Isnin, 11 Mac 2013

dollah yankee

dollah yankee


Nak tanya, 7 hari atau 7 bulan??!

Posted: 10 Mar 2013 11:08 PM PDT




UMNO beri amaran keras kepada Tian Chua ; Minta maaf dalam tujuh hari Posted: by editor

1
KUALA LUMPUR, MAC 5: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang perlu berhenti membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap parti itu dan membuat permohonan maaf atas tuduhan yang mengaitkannya dengan isu Lahad Datu, Sabah.
 
"Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengarahkan saya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang telah mengaitkan Umno terhadap insiden di Lahad Datu.

Tindakan undang-undang telah diambil melalui penasihat undang-undang Umno terhadap Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya dalam KeadilanDaily.com.
 
"Notis telah dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula hari ini, 4 Mac 2013 untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno, membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap Umno," katanya.

 
"Oleh itu, Umno akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap Chua Tian Chang tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuklah untuk memfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini," katanya lagi.
 
dollah yankee -
Amaran 4 hb. Hari ini dah 11 hb ..

Tiada ulasan: