Ahad, 10 Mac 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Kenaikan Elaun Rumah dan Cola Kakitangan Awam Diumumkan Hari Ini???

Posted: 10 Mar 2013 05:21 PM PDT



[SH] SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja sektor awam meletakkan harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 'berita baik' menjelang tengah hari ini - antara dua hingga lima perkara penting termasuk elaun perumahan dan isu gaji maksimum.

Beberapa pemimpin Cuepacs yang dihubungi yakin akan ada dua pengumuman penting berkenaan dengan elaun perumahan bulanan 1.4 juta kakitangan dan gaji maksimum yang menyentuh kepentingan sekitar 20,000 penjawat awam.

"Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara," kata pemimpin kanan Cuepacs.

Bagaimanapun kata pemimpin, "saya tidak melihat akan ada pengumuman mengenai kenaikan gaji, sebab kenaikan gaji dibuat tahun lalu."

Oleh itu katanya, "berita baik lebih kepada soal kajian semula elaun sepertu elaun perumahan dan elaun sara hidup (Cola)."

Seorang lagi pemimpin kanan Cuepacs yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, kajian semula kaedah gaji maksimum dilihat antara perkara penting diumumkan oleh perdana menteri.

"Perkara ini menjadi penantian ramai khususnya sekitar 20,000 kakitangan awam... kemungkinan pelaksanaan dikuatkuasakan mulai 1 Januari.

"Walaupun kesan pelaksanaan melibatkan 20,000 orang pada masa sekarang, tetapi dalam jangka panjang ia akan melibatka kepentingan keseluruhan kakitangan awam," katanya.

Pemimpin itu juga tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan hasil kajian awal Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

Suruhanjaya itu yang dibentuk Mac 2012 dan bergerak sejak Jun lalu diberi masa enam bulan untuk membuat kajian.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.

Ia dibentuk susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Pada 1 Mac lalu, Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji.

Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara itu merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.

Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada hari ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

"Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu.

"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.

Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.

Pemimpin-pemimpin Cuepacs juga menjangkakan pengumuman menarik mengambil kira pemberian insentif kepada kakitangan Kastam Diraja Malaysia, yang diumumkan akhir Januari lalu.

Warga agensi itu akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding 2011.

"Keseluruhan nampak ada kelainan kali ini. Jadi, kakitangan agensi lain juga mengharapkan sesuatu... kajian semula elaun ini antara yang penting," katanya. Cuepacs memohon agar kerajaan menyeragamkan kadar Cola tidak kira zon. Begitu juga elaun perumahan yang dilihat rendah mengambil kira kos hidup dan kadar sewa rumah yang semakin meningkat.

[PANAS] Bala Dimasukkan ke Hospital, Angkara Sihir atau Sakit Jantung Biasa?

Posted: 10 Mar 2013 06:24 AM PDT


[KD] KUALA LUMPUR 10 Mac: Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang sebelum ini mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibu, dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.

Perkara itu dinyatakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin kepada Keadilan Daily.

Menurut Badrul, Bala dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada 5 Mac lalu, sehari sebelum dijadual berucap di ceramah 'Siapa Arah Bunuh Altantuya' di Parit Sulong, Johor.
Katanya, ketika program di Bachok Kelantan, Bala mengadu sakit dada dan disangka mengalami masalah gastrik serta hanya diberi ubat tahan sakit.

"Sehari sebelum ke Johor, doktor sahkan ada serangan jantung kecil. Bala dimasukkan ke CCU (Conorary Care Unit) selama empat hari dan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN)," katanya menambah Bala akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan kini ditempatkan di wad biasa SJMC.


Menurut CheguBard, Bala akan menggantikan semula ceramah yang gagal dihadirinya di Parit Sulong, Johor dan Tuaran, Sabah sebaik keluar hospital.

"Dia nampak bersemangat. Kata Bala, dia balik ke Malaysia untuk membantu rakyat berdepan pilihan raya umum ke-13 dan BN perlu dijatuhkan. Bala berjanji, selepas rawatan dan berehat dia akan menjelajah ke seluruh negara," kata beliau.

Sementara itu, katanya, terdapat dakwaan mengatakan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.

"Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Bala) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakkal kepada Maha Pencipta," kata Badrul.

Bala sebelum ini berkhidmat dengan Abdul Razak Baginda, rakan rapat kepada perdana menteri yang menerima komisen pembelian kapal Selam Scorpene bernilai RM500 juta.

Pada Julai 2008, beliau mendedahkan akuan bersumpah (SD) mengaitkan perdana menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dikatakan menjadi orang tengah dalam transaksi berkenaan.

Dalam SD tersebut, Bala juga mendakwa Najib Razak pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya, sebelum menarik balik dakwaannya dalam akuan bersumpah kedua.

Selepas itu, beliau menghilangkan diri ke luar negara dan pulang semula ke Malaysia pada 24 Februari lepas.




Adakah Pencacai UMNO Ini TERDESAK SANGAT?

Posted: 09 Mar 2013 05:00 PM PST

Mula-mula saya terbaca status Twitter yang didakwa milik Ahli Parlimen Kulim yang tersebar di FB. Cuba baca status Twitter bekas ahli PKR yang kini menjadi pencacai tegar UMNO di bawah ini:


Adakah tulisan itu menggambarkan moral sebenar pencacai yang kini menobatkan dirinya pejuang Islam dan Melayu tegar? Adakah status itu menggambarkan akhlak seorang wakil rakyat? Amat memalukan!

Adakah pencacai ini terdesak sangat kerana bimbang diri tidak dicalonkan oleh UMNO dalam PRU 13 nanti?

Kemudian saya terbaca berita pencacai ini memohon ampun daripada Tun Mahathir dalam majlis anjuran Perkasa di Kelantan. Pencacai ini sanggup menelan air ludahnya sendiri apabila secara terbuka memohon ampun daripada Tun Mahathir atas sikapnya terhadap mantan PM itu sebelum ini.

Apakah pencacai ini benar-benar ikhlas atau sekadar mengambil hati Tun Mahathir yang dikatakan mempunyai pengaruh dalam pemilihan calon BN dalam PRU 13 nanti? Hanya Allah SWT yang mengetahuinya.

Beritanya di bawah ini:

Jelas dan nyata sekolah dijadikan tempat untuk Perkasa mengadakan program politik!

Selain meminta ampun daripada Tun Mahathir, pencacai ini turut memuji Tun Mahathir dengan mengatakan bahawa tindakan bekas PM itu memecat DS Anwar merupakan jasa terbesarnya kepada negara.

Fuh!

Bayangkan kalau pencacai ini tidak terpilih menjadi calon BN. Silap-silap yob ini terjun lombong! Jika pencacai ini bertanding di Kulim, lawannya ialah Datuk Saifuddin Nasution. Lawan tetap lawan!





Tiada ulasan: