Nuffnang

Pengikut

DUNIACACAMARBA

sumber :-

DUNIACACAMARBA


Tian Chua Saman, Identiti Pentadbir Blog Pencacai Terdedah

Posted: 12 Mar 2013 05:30 AM PDT



[KD] KUALA LUMPUR 12 MAC: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah diulangi di mana-mana portal.

Naib Presiden KEADILAN itu menyatakan demikian dalam kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah.

Hari ini saya telah menghantar satu lagi surat tuntutan melalui peguam saya kepada Zaini bin Haris (IC: 811104-01-6015) pengurus portalMyMassa.

Portal MyMassa merupakan punca berita palsu yang menyatakan kononnya saya menghina Pasukan Keselamatan dengan kata-kata "KOMANDO MATI KATAK".

Selain daripada itu, saya juga telah hantar surat tuntutan kepada Mohamad Salim bin Iskandar (IC: 730709-08-5123) yang mengurus portal Parpukari.

Namun, sejak semalam berita yang merujuk kepada berita fitnah tersebut telah diturunkan. Dengan ini, saya secara rasminya menarik balik surat tuntutan saya terhadap Parpukari.

Di samping surat tuntutan, peguam saya telah mengirim surat amaran kepada semua pengendali portal yang menyiarkan berita fitnah yang sama. Mereka ini termasuk: Gelombang Wangsa Maju, Apple Biru, Malaysia Delima, Kelateloni,Pistol Nakal, Aloqlaloq, Talk with Hand, Flying Kick, dan lain-lain lagi.

Mulai sekarang, saya tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah tersebut diulangi di mana-mana portal.


Baca kenyataan Tian Chua di sini.


Kemas Kini:

Dalam pada itu, Selangorku  melaporkan bahawa Tian Chua menarik balik tuntutan terhadap Parpukari selepas blog tersebut menarik semula artikel yang memfitnahnya:

"Namun sejak semalam berita yang merujuk kepada berita fitnah tersebut telah diturunkan. Dengan ini, saya secara rasminya menarik balik surat tuntutan saya terhadap Parpukari.



Utusan Malaysia Kena Saman Lagi Hari Ini

Posted: 12 Mar 2013 05:00 AM PDT


[KD] Ketua Penyelarasnya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah bertindak menuntut gantirugi berbentuk pampasan dari Utusan Malaysia hari ini dengan jumlah RM5 juta di atas fitnah yang telah dilemparkan.

Notis tuntutan telah dikeluarkan oleh kumpulan peguam Sazali & Lim, dihantar ke pejabat Utusan di Cheras pada jam 3 petang tadi. Notis tersebut juga telah diakui terima oleh wakil ketua pengarang.

Ketika notis ini dihantar, saudara Md Sani Md Shah dan juga saudara Yaser Sheikh Abdul Rahman tidak dibenarkan masuk ke pejabat utusan dan hanya berlegar di luar. Setelah beberapa kali berbincang dengan pengurusan, akhirnya wakil utusan yang juga dikatakan setiausaha kepada Ketua Pengarang setuju untuk cop dan tandatangan akuan terima.

Utusan Malaysia sebelum ini telah menyiarkan sebuah rencana bertarikh 14.01.2013 di atas tajuk "Medan Perah Duit Rakyat". Rencana tersebut disiarkan di dalam portal Utusan Online yang boleh diakses di alamat berikut;


Kandungan rencana tersebut khususnya di perenggan ke 13 telah menyebut;

"Apa yang menimbulkan persoalan ialah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang Himpunan Shamsidar ialah RM30,000."

Petikan dari rencana seperti di atas bukan sahaja tidak benar, merupakan manipulasi dan putar belit serta terjumlah kepada fitnah jahat kepada Chegubard dan juga SAMM.

Justeru, antara yang gantirugi dan pampasan yang dituntut kepada utusan adalah seperti berikut;

1. Membayar gantirugi dan pampasan sejumlah RM 5,000,000 (Ringgit Malaysia: Lima Juta) sahaja.
2. Permohonan maaf tanpa 'reservation' daripada pihak Utusan dan permohonan maaf ini hendaklah disiar secara bertulis dalam akhbar Utusan Malaysia versi cetak dan juga Utusan Online muka hadapan tiga hari berturut-turut
3. Utusan adalah dilarang dari menulis dan/atau menyiarkan tulisan yang sama yang berbentuk fitnah kepada Chegubard dan SAMM.
4. Rencana tersebut hendaklah ditarik balik dari portal tersebut.

Notis juga menyebut dua penama iaitu Ketua Pengarang Utusan sebagai penama pertama dan juga Mohd Asron Mustapha yang juga penulis rencana sebagai penama kedua.

Azrizal Tahir
Pengarah Kewangan SAMM


Berkaitan:





Seorang Tentera Terkorban di Lahad Datu Hari Ini

Posted: 12 Mar 2013 03:31 AM PDT



[Mstar] LAHAD DATU: Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.

Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa.

Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.

Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.


P/s: . Al-fatihah untuk Allahyarham Prebet Mohd Hurairah. 

Yang berikut ialah senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:

1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69

1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69

2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.

2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.



ABIM Saman Utusan Malaysia

Posted: 11 Mar 2013 08:50 PM PDT



[HD] KUALA LUMPUR: Selepas pemimpin parti-parti politik, kini giliran NGO iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Saman ini dibuat berdasarkan kepada artikel bertajuk "PAS BENARKAN TARIAN LUCAH, ABIM HINA ISTERI RASULULLAH?" yang dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia pada 8 Februari 2013 yang lalu.

"Abim menilai penyataan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan berniat jahat serta ingin menjatuhkan kredibiliti Abim selaku pertubuhan Islam utama di negara ini," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim.

Sehubungan itu, Abim telah memanggil satu sidang media esok, 13 Mac bagi menjelaskan tindakan ini.

Ia akan diadakan di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
 
 
 

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT