DUNIACACAMARBA |
Lim Kit Siang Mungkin Bertanding Atas Tiket PAS, Mengapa? Posted: 23 Mar 2013 01:22 AM PDT [MK] Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu. Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada. "(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR. "Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya. Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi. ROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman (kanan) dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa. Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya. |
[PANAS] Wan Azri Tidak Mengaku Dirinya PopeGomo, Utusan Kata Sebaliknya Posted: 22 Mar 2013 09:35 PM PDT TM malaslah nak ulas panjang tindak tanduk blogger kaki fitnah tegar mesra UMNO ini yang kononnya berani berhadapan dengan tindakan saman tetapi akhirnya bersikap pengecut. Dalam laporan di atas, individu yang dikaitkan dengan blog Papagomo, Wan Muhd Azri menafikan dirinya pemilik blog tersebut. Dia juga menafikan dirinya pengundi hantu dan mendakwa dirinya tidak pernah mengundi sebelum ini walaupun hasil semakan menunjukkan dirinya didaftarkan sebagai pengundi di dua lokasi. Walaupun cuba menafikan identiti dirinya, namun akhbar UMNO Utusan Malaysia mendedahkan identiti Popegomo. Gambar siapa yang digunakan oleh Utusan untuk menunjukkan identiti Papagomo? Malah, khabarnya sudah ada pihak yang mahu tampil untuk mendedahkan identiti Papagomo dalam beberapa kes saman yang melibatkan kaki fitnah ini. Baru-baru ini juga tersebar video yang dipercayai membabitkan kaki fitnah itu merampas anaknya daripada bekas isteri. Tidak mustahil, bekas isterinya juga akan tampil mendedahkan identiti sebenar kaki fitnah ini. P/s: Kaki fitnah, potong anu dan bagi itik makan. Kamu mencabar orang menyaman kamu, tetapi akhirnya kamu menikus! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan