Sabtu, 9 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Seorang Lagi "Saiful Bukhari" Muncul, Adakah Budak Ini Juga Akan Mengaku Diliwat?

Posted: 09 Mar 2013 07:45 AM PST


Budak Mohd Fareez Kamal Intidzam ini menulis surat kepada Presiden PAS, TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin lalu. Baca laporan FMT.

Menurut FMT, surat yang ditulis tangan oleh budak ini antaranya mendakwa bahawa dia 'rapat' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kononnya menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar berasa cemburu akan hubungan mereka.

Dalam surat itu, budak ini mendakwa Anwar melantiknya sebagai Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa sejak tahun 2008 kononnya kerana hubungan yang rapat tersebut. Selain itu, budak ini juga merupakan bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Surat yang dihantar kepada Presiden PAS itu kononnya mahu meminta campur tangan TG Hadi Awang agar menasihati Wan Azizah supaya berundur daripada parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Dakwa budak ini, pengunduran Wan Azizah dapat menyelamatkan pilihan raya daripada sikap negatif Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah.

Berikutan penulisan surat itu, budak ini membuat laporan polis kononnya bimbang dia akan menerima ancaman keselamatan daripada pengikut-pengikut Presiden PKR.


Selain itu, budak ini juga sudah menjadi modal politik terbaharu pencacai dalam Buletin Utama TV3 malam tadi.  Sambil mengakui dirinya sebagai penulis surat tersebut, budak ini mengulangi dakwaannya bahawa ancaman keselamatan terhadap dirinya datang daripada pengikut setia Wan Azizah.

"Saya kenal mereka, sebab saya sudah lama dalam PKR," katanya kepada Buletin Utama, TV3 malam tadi.

Budak ini turut mengulangi kata-kata yang terkandung dalam surat itu bahawa Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah cemburu akan hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim. -DCM/FMT/OutSyedthebox



P/s: Budak ini dilantik menjadi pegawai PKR pada usia 19 tahun???

Cuba fikir tujuan dia menulis surat kepada TG Hadi Awang. Langsung tidak berasas. Apa relevannya?

Boleh jadi, bukan tujuan (minta Wan Azizah berundur) surat itu ditulis yang mahu ditonjolkan, tetapi gambaran hubungan rapat antara Anwar dengan budak ini yang menjadi fokus utama. Hal ini demikian kerana blog pro-UMNO mula mempersoal dan membuat spekulasi tentang hubungan rapat budak ini dengan DS Anwar Ibrahim. Adakah budak ini juga akan mengaku dirinya dicabul atau diliwat oleh Anwar Ibrahim?

 Satu lagi konspirasi????

Seorang lagi musuh dalam selimut PKR. Adakah peristiwa Saiful Bukhari tidak memberikan pengajaran yang berguna kepada PKR?












Pengakuan Bapa Saiful Bukhari Bikin Hasan JATI Meroyan! Baca Kenyataan Medianya, Baca Juga Komen Pengguna FB

Posted: 09 Mar 2013 04:00 AM PST

Bekas bakal Menteri Besar Selangor ini dilihat banyak pihak sebagai salah seorang pembenci tegar Anwar Ibrahim. Kebenciannya terhadap Anwar Ibrahim lebih terserlah selepas dia ditendang keluar daripada PAS.
 
Cuba baca kenyataannya di bawah ini.

Sambung di sini, kalau mahu baca lagi.

Apa komen pngguna FB yang membaca kenyataan medianya itu? Walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap tindakan bapa Saiful, cuba memburukkan kredibiliti bapa Saiful serta mempersoal peribadi DS Anwar Ibrahim, namun rata-rata pembaca menempelak kenyatan yang dibuat oleh Hasaan Ali.




Sebelum ini, Presiden JATI ini memfitnah Azmin berkongsi isteri dengan lelaki lain. Tonton video ceramahnya di bawah ini.

Orang Islam jenis apa Hasaang Ali ini? Adakah Hassaang Ali ini nampak dengan mata sendiri isteri Azmin tidur dengan lelaki lain? Apa hukumnya menuduh isteri orang berzina?



 P/s: Siapa mahu undi Hasaan Ali dan geng dalam PRU nanti? Silakan!

Bagi sesiapa yang masih keliru tentang sumpah laknat atau keperluan DS Anwar Ibrahim berbuat demikian, sila baca ulasan Ustaz Zaharuddin yang ditulis dengan begitu terperinci, disokong dengan ayat al-Quran, hadis dan sebagainya di sini.

Jangan sesekali berpegang pada kenyataan orang yang dibuat kerana kebencian atau berdasarkan pandangan akal semata-mata dan khabar angin daripada pihak tertentu. 



Pengakuan Bapa Saiful, Apa Komen TG Nik Aziz dan TG Dr. Haron Din?

Posted: 09 Mar 2013 01:05 AM PST


Apa komen TG Nik Aziz?

[SH] KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap tuduhan liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diselesaikan satu persatu selepas ini susulan pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim semalam.

Semalam, Azlan mendedahkan bahawa anaknya itu diperalatkan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan Anwar menerusi kes liwat kedua.

"Pendustaan satu masa akan terbongkar menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).

"Alhamdullilah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis bersama veteran Pas di Jalan Dato Lundang di sini pagi tadi.

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa, komen daripada TG Nik Aziz memang sudah dijangka kerana selama hari ini pun TG Nik Aziz sentiasa menyokong DS Anwar Ibrahim. Malah, beliau juga sering menjayakan program PR yang melibatkan DS Anwar Ibrahim. Hal itu memang jelas dan nyata.

Apa komen TG Dr. Haron Din yang sebelum ini dikatakan menjadi perantara untuk menyampaikan pandangan segelintir Ahli Majlis Syura yang didakwa tidak bersetuju DS Anwar Ibrahim menjadi PM? Baca di sini.

Komen beliau tentang pengakuan bapa Saiful:

[Selangorku] SHAH ALAM, 9 MAC : Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.

"Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.

"Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan," kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk 'Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?' malam tadi.

Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.

"Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.

"Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah," ujar Dr Haron.

Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.


P/s: Moga-moga pengakuan ini mengubah persepsi sesetengah pemimpin PAS yang termakan hasutan dan fitnah yang dilemparkan sebelum ini.



Pasangan Gay Pertama Berkahwin di Taman Tema Disney Tokyo

Posted: 08 Mar 2013 11:00 PM PST



Dua wanita lesbian menjadi pasangan gay pertama berkahwin di Tokyo Disney Resort yang mengurus Tokyo Disneyland dan Tokyo Disney Sea. Kedua-dua pengantin memakai gaun berwarna putih walaupun pada awalnya seorang daripada mereka perlu memakai pakaian pengantin lelaki.

"Saya dan Hiroko memakai pakaian perkahwinan dan diarak di Disney Sea, tempat yang saya suka juga," Koyuki Higashi, 28, menulis di Twitter.Tambahnya,  "Saya benar-benar gembira!"

Majlis perkahwinan ini diadakan pada minggu lepas dan merupakan perkahwinan gay yang pertama diadakan di taman hiburan walaupun perkahwinan gay tidak mempunyai kedudukan undang-undang di Jepun.

"Kita tidak mempunyai undang-undang yang terpakai (mengiktiraf) untuk kami, tetapi apabila seseorang mengucapkan tahniah kepada kami , saya dengan bangganya akan mengucapkan 'terima kasih!" kata Higashi.

Mereka mula menjadi tajuk utama akhbar selepas pengurusan taman itu pada mulanya memberitahu mereka tidak akan ada masalah sekiranya mereka berpakaian "seperti seorang lelaki dan seorang wanita". Seseorang staf berkata perkahwinan sesama jantina akan mewujudkan "kesan" dalam kalangan pelawat jika kedua-dua pengantin memakai pakaian perkahwinan wanita atau kedua-dua pengantin memakai tuxedo.
 
Beberapa hari kemudian, pengurusan resort menghubungi pasangan tersebut untuk memberitahu bahawa mereka bebas untuk memakai pakaian perkahwinan pada hari perkahwinan.

Higashi mengirimkan gambar perkahwinan mereka di laman Twitter -DCM/AFP
 
 Koyuki called it a 'really great day' on her blog and shared these photos.
 
 
 

Budak 12 Tahun Curi RM50 000 Milik Ibunya

Posted: 08 Mar 2013 09:00 PM PST


[HM] Tindakan seorang ibu berkongsi kod laluan peti besi dengan anak lelakinya berusia 12 tahun membawa padah apabila wangnya berjumlah RM50,000 disimpan dalam peti berkenaan lesap dipercayai dicuri kanak-kanak berkenaan.

Kehilangan wang berkenaan disedari mangsa yang berusia 32 tahun apabila mendapati peti berkenaan kosong ketika membukanya di rumah mereka di Bukit Kuang jam 10.20 pagi, Rabu lalu.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai peniaga di pusat bandar ini mengesyaki anak lelakinya, murid tahun enam sebuah sekolah rendah terbabit dengan kehilangan wang berkenaan.

Sumber berkata, sebaik mendapati wang simpanannya lesap, mangsa segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

"Polis menahan kanak-kanak terbabit pada jam 11.45 malam, Rabu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap kanak-kanak itu, polis menahan dua lagi rakannya masing-masing berusia 13 dan 14 tahun dipercayai terbabit melakukan jenayah berkenaan.

"Dua remaja terbabit yang masih bersekolah dalam tingkatan satu dan dua ditahan di rumah keluarga masing-masing.

"Kanak-kanak terbabit mengaku mencuri wang berkenaan," katanya.

Sumber berkata, tiga pelajar terbabit direman di IPD Kemaman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kes berkenaan dan penahanan tiga pelajar berkenaan bagi membantu siasatan.



Pengarah Raba, Pukul, Ugut, Ajak Lakukan Seks Lebih 50 Kali, Siapa? Umurnya 38 Tahun!

Posted: 08 Mar 2013 06:23 PM PST

 
[HM] "Saya sudah tidak tahan. Baru setahun mengenali pengarah itu, dia sudah menunjukkan belangnya kerana lebih 50 kali mengajak saya melakukan hubungan seks.

"Kerana menolaknya, saya bukan saja dipukul dan ditampar malah diugut disebarkan fitnah kononnya menjalin hubungan dengan ramai artis lain," kata pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22.

Itu nasib menimpa seorang pelakon Cina yang baru setahun berjinak di dalam dunia lakonan, tetapi terjerat 'permainan' seorang pengarah lelaki berusia 38 tahun yang menjadikannya mangsa ugutan serta gangguan seksual.

Mendedahkan perkara itu, Carmen yang juga pelakon utama drama Kampung Simpang Burung berkata, dia mengenali pengarah itu pada April tahun lalu selepas diperkenalkan rakan.

"Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap baik sebelum menawarkan beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik sebagai pembantu peribadi kepada produksi miliknya," katanya.

Kata Carmen, selepas hubungan mereka bertambah erat terutama hal kerja, pengarah itu beranggapan dia teman wanitanya dan melakukan gangguan seksual apabila meraba anggota badannya.

"Kerana menolaknya, saya ditampar dan dipukul Julai tahun lalu. Saya berbuat demikian kerana saya tahu dia sudah beristeri," katanya.

Oleh kerana tidak tahan sikap miang pengarah terbabit, Carmen beberapa kali menyatakan hasrat berhenti kerja namun dihalang lelaki itu sejurus diminta melakonkan sebuah video korporat dan dibayar RM1,000.

"Saya sedih menjadi mangsa keadaan. Bukan saja diajak lakukan seks, diraba dan dipukul, malah sepanjang setahun bekerja, saya dibayar hanya RM2,000," katanya.
 
 
P/s: Siapa?
 
 
 

Elak Pocong, Kereta Masuk ke dalam Parit

Posted: 08 Mar 2013 05:13 PM PST



[SH] KUALA KURAU - Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru, di sini, semalam.

Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurutnya, keadaan ketika itu masih gelap dan ketika melalui laluan itu, dia terlihat objek aneh berwarna putih berada di atas jalan.

"Saya cuba mengenal pasti objek tersebut dan terkejut mendapati ia seakan-akan hantu pocong yang muncul tiba-tiba di atas jalan.

"Akibatnya, saya tidak dapat mengawal kenderaan dan terus menjunam ke dalam parit yang terletak di tepi jalan berkenaan," katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.

Janariah berkata, walaupun keretanya hampir tenggelam di dalam parit, dia tidak keluar dari kenderaan berkenaan akibat berasa takut mengenangkan objek mistik putih yang dilihatnya.

Jelasnya, bagaimanapun, dia sempat menelefon adiknya untuk meminta bantuan dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

Sahabat karib mangsa yang hanya dikenali Hayuzzi berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah pasar awam di Tanjung Piandang untuk membeli barangan perniagaan.

Katanya, dia terkejut melihat kelibat manusia dan cahaya lampu dari dalam parit.

"Setibanya di lokasi kejadian, saya sekali lagi terkejut apabila mengetahui kelibat itu adalah rakan karib saya yang tinggal berhampiran rumah.

"Keadaan mangsa pada waktu itu seperti terpinga-pinga dan tidak mampu bercakap," katanya.

Hayuzzi berkata, setelah pulang ke rumah barulah Janariah menceritakan punca kemalangan berlaku kepada orang kampung.

"Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku di laluan itu melibatkan kenderaan terhumban setelah terlihat sebuah objek aneh dalam tempoh dua tahun," katanya.
 
 

Peguam Anwar: Pendedahan Bapa Saiful Bukti Konspirasi Politik

Posted: 08 Mar 2013 03:28 PM PST



[SH] SHAH ALAM – Pendedahan bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim semalam, yang mendakwa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukti wujud konspirasi politik menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Saiful membalas pendedahan bapanya lewat petang semalam, kira-kira tujuh selepas sidang media Azlan.

Salah seorang peguam pasukan Anwar, R Sivarasa berkata, pendedahan yang dibuat Azlan juga sangat penting dan membuktikan apa yang pihaknya cuba memberitahu bahawa ini satu kes yang direka cipta dari peringkat awal sampai sekarang.

"Pendedahan ini adalah penting kerana sebagai ayah, beliau sepatutnya tahu apa yang berlaku terhadap anaknya.

"Mungkin mengambil tindakan itu selepas sudah tidak tahan menanggung perkara yang beliau ketahui dan mengambil langkah untuk memberitahu dunia perkara sebenaranya iaitu anaknya dipergunakan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful pada 9 Januari 2012. Rayuan akan didengar Julai ini.

Sivarasa menambah, pendedahan itu yang turut mengaitkan penglibatan pegawai khas pemimpin kanan negara juga menimbulkan persoalan yang besar bagaimana penglibatan pegawai khas itu boleh berlaku.

Kata Sivarasa, ayah Saiful tidak dipanggil sebagai saksi dalam kes tersebut.

Mengulas kesan ke atas kes rayuan, beliau berkata, pendedahan semalam tidak akan memberi impak ke atas proses rayuan dari segi undang-undang, sebaliknya hanya dari segi politik dan moral.

"Tetapi apa yang diperkatakan itu lebih penting daripada perbahasan awam, bukan yang berlaku dalam mahkamah.

"Bagaimanapun, ramai akan mempersoalkan tindakan Peguam Negara untuk meneruskan proses rayuan khususnya selepas pendedahan ini," jelasnya.

Mengulas mengenai tindakan lanjut yang akan diambil oleh pihak peguan Anwar, Sivarasa berkata, ketika ini pihaknya masih belum merancang sebarang tindakan khusus berhubung perkara ini.

Namun, katanya, peguam Anwar akan mengkaji pendedahan ini secara lebih mendalam minggu depan.

"Peguam Anwar akan menasihatkan beliau apa yang tindakan selanjutnya.

"Saya berharap Peguam Negara juga akan berbuat demikian. Adalah wajar rayuan ditarik balik walaupun bapa Saiful bukan saksi.

"Bagi saya pendedahan ini cukup mustahak dan membuktikan kezaliman yang besar berlaku kepada Anwar dan seluruh ahli keluarganya dan harap diperbetulkan pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang," jelasnya lagi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/babi3.jpg

Tiada ulasan: