dollah yankee |
Posted: 01 Mar 2013 06:29 AM PST 1. Dulu PAS yang akan gantung bendera lebih awal sebelum piliharaya, sekarang? dah jadi lain pulak. Parti yang sebelah sana yang gantung awal lagi, tengah-tengah malam pula tu… 2. Dulu tak pernah kita tengok kalau sapa-sapa nak pi kempen, Ketua Cawangan umno akan terhegeh hegeh halau puak-puak PR ni. Tapi sekarang ni siap tunggu dengan parang, dengan bom cat warna merah lagi, dan SB pulak yang dok tolong bagi info bila dan pukul berapa PR nak masuk kampong. 3. Sewaktu PRU yang dulu-dulu, tak pernah nak dapat duit macam -macam , sekarang ni kalau korang sebut nak bintang pun diorang akan petik bagi kat kita semua. Kami masih ingat lagi kata-kata Idris Jala(udang), "kalau kita bagi subsidi, negara boleh bangkrap" tapi sekarang dah jadi lain pulak. 4. Dulu Tok Batin di rumah-rumah panjang paling baik dapat hamper saja kalau nak PRU, tapi sekarang ni siap bagi smart phone lagi. Tah ada ke tak ada WIFI dalam hutan tu.. Kalau tak ada dah tentu jadi macam 'sikudung dapat cicin' ler agak nyer. 5. Dulu tak pernah bila nak PRU kita tengok artis luar negeri datang kat Malaya ni,tak abis abis artis tempatan jer. Sekarang ni dah boleh dapat nengok PSY artis popular satu dunia. 6. Dulu kita tak pernah tengok banner ajak PAS bersatu, tapi kalau PRU yang dulu-dulu tu siap maki hamun lagi. PAS sesat ler.. Parti ajaran setan ler. Hari ni dah lain pulak bunyi bannernya… 7. Sekarang ni ada yang menyamar jadi ahli PAS kutuk DAP. Bila di rujuk pada ahli kawasan tu depa pun tak tahu siapa ahli yang bernama si polan bin si polan. Itu ler yang peliknya PRU ke 13 ni. 8. Sekarang ni bila nak ceramah,nak kempen siap ada cabutan bertuah. Ini yang lagi pelik PRU 13 ni. Dulu ada?? 9.Harapan kami bila bila Anwar/PR dah pegang Putrajaya nanti, cuba laa naik kan lagi keuntungan KWSP dan Tabung Haji, kalau boleh ASB juga. Tapi yang pelik dan ajaib pulak ialah bila KWSP labur duit yang kita carum dalam syarikat yang dikatakan untung contohnya Felda, PLUS,dll tapi kita yang jadi ahli KWSP dapat cuma ciput jer. dollah yankee - Dulu cukup cepat nak buat PRU,sekarang ni nak cari haribulan pun tak jumpa! |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan