DUNIACACAMARBA |
- Peguam Kanan Didakwa Draf SD 2 Bala Atas Arahan....
- Anwar nafi Gambar/Video Konspirasi Gay
- Derita Penyakit Misteri Selepas Bunuh 3 Ekor Ular Hitam
- [Video] Najib Umum 7 Dosa Besar PR, Tetapi Allah Bayar Cash kepada Siapa???
- Artis Remaja Dakwa Ditipu dan...
- [Gambar PANAS] Video Fitnah Aksi Gay Anwar Ibrahim Akan Tersebar, Mereka Mulakan dengan...
Peguam Kanan Didakwa Draf SD 2 Bala Atas Arahan.... Posted: 16 Mar 2013 07:30 AM PDT 'Cecil Abraham Ada Tangan dalam SD2' [MK] Peguam Americk Singh Sidhu mendakwa, peguam Cecil Abraham memberitahunya bahawa beliau menyediakan akuan bersumpah kedua (SD) untuk bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atas arahan perdana menteri. Americk, bekas peguam kepada mendiang Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala dikatakan mendedahkan perkara ini semasa mesyuarat agung tahunan Bar Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. Peguam Sivarasa Rasiah melaporkan perkembangan itu melalui pesanan tweet semasa AGM, yang sedang berlangung ketika laporan ini ditulis. Cecil Abraham Draf Pengakuan Bersumpah Kedua 'PI Bala', Kata Americk [TMI] KUALA LUMPUR, 16 Mac — Peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham yang mendrafkan pengakuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P. Balasubramaniam melibatkan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, kata peguam Americk Singh Sidhu. Americk yang merupakan peguam Balasubramaniam, juga menambah usul SD kedua Balasubramaniam pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam ke-67 hari ini telah digugurkan, memandangkan pencadang berpuas hati dengan langkah diambil Majlis Peguam untuk menangani isu tersebut. "Tan Sri Cecil Abraham mengakui kepada saya bahawa telah mendrafkan pengakuan bersumpah kedua," kata Americk kepada wartawan yang ditemui selepas AGM Majlis Peguam hari ini. "Saya tidak berminat untuk buat aduan dengan lembaga disiplin peguambela dan peguamcara. Itu bukan agenda saya. Agenda saya ialah mencari siapa yang mengarahkan beliau melakukannya," tambah Americk. Balasubramaniam ataupun dikenali "PI Bala" menuduh beberapa personaliti pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dalam pembunuhan Altantunya dalam SD pertamanya pada tahun 2008, dua tahun selepas pembunuhan kejam.Walaubagaimanapun beliau menarik balik SD tersebut keesokkan harinya dan menandatangani SD baru serta menafikan penglibatan personaliti tersebut. Balasubramaniam telah meninggal dunia semalam akibat serangan jantung, beberapa minggu selepas pulang daripada persembunyian. Dua bekas anggota unit tindakan khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri telah dijatuhi hukuman kerana membunuh Altantunya dan menghadapi hukuman mati. Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan mereka pada Jun ini. Americk berkata kedua-dua Sirul dan Azilah bertindak mengikut arahan memandangkan "tiada sebab untuk mereka membunuh seseorang yang mereka tidak kenali." "Lihat pada kenyataan 112 Sirul. Dia berkata secara langsung telah ditawarkan antara RM50,000 ke RM100,000 untuk membunuh wanita tersebut," kata peguam itu. Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang didakwa bersubahat dengan mereka telah dibebaskan pada tahun 2008. Presiden Majlis Peguam Christopher Leong hari ini berkata Majlis Peguam akan membuat aduan keatas salah laku peguam senior Tan Sri Cecil Abraham kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara (ASDB) minggu depan. Leong, 50, juga berkata Majlis Peguam akan meminta Americk dan usahawan karpet Deepak Jaikishan menyerahkan kenyataan rasmi dengan segera. Deepak telah mengakui membantu mendiang Balasubramaniam menarik balik SD pertamanya termasuk mencari dua peguam untuk mendrafkan kenyataan baru. Berkaitan: Majlis Peguam Akan Fail Aduan Terhadap Peguam Kanan [MK] Majlis Peguam memutuskan untuk membuat laporan dengan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara ekoran dakwaan berlaku salah laku profesional melibatkan peguam kanan Cecil Abraham. Pengerusi majlis itu yang baru dipilih Christopher Leong (kiri) berkata, Bar juga akan mendesak pendakwaan dibuat, terutamanya oleh peguam negara, untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan dua anggota polis. "Perkara ini diputuskan oleh mesyuarat majlis hari ini sejurus selepas perhimpunan agung tahunan (AGM) dan kami akan membuat laporan segera pada DB (lembaga disiplin)," kata Leong. "Kami juga akan mengumpulkan kenyataan daripada (peguam) Americk Sidhu dan peniaga karpet Deepak Jaikishan. Terdapat beberapa bukti baru yang membawa kepada kes ini sejak akhir tahun lalu, dan kini. "Jadi kami akan membuat laporan kepada DB minggu depan dan mendesak AG untuk membuka kembali fail. Seperti yang kamu tahu, diada motif jelas dalam pembunuhan ini." Majlis Peguam Akan Rujuk Cecil Abraham ke Lembaga Disiplin [TMI] KUALA LUMPUR, 16 Mac — Majlis Peguam akan mengemukakan aduan keatas salah laku peguam senior Tan Sri Cecil Abraham kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara (ASDB) minggu depan, kata presiden barunya Christopher Leong hari ini. Peguam Americk Singh Sidhu pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam ke-67 hari ini mendedahkan kepada ahli dan wartawan bahawa beliau diberitahu Abraham telah bertanggungjawab mendrafkan pengakuan bersumpah kedua (SD) penyiasat persendirian P. Balasubramaniam pada 2006 melibatkan kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu. "Kami (juga) menggesa Pejabat Peguam Negara membuka semula siasatan kes Altantuya," kata Leong dalam satu sidang media selepas mesyuarat tersebut disini. "Terdapat salah laku profesional (oleh Abraham) dan lembaga disiplin perlu menyiasat perkara tersebut serta mereka yang akan putuskan," tambah beliau. Leong, 50, juga berkata Majlis Peguam akan meminta Americk dan usahawan karpet Deepak Jaikishan menyerahkan kenyataan rasmi dengan segera. Deepak telah mengakui membantu mendiang Balasubramaniam menarik balik SD pertamanya termasuk mencari dua peguam untuk mendrafkan kenyataan baru. Pihak ASDB merupakan salah satu badan bebas dalam Majlis Peguam, mengikut perundangan ditugaskan untuk menyiasat salah laku profesional. Balasubramaniam atau dikenali sebagai "PI Bala" telah menuduh beberapa personaliti dalam kerajaan yang terlibat dalam kematian Altantunya menerusi SD pertamanya pada 2008, dua tahun selepas pembunuhan kejam wanita berusia 28 tahun. Walaubagaimanapun beliau menarik balik SD tersebut keesokkan harinya dan menandatangani SD baru serta menafikan penglibatan personaliti tersebut. Balasubramaniam telah meninggal dunia semalam akibat serangan jantung, beberapa minggu selepas pulang daripada persembunyian. Dua bekas anggota unit tindakan khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri telah dijatuhi hukuman kerana membunuh Altantunya dan menghadapi hukuman mati. Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan mereka pada Jun ini. Leong berkata tiada tarikh yang ditetapkan untuk ASDB untuk melengkapkan siasatan keatas Abraham. "Majlis Peguam mahu melihat proses berjalan dengan cepat dan pada masa sama proses itu menyeluruh," kata peguam tersebut. Beliau menambah Pejabat Peguam Negara akan melihat semula kes Altantunya berdasarkan bukti daripada pendedahan Americk hari ini, selain penglibatan Deepak dalam kes tersebut. "Banyak yang memperkatakan tentang kekurangan motif yang jelas keatas dua anggota polis tersebut untuk melakukan jenayah. Itu masih persoalan yang belum terjawab," kata Leong. Beliau menambah ASDB dipengerusikan oleh hakim bersara Mahkamah Rayuan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan terdiri daripada 15 ahli lain. Majlis Peguam merupakan sebuah badan perundangan dibawah tataterbib profesional yang terdiri daripada 14, 900 pengamal perundangan diseluruh negara. Steven Thiru dan Richard Wee telah dipilih sebagai naib presiden Majlis Peguam dan setiausaha secara serentak hari ini, manakala Karen Cheah dilantik sebagai bendahari. | ||
Anwar nafi Gambar/Video Konspirasi Gay Posted: 16 Mar 2013 06:11 AM PDT [TMI] KUALA LUMPUR, 16 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini. Dalam artikel yang bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" tersebut, beberapa blogger pro-Umno mendakwa gambar tersebut adalah Anwar dan menuduh pemimpin utama PKR tersebut berdampingan dengan lelaki gay. "Saya menafikan sama sekali tuduhan itu," kata Anwar menafikan selepas ditemui wartawan hari ini dalam satu program anjuran Anwar Ibrahim Club di Hotel One Utama. Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang keatas pihak terbabit menyebarkannya. "Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya. "Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan," tambah Anwar yang mengecam keras tindakan tidak bertanggungjawab oleh blogger Umno tersebut. Anwar disamping itu juga tidak menolak kemungkinan selepas ini pemimpin Umno dan medianya akan mengeluarkan video beliau mengadakan hubungan sejenis ekoran pendedahan gambar pada Khamis lalu. "Selepas ini confirm keluar video pula," sindir Anwar. Beberapa kepingan gambar tersebut masih lagi berada dalam laman www.rajagoyang360.blogspot.com dan masih boleh lagi boleh dibaca ketika ini. Gambar-gambar yang dipamerkan tersebut diambil daripada dua sudut berbeza kamera dan menunjukkan dua lelaki dalam keadaan intim termasuk gambar bogel seorang individu yang diambil daripada bahagian belakangnya. Gambar pertama menunjukkan seorang lelaki dengan berpakaian kemas, berkemeja, berseluar hitam dan memakai kasut memasuki bilik. Tajuk berjudul "Ketibaan Sang Hero..... RAJA GOYANG", memaparkan seorang lelaki sedang duduk dengan pakaian t-shirt cerah, berseluar pendek dan berselipar sedang menunggu di katil. Dalam gambar seterusnya bertajuk "Hi!!! Sayang kat ABANG" pula memaparkan pasangan lelaki tersebut berkucupan; gambar bertajuk "Pelukan MESRA dua KEKASIH INTIM; errmmmmm..... RAJA GOYANG sedang GONCANG; KUCUPAN INTIM asmaradana dua KEKASIH" pula memaparkan pasangan lelaki tersebut berpelukan mesra dan gambar terakhir menunjukkan lelaki yang sudah berpakaian penuh sedang berjalan menuju ke katil. Video yang didedahkan hari ini merupakan yang kedua dituduh keatas Anwar selepas pada 21 Mac 2011 trio "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada wakil media di hotel Carcosa Seri Negara. Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011. Dalam pada itu, laman portal rasmi PAS iaitu Harakah Daily yang melaporkan tentang pendedahan video seks tersebut awal hari ini telah membuang berita tersebut dikhuatiri atas desakan oleh pihak atasan seperti yang dituduh oleh pihak blogger Umno. | ||
Derita Penyakit Misteri Selepas Bunuh 3 Ekor Ular Hitam Posted: 16 Mar 2013 02:30 AM PDT [UM] BOGOR, Jawa Barat - Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam. Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan. Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi 'Kobra'. Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya. Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular. Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati. Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar. ''Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan," kata temannya. Adi menjawab, "Ahh... saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin. Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan. Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi. Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah. Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. - AGENSI | ||
[Video] Najib Umum 7 Dosa Besar PR, Tetapi Allah Bayar Cash kepada Siapa??? Posted: 16 Mar 2013 12:17 AM PDT Majlis "Bekwoh" Rakyat Bersama-sama dengan Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah Kelantan dilanda ribut. Berita tentang majlis Najib ini boleh dibaca di sini. Sudah tentulah kejadian ribut yang melanda majlis ini tidak diberitakan oleh media. Video kejadian boleh ditonton dibawah ini:
Menurut blog IH, angin kuat tiba-tiba melanda tapak majlis sejurus Najib selesai menyampaikan ucapan, disusuli iringan lagu-lagu memuja Barisan Nasional (BN). Siapa yang buat dosa besar? | ||
Artis Remaja Dakwa Ditipu dan... Posted: 15 Mar 2013 08:18 PM PDT [HM] "Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. "Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya," kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya. Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman berkata, kejadian di hotel itu berlaku kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu, dua hari selepas dia membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit kerana didakwa menipu. Pelakon itu yang memegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan filem Ratu, berkata sebelum itu dia hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,00. "Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, untuk membeli kereta idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai, tetapi kereta yang dijanjikan masih belum diterima. | ||
[Gambar PANAS] Video Fitnah Aksi Gay Anwar Ibrahim Akan Tersebar, Mereka Mulakan dengan... Posted: 15 Mar 2013 04:55 PM PDT BOM PRU 13! Gambar-gambar di atas mula tersebar dalam blog pro-Parti Syaitan yang Dikenali sejak malam tadi. Gambar-gambar yang kelihatan seperti dipetik dari video ini bersumberkan blog Aksi Raja Goyang. Blog yang baru dibina ini hanya mempunyai satu kiriman seperti yang dipaparkan di atas. Seperti telahan banyak pihak, blog hantu digunakan oleh penyokong Parti Syaitan yang Dikenali untuk mengelakkan implikasi undang-undang dikenakan terhadap mereka. Hal ini samalah seperti taktik penyebaran video pelakon porno mirip Anwar dengan gadis Cina yang menggunakan sebuah akaun Youtube hantu tidak lama dahulu. Apa persamaan video China Doll, Made in Thailand, dengan video aksi homoseksual terbaharu ini? Gambar blur dan video versi hitam putih merupakan dua persamaan yang jelas bagi ketiga-tiga video tersebut. Seolah-olah tiada perakam video yang dapat merakam aksi tersebut dengan lebih lebih, walhal hari ini sudah ada perakam 3D dan HD. Mengapa mereka membikin video dengan gambar yang kabur atau hitam putih? Tidak lain dan tidak bukan supaya orang ramai tidak dapat mengesan identiti sebenar pelakon atau kelemahan video tersebut. Paparan gambar sudah disebarkan, nantikan pula kemunculan videonya. Nantikan juga media UMNO memanipulasi isu video ini untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah Anwar. Jangan pelik jika berita tentang video ini akan ke udara sehingga tamat PRU13. Siapa yang akan dapat untung? -DCM P/s: Tidak cukup mengaibkan Anwar dengan video main depan, kini mereka membikin video main belakang. Depan, belakang. TM yakin rakyat Malaysia dapat menilai hal ini secara waras. TM yakin mereka dapat membuat pertimbangan yang betul berdasarkan fitnah-fitnah yang pernah dilontarkan sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan