Rabu, 27 Mac 2013

Justice For All

Justice For All


PANAS! Apa Implikasi DUN Negeri Sembilan Terbubar Sendiri?

Posted: 27 Mar 2013 09:00 PM PDT


Tengah malam tadi, berakhirlah riwayat dan hayat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara automatik apabila ia terbubar dengan sendiri tanpa kehadiran menteri besar SEMENTARA, Mohamad Hasan menghadap Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.

Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.

Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.

Pilihanraya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008. 

Sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.

Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.

Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihanraya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihanraya.

Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Mohamad Hasan.

Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan, Razak Mansor berkata beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan keputusan pilihanraya umum ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) (4) dan satu oleh PAS.

Pada 11 Oktober 2009, satu pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi DUN N.31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN).

Ia menyaksikan calon BN, Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas menteri besar, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti undi 5,435.

Implikasinya terhadap sejarah politik negara adalah, belum pernah mana-mana DUN dalam mana-mana bahagian negeri di Malaysia terbubar secara automatik iaitu menteri besar atau ketua menteri tidak menghadap Sultan atau Yang di-Pertua negeri bagi pembubaran DUN.

Dari sudut politik, ia jelas menggambarkan bahawa kerajaan yang berkuasa sebelum DUN dibubarkan tidak mempunyai 'keberanian' untuk memanggil pilihanraya sebelum mandat berakhir lima tahun.

Ini sudah cukup membuktikan bahawa spekulasi kedudukan kerajaan yang berkuasa akan kalah dalam pilihanraya umum ternyata benar tanpa sebarang hujah konkrit bagi mewajarkan alasan tersebut.

Ternyata dari segi moral, BN sudah dianggap 'mengaku kalah' kerana jika mereka merasakan BN akan mampu membentuk kerajaan negeri, sudah pasti DUN tidak perlu dibubar atau trbubar secara automatik.

Menurut penganalisis politik dan pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari, ia merupakan satu episod malang dalam sistem politik negara apabila kerajaan memerintah terpaksa menunggu hingga saat akhir dan ditambah 24 jam lagi hayat kerajaan kononnya merujuk kepada Akta Interpretasi 1948 dan 1967 mengikut Seksyen 54 (1) Akta 388.


Keadaan ini dikhuatiri akan memberikan implikasi kewangan terutama apabila beberapa keputusan besar dibuat meskipun mandat pemerintahan telah berakhir.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, tempoh mandat pemerintahan diberikan rakyat melalui pilihanraya hanyalah lima tahun iaitu sejak 8 Mac 2008.
Keadaan ini turut disokong melalui kenyataan Perdana Menteri, Najib Altantuya yang meminta rakyat memberikan mandat lima tahun lagi kepada Umno-BN.
"Bila habis mandat, hak rakyat adalah memberikan mandat baru.
"Keadaan sekarang saya sifatkan sebagai satu rampasan kuasa rakyat tanpa senjata," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS semalam.
Menurutnya, sepanjang tempoh 'tamat mandat' sejak 8 Mac 2013, kerajaan perlu mengumumkan semua keputusan projek yang telah diberikan kelulusan selain beberapa perjanjian termasuk di dalam Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA '13).
Jelasnya, kerajaan sementara yang berkuasa selepas pembubaran DUN atau Parlimen bagi menguruskan urusan harian tidak boleh membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan.
Pentadbiran sementara negeri kini tidak boleh membuat keputusan penting yang mengakibatkan kerajaan baru yang akan dibentuk selepas keputusan pilihanraya umum ke-13 menanggung beban atas sebarang komitmen atau perjanjian jangka panjang.


Adalah penting untuk bekas ADUN Pakatan Rakyat memantau setiap perjalanan pentadbiran dan kewangan negeri selain menyelia bersama dengan kerajaan sementara sementara menunggu pilihanraya dijalankan.
Jika persoalan tidak ada satu garis panduan khusus bagaimana pentadbiran sementara boleh berfungsi, ia satu alasan dangkal kerana sistem Westminster sudah lengkap menunjukkan satu persatu kaedahnya tetapi selalu dilanggar BN yàng terus menyalah gunakan kuasa selaku kerajaan sementara.
Inilah masanya untuk seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada Negeri Sembilan kerana setelah Pakatan Rakyat bertambah kuat, tiada lagi sebab untuk BN berani melanggar peraturan terhad yang digariskan dalam undang-undang negeri.
Paling penting, ia sekaligus memberi isyarat bahawa Najib Altantuya kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi empuknya di Putrajaya kerana moralnya sudah cukup rendah diasak Pakatan Rakyat dan diparahkan lagi dengan kenyataan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang seakan menyindir (walaupun katanya bergurau) jika dia berada di tempat Najib Altantuya, parlimen sudah lama dibubarkannya!

PANAS! Siapa Sebenarnya Yusof Harun Penulis Kolum Di Sinar Harian??

Posted: 27 Mar 2013 08:30 PM PDT


Penulis sebenarnya adalah peminat tegar akhbar Sinar Harian. Ada banyak kolum yang menarik minat penulis terutama dahulu ada kolum Dr Yee Abdullah yang akhirnya tidak dibenarkan menulis lagi dalam akhbar ini.  Penulis terbaca kolum tulisan Yusof Harun yang bertajuknya " Amboi senangnya kata Dr M diktaktor" di akhbar Sinar Harian.
Bagi yang tak tahu saudara Yusof adalah antara penulis di blog dan akhbar rasmi negeri Melaka "MelakaKini". Tulisan beliau sebelum ini yang menarik perhatian ialah pujian terbuka kepada Dato Ali Rustam yang disifatkan mempunyai tokoh kempimpinan yang baik dan Dato Ali hanya sedikit dibawah Tun Mahathir dari segi idea bernas untuk membangunkan Melaka. Malah Yusof mendakwa Dato Ali setanding dengan Tun Ghaffar Baba sebagai Ketua Menteri yang cemerlang.
Penulis tidak berminat hendak komen tentang Dato Ali sebab dia makan gaji dengan kerajaan negeri. (harap-harap gajinya dibayar). Tapi bila beliau menulis tentang Dr M, penulis rasa terpanggil untuk menyanggah tulisan songsangnya. Yusof mendakwa Dr M bukan seperti Adolf Hitler. Beliau tidak pernah membunuh sesiapa, tidak seperti Hitler yang membenarkan pembunuhan kaum Yahudi. Dr M juga tidak mempunyai sifat kuku besi seperti Hitler dan Musollini yang mampu menyerapkan semangat fasis kedalam Enzo Ferrari dan Daimler Benz semasa mencipta kenderaan mereka.
Secara berlawak, Yusof berkata semasa pelancaran Proton Preve salah satu tayar tayar kereta telah tercabut. Semasa kejadian Tun Mahathir tidak marah sambil tersenyum sahaja. Tulis Yusof lagi semangat diktaktor tidak ditanam kedalam pengurusan Proton seperti mana Hitler dan Musoolini. Ini adalah analogi dan perbandingan yang dilakukan antara diktaktor yang terkenal di dunia dengan Dr M. Saudara Yusof juga menegaskan di bawah Tun Mahathir, Malaysia berada dipuncak dengan pelbagai pembagunan dilakukan.
Sebenarnya penulis merasakan yang Yusof Harun ini keliru tentang maksud diktaktor atau tidak. Antara diktaktor terkenal ialah Julius Caesar yang memerintah Empayar Rom menggunakan kuasa tenteranya dan menekan dewan senat. Empayar Rom berkembang sehingga ke Mesir. Di wilayah Jerman, puak-puak yang menentangnya dapat ditewaskan. Di bawah Hitler, ekonomi Jerman berkembang dengan pesat sehingga kadar pengangguran yang tinggi di Jerman sebelum beliau mengambil alih negara berjaya disfarkan dalam masa tiga tahun. Ada banyak contoh lagi dibawah pemerintahan diktaktor, sesebuah negara berjaya dibangunkan dengan baik.
Bagi sesiapa yang masih ingat kes pemecatan Mufti Selangor, Dato Ishak Bahrom. Penulis masih ingat kisah ini bila Dato Ishak dalam satu kuliahnya berkata semasa beliau dipanggil oleh Dr M kepejabatnya bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan, Dato Ishak telah dileteri oleh Dr M selama satu jam. Dan Dato Ishak terpaksa mendengar leteran ini tanpa berpeluang mencelah. Keputusannya Dato Ishak dipecat. Kalau ini bukan sifat diktaktor apakah yang boleh dikatakan tentang hal ini.
Sepanjang tempoh 22 tahun menjadi Presiden Umno, seramai 3 Timbalannya meletak jawatan. Selepas persaraannya pun ada Presiden Umno yang meletak jawatan atas desakannya. Apakah kesemua mereka Tun Musa, Allayarham Tun Ghaffar dan Dato Seri Anwar serta Tun Abdullah meletak jawatan secara baik. Tidak sebaliknya pelbagai cerita timbul disebaliknya. Dr M terlibat dengan kes pembunuhan Memali tahun 1995, sehingga ke hari ini beliau masih tidak pernah minta maaf kepada rakyat Kedah atas insiden. (Beliau adalah Menteri Dalam Negeri masa itu)
Mengenakan pelbagai tuduhan juga adalah salah satu ciri diktaktor. Anwar misalnya ditudoh pelbagai oleh Dr M dari ejen Yahudi sehingga mengamalkan homoseksual. Adakah membuat tudohan yang tidak masuk akal ini bukan ciri-ciri seorang diktaktor. Yang terakhir (sebenarnya banyak lagi), salah satu ciri utama diktaktor ialah tidak pernah mengaku yang dirinya seorang diktaktor  Lihat Nicolae Ceausecu yang sempat berkata-kata kepada sepasukan penembak matinya "Sanggupkah kamu membunoh bapa kepada rakyat Romania" atau pun Muammar Gadaffi yang berucap dalam satu perhimpunan disaat akhir hidupnya" rakyat Libya memilih saya untuk menjadi ketua mereka" ataupun Hosni Mubarak yang dipilih secara demokrasi dimana lebih 99 peratus rakyat Mesir mengundi dirinya. Kesemua mereka ini tidak pernah mengaku diri mereka diktator.

Utusan Disaman Lagi, Kali Ini Sebanyak RM40 juta Oleh Bekas Timb Panglima Tentera Darat

Posted: 27 Mar 2013 08:30 PM PDT


Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan menyaman sejumlah RM20 juta kerana memburukkan reputasi dan nama baik beliau kepada umum.

Dalam satu kenyataan media hari ini, peguam pemohon Samarudin Md Rejab berkata kes tersebut telah difailkan semalam dan menamakan Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar sebagai pihak defendan.

"Dalam artikel Utusan Online bertarikh 13 Mac, 2013, secara palsu dan berniat jahat, telah menyiarkan satu artikel dalam talian menuduh anak guam kami sebagai 'telah memperleceh' Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengendalikan insiden pencerobohan pengganas dari Sulu," kata Samarudin dalam satu kenyataan.

Menurut Samaruddin lagi, artikel tersebut juga menuduh Abdul Ghafir telah mengatakan PDRM dan ATM menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Disamping itu, Samarudin berkata tuduhan tersebut sengaja direka memandangkan Abdul Ghafir adalah bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia dan bertujuan untuk mewujudkan kebencian kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

"Dakwaan di atas adalah benar-benar palsu, berniat jahat dan fitnah kepada Datuk Ghafir.

"Dalam hal ini, kita semua sedar bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menjelang dan Datuk Ghafir adalah salah satu daripada bekas pegawai tertinggi yang menyokong Parti Keadilan Rakyat serta Pakatan Rakyat," tambah Samaruddin lagi.

Dalam tuntutan yang dihantar semalam, Abdul Ghafir telah meminta Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar memohon maaf serta menarik menarik balik artikel tersebut dan berjanji tidak akan mengeluarkan sebarang artikel yang sama bertujuan memburukkan nama beliau.

Berita tentang kenyataan oleh Abdul Ghafir telah dilaporkan oleh Utusan ketika berucap dalam Forum anjuran Akademi Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini.

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar. -TMI


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

HOT Model Jual Barang Mainan ?!

Posted: 27 Mar 2013 08:02 PM PDT

Gambar hot kat atas tu adalah uniform yang dibekalkan kepada model dalam satu majlis jualan barang mainan kanak-kanak.Fullamak seksinya tukang jual pun !! Ni kalau kat Malaysia mesti para isteri tak benarkan para suami bawa anak-anak tanpa kehadiran mereka.Hehe mau juling mata sapa yang menengoknyer....
Apakah ini fesyen ? Rasanya pakaian yang terlalu ketat dan seksi ini cukup tidak sesuai digunakan dalam majlis penjualan barang mainan.Tapi puak-puak kat luar negara sana bukan kira telanjang pun pernah bro..
Di Malaysia pun dah semakin menular aksi-aksi sebegini cuma yang membezakan Malaysia dengan puak dekat luar negara tu adalah sebahagian yang berpakaian menjolok mata di Malaysia ni adalah orang Melayu yang mengaku Islam.
Macam mana bro ?... MMI pun kadang-kadang rimas dengan puak-puak ni .. Tambah-tambah bila tiba waktu ada majlis anugerah penyanyi,pelakon dan yang sewaktu dengannya peh lagi dasat..

TUDIAA !!! NEELOFA TUKAR IMEJ GARA GARA BLOGGER ??

Posted: 27 Mar 2013 07:30 PM PDT


 Takkan disebabkan selalu sangat jadi perhatian blogger sekarang Neelofa berubah imej ?? Jawapannya tidak sama sekali..

Gambar Neelofa memakai tudung labuh ini diambil ketika menghadiri kelas/majlis ilmu oleh DATUK DR. HARUN DIN. Wallahualam lah mana satu yang benar. Apa-apa pun kalau Neelofa pakai tudung teruskan bagus..Hehe.




Anda mungkin juga meminati

Sultan Kelantan Sentiasa Menziarah Rakyatnya...

Posted: 27 Mar 2013 07:30 PM PDT


Dalam gambar ini menunjukkan Tuanku Sultan Kelantan bertanya sesuatu tentang keadaan warga tua yang terlantar sakit..

Sultan yang begitu zuhud & menjadikan Allah sebagai prinsip memerintah... Tidak dapat dibezakan dari segi penampilan apakah beliau rakyat mahupun Sultan.. Tuanku sentiasa berpenampilan sederhana pakaian harian Tuanku adalah jubah & kopiah..

Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21, Tuanku adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) sentiasa mencemar duli ke ceruk-ceruk kampung menziarahi rakyat.

ALLAHUAKBAR!!!

Itulah Tuanku Sultan Muhammad Ke-V Kebanggaan Rakyat Kelantan & Malaysia...

Ohsenyum : Sanggup Ubah Wajah Untuk Jadi Mak Nyah

Posted: 27 Mar 2013 06:46 PM PDT

"Mula-mula doktor toreh kulit, kemudian dia seperti mengoyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang. Selepas itu doktor kikis kolagen yang sudah menjadi lemak.
"Sakitnya susah saya nak gambarkan. Pada masa itu, saya terfikir itulah hukuman ke atas saya kerana cuba mengubah ciptaan Allah," kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, menceritakan pengalamannya untuk kembali ke pangkal jalan.

Cikgu Erin dulu menjadi mak nyah

PANASS !!! WARTAWAN HIBURAN PUNCA ANZALNA DAN NEELOFA BERGADUH ??

Posted: 27 Mar 2013 06:30 PM PDT



Siapa tidak kenal dengan Zubir? Seorang wartawan hiburan yang gemar mensensasikan kisah-kisah sensitif artis hingga menyebabkan konflik kecil menjadi barah.

Sudah banyak kali wartawan ini buat hal dengan cerita-cerita yang ditulisnya. Pernah dahulu penyanyi Hattan menggelarnya 'gemuk dan pendek' kerana menulis mengenai penceraian beliau.

Zubir juga pernah dikatakan menfitnah Miera Liyana dan Shahz Jaszle mengenai hubungan mereka yang putus dan pelbagai lagi kontroversi lain yang direka oleh beliau.

Entah apa tujuan beliau berbuat demikian..mungkin mencari publisiti murahan menjadi wartawan yang "digeruni" oleh artis.




Zubir juga pernah diugut dan keretanya disimbah cat akibat dari perbuatan celuparnya sebelum ini. Malah bangkai ayam juga pernah dibaling ke rumahnya namun semua itu tidak menginsafkan beliau dengan sikapnya yang keterlaluan itu

Sebaiknya artis-artis, terutamanya yang baru-baru ini berhati-hati dengan temubual yang dilakukan bersama wartawan jenis ini.

Jika tidak, nasib mereka mungkin akan menjadi seperti Anzalna yang telah disaman oleh Neelofa akibat dari kisah-kisah rahsia yang diluahkan kepada Zubir.

Tindakan Hans Isaac menasihati Neelofa juga satu langkah yang baik kerana awal-awal lagi beliau telah memberi amaran mengenai tingkah laku wartawan murahan tersebut.

Laporan Rotikaya menyebut Anzalna berasa amat terkejut dengan penulisan Zubir di akhbar tersebut kerana beliau sudah meminta perkara tersebut tidak dihebahkan kepada umum.

Akhirnya beliau sendiri terpaksa melantik peguamnya bagi menyelesaikan pertelingkahan dengan Neelofa yang dicipta oleh Zubir.

PANASS !!! LAN A.N.A.K HAROOM HILANG KERANDUT LAWAN AZALINA !!! #MazlanFitnah

Posted: 27 Mar 2013 06:30 PM PDT




Inilah padahnya bila nak tunjuk hero..Aku ingat berani sangat di Lan A.N.A.K Harom ni, rupanya penakut juga nak lawan Datuk Azalina..

Hangpa ingat lagi dulu apa si Lan ni kata masa Datuk Azalina bagi tempoh seminggu untuk si Lan ni mohon maaf sebab fitnah Datuk Azalina tentang projek Rapid Pengerang tu?Dengan bongkaknya dia cakap takkan minta maaf, sambil berkata akan sahut cabaran Azalina di Mahkamah..




Sekarang ni apa jadi ?? Kenapa tiba tiba pulak si Lan A.N.A.K mintak Mahkamah batal saman Azalina.. Bukankah dulu Lan nak tunjuk hero sangat??

Kalau dah berani buat tu berani tanggunglah, Jangan duk sembang kemaih sangat..Bila Lan mohon Mahkamah suruh batal saman Datuk Azalina nampak sangat memang sebelum ini Lan sengaja nak fitnah Datuk Azalina dan Rapid Pengerang..

LAGI BUKTI ANWAR IBRAHIM DALANG SERANGAN LAHAD DATU DIDEDAHKAN!!!

Posted: 27 Mar 2013 06:28 PM PDT


KUALA LUMPUR 25 Mac - Pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin mendakwa memang berlaku pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nur Misuari bagi membincangkan isu politik di Sabah.

Dakwanya, pertemuan pertama Ketua Pembangkang dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu berlangsung pada 16 Julai 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan diatur oleh sahabat baik Anwar sendiri.

Pertemuan seterusnya pula dakwa Raja Petra, berlaku pada 4 Ogos 2012 di Manila bertujuan memuktamadkan segala perbincangan yang dibuat di Jakarta dan penerbangan ke sana menggunakan pesawat Malaysia Airlines.

"Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan meminta pertolongan Nur Misuari bagi memastikan kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dengan tumpuan khusus perbincangan adalah berkait isu Sabah.

"Pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen di Malaysia Timur untuk membentuk Kerajaan Pusat dan bagi memastikan perkara itu berlaku, Anwar memerlukan pertolongan pengundi Muslim di Sabah,'' katanya seperti dipetik daripada portal malaysia- today.net, hari ini.

Menurutnya, Anwar berjanji kepada Nur Misuari apabila pakatan pembangkang memerintah, Kerajaan Pusat akan memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan Anwar telah beberapa kali bertemu Nur Misuari sebelum berlakunya insiden pencerobohan berdarah oleh pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu jumlah sebenar pertemuan tersebut kerana pihak berkuasa masih meneliti dengan terperinci setiap maklumat yang diperoleh sebelum mendedahkannya kepada rakyat.

Pengesahan Hishammuddin itu ekoran pendedahan sebuah blog mymassa.blogspot.com yang mendakwa Anwar bertemu Nur Misuari lima kali dengan pertemuan kali terakhir dikatakan berlangsung pada 7 Februari lalu.--UTUSAN
 
 

Sam Tawan Hati Syatilla

Posted: 27 Mar 2013 05:07 PM PDT



Hanya sekelip mata keceriaan dipamerkan pelakon baru, Syatilla Melvin sebelum ia bertukar emosi saat dia dipujuk bercerita mengenai lelaki bernama Shaheizy Sam.

Katanya, reaksi spontan itu terjadi kerana hatinya sebak apabila desas-desus mengaitkan dirinya dengan aktor popular itu semakin mengganggu perasaan kebelakangan ini.

Siti Nur Syatilla Amirol Melvin bukan lelah dengan gosip yang makin rancak dicanang-kan itu, tetapi situasi sebenar cerita dirinya dan Sam rumit untuk dihuraikan kepada khalayak.

Justeru, pelakon berusia 22 tahun ini lebih senang me-ngunci mulut daripada bercerita panjang lebar. Baginya, cukuplah dia menyifatkan hubungan mereka sekadar teman rapat sejak dua tahun lalu.

"Bukan saya mahu mengelak atau berdolak-dalih me-ngenai dakwaan hubungan cinta dengan Sam tetapi hakikatnya, ia terlalu rumit untuk dikongsi pada waktu ini.

"Cukuplah saya katakan kami berkawan rapat sejak dua tahun kebelakangan ini. Selebihnya, biarlah masa yang menentukan," tuturnya mengawal emosi.

Mendengarkan nada terkilan yang diluahkan gadis kelahiran Pulau Pinang ini, Syatilla ditanya adakah dia menyembunyikan sesuatu mengenai status sebenar hubungan mereka namun persepsi itu pantas ditepis.

Katanya, sebagai wanita dia tidak mahu terus heboh membuka cerita mengenai sesuatu yang tidak pasti kerana ia tidak manis dan mungkin membuka pandangan serong khalayak pula.

"Kalau boleh, saya memang tidak mahu lagi mengulas mengenai perkara ini (gosip cinta). Tidak manis pun untuk perempuan bercerita itu dan ini mengenai sesuatu yang belum pasti.

"Saya tidak mahu orang tersalah sangka atau berpandangan serong menganggap saya perempuan yang tidak baik apabila bercakap lebih-lebih mengenai kes ini," katanya sambil berharap supaya gosip dengan Sam segera bernoktah.

Apabila ditanya keistimewaan Sam di matanya, Syatilla tidak mampu menolak kenyataan lelaki itu memiliki sikap yang menawan hati.

Katanya, aktor kesayangan ramai itu bukan saja manja dan kelakar sebagai sahabat, malah dia juga lelaki yang begitu mengambil berat dan memahami dirinya.

"Saya selesa dan senang berkawan dengan Sam. Dia seorang rakan yang baik dan memahami saya seadanya. Pendek kata, dia bukan saja penghibur hati saya ketika sedang bersedih atau tertekan malah begitu mengambil berat. Kami banyak berkongsi pendapat mengenai kerja," katanya.

Bagaimanapun, tatkala diusik tidakkah keserasian dan saling mengenali itu memudahkan proses perkongsian hati, Syatilla berkata, dia enggan memikirkan soal berkenaan dan menyerahkannya pada takdir.

"Saya tak nak fikir lebih-lebih mengenai hala tuju hubungan ini. Kalau ditakdirkan ada jodoh dengan dia, saya terima. Sebenarnya, saya tidak tolak jodoh walau dengan sesiapa pun, cuma kebetulan sekarang orang kaitkan saya dengan Sam, sebab itu timbul spekulasi begini," katanya.

Rindu aktiviti lasak

Sekali pandang, anak kedua daripada lima beradik ini mungkin tidak banyak berbeza daripada acuan semula jadi wanita yang ayu dan lemah lembut.

Ironinya, kata Syatilla, ramai yang mudah tersalah sangka dengan penampilan luarannya.

"Sebenarnya saya seorang gadis yang lasak cuma ramai yang tersalah anggap dengan penampilan luaran saya. Naluri kewanitaan masih kuat tetapi saya bukan tipikal wanita yang lemah lembut. Saya suka pada aktiviti lasak dan aktif," katanya.

Tambah Syatilla, sifat aktif dan lasak dalam dirinya disemai secara semula jadi sejak kecil kerana ba-nyak menghabiskan masa mengikuti bapanya melakukan pelbagai aktiviti yang digemari lelaki.

"Saya suka berkonvoi dengan motosikal berkuasa tinggi sebab aktiviti itu sering saya lakukan bersama bapa ketika remaja dulu. Kalau hendak tahu, saya boleh menunggang motosikal besar tetapi sudah lama tidak berpeluang untuk sertai konvoi motosikal apabila usia meningkat.

"Saya semakin sibuk dengan kerjaya seni manakala bapa pula semakin meningkat usia dan sudah lama tidak terbabit dengan program begitu. Saya rindu kenangan itu," katanya yang berhasrat untuk memiliki motosikal jenis Ducati kelak.

Jatuh cinta pada lakonan

Pada awal kemunculannya dalam bidang ini, dia langsung tidak bermimpi untuk bergiat serius sebagai pelakon. Ini kerana kecenderungan sebagai model yang menjadi permulaan kerjaya selepas tamat sekolah masih menebal dalam diri.

"Saya ceburi lakonan pun selepas terbabit dalam program Dewi Remaja 2010 dan pada awalnya saya kurang minat berlakon. Minat saya kuat pada bidang peragaan tetapi tidak sangka lama kelamaan selepas terbabit dalam pelbagai projek drama, makin jatuh hati dengan lakonan pula," katanya.

Malah, Syatilla berkata, dia mahu mendalami dan menimba lebih banyak ilmu lakonan daripada pelbagai pihak termasuk kelas lakonan bagi mengasah potensinya.

"Sekarang minat pada lakonan semakin mendalam. Saya mahu jadi pelakon yang lebih baik pada masa depan. Insya-Allah, saya berhasrat untuk mengikuti kelas lakonan bersama Fauziah Nawi apabila berkesempatan nanti kerana saya kagum dengan lakonannya," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Wasilah Cinta arahan Murali Abdullah.

Menyusul dalam jurnal seninya, kata Syatilla, dia akan terbabit dalam beberapa projek drama bersiri Kalau Bukan Aku dan Epilog Cinta Kirana untuk TV3, tidak lama lagi.

Sebelum menamatkan perbualan kami, Syatilla berkata, dia juga teruja untuk membintangi filem pertamanya, Romeo Kota di samping Aaron Aziz, Ahmad Nabil Ahmad dan Hanis Zalikha di bawah arahan Ahmad Idham bermula bulan depan.

Akibat Seksa 3 Ekor Ular, Wajah Adi Berubah Jadi Ular

Posted: 27 Mar 2013 12:30 PM PDT


Akibat Seksa 3 Ekor Ular, Wajah Adi Berubah Jadi Ular | Islam Itu Suci

BOGOR, Jawa Barat – Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.

Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.

Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi 'Kobra'.

Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.

Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.

Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.

Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.

"Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan," kata temannya.

Adi menjawab, "Ahh… saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.

Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.

Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.

Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.

Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. – AGENSI

Hukum Berkhatan Bagi Wanita

Posted: 27 Mar 2013 12:00 PM PDT


Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .
:Kelentik wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."
dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.

Rasulullah Berkhatan

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.

Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.

Cara Mengenali Gadis Yang Masih Ada Dara

Posted: 27 Mar 2013 11:00 AM PDT


DAHI

Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal.

HIDUNG

Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. kalau tak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan..? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena itu disebut lelaki hidung belang. Wallahualam..

MATA

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati…..
Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke, menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam (tanda memar) bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata disamping warna hitam dibawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut (berkeriput).

BUAH DADA (PAYUDARA)

Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung bererti ketegangan masih ada.

Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor semulajadi (alami) memang berbeza.

GARIS TAPAK TANGAN

Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia (alergik), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnanya pucat tidak merah, jika dipicit terus ia menganjal balik. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira satu minit. bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas (hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada lelaki lain ^_*.

Cuba pegang erat jari kelingkingnya kira-kira satu minit, kemudian lepaskan. tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan ? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf sajalah, kemungkinan ia sudah tidak suci lagi. Tetapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. Alhamdulillah, nampaknya masih suci. (Yang menguji adalah orang laki-laki) ..(Pakai Sarung tangan.. aurat nak kena jaga ^_^ )

JARI TAPAK TANGAN

Dengan jari-jari lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. perempuan juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?

Sentuhan lelaki dijarinya memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak, Cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. walaupun mungkin dia pernah berasmara (ringan-ringan) , tapi mungkin belum sampai tertebuk daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya sudah tiada. Wallahualam..

PERUT

Peribahasa menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya, pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.

RAMBUT

Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelhatan rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).

BIBIR

Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan betul-betul.

KEMALUAN

Ini sudah tentu hanya akan diketahui setelah bernikah. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan badan, pintu kemaluannya tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit dan lebih kembang. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh dilihat terus kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih tertutup bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bererti gadis itu sudah tidak perawan lagi.

LEHER

Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. apabila gadis itu kerap keluar denganlelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas dileher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah beranak.

Pesanan :
Entry di atas adalah kajian yang dilakukan oleh pakar perempuan.Bagi yang tidak berpuas hati dengan hasil kajian di atas,sila lontarkan pendapat anda dalam komen di bawah.Pesanan admin,kami percaya bukan semua perempuan yang memiliki ciri-ciri di atas sudah hilang dara kerana bukan semua sifat manusia itu sama.

Aurat Wanita : Cantik Atau Jelik?

Posted: 27 Mar 2013 10:00 AM PDT


Aurat Wanita : Cantik Atau Jelik? | Islam Itu Suci

Masih saya ingat saat saya mula mengenakan tudung di kepala bagi menjaga aurat dan batasan pemakaian saya dihadapan bukan muhrim. Bukan tudung sahaja yang menjadi permulaannya. Tetapi saya mula mengenakan pakaian berlengan panjang, longgar dan tidak jarang.

Itu semua bagi menjaga peribadi sebagai muslimah sejati. Tergeraknya hati saya untuk menutup sempurna aurat saya sedari kecil berdasarkan di dalam hadis yang ada menyebut:

    "Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya." – Riwayat Abu Dawud.

Saat zaman yang semakin mendekati akhirat ini, ramai kaum hawa yang masih mendendangkan lagu seronok menunjukkan aurat di hadapan bukan muhrim. Apatah lagi dengan pakaian yang menggoda dan menarik pandangan mata kaum lelaki.

Pada lelaki, bukan pakaian yang dilihat. Tapi apa yang didedahkan oleh seorang wanita itulah yang menyeronokkan mereka. Mana tidaknya, jika pakaian terbelah sini, terbelah sana, lalu apa yang tinggal untuk menutupi aurat? Makanya yang tidak ditutup itulah yang ditatap lelaki.

Semakin menjadi perhatian, semakin seronok mendedahkan aurat. Inilah yang boleh dikategorikan sebagai aurat jelik seorang wanita. Jelik kerana menampakkan apa yang tidak seharusnya dilihatkan. Jelik kerana ia menjadi satu kebanggaan dalam diri saat aurat menjadi tatapan ramai mata yang memandang.

Jelik kerana aurat yang sepatutnya disimpan buat tatapan suami, telah ditunjukkan kepada lelaki yang belum tentu menjadi suami. Bukan seorang, tetapi ribuan lelaki yang telah melihat aurat yang didedahkan.

Aurat jelik ini dikategorikan dalam keadaan di mana seorang perempuan berpakaian ketat, nipis dan jarang sehingga menampakkan anggota badannya. Malah, yang tidak menutup kepala juga dikatakan jelik.

Bertambah jelik apabila yang tidak bertutup inilah yang mengundang kemaksiatan semakin menghampiri. Berdasarkan sebuah hadis,

    "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Yang tertutup, Itu Lebih Cantik

Jauh berbeza dengan mereka yang menutupi auratnya. Bayangkan sahaja apa yang dimiliki oleh seorang wanita itu dijaga rapi. Dipelihara sempurna dari pandangan mata-mata lelaki yang bukan muhrim mereka. Cantik luaran, cantik peribadi. Bukan sahaja cantik kerana menjaga auratnya, tetapi menjadi cantik kerana memelihara diri dari berlakunya fitnah duniawi.

Bertudung dan berpakaian seperti yang dituntut dalam Islam mencerminkan peribadi sebagai muslimah sejati. Ini tidak membuatkan mereka bersenang-lenang menjual diri dengan menayangkan aurat tanpa had.

Peribadi seorang wanita muslimah akan sentiasa ada rasa malu dan segan apabila berhadapan dengan bukan muhrimnya. Itulah yang dikatakan cantik. Cantik kerana malu dan tahu nilai dirinya sebagai seorang wanita.

Bahkan, mereka sering saja mengingatkan diri sendiri dengan segala azab yang sudah siap sedia menunggu andai kata melanggar suruhan Allah yang satu ini. Ada hadis yang menyebutkan tentang azab memperlihatkan rambut pada lelaki bukan muhrimnya,

    "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." - Riwayat Bukhari dan Muslim

Lantas, atas alasan apakah untuk seorang wanita itu tidak menutup auratnya? Namun jika satu alasan diberi, makanya azab seksaan sedia menanti.


Bukan Mudah, Tapi Tidak Mustahil

Memang tidak dinafikan bukan mudah untuk berubah. Segala apa yang memerlukan bentuk perubahan akan mengambil tempoh masa yang lama. Namun, lakukanlah perlahan-lahan. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Diberikan peluang bernafas dan hidup bernyawa adalah ruang untuk perbaiki diri.

Menjadi cantik dihadapan Allah bukan dihadapan manusia, merupakan kunci perubahan yang bakal kita lakukan. Tidak mustahil jika kita lakukan perubahan demi mendapat kasih sayang Allah. Bukankah itu yang kita mahu dalam hidup? Dikasihi Allah sehingga bertemunya saat hari perhitungan tiba.

Kita boleh memulakan langkah mendekati Allah dengan:
  1.     Buangkan sikap bangga diri dan mahu menunjuk-nunjuk aurat pada bukan muhrim.
  2.     Tanamkan rasa kasihan pada bakal suami yang mengambil kita sebagai isteri kelak.
  3.     Mahalkan nilai diri, jaga maruah peribadi.
  4.     Sentiasa ingat Allah yang Maha Melihat.
  5.     Berlengan panjang dan bertudung sebagai permulaan.

Sekecil-kecil usaha kita untuk Allah, sudah dicatat oleh malaikat yang setia kepada Penciptanya. Apatah lagi usaha kita ini seiring dengan tindakan yang istiqamah. Apa pun bentuk usaha, mulakan dengan memohon pengampunan dari Allah.

Sertakan dengan doa yang berterusan, kerana Allah jua yang memegang hati-hati kita. Mohon agar kita diberi petunjuk jalan-jalan yang lurus dan benar. Semoga Allah memberi ruang untuk kita mendapat tempat disisiNya sehingga akhirat.

Mulakan dengan kalimah alhamdulillah, aku berubah demiMu Ya Allah.

Tepuk dada, tanya jiwa. Tegur hati, tanya iman. Mahukah dipanggil sebagai wanita jelik atau wanita cantik?

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung

Posted: 27 Mar 2013 09:00 AM PDT


Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung | Islam Itu Suci

Bertudung bukanlah alasan untuk mengabaikan penjagaan rambut. Lebih-lebih lagi selepas mahkota wanita itu dibiarkan tertutup melebihi lapan jam sehari. Bagi yang bertudung, penjagaan rambut yang rapi adalah sangat penting kerana aliran udara yang tidak sempurna boleh merosakkan kesihatan rambut. Berikut tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung yang boleh diamalkan.

1. Tak Seharusnya Cuci Rambut Setiap Hari

Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering. Cuci rambut juga perlu pilih syampu yang sesuai. Bab ni akan kita sentuh dalam tips #5. kalau yang rasa tak selesa & perlu cuci setiap hari, pilih syampu yang berasaskan herba. Cuci rambut sebelah petang atau malam, selepas balik kerja atau outing siang hari.

2. Keringkan Rambut Secara Semulajadi

Tak kira lah panjang mana sekali pun rambut, rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna pengering rambut yang jenis tak panas, atau last option boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari tu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan.

3. Pilih Kain Tudung Yang Lembut

Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh.

Kalau selesa, elakkan pakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa supaya rambut tak terkeluar.

4. Rehat Dulu

Bila sampai je di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala "bernafas" terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

Just rileks dan berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja yang berat kerana ianya akan berpeluh. Kalau ada air-cond lebih baik! Switch on aircond dan berbaring sebentar. Badan pun dapat berehat, dan kulit kepala pun kering daripada peluh!

5. Cari & Pilih Syampu Yang Sesuai

Syampu memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut & kulit kepala kita. Bagi kak aina yang paling penting pilih yang berasaskan herba dan semula jadi. Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia. Tapi apapun, ada guideline asas untuk pilih syampu jenis apa yang sesuai dengan jenis rambut kita.

6. Atasi Masalah Rambut Secepat Mungkin Jika Ada

Biasanya pakai tudung ni kadang-kadang boleh mendatangkan bau yang tak berapa best sebab faktor kelembapan, terutamanya untuk orang yang cepat berpeluh.

Apapun masalah yang dialami, sentiasa peka dengan keadaan rambut & jangan pandang remeh dan berharap masalah itu akan hilang dengan sendirinya. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika kita sendiri tak mencari penyelesaiannya.

Kalau tak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, boleh gunakan produk rawatan rambut herba yang ada di pasaran. Tapi pastikan dulu ianya herba dan halal, dan paling penting berkesan. Jangan main cuba-cuba sebarangan takut daripada nak jadi elok jadi lebih teruk pula.

Social News:Rohypnol Taktik Baru Perogol

Posted: 27 Mar 2013 08:48 AM PDT


Rohypnol Taktik Baru Perogol | Islam Itu Suci

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk "mencuci" haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

PROFESOR MAHFUZ TAK SETUJU GAJI PENJAWAT AWAM DINAIKKAN.

Posted: 27 Mar 2013 08:45 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan secara terperinci formula yang digunakan di dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan ini bagi mengelakkan jurang besar diantara kakitangan awam dan pihak atasan selaras dengan gred kenaikan.

"Isu saraan tidak memberikan gambaran jelas berhubung kenaikan Gred 1 sehingga 54. Keadaan tidak jelas ini akan membawa kepada jurang yang besar.

"Sebagai contoh gred turus 1, gaji mati RM 13,940 tapi gaji maksimum RM 23,577.24. Jawatan terendah, Gred N1, pembantu am sekarang RM 1,321.05.

Selepas kenaikan tahunan RM 80.00 gaji maksimum RM 2,000," katanya.

Sebelum ini, Najib mengumumkan pelaksanaan SST, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Melalui sistem ini, setiap penjawat awam mendapat antara RM 80 dan RM 320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1.5 bilion.

FOTO PAKCIK DI JOHOR NYAMPAH DENGAN KIT SIANG ! JASON TEOH BERDEPAN DENGAN CABARAN LIMPAHAN WANG LIM KANG HO..

Posted: 27 Mar 2013 07:50 AM PDT

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor sekaligus memadamkan hasrat Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang sebelum ini berangan-angan untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut.

Kejayaan DAP mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di Gelang Patah agak mengecewakan ramai penyokong PKR sementelah lagi sudah berbulan-bulan Pengerusi PKR Johor itu melakukan gerak kerja kempennya di sana.

Baru-baru ini sumber yang rapat dengan Jui Meng memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau yang bekas pemimpin MCA itu berura-ura untuk meletakkan semua jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes berikutan tindakan Anwar yang dianggap sebagai satu pengkhianatan. 

Sama ada ura-ura itu menjadi kenyataan atau tidak, yang pastinya Gelang Patah tidak menjanjikan laluan mudah untuk Kit Siang yang dijangkakan akan berdepan dengan protes secara besar-besaran dari penyokong PKR.

Kit Siang yang sudah acap kali berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain untuk melebarkan pengaruh DAP tidak hanya akan menghadapi protes penyokong PKR pro Jui Meng tetapi juga bakal berdepan dengan masalah penerimaan pengundi selain cabaran sengit dari BN.

Majoriti pengundi keturunan Cina di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO sejak berdekad lamanya terbukti mempunyai sikap unik dan penerimaan mereka juga jauh berbeza dari pengundi Cina di negeri lain. Cabaran ini tentunya sukar di mengertikan oleh Kit Siang.

Apatah lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang. 

Gambaran awal kegusaran DAP dengan keterampilan Teoh dapat dilihat dari serangan awal jentera propaganda DAP yang mula melakukan sabotaj terhadap pemimpin MCA itu melalui sebuah fan page tiruan.

Ops Daulat Satu Sandiwara UMNO - Lim Kit Siang

Posted: 27 Mar 2013 07:44 AM PDT



Apakah yang berlaku sepanjang isu pencerobohan di Lahad Datu adalah satu sandiwara semata mata? bagaimana mereka yang telah terkorban ketika mempertahankan Tanah air Malaysia? Apakah ianya juga sandiwara? UMNO dipersalahkan oleh pihak pembangkang seolah olah apa sahaja musibat yang melanda Malaysia adalah kerana UMNO.

FOOLZIAH MEROYAN BILA LALUAN DI KUANTAN SUKAR!!!

Posted: 27 Mar 2013 07:43 AM PDT


Nampak gayanya, memang Si Foolziah Thoron tu sekarang ni sudah goyang apabila laluan untuk dia kekal di Parlimen Kuantan menjadi semakin sukar.

Dengan pelbagai isu yang dicetuskan oleh Wong Tak sebelum ini telah membuatkan Si Foolziah tu semakin ditolak oleh rakyat tempatan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuantan tu dikecam oleh penduduk tempatan kerana kurang memberikan sumbangan terutama ketika mereka dilanda banjir baru - baru ni.

Tambah menyukarkan Foolziah ialah apabila ada segelintir ahli PKR sendiri mula mempertikaikan kredibiliti Si Foolziah secara diam - diam.

Jika sebelum ini, Si Foolziah tu bukan main lagi mendabik dada kononnya mengatakan yang dia banyak bagi bantuan sumbangan kepada rakyat.

Walhal, sumbangan yang diberikan hanya sekadar untuk kroni - kroni dia je. Bukan dia bagi sumbangan kepada semua orang yang ada didalam kawasan dia.

Perkara ini jelas apabila ada pihak menyatakan bahawa Si Foolziah tu pernah merungut apabila ramai orang datang dan nak mintak duit je dari dia.

Mungkin disebabkan kerana ketidak-mampuan Si Foolziah tu telah mengakibatkan dia mengecam tindakan Kerajaan yang memberi peruntukan kepada rakyat.

YAB Perdana Menteri sewaktu mengakhiri Jelajah Janji Ditepati baru - baru ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Peruntukan tersebut diberikan kepada rakyat Kuantan untuk menyelesaikan masalah jalan raya dan masalah banjir yang sering menjadi isu utama di Kuantan.

Nah!!! Disebabkan itulah Si Foolziah ni meroyan tak tentu arah. Dia yang jadi Ahli Parlimen selama hari ini pun masih tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Dan, yang paling menghairankan kita ialah apabila Si Foolziah tu mempertikaikan pasal perkhidmatan Rapid Kuantan yang dilancarkan sebelum ini.

Kalau diikutkan, sewaktu awal pelancaran perkhidmatan bas tersebut, Si Foolziah ni yang mula - mula sekali mendabik dada kata dia yang perjuangkan perkara tersebut.

Sekarang, dia pulak yang mempersoalkannya apabila mendakwa perkhidmatan bas tersebut tidak mencakupi keseluruhan kawasan pendalaman.

Kesimpulan mudah bagi kita rakyat Malaysia ni apabila melihat perangai hodoh puak - puak Pakatan ni. Diorang ni jenis manusia yang tak reti nak bersyukur dan tak bersabar. Tu pasal la diorang suka meroyan benda yang bukan - bukan!!!
 
 

NURUL IZZAH MULA MELALAK TAK TENTU PASAL!!!

Posted: 27 Mar 2013 07:30 AM PDT



Korang tengok sendiri bagaimana Si Nurul Izzah tu berhadapan dengan rakyat dikawasan dia. Terpaksa jerit - jerit pulak sambil memberikan ceramah.

Nampak sangat la apa yang cuba disampaikan oleh Si Nurul Izzah tu tidak diendahkan oleh orang yang mendengarnya. Itu pasal la dia kena jerit.

Ianya jelas membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh Nurul Izzah ni hanya salah satu sandiwara yang dilakukannya untuk menipu rakyat Lembah Pantai.

Korang bayangkan. Dia nak pertahankan Lembah Pantai sampai terpaksa panggil semua puak - puak dia turun untuk membantu. Dari Papa Hebat sampai la ke Si Sam Ketot.

Sebab apa? Sebab nak berdepan dengan Sri Kandi Kebenaran, Ummi Hafilda yang turut mengadakan ceramah ditempat yang sama.

Orang dah tak peduli dah dengan apa yang Nurul Izzah nak cakap. Lebih ramai orang yang bertumpu ke tempat Ummi. Sebab itu Anak Muda Kecoh kena buat sesuatu.

Nak timbulkan keadaan huru hara sebab tak mampu melawan hujah Ummi, Anak Muda Kecoh tu pun mula la baling batu dan sembunyi tangan.

Korang dengar betul - betul part yang terakhir dalam video dibawah. Nampak gayanya, Si Nurul Izzah ni cuba mengutuk papa dia sendiri.

Dia lupa bahawa Papa dia pun dulu seorang pemimpin dikalangan ahli UMNO. Kemewahan yang dia sendiri rasai hari ini adalah hasil pemberian UMNO.

Jadi, Semut nak tanya. Adakah dia bagi rakyat dikawasan dia merasa cebis - cebis dari harta yang Papa dia kaut dulu? Ada dia bagi semua harta dia demi menegakkan Keadilan?

Jangan cakap banyak la Nurul Izzah oi!!! Baik pegi balik rumah, cermin diri tu elok - elok sebelum nak mengatakan orang yang bukan - bukan!!! Dia sendiri pun duduk dalam Istana, lagi dia nak kata orang bagi cebisan? Dasar Manusia Tak Sedar Diri!!!


Kredit to

TAK BERBALOI KALAU FITNAH NURUL IZZAH!!!

Posted: 27 Mar 2013 06:24 AM PDT

TIDAK semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah.

Kita amat memahami strategi 'overdose' atau 'overkill' iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya.

Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.

Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. 

Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.

Mungkinkah ini merupakan strategi 'pre-emptive' iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?

Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.

Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang 'seronok' sekali bercakap mengenainya.

Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya.

Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota. Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.

Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR. Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.

Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin. Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya. 

Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri. Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. 

Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja. 

Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.

Ps: Kalau setakat Nurul Izzah tu, tak payah susah - susah nak buat cerita yang bukan - bukan. Cukup sekadar mempertikaikan pasal pasal khidmat dia kepada rakyat pun dah cukup untuk buat dia meroyan tak tenu arah!!!
 
 

Rosmah dan Azizah - Ini Fakta dan Realiti

Posted: 27 Mar 2013 05:59 AM PDT

Cerita-cerita seperti Rosmah kawal Najib, Rosmah PM dibelakang tabir, apa yang Najib nak buat semuanya kena dapat kelulusan Rosmah. Sekarang pula bila masuk musim pilihan raya timbul pula cerita Najib tidak bubarkan parlimen kerana Rosmah halang. Semua nama-nama calon ditentukan oleh Rosmah. Dipendekkan cerita, maksudkan mereka cuba memberitahu rakyat Malaysia bahawa Rosmah berkuasa dalam segala hal dan PM akan ikut apa yang Rosmah kata. 
Rosmah dibandingkan dengan Wan Azizah kononnya Wan Azizah seorang isteri yang baik, isteri yang zuhud, isteri yang beriman. 
Sedar atau tidak rakyat Malaysia bahawa apa tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah selama ini adalah menjadi amalan Wan Azizah ? 
Rosmah yang tak pegang apa-apa jawatan dalam politik dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Wan Azizah yang paling berkuasa dalam PKR mereka pejamkan mata.
Isteri Najib yang tiada kuasa membuat sesuatu keputusan dalam Umno dituduh paling berkuasa, manakala bini Anwar yang terang-terang paling berkuasa dalam PKR, orang tak nampak.
Rosmah yang tidak ada kuasa untuk menentukan senarai-senarai calon BN dituduh paling berkuasa, Wan Azizah yang terang-terangan paling berkuasa menentukan calon-calon PKR mereka butakan mata. Bukan setakat tentukan calon malah berkuasa menandatangani watikah calon. Lihat pendedahan sel13.com di sini
Rosmah yang terang-terang kata beliau tidak akan sesekali bertanding dalam pilihan raya mereka kata Rosmah akan bertanding, Wan Azizah yang nak bertanding mereka kata itu amalan demokrasi. 
Rosmah digelar wanita puaka kerana dituduh mengamal ilmu hitam dan menggunakan bomoh. Tapi sampai hari ini pun tidak pernah ada satu bukti yang ditampilkan. Wan Azizah yang terang-terang bersekongkol menggadaikan kalimah Allah kepada bukan islam, diangkat sebagai muslimah beriman.
Rosmah tidak bertudung tetapi sehingga hari ini Rosmah masih mampu jaga dan didik anak-anak dia supaya tidak masuk ke gereja dan berkata orang islam wajar diberi kebebasan untuk menukar agama. Wan Azizah yang bertudung bukan sahaja gagal didik anak malah menyokong anaknya yang berkata orang islam wajar diberi kebebasan memilih agama dan dia diberi anugerah Sayyidatina Khatijah oleh ABIM. Sepatutnya dia diberi gelaran wanita celaka.
Dalam keluarga Najib hanya Najib seorang yang terlibat dalam politik. Isteri dan anak-anak beliau tidak terlibat dan memegang apa-apa jawatan dalam politik. Ini fakta dan realiti. Tetapi dalam keluarga Anwar habis anak beranak terlibat . Yang ini apa cerita ? Rakyat Malaysia tak nampak ke ? 
Cuba cari dalam dunia ini mana ada parti politik yang si suami sebagai ketua umum, isteri presiden dan anak pula naib presiden ??? Siapa yang jumpa cari dan disahkan betul, saya akan tutup blog ini. 
Pernahkan anda lihat Najib dan Rosmah buat sidang media begini ?
Pernah anda lihat Rosmah buat sidang media angkut pengerusi parti komponen BN, MB dan ahli parlimen seperti yang Wan Azizah lakukan ini ? 
Laki bini habis buat poster.....Dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia tidak pernah berlaku perkara sebegini.

Tun Daim Takut Kekayaannya Dirampas Jika PR Menang

Posted: 27 Mar 2013 05:46 AM PDT


Tun Daim Zainuddin didakwa takut dengan kemungkinan Pakatan Rakyat akan mentadbir Putrajaya selepas pilihanraya ke-`13 kerana bekas Menteri Kewangan itu adalah antara kroni terbesar Umno yang akan hilang kekayaan yang mereka.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Daim telah menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri apabila mengaut keuntungan dan kekayaan saham Bumiputera bernilai ratusan juta ringgit untuk diagihkan kepada kroni dan keluarganya.

Anwar mendakwa, beliau mempunyai rekod yang membuktikan salah guna kuasa Daim semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991.

"Tun Daim itu bimbang dengan kekayaan yang diambil secara haram daripada negara. Apa yang saya tidak setuju ialah ekonomi negara itu digunakan untuk memperkayakan keluarga dan kroni.

"Tun Daim sendiri tahu ratusan juta wang Bumiputera miskin diagihkan kepada kroni beliau.

"Saya tahu dan faham rekod yang ada kerana saya menggantikan tempatnya sebagai Menteri Kewangan selepas itu," katanya dalam satu sesi temuramah bersama Radio Free Malaysia (RFM) malam tadi.

Dalam wawancara dengan akhbar pro-Umno New Sunday Times, Daim berkata Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

Daim mendakwa Anwar akan mengucar-kacirkan negara dengan memimpin dengan nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Beliau turut mendakwa, tiada suatu idea signifikan datang daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.

Anwar menegaskan, semasa beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan, ekonomi negara membangun pesat antara 9 hingga 10 peratus setahun di samping hutang dan defisit negara dikurangkan.

Anwar berkata beliau yakin ekonomi negara akan bertambah lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk memerintah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Soal ekonomi negara saya yakin ia dapat ditambah baik seperti yang dilakukan Kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang yang jauh lebih baik pengurusannya.

"Jadi bagaimana kita katakan p

 

Tiada ulasan: