarin bertindak menyerbu pejabat Suara Keadilan di Cheras dengan alasan untuk mendapatkan nota tulisan wartawan Keadilan Daily. Mereka merupakan pasukan penyiasatan dari Johor Baharu berhubung kes kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berkaitan kontroversi Lahad Datu yang dimuat naik portal Keadilan Daily, 1 Mac lalu. Ketika awal serbuan, polis mendakwa mempunyai waran menggeledah dan merampas komputer yang terlibat tetapi apabila diminta gagal menunjukan waran yang disebut. "Mulanya kata nak rampas komputer, kemudian apabila peguam masuk campur membantah tindakan mereka, mereka kata nak ambil nota wartawan pula. "Mereka boleh saja datang ambil, tidak perlu untuk geledah," ujar Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit ketika dihubungi TVSelangor berhubung kejadian pagi tersebut. Beliau turut melahirkan rasa pelik dengan tindakan kumpulan polis berkenaan kerana pihaknya memberikan kerjasama yang baik terhadap siasatan yang dijalankan sebelum ini. "Saya bersama-sama sub editor dan wartawan, beberapa kali beri kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berhubung siasatan tersebut namun tidak pernah pula mereka meminta nota wartawan. "Serbuan pagi ini memang tak diduga dan menyebabkan suasana tidak senang," tegasnya lagi. Kakitangan pejabat kemudian menelefon peguam Latheefa Koya yang meminta polis berurusan dengannya. Polis kemudian beredar tanpa mengambil apa-apa daripada pejabat kira-kira setengah jam berikutnya namun memberitahu mereka mahu menunggu wartawan, Aisha Geoffrey yang bercuti hari ini untuk mengambil notanya. Berhubung permintaan tersebut, Fazallah dan Aisha hadir bersama dengan peguam Eric Paulsen di Balai Polis Pudu, kira-kira jam 1 petang tadi untuk menyerahkan nota itu sebelum beredar kira-kira 15 minit kemudian. Peguam Eric turut memohon salinan waran geledah tersebut tetapi polis enggan berbuat demikian. Ulasan GB Bukankah Tian Chua sudah didakwa di mahkamah Sesyen yang sepatutnya polis sudah mempunyai bukti maka dengan sebab itu beliau didakwa? Mengapa pula baru sekarang mahu mencari bukti dengan mendapatkan nota tulisan wartawan Keadilan Daily berkenaan? Prinsip asas bahawa "one is considered innocent until proven guilty" sepatutnya terpakai dan bukan seperti di negara ini di mana "one is considered guilty until proven innocent". |
Ust Zamri, Ex-IKIM.fm Bersama 6 Tokoh Imam Muda Sertai PAS Posted: 16 Mar 2013 10:55 PM PDT Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut. Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya. Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi) Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan. Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.
|
[BERGAMBAR] Walaupun Tanpa K-Pop, Ribuan Banjiri Malam Seni Untuk Perubahan Posted: 16 Mar 2013 07:55 PM PDT Malam Seni Untuk Perubahan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru menyaksikan lebih 5,000 orang ramai memenuhi padang kelab ini walaupun keadaan becak. Program malam seni ini membariskan penampilan khas pendakwah bebas yang sedang hangat pada masa ini, Ustaz Azhar Idrus dengan slot soal jawabnya. Orang ramai mula memenuhi padang seawal jam 8.00 malam untuk bersama-sama barisan artis dan mendengar soal jawab daripada Ustaz Azhar. Pelbagai soalan yang diajukan orang ramai kepada Ustaz Azhar termasuklah soalan berkaitan PTPTN, demonstrasi dan PRU13. Soalan tersebut adalah "apa hukum negara yang bagi pinjaman PTPTN pada pelajar kemudian pelajar berdemonstrasi minta hapuskan PTPTN". Ustaz Azhar secara spontan menjawab, "kalau negara tu kaya kenalah bagi pendidikan percuma kepada pelajar. Cuba tengok menara KLCC tu, menara jagung dua butir, negara miskin mana ada tu...". Penampilan istimewa pada malam ini antaranya Yassin Brothers, Ito Blues Gang, Aisyah, Abby Abadi, dan Hairie Othman dan lain-lain barisan artis dan pelukis yang telah berhijrah memilih Pakatan Rakyat. Para barisan pimpinan Pakatan Rakyat turut bersama-sama dalam program malam seni ini menyatakan sokongan padu kepada artis yang mahukan perubahan. Antara barisan pimpinan itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di samping Dr Syed Azman, Dr Muhaimin Sulam, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Pyan Habib dan aktivis Hishamuddin Rais. |
[EDISI KANTOI] Rambut Pelaku Itu Di Belah Tengah! Posted: 16 Mar 2013 04:40 PM PDT Tatkala blog-blog pro-UMNO bersuka-ria meletakkan beberapa gambar individu kononnya Anwar yang mengadakan hubungan seks sejenis, ramai mempertikaikan kenapa gambar-gambar itu hitam putih dan tidak berwarna. Apatah lagi, di sebelah muka Anwar itu gelap dan tidak terkena cahaya dari tingkap, sedangkan badannya jelas dipancar dengan cahaya tersebut. Tetapi yang menjadikan gambar itu lebih kantoi ialah belahan rambut pelaku di dalam gambar tersebut berbanding dengan belahan rambut Anwar yang sebenar seperti paparan gambar di atas sekali. Di dalam gambar-gambar itu ternyata lelaki berkenaan mempunyai belahan rambut di sebelah tengah walhal Anwar sentiasa menyikat dan membelah rambutnya di sebelah tepi. Justeru itu bertambah nyata, pelaku di dalam gambar itu bukannya Anwar. Sebelum inipun telah dijelaskan bahawa "badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun." Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui." |
Puluhan Ribu Rakyat Kedah Berhimpun Bantah Salah Tadbir Semasa UMNO-BN -updated Posted: 16 Mar 2013 07:35 AM PDT Puluhan ribu rakyat berhimpun di Star Walk Alor Star hari ini bengang dengan salah tadbir BN semasa memerintah Kedah yang kerugian RM403 juta.. Inilah harapan rakyat agar Kedah tidak diserah kepada penyamun dan perompak ! -fb pemuda pdg terap Puluhan Ribu berhimpun di ALor Setar Pemimpin PAS dan Keadilan Di Atas Pentas Cikgu BARD sedang berucap p/s Nampaknya, kalau begini gelombang kebangkitan rakyat Kedah menjelang PRU13, musnahlah impian & angan-angan Mahathir untuk menaikkan anaknya Mukhriz sebagai MB Kedah... |
Kerajaan Wajar Minta Maaf Kepada Rakyat, Keluarga Wira Terkorban Posted: 16 Mar 2013 05:02 AM PDT Kerajaan Umno perlu memohon maaf kepada rakyat dan keluarga anggota keselamatan yang gugur akibat kegagalan menangani pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Tuntutan itu dibuat bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid. "Saya menjemput rakyat, tak kira apa bangsa, agama, fahaman, mana parti yang disokong untuk sama-sama bangkit dan menggesa kerajaan mengaku akauntabiliti ke atas kegagalan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini. Ghafir berkata, kerajaan tidak konsisten menangani isu pencerobohan itu dan hanya mengambil tindakan selepas 23 hari. "Tindakan kerajaan tidak konsisten. Apabila tindakan lambat, mereka (penceroboh) telah 'bekerja'. Dari kumpulan kecil menjadi besar. Kesalahan ini mesti diakui (kerajaan)," tegasnya. Polis dan tentera Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu. Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini. Hadir sama sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar. – NS |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan