Ahad, 31 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kantoi Khalwat, Dua-dua Juruteknik, Bagi Alasan Tidur Rumah Kekasih Kerana Tunggu Duit Mak dari Kampung, Lawak!!!

Posted: 31 Mar 2013 05:30 AM PDT


[SH] Ledang - Seorang penjawat awam merayu supaya tidak dikenakan tindakan penguatkuasaan selepas dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah rumah di Tangkak, di sini, awal pagi semalam.

Wanita terbabit bertindak sedemikian kepada anggota dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) kerana bimbang ketua jabatannya mengetahui kejadian berkenaan.

"Tolong encik jangan ambil tindakan, teruk saya jika ketua tahu kejadian ini," katanya.

Dalam serbuan itu, wanita terbabit bersama pasangannya berusia masing-masing 30 dan 33 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.10 pagi ketika berdua-dua dalam bilik di rumah rumah terbabit.

Juruteknik yang berasal dari Batu Pahat itu mendakwa teman lelakinya hanya datang singgah sebentar ke biliknya sebelum pulang ke kampung halaman.

Menurutnya, teman lelakinya itu menunggu ibunya memasukkan wang ke dalam akuan bank bagi tujuan pulang ke kampung di Batu Pahat.

Manakala, pasangannya yang juga bekerja sebagai juruteknik sebuah kilang elektronik di Kuala Lumpur mengakui tiba di Tangkak, kelmarin, namun terpaksa tinggal sementara di rumah terbabit kerana tidak memiliki wang mencukupi untuk pulang ke kampung.

Bagaimanapun, Sinar Harian diberitahu wanita terbabit yang baru menyewa bilik itu hampir sebulan lalu dilihat kerap membawa teman lelakinya datang ke bilik terbabit pada waktu malam.

Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, sepasukan anggota PPADL memeriksa bilik di rumah berkenaan berdasarkan aduan awam.

Katanya, wanita terbabit yang dipercayai penyewa rumah berkenaan membuka pintu selepas anggota dan pegawai penguatkuasaan mengetuk pintu dan memberi salam.

"Penguatkuasa hanya menunggu kira-kira lima minit sebelum wanita itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

"Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersama pasangannya juga memakai baju-T dengan berseluar pendek bersembunyi di belakang pintu," katanya.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

"Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.



P/s: Lawak!!!!



[PANAS] Anwar Ibrahim MELIWAT Lagi, Kali Ini di...

Posted: 31 Mar 2013 03:51 AM PDT



.....di penjara!


Kah kah kah!


[UtusanMalaysia] KUALA LUMPUR 30 Mac - Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay berjanji akan mendedahkan identiti pemuda yang disyaki turut menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pembangkang.

Beliau berkata, pemuda berkenaan sepatutnya menjadi saksi kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Pemuda berusia 20-an itu pernah berada dalam satu penjara dengan pemimpin pembangkang tersebut di Penjara Sungai Buloh.

"Pemuda itu mengaku kepada saya, dia serik dan tidak mahu berjumpa dengan pemimpin itu lagi.

"Dia kelihatan gelisah ketika berbual mengenai pemimpin itu. Dia kata, dia sudah tidak larat untuk bercakap mengenainya," dakwa Yuktes.

Beliau membuat pendedahan tersebut kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sikap ditunjukkan oleh pemuda itu kata Yuktes, menyebabkannya mengesyaki pemuda tersebut mungkin menjadi mangsa liwat seperti apa yang dialami Mohd. Saiful Bukhari.

Kata Yuktes, beliau akan membuat pendedahan tersebut sekiranya pemimpin pembangkang terbabit terus berbohong kepada rakyat.

"Saya mengenali dan mengetahui identiti pemuda itu kerana dia merupakan salah seorang saksi," ujarnya.



P/s: Cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat!




Tiada ulasan: