DIALOG RAKYAT |
- PRU13: Sasaran 40% calon muda tercapai
- PR batal roboh Pasar Payang jika diberi mandat
- ‘Mereka ke Sabah selepas janji Najib’ terhangat
- PKR nafi bayar bapa Saiful RM1 juta
- Op Daulat: 27 ditahan di Zon Merah
- Nik Aziz: 'Nama Anwar makin bersih sekarang'
- Polis periksa Kg Simunul sisa senjata pencerobohan militan
- Balak: Kenapa Kelantan dan Kedah, Pahang bagaimana?
- Suasana sekarang memihak kepada Pakatan - Idris
- Kenyataan penuh bapa Saiful Bukhari
- Berita Lahad Datu Terkini : Jeneral Raja Muda Azzumudie & 51 Terbunuh? Jamalul Kiram III, Apa Tindakan Anda?
- Bapa Saiful cari saya untuk dedahkan konspirasi, kata Johari
- Fitnah II: Siasat peranan Najib, peguam negara – Surendran
- Manila mulakan siasatan konflik Sabah, mula menyoal penasihat Kiram
- Penceroboh Lahad Datu didalangi ‘orang dalam’, ‘Mat Bom’ – AMK Sabah
- Kes liwat II harus digugurkan, kata PKR kepada Putrajaya
- [VIDEO & GAMBAR] 50,000 Banjiri Ulangtahun Ke 5 Kerajaan PR
- Pendedahan Azlan Mohd Lazim; Rakyat Wajar Tolak Najib dan BN
- Kelemahan BN Ketara Dalam Pengurusan Hal Kedaulatan Dan Sempadan Negara
- Militan terperangkap, bergerak dalam kumpulan kecil
- Pencerobohan Lahad datu; Umno/BN Gagal Menjamin Keselamatan Negara
- PAS Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Yang Mengundi Pada Tahun 1999
- Akhirnya kita bertemu 8 Mac kelima, dan parlimen masih di situ
- Bapa mohon maaf pada Anwar, dakwa Saiful dipergunakan
- Pocong punca kereta terhumban
PRU13: Sasaran 40% calon muda tercapai Posted: 09 Mar 2013 03:45 PM PST
Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, PAS pusat telah berjaya memenuhi target mereka agar kerusi-kerusi sama ada di peringkat parlimen atau Dun diberikan kepada calon-calon muda. Bagaimanapun, Nasruddin tidak dapat memberi angka yang spesifik berhubung bilangan kerusi yang diberikan kepada calon muda itu. "Kami berpuas hati, kerana target yang kami mahukan tercapai, cuma jumlah calon muda yang bertanding kami tidak ada angkanya kerana ianya ditentukann oleh PAS Pusat," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini. Sebelum ini pada tahun 2011, DPPM pernah menyatakan hasrat mereka agar PAS Pusat mempertimbangkan cadangan 40 peratus calon diberikan kepada orang muda. Nasruddin juga memberitahu kesemua jentera DPPM sama ada di peringkat national dan negeri sudah membuat persiapan akhir kerana mereka yakin PRU13 semakin hampir. Sehubungan itu, DPPM akan menganjurkan Xpresi Ulama Muda Pelapis Haraki di Ehya As Sharif Gunung Semanggol Mac ini, yang mana ianya akan mengumpulkan kira-kira 1,000 ulama muda di sana nanti. "Kita akan kumpulkan ulama muda daripada pelbagai bidang sama ada aktivis dan profesional sebagai persiapan sekaligus memenangkan Pakatan Rakyat dalam PRU nanti. "Gunung Semanggol dipilih sebagai memperingati semula kelahiran ulama-ulama, dan di sinilah kita akan mula menggerakkan ulama muda kita yang bukan sahaja lepasa Timur Tengah bahkan juga lepasan tempatlan," katanya. Di dalam program itu DPPM akan mengisytiharkan beberapa ulama muda yang menyokong perjuangan PAS serta bersama-sama dengan Pakatan Rakyat. | ||||
PR batal roboh Pasar Payang jika diberi mandat Posted: 09 Mar 2013 03:44 PM PST
KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, berkata Pasar Besar Kedai Payang merupakan Seni Warisan Sejarah Negeri Terengganu yang perlu dipertahankan oleh rakyat. Beliau turut memberi jaminan awal kepada rakyat jika kerajaan Pakatan Rakyat dan PAS diberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, cadangan meroboh pasar tersebut akan dibatalkan. "Kita bukan menentang pembangunan dan kemajuan yang hendak dibawa tetapi tidak bersetuju warisan seni kita (Terengganu) dihapuskan, hilang identitinegeri Terengganu Darul Iman. "Saya beri jaminan kepada tuan-tuan jika PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat diberi semula mandat memerintah pada PRU13 ini, kita akan batalkan perjanjian dan cadangan roboh pasar dan buat hotel," tegasnya yang juga Penolng Setiausaha Agung PAS. Menurutnya, jika seni warisan itu mahu dipertahankan maka kerajaan Umno BN wajib dijatuhkan pada pilihan raya akan datang. Sejumlah 39 buah badan bukan kerajaan (NGO) bersama hampir 1,000 peniaga di Pasar Besar Kedai Payang berhimpun di pekarangan Bazar Warisan Pasar Payang, di sini bagi membantah cadangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu merobohkan pasar tersebut. | ||||
‘Mereka ke Sabah selepas janji Najib’ terhangat Posted: 09 Mar 2013 03:41 PM PST
Artikel tersebut melaporkan satu berita Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph) yang memetik dakwaan pengasas MNLF Nur Misuari bahawa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Di tempat kedua ialah artikel bertajuk "Tidak mahu menyerah, sedang 'beristirehat'" yang memetik laporan portal berita Philippine Daily Inquirer, yang menyebut kumpulan bersenjata yang kini berdepan serangan pasukan keselamatan Malaysia, tidak akan menyerah malah menegaskan akan berjuang sehingga titisan darah terakhir. Manakala artikel ketiga yang paling diminati oleh pembaca Harakahdaily ialah berita bertajuk "Gambar mayat penceroboh didedah" yang melaporkan tindakan kerajaan Malaysia mendedahkan gambar sekurang-kurangnya 13 mayat penceroboh yang mati akibat serangan tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 3 hingga 9 Mac. | ||||
PKR nafi bayar bapa Saiful RM1 juta Posted: 09 Mar 2013 03:39 PM PST SHAH ALAM - Sambil menafikan PKR membayar RM1 juta kepada bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang membuat pendedahan mengejutkan semalam, seorang pemimpin kanan parti itu yang didakwa mendalangi perkembangan itu menegaskan, beliau "bangga" kerana dapat membantu parti dan pemimpinnya. "Ya, saya mengaku saya terlibat, saya yang menguruskan... saya bangga. Jadi apa isunya? "Sebab saya pemimpin parti, memang saya bangga kerana dapat membantu parti dalam menghadapi situasi seperti ini... bapa Saiful datang jumpa kami, kami menyambut," kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul ketika dihubungi. Pemimpin pusat PKR itu diminta mengulas dakwaan beberapa media khususnya blog pro-Umno bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu membayar RM1 juta kepada Azlan Mohd Lazim untuk mengatakan pihak-pihak tertentu mendalangi strategi untuk memerangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dapat dipenjarakan buat kali kedua di bawah kes meliwat. Anwar bebas daripada tuduhan 9 Januari 2012. Kes itu kini berada di peringkat rayuan. Pagi semalam, Azlan mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab sehingga membawa kes liwat kedua melibatkan Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat. "Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. "Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau. Mengulas lanjut, Johari berkata, pihaknya tidak ada wang untuk membayar pihak-pihak tertentu. "Saya tidak ada duit. Pengundi di kawasan saya tahu saya. Kami pun tidak akan berbuat demikian, bagi duit. Mungkin Umno dan mereka yang menyokong Umno beranggapan bahawa segala masalah yang wujud boleh diselesaikan dengan wang. "Tetapi kita kena ingat bahawa kesedaran diri untuk menyatakan kebenaran tidak boleh dibeli dengan wang ringgit," katanya. Johari menambah: "Bapa Saiful sendiri datang kepada kami bersama beberapa orang dan menyatakan hasrat mahu mendedahkan pengakuan beliau dan mahu bertemu dengan Datuk Seri Anwar." "Beliau tidak mengenakan apa-apa syarat. Beliau tidak minta duit, jawatan atau apa-apa... cuma beliau kata beliau merasakan ada benda yang perlu didedahkan selepas mengetahui apa yang berlaku membabitkan anaknya, sepanjang lima tahun lalu," kata beliau. Johari seterusnya berkata: "Jika Umno merasakan kami membayar bapa Saiful RM1 juta, apakah kami juga bayar bekas pegawai kanan tentera yang menyertai PKR baru-baru?" "Apakah kami juga bayar ahli-ahli yang menyertai PKR sejak 1998, sejak reformasi... saya nak tanya. Ingat, kesedaran diri tidak boleh dibayar dengan duit," katanya lagi. Johari juga berkata, kenyataan media yang dibacakan oleh Azlan sebenarnya disediakan oleh beliau sendiri. "Kalau beliau tanya pun saya akan kata saya tidak ada duit... jika saya beri beliau, makna saya juga kena beri kepada semua yang lain. Saya tidak ada duit," katanya lagi. | ||||
Op Daulat: 27 ditahan di Zon Merah Posted: 09 Mar 2013 03:33 PM PST SINAR HARIAN LAHAD DATU - Pasukan keselamatan menahan 27 orang yang menaiki tiga buah bot ketika berada di Zon Merah Op Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu dekat sini pada 10 pagi ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mereka yang mendakwa kononnya ingin menangkap ikan ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu. "Kita curigai kehadiran mereka berhampiran lokasi operasi, jadi kita serahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut. "Walaupun tiada senjata ditemui, saya telah arahkan polis Daerah Lahad Datu untuk jalankan siasatan mendalam dan akan ambil tindakan sewajarnya jika mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh berkenaan," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Beliau berkata, penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan dari Sulu meningkat kepada 106 orang, berbanding 79 orang semalam. Berikutan operasi membersih dan membanteras musuh sedang dijalankan, Ismail menasihati orang ramai supaya tidak memasuki kawasan larangan yang ditetapkan kerana boleh menjejaskan operasi selain membahayakan mereka yang tidak berkenaan. Berhubung 53 mayat penceroboh yang belum dibawa keluar dari Zon Merah, beliau berkata, semua militan yang ditembak itu belum diperiksa oleh unit Forensik berikutan kedudukannya berhampiran dengan lokasi di mana musuh berada dan keadaan itu boleh mengancam nyawa pasukan sekiranya dihampiri. Ismail berkata, walaupun terdapat beberapa mayat telah dibawa keluar, namun sejak unit Forensik diserang Rabu lepas pihaknya terpaksa mengambil langkah lebih berjaga-jaga. Katanya, sehingga kini unit Forensik hanya merakamkan gambar penjenayah yang terbunuh tetapi belum dapat menjalankan proses siasatan dan bedah siasat ke atas mayat-mayat terbabit bagi tujuan pendakwaan. Selepas lima hari dilancarkan, Op Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban. - Bernama | ||||
Nik Aziz: 'Nama Anwar makin bersih sekarang' Posted: 09 Mar 2013 03:31 PM PST KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap tuduhan liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diselesaikan satu persatu selepas ini susulan pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim semalam. Semalam, Azlan mendedahkan bahawa anaknya itu diperalatkan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan Anwar menerusi kes liwat kedua. "Pendustaan satu masa akan terbongkar menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar). "Alhamdullilah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis bersama veteran Pas di Jalan Dato Lundang di sini pagi tadi. | ||||
Polis periksa Kg Simunul sisa senjata pencerobohan militan Posted: 09 Mar 2013 03:30 PM PST SINAR HARIAN SEMPORNA - Polis hari ini menjalankan pemeriksaan di Lorong 5, Kampung Simunul, di sini bagi mengesan saki-baki senjata kumpulan penceroboh militan yang terlibat dalam kejadian serangan hendap 2 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pemeriksaan itu melibatkan kira-kira 100 anggota polis dari komando VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am Batalion 14 dan Unit Forensik. "Selain untuk mengesan senjata api, kami juga membuat lakaran lokasi kejadian termasuk lakaran laut secara spesifik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati pemeriksaan yang bermula seawal 8 pagi dan berakhir lima jam kemudiaan mendapati rata-rata penduduk melahirkan perasaan lega apabila polis menjalankan pemeriksaan di kawasan itu. Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata pemeriksaan seumpama itu adalah yang pertama sejak kejadian serangan hendap yang mengorbankan enam anggota polis dan menyebabkan enam musuh terbunuh. "Ketika polis membuat pemeriksaan, penduduk yang berada di dalam rumah diarah tidak keluar rumah, manakala yang ingin masuk ke dalam rumah diarah tunggu sehingga pemeriksaan selesai," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata pemeriksaan anggota pasukan keselamatan itu menimbulkan perasaan lega penduduk yang sebelum ini hidup dalam kebimbangan berikutan kejadian pertempuran antara polis dan penceroboh militan itu. "Penduduk kampung kini boleh menarik nafas lega dan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya. Ditanya mengenai jumlah penduduk yang kembali ke kampung, beliau berkata minggu lepas jumlah penduduk yang meninggalkan kampung ini hampir 1,000 orang tetapi hari ini hanya tinggal 300 orang yang belum pulang. - Bernama | ||||
Balak: Kenapa Kelantan dan Kedah, Pahang bagaimana? Posted: 09 Mar 2013 04:51 AM PST
Tiba-tiba seorang kolumnis di akhbar Berita Harian, dalam tulisannya yang bertajuk "Pemimpin PAS undang bala amaran al-Quran", teringatkan amaran al-Quran yang melarang kerakusan manusia melakukan pembalakan tidak terkawal sehingga memusnahkan hutan dan alam sekitar. Penulis merujuk ayat 41 Surah Ar-Rum yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Kita akui bahaya ancaman itu, tetapi sayangnya amaran daripada kitab suci itu hanya ditujukan kepada Kedah dan Kelantan sahaja, kenapa tidak Pahang yang sinonim dengan penebangan balak dikaitkan? Saya faham tulisan yang dibangkitkan itu semata-mata untuk menyokong isu-isu menjelang pilihan raya umum yang sedang dibangkitkan oleh media-media Umno, namun seelok-eloknyanya apabila menghukum biarlah adil. Itu juga tuntutan al-Quran. Sebagai anak Pahang dan tinggal di negeri ini, saya sendiri masih ingat sejak kecil dan kini meniti ke usia separuh tua, tidak pernah putus-putus melihat deretan lori balak di jalan raya. Maka saya tidak dapat bayangkan sudah berapa ribu juta batang balak yang sudah ditebang. Sebenarnya amaran yang disebutkan itu mungkin baru ditemui penulis, sedangkan amaran al-Quran itu sudah lama dibangkitkan termasuk daripada PAS. Masih ingatkah tragedi Highland Tower pada 11 Disember 1993 dan tanah runtuh Bukit Antarabangsa 6 Disember 2008? Pada ketika itu 'kegilaan' kerajaan Umno-BN ialah menarah dan membangunkan perumahan mewah di kawasan bukit bukau terutama di pinggir ibu negara. Ketika itulah para ulamak terutamanya daripada PAS, ke hulu ke hilir menerangkan betapa bahayanya apabila alam sekitar dinoda dan dimusnahkan. Tapi ada pemimpin Umno kisah? Peliknya, kenapakah penulis menghalakan amaran itu kepada Empangan Pedu sahaja, sedangkan kerosakan yang berlaku di Tasik Chini, Pekan lebih kritikal lagi. Penulis tidak wajar mengkritik berdasarkan emosi dan prasangkanya sahaja sedangkan Tasik Chini telah disahkan oleh penyelidik akan lenyap musnah menjelang 2030. Akhbar yang sama (Berita Harian) sebelum ini melaporkan, betapa Tasik Chini yang diiktiraf sebagai kawasan Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal musnah pada 2030 akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan tidak terkawal di sekitarnya. Perkara tersebut didedahkan oleh Felo Intelektual Awam Asia (API), Dr Hezri Adnan yang berkata tasik tersebut sedang 'nazak' hanya menunggu masa menjadi kering akibat pemendapan dasar tasik. Barangkali Reeja Arbee tidak menemui artikel tersebut. Bahkan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tasik lagenda itu akan musnah lebih awal lagi akibat pencerobohan hutan dan pelombongan yang tidak terkawal. PAS percaya berdasarkan realiti, kemusnahan akan berlaku lebih cepat daripada itu (2030) jika terus dibiarkan kawasan tadahan air di sekitar Tasik Chini terus diceroboh dengan penebangan balak yang melanggar Akta Alam Sekitar. Apa lagi 1,000 penduduk Orang Asli di sekitarnya juga bakal pupus kerana kehilangan sumber pemakanan, ubat tradisional dan kesan penggunaan air tercemar. PAS berpandangan, bukan sahaja Tasik Chini malah Tasik Bera dan Tasik Paya Bungor juga akan mengalami nasib yang sama kerana ternyata kerajaan negeri kurang prihatin. Sedangkan khazanah alam ini merupakan kurniaan Allah yang tidak ada di tempat lain. Begitu juga dengan pencerobohan tanah tanpa kawalan di lereng bukit Cameron Highlands. Betapa lemahnya kerajaan Pahang dan kerajaan pusat membendung penyangak-penyangak alam sekitar yang merosakkan tanah tinggi di Cameron Highlands. Terdapat dua lokasi yang telah digondolkan oleh mereka iaitu berdekatan dengan Kampung Pos Terisu dan Sungai Palas yang berdekatan dengan ladang Teh Boh. Jenayah alam sekitar tanah tinggi di Cameron Highlands bukanlah satu isu baru. Malah pernah disiarkan berita warga tanah tinggi itu tidak berpuas hati dengan kawalan pihak berkuasa lalu berdemonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Pahang. Penebangan hutan simpan Lembah Klau, Raub untuk projek saluran air ke Selangor iaitu Loji Rawatan Air Langat 2 oleh kejaaan BN, lebih teruk lagi. Rata-rata berpendapat ia boleh menenggelamkan kawasan beribu hektar Hutan Simpan Kekal Lakum. Kesannya boleh mengorbankan kepentingan rakyat Pahang, selain menyebabkan pencemaran alam sekitar. Akibatnya, spesies habitat hidupan liar di sana pupus. Turut bakal terkorban, perkampungan Orang Asli suku Temuan di Bentong dan Orang Asli Sungai Temir kerana terpaksa ditenggelamkan bagi pembinaan Empangan Klau. Sebab itu pembinaan empangan tersebut dianggap pemusnahan alam sekitar yang dahsyat sehingga dikritik hebat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pencinta alam tempatan mahupun dan luar negara. Begitu juga dengan pencerobohan hutan dara di sepanjang jalan ke Taman Negara, Jerantut. Pembalakan haram dah lama berlaku sama ada melalui Padang Piol mahupun jalan darat yang masuk ikut Felda Lepar. Isu tersebut pernah didedahkan dalam akhbar Harakah dan didedahkan juga oleh Tv3, namun tiada tindakan dibuat. Pendek kata, jenuhlah pencinta alam sekitar dan para ulamak berteriak memberi amaran namun tiada dari pihak kerajaan yang menganggapnya serius ketika itu. Perkara yang sama terjadi di hutan Bukit Ibam Rompin, hutan Lepar di Maran dan hutan Bebar, Pekan. Sebenarnya banyak pembalakan haram di kawasan tadahan air dan hutan simpan kekal di Pahang, malangnya berita tersebut tidak barangkali tidak ditemui oleh kolumnis ini. Terbaru, rombongan PAS Pahang menyaksikan sendiri kerakusan pencerobohan Hutan Simpan Kemasul dalam Dewan Undangan Negeri Pelangai, Bentong iaitu dalam kawasan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri. Tidak cukup dengan itu, ada satu lagi kegilaan kerajaan BN sekarang iaitu meluluskan begitu banyak operasi lombong besi. Mungkin ia tidak salah, tetapi tanpa pemantauan rapi boleh memusnahkan alam sekitar. Harakahdaily pernah menyiarkan rungutan penduduk di Luit dan Sri Jaya, Maran yang terpaksa menghirup abuk debu-debu besi yang bertaburan sepanjang jalan menyebabkan ramai penduduk mengalami batuk-batuk, rumah mereka berhabuk selain terpaksa berdepan dengan pencemaran bunyi setiap hari termasuk pada hari. Kegiatan melombong berhampiran rumahnya menyebabkan aliran sungai di kawasan tersebut musnah dan kesannya, penduduk kampung terdedah kepada banjir besar dan pencemaran air yang menjadi sumber minuman penduduk jika bekalan air terputus. Sebenarnya terlalu banyak kes pencerobohan alam sekitar di Pahang tetapi ditangani begitu lemah oleh kerajaan dan pihak berkuasa. Berbalik kepada artikel kolumnis tadi, saya fikir sesiapa sahaja akan berkongsi rasa terancam dengan pembalakan yang tidak terkawal sebagaimana disebutkan. Tetapi berdasarkan laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Jabatan Alam Sekitar, pembalakan di Kedah dan Kelantan masih diakui mengikut piawaian. Kita harap pada masa akan datang, kolumnis yang sama akan mengulas juga isu-isu alam sekitar di negeri-negeri bawah pentadbiran BN termasuk Pahang. | ||||
Suasana sekarang memihak kepada Pakatan - Idris Posted: 09 Mar 2013 04:41 AM PST
"Suasana sekarang permainan dikuasai oleh PR. Hanya menunggu masa untuk menyumbat gol sahaja," kata beliau dalam kenyataannya hari ini. Bagi beliau, Najib hanya berlagak hero di media kuno, konon BN kuat tetapi tidak berani membubar Parlimen. Tarikh PRU 13 masih kabur, Najib tidak nampak petanda untuk bubar. Strategi melambatkan tarikh nampaknya menyebelahi PR, kata Idris lagi. Lambakan isu dan masalah terpaksa dipikul oleh Najib dan BN, sedangkan bagi beliau, PR mara dengan bergaya dan meyakinkan. "Pendedahan Deepak, kepulangan Balasubramaniam, isu keselamatan Lahad Datu telah menyulitkan Najib untuk kekal berkuasa. "Lebih parah lagi tawaran menifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Febuari 2013 amat menekan Najib," katanya. Semalam negara pula di kejutkan dengan pendedahan En Azlan, bapa Saipul Bukhari yang mengatakan anaknya diperalatkan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu liwat. "Mungkin salah satu daripada transformasi Najib ialah Parlimen dan DUN bubar secara sendiri. "Rekod yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri terdahulu," kata beliau dalam tulisannya. | ||||
Kenyataan penuh bapa Saiful Bukhari Posted: 09 Mar 2013 04:38 AM PST KEADILAN DAILYAssalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. 1. Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya. 2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari. 3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan. 4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama Khairil Annas Jusoh. 5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini. 6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. 7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini. 8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu terancang sekali. 9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka. 10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini. 11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini. 12. Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti. Sekian. Wassalam. Yang Benar, ……………………………… (AZLAN MOHD LAZIM) | ||||
Posted: 09 Mar 2013 04:29 AM PST S Berita Lahad Datu Terkini : Nampaknya bilangan anggota kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah yang terbunuh semakin bertambah. Kalau dikirakan semula sejak bermulanya pertempuran 1 Mac 2013 yang lalu, sehinggalah semalam sudah 52 orang penceroboh Lahad Datu Sabah yang terbunuh termasuk…. Termasuklah, seorang ketua penceroboh Lahad Datu berpangkat Jeneral tumbang iaitu Azzumuddie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III. Berita Lahad Datu : Bilangan Kematian Penceroboh Militan SULU :
Berita Lahad Datu : Kronologi Laporan PDRM Berkiatan Isu Lahad Datu!
P/S : Apapun kami harapkan krisis Lahad Datu Sabah dapat ditamatkan dengan segera. Diharapkan Sultan Sulu Jamalul Kiram III menurunkan ego anda dan menyerah diri dengan memerhatikan sendiri keadaan yang menimpa anggota anda ketika ini termasuklah adik anda sendiri yang telah terbunuh. Jangan hanya menurut perasaan tamak semata-mata untuk kepentingan sendiri sahaja. Mahu tunggu sampai bila lagi? PP/S : Berita lahad Datu yang terkini melibatkan kematian adik Jamalul Kiram III menimbulkan sedikit kerisauan di hati kami, adakah ada kemungkinan mereka akan datang menuntut bela? Apapun kami yakin dengan kemampuan pasukan polis dan tentera kita yang sedang mengawal krisis Lahad Datu Sabah dengan baik sekali. Apa respon anda pula melihat perkembangan dan berita Lahad Datu ketika ini? | ||||
Bapa Saiful cari saya untuk dedahkan konspirasi, kata Johari Posted: 09 Mar 2013 04:21 AM PST TERKINI Oleh Md Izwan dan Ida LimKUALA LUMPUR— Datuk Johari Abdul mendakwa bapa Saiful Bukhari Azlan yang mencarinya untuk membantu pendedahan "konspirasi politik" berkenaan aduan liwat anaknya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengaturkan sidang akhbar Azlan Mohd Lazim yang mendakwa semalam terdapat konspirasi oleh pegawai di Jabatan Perdana Menteri akan tetapi Saiful kemudiannya menafikan dakwaan tersebut. "Salam, bapa Saiful (yang) cari saya. "Beliau yang meminta kita untuk dedahkan semua ini, tidak mungkin bapa beliau begitu bodoh sehingga boleh dipengaruhi," kata Johari kepada The Malaysian Insider selepas Saiful menafikan konspirasi tersebut. Anggota parlimen itu mengatakan penafian Saiful adalah satu penghinaan kepada bapanya. Beberapa jam selepas sidang akhbar bapanya, Saiful dan peguamnya Zamri Idrus bercakap kepada media mengenai pertuduhan Azlan. Saiful mencadangkan Anwar dibelakang kenyataan bapanya mengenai pertuduhan liwat kedua, memberi amaran kepada pemimpin pembangkang itu agar tidak menggunakan Azlan untuk mencapai matlamatnya. Saiful tidak memberikan apa-apa bukti untuk menguatkan dakwaannya tetapi hanya menunjukkan kehadiran Johari untuk dalam sidang akhbar dimana ayahnya memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya diatas penderitaan yang mereka lalui untuk mengukuhkan kenyataannya. Akan tetapi Azlan semasa sidang akhbarnya memberitahu beliau melakukan perkara tersebuat secara "sukarela". Saiful menafikan aduan liwatnya terhadap Anwar — ketua umum PKR yang merupakan majikannya dahulu adalah konspirasi politik dan terkejut dengan dakwaan bapanya. "Tidak, kes liwat ini tidak dirancang oleh pegawai di Pejabat Perdana Menteri," kata Saiful semalam. Malahan, Saiful juga menafikan khabar angin mengatakan bapanya tersebut mengalami masalah kewangan ataupun berselisih faham, sambil menambah beliau sedih dan kesal dengan tindakan bapanya tersebut. Azlan dalam pembelaan mengejutnya terhadap Anwar, lima selepas Anwar didakwa di mahkamah, mengakui kes liwat kedua yang adalah sebuah "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu. Lelaki berumur 60 tahun itu mengatakan kebenaran akhirnya membuat beliau semakin jelas dengan kes itu. Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati. Apabila ditanya mengapa menunggu sehingga semalam untuk tampil membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut. Kes liwat kedua Anwar bermula setelah laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut. Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta. Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat yang dihadapi oleh beliau. Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful. Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur. Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini. Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan. | ||||
Fitnah II: Siasat peranan Najib, peguam negara – Surendran Posted: 09 Mar 2013 04:15 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : KEADILAN mendesak siasatan dilakukan ke atas peranan Datuk Seri Najib Razak dan pejabat perdana menteri berhubung konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II.Naib Presidennya, N Surendran berkata, siasatan juga perlu dilakukan terhadap peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pendakwa menerusi pembabitan mereka dalam kes itu. Beliau merujuk pengakuan bapa Saiful Bukhari Azlan semalam bahawa kes itu merupakan konspirasi politik bagi menjatuhkan dan memenjarakan Anwar. Azlan dalam sidang medianya turut mengaku dipergunakan oleh pegawai khas kepada perdana menteri, Khairil Annas Jusoh dan peguam kepada Saiful, Zamri Idrus. "Pengakuan Azlan Lazim mengejutkan dan melibatkan peringkat tertinggi kerajaan Malaysia dalam satu konspirasi terhadap pemimpin pembangkang," ujar Surendran. "Kenyataan beliau membuktikan pendirian Anwar and Pakatan Rakyat bahawa dakwaan liwat II adalah satu konspirasi politik jahat dilakukan oleh Umno BN dengan kerjasama Peguam Negara, untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya," ujarnya. Surendran juga menggesa agar tindakan diambil terhadap semua pihak yang terlibat dalam konspirasi itu tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Selain itu beliau turut menggesa mereka yang terbabit memohon maaf secara terbuka kepada Anwar, keluarganya dan rakyat Malaysia. – RM | ||||
Manila mulakan siasatan konflik Sabah, mula menyoal penasihat Kiram Posted: 09 Mar 2013 04:14 AM PST TERKINI KUALA LUMPUR, 9 Mac — Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) semalam memulakan penyiasatan ke atas keganasan Sabah, dan memanggil penasihat Sultan Sulu Pastor "Boy" Saycon untuk disoalsiasat Selasa hadapan. Media di Filipina melaporkan sapina akan dikeluarkan dalam usaha NBI mencari bukti dakwaan konspirasi berlaku dalam konflik bersenjata antara pasukan keselamatan Malaysia dan "tentera Di Raja" Sulu di negeri Malaysia timur itu. Memetik kenyataan jurucakap Sultan, Abraham Idjirani, The Philippine Star berkata ini adalah permulaan tindakan oleh pihak kerajaan ke atas pengikut Sultan Jamalul Kiram III (gambar) yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dan akan didakwa kerana mencetuskan pemberontakan di Sabah. Akhbar itu melaporkan bahawa sapina yang ditandatangani timbalan pengarah Jabatan Risikan, Reynaldo Esmeralda, dihantar jam 4 petang semalam ke pejabat Saycon di Makati oleh ajen NBI. Saycon, setiausaha agung Majlis Perhubungan Filipina (COPA), telah dikaitkan dalam plot menghancurkan kestabilan pentadbiran lalu, menurut laporan laman sesawang ABS-CBN News semalam. "Saya syak kerana perkembangan terbaru dan kemasukan ke Sabah," kata Saycon kepada The Philippine Star, walaupun beliau masih belum menerima sapina tersebut. "Sudah dijangkakan bahawa penyokong sultan akan didakwa. Mereka sekarang sedang menyediakan lebih banyak sapina, kerana ugutan terhadap kerajaan sudah mula berleluasa dalam masa dua minggu ini." Penganalisis strategi politik juga dilaporkan berkata Sultan Sulu sudah membentuk sepasukan peguamnya bagi membantu penyokongnya yang mungkin disiasat atau dihadapkan ke mahkamah kerana keganasan di Sabah, yang didakwa pihak berkuasa Malaysia pada Khamis meragut 52 warga Filipina dan lapan rakyat Malaysia. "Saya fikir kerajaan ada konspirasi tanpa sebarang sebab, dan mahu menuduh orang ramai dan bukannya menyelesaikan krisis yang sedang meruncing di Sabah," dakwa Saycon menurut akhbar berbahasa Inggeris itu. Menurut laporan sebelumnya, Saycon mengaku menjadi penasihat keluarga Kiram dalam hal ehwal luar, ekonomi dan budaya selama sedekad tetapi menafikan memberi nasihat untuk tentera diraja Sulu mengambil alih Sabah. The Philippine Star melaporkan pengarah NBI Nonnatus Rojas tidak dapat dihubungi untuk memberi komen ke atas tujuan sapina terbabit, tetapi mengatakan baru-baru ini beliau mengatakan beliau sedang menyiasat "siapa yang terlibat di belakang insiden Sabah." Akhbar tersebut itu melaporkan bahawa kerajaan Filipina berkata semalam orang-orang Kiram di Sabah hanya menyertai tentera Sulu selepas disogok wang. "KIta sudah melihat laporan di media, sesetengah dari mereka (tentera diraja), dibayar $600, dan dijanjikan untuk dibayar $600. Mereka juga dijanjikan tanah, dan kedudukan dalam kesultanan, ini tidak boleh dinafikan lagi," kata jurucakap presiden Edwin Lacierda. Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, yang mendakwa dirinya sebagai 'putera raja' Kesultanan Sulu, sedang mengetuai 200 pemberontak bersenjata di Sabah, dimana mereka sudah berada di situ sejak 9 Februari. Puak bersenjata itu berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat dua minggu lalu, selepas perbincangan secara aman gagal, dan pertempuran minggu lalu menyaksikan penceroboh Sulu ramai yang terbunuh, dan juga lapan orang anggota polis Malaysia. Malaysia melancarkan serangan besar-besaran sejak Selasa pagi, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan dan artileri menghujani Kampung Tanduo, tempat penceroboh itu berlindung. Sehingga Khamis, jumlah kematian penceroboh Sulu mencecah 52 orang menurut laporan pihak berkuasa Malaysia, dengan 32 orang terbunuh dalam pertempuran berikutan serangan udara Selasa lalu. | ||||
Penceroboh Lahad Datu didalangi ‘orang dalam’, ‘Mat Bom’ – AMK Sabah Posted: 09 Mar 2013 04:11 AM PST Oleh: Mohd Arif Juhani LAHAD DATU : Angkatan Muda KEADILAN Sabah percaya pencerobohan di Lahad Datu oleh tentera kesultanan Sulu, 9 Februari lalu didalangi 'orang dalam' termasuk pemimpin Umno tempatan. Dalam kenyataan media hari ini, AMK Sabah menggesa polis menyiasat sesiapa sahaja yang bersubahat, merancang dan menyeludup masuk penceroboh berkenaan. Ia katanya termasuk peranan Ketua cawangan Umno Sungai Nyamuk bernama Ahmad Malandi @ Mat Bom seperti disiar dalam laman web 'Sabahkini' pada 27 Februari, bertajuk "Ketua Cawangan Umno ketua Mundu". Laman web berkenan sebelum ini mendakwa mendapat maklumat hanya 76 'tentera' sahaja yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di Felda Sahabat 18. Sabahkini juga mengesyaki Ahmad dan anaknya, Mohd Ali membiayai pembelian senjata api terhadap kumpulan penceroboh berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan menangung makan minum mereka. Dilapor Bernama Carian Keadilandaily mendapati Bernama turut melaporkan nama Ahmad Malandi atau Mad Bon dalam kronologi berita pencerobohan Lahad Datu yang disiar 1 Mac. Kronologi berkenaan menyatakan pada 12 Februari, kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dikenalpasti berpecah di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau dan rumah Ahmad Malandi atau 'Mad Bon'. Dalam pada itu, AMK Sabah juga menggesa polis menyiasat artikel bertajuk 'Penceroboh Mahu Temui Personaliti' seperti disiar dalam laman web yang sama. Menurutnya, hingga kini identiti individu tersebut masih dirahsiakan."Apakah hubung kait, kepentingan dan tujuan 'Individu' yang dirahsiakan itu dengan Anggota penceroboh bersenjata," ujar kenyataan tersebut. AMK Sabah berkata, pencerobohan itu adalah tidak masuk akal dan seolah sandiwara yang bertujuan menakut-nakutkan rakyat. Ini kerana, dakwanya, kumpulan dikatakan penceroboh itu terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Illanun, Kalagan, Kalibungan, Maranao, Tausug, Bajau, Suluk dan sebagainya. "Kebanyakan mereka ini juga sering ke Sabah, mempunyai rumah, pekerjaan dan mempunyai banyak keluarga. "Malah, ramai daripada mereka juga adalah warganegara Malaysia kerana memiliki kad pengenalan dan hidup aman damai. Semua ini dikecapi tanpa perlu berperang atau pertumpahan darah," ujarnya. – RM | ||||
Kes liwat II harus digugurkan, kata PKR kepada Putrajaya Posted: 09 Mar 2013 04:06 AM PST TERKINI KUALA LUMPUR— PKR hari ini mahu Putrajaya menggugurkan kes liwat II yang sedang dalam proses rayuan semula, dan mahu siasatan dijalankan ke atas Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.Berikutan pengakuan ayah Saiful Bukhari Azlan semalam, yang mengatakan tuduhan liwat kedua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "konspirasi politik jahat" dimana anaknya dipergunakan. "Kenyataan Azlan Lazim membuktikan pendirian Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa konsisten bahawa tuduhan liwat II merupakan konspirasi politik jahat," kata Naib Presiden PKR N Surendran dalam satu kenyataannya hari ini. Surendran (gambar) juga mahu kerajaan dan Barisan Nasional (BN)memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Anwar, keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia. Semalam, Azlan membuat kenyataan dalam satu sidang media, mendakwa pegawai khas dari Jabatan Perdana Menteri merancang satu konspirasi bagi memburukkan imej Anwar ke atas satu tuduhan meliwat, dan tuduhan kedua selepas beliau dipecat dalam kerajaan sejak 1998. Azlan, yang tidak bersama anaknya semasa sidang media tersebut, bersama-sama ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, memohon maaf kepada Anwar dan keluarga dalam insiden ini, dan mengakui meletakkan keluarga mereka dalam keperitan. Anaknya Saiful Bukhari Azlan walau bagaimanapun, menafikan sebarang konspirasi politik dan terkejut dengan kenyataan bapanya. Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dalam tuduhan meliwat Saiful di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.10 petang sehingga 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Pembebasan Anwar tahun lalu telah disensasikan, dan menarik ramai orang yang berhimpun di hadapan Mahkamah Tinggi apabila hakim membacakan keputusan, disamping ratusan media antarabangsa dan pemerhati politik. Anwar, yang pada awalnya menyaman Saiful kerana menuduh beliau meliwat, kemudian menarik balik saman tersebut, dan berkata reputasinya telah pulih selepas pembebasan beliau. Jabatan Peguam Negara bagaimanapun merayu kes itu semula, dan kes tersebut akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 22 Jun. | ||||
[VIDEO & GAMBAR] 50,000 Banjiri Ulangtahun Ke 5 Kerajaan PR Posted: 09 Mar 2013 03:36 AM PST KELAB GREENBOC Perhimpunan raksaksa 50 ribu banjiri Pdg Kota Lama rai ulang tahun ke-5 kemenangan PR 8.3.08 Tak banyak beb...depa kata ada 50,000 orang je....patutlah semalam geng-geng perkosa dan kimmak penang mengamuk sakan.... selepas najib dimalukan pada Konsert PSY sempena...menyambut TBC...dikatakan harini Muhyiddin terpaksa turun penang....... untuk kempen....- KedahLA | ||||
Pendedahan Azlan Mohd Lazim; Rakyat Wajar Tolak Najib dan BN Posted: 09 Mar 2013 03:26 AM PST Editor BULETINLebih menarik lagi menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Riduan Mohd Nor, pendedahan beliau mengaitkan seorang pegawai Perdana Menteri sebagai perancang utama konsiprasi tersebut. "Pendedahan Azlan Mohd Lazim adalah suatu kemenangan moral buat seluruh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. Dengan kemunculan Deepak Jaikishan serta pendedahan menggemparkan negara mengenai misteri pembunuhan Altantuya, "serta kepulangan Balasubramaniam bagi meneruskan momentum skandal pembunuhan model Mongolia tersebut, pengakuan Azlan Mohd Lazim adalah pelengkap kepada kejayaan rakyat,"ujarnya dalam satu kenyataan hari ini Jumaat 8 mac. Katanya, perkembangan mutakhir ini, pastinya memeningkan kepala Perdana Menteri dan hampir pastinya pilihanraya umum ke 13 akan tertangguh lagi buat kesekian kalinya. Pengakuan Azlan, kata beliau, membuktikan bahawa kejadian liwat 2 adalah suatu konspirasi jahat oleh pihak tertentu yang bertujuan mahu mengaibkan pemimpin dan gabungan PR umumnya. "Politik fitnah melalui pelakuan lucah dan mengaibkan digunakan bagi menghalalkan segala tindakan mereka.........kini kebenaran telah terserlah membuktikan bahawa segala yang berlaku adalah mainan politik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab,"jelasnya. Oleh itu, rakyat kini ternanti-nanti siapakah pegawai khas Perdana Menteri yang dikatakan merancang semua kejahatan itu dan Najib selaku Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan pegawainya yang terlibat dan bertanggungjawab terhadap semua tindakan, bagi membersihkan namanya. Katanya, imej Najib kebelakangan ini semakin merudum dengan penglibatan pegawai-pegawai kanan beliau dalam pelbagai skandal ditambah lagi dengan dakwaan terbaru oleh bapa Saiful Bukhari ini. "Dua orang pengawal peribadinya terlibat dalam pembunuhan model Altantuya manakala bekas penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda juga pernah dikaitkan dengan kes yang sama meskipun dibebaskan oleh mahkamah kemudiannya. "Kini seorang lagi pegawai kanan beliau didakwa terlibat merancang konspirasi Liwat II,"tambahnya. Justeru itu, katanya, wajarlah rakyat menolak Najib dan partinya yang gagal menunjukkan contoh kepada rakyat dengan peribadi yang mulia dan tauladan yang murni kepada masyarakat. "mereka terjerumus dengan pelbagai kesalahan jenayah........ rakyat perlu bertanya kembali, apakah pemimpin sebegini layak dinobatkan sebagai pemimpin utama negara dan layakkah mandat terus diberi kepada pemimpin seperti ini?,"katanya lagi | ||||
Kelemahan BN Ketara Dalam Pengurusan Hal Kedaulatan Dan Sempadan Negara Posted: 09 Mar 2013 03:24 AM PST Editor BULETINSelain gagal mengurus isu dalam negara seperti yang diketahui umum, rakyat tentu masih ingat bagaimana negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Di bawah kepimpinan Umno-BN, negara juga kehilangan tanah keretapi di sepanjang laluan Singapura tanpa mengetahui apa pulangan hasilnya kepada rakyat, dan kawasan telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir pernah mendakwa kehilangan telaga-telaga minyak mengakibatkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion). Rata-rata rakyat, termasuk pemimpin BN sendiri tercari-cari jawapan bagaimana pasukan penceroboh dari Filipina yang berjumlah ratusan orang boleh menembusi sempadan negara dengan membawa senjata api. Mereka juga dibiarkan berada berminggu-minggu lamanya dalam negara tanpa sebarang tindakan, sehingga ia menjadi suatu ancaman terhadap keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan. Kerajaan BN perlu tampil menjelaskan perkara ini, dan sekiranya ada rundingan dalam tempoh tersebut, kerajaan BN perlu menjawab maklumat rundingan dan punca kegagalan rundingan kepada rakyat sehingga berlaku pertempuran. Kerajaan BN juga perlu menjawab mengapa perkembangan insiden di Sabah tidak dilaporkan secara telus sehingga rakyat terpaksa bergantung kepada berita daripada Filipina untuk mengetahui lanjut mengenai situasi sebenar di Lahad Datu. Tindakan keras kepada para penceroboh yang telah membunuh beberapa anggota polis dialu-alukan rakyat. Selain itu, rakyat juga ternanti-nanti ingin mengetahui punca sebenar sehingga menyebabkan pertempuran berlaku sehingga 8 anggota polis terkorban dan juga hukuman berat kepada mereka yang didapati melakukan pengkhianatan terhadap negara dalam insiden ini. Sebagai contoh, rakyat ingin mengetahui apakah punca insiden ini lahir daripada tindakan menganugerah warganegara kepada warga asing secara rakus bermotifkan kepentingan politik dalam Projek IC yang kini hangat dicela merata tempat? Lebih menarik perhatian rakyat ialah persoalan kenapa insiden pencerobohan ini berlaku di saat negara berada di ambang pilihanraya umum tatkala laporan kajian mendapati sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri semakin jatuh? Selain itu, keghairahan Umno-BN untuk meraikan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Lahad Datu seolah-olah "pertempuran sudah tamat dan kini tiba masa untuk meraikannya" tatkala polis dan anggota tentera masih bertungkus-lumus untuk membasmi penceroboh bersenjata dari Filipina amat dikesali. Kunjungan Najib seharusnya tidak diambil kesempatan oleh Umno-BN untuk kepentingan politik sehingga menenggelamkan jasa perajurit-perajurit yang tergugur dan anggota polis dan askar yang masih bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara dan Sabah. Marilah sama-sama kita berdoa untuk para perajurit yang sedang berjuang mahupun gugur demi keselamatan rakyat Sabah dan kedaulatan negara dan juga berdoa agar pengakhiran muktamad kepada kemelut bersenjata ini akan tiba secepat mungkin. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat | ||||
Militan terperangkap, bergerak dalam kumpulan kecil Posted: 09 Mar 2013 03:11 AM PST Pihak tentera yakin militant Sulu terperangkap di dua kampung Felda Sahabat 16 LAHAD DATU: Pasukan keselamatan yakin anggota militant bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 130 kilometer dari sini. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri. "Berdasarkan kejadian dan tindakan yang diambil, kami berkeyakinan besar bahawa sememangnya mereka kini terperangkap di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. "Jadi, kami akan meneruskan kepungan dan membuat penggeledahan, fokus kami kini tertumpu pada kedua-dua tempat dan kepungan dikekalkan bagi mengelak pihak musuh masuk semula ke Kampung Tanduo selepas melarikan diri ke Tanjung Batu," katanya dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Seorang daripada militan Sulu maut ditembak di Kampung Tanjung Batu, di sini selepas cuba memboloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri dalam insiden pada 8 pagi ini. Zulkifeli berkata pasukan keselamatan akan mengetatkan lagi kepungan di kawasan hutan dan berpaya di kedua-dua kampung berkenaan yang dikenal pasti dijadikan laluan oleh kumpulan militan itu untuk meloloskan diri sebelum ini. "Mereka tidak mungkin lepas daripada kepungan. Mereka cuma dapat keluar dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu melalui jalan hutan sekunder serta berpaya, bukan melalui jalan darat dan laut…jadi, kita akan perketatkan kepungan di kawasan itu," katanya. Beliau berkata kepungan di Kampung Tanduo dijalankan membabitkan jarak seluas empat kilometer persegi dan aktiviti pembersihan ke atas penceroboh akan bermula di situ sebelum diperluaskan ke Kampung Tanjung Batu. Zulkifeli berkata sejak gerakan ofensif dan beberapa serangan susulan dilancarkan penceroboh kini mula menyembunyikan diri di dalam semak serta hutan tebal dan pokok-pokok besar, bukan lagi di dalam rumah penduduk. Polis mengesahkan, selepas lima hari dilancarkan, Op Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan dengan 79 ditahan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban.- Bernama | ||||
Pencerobohan Lahad datu; Umno/BN Gagal Menjamin Keselamatan Negara Posted: 09 Mar 2013 03:08 AM PST Mohd TishaahMenurut Setiausaha PAS Kawasan Ustaz Alias Abdul Hamid, dakwaan pemimpin UMNO/BN bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang mampu memberi keselamatan, keamanan dan pembangunan kepada rakyat hanyalah retorik, lakonan dan sandiwara sahaja. Beliau mempersoalkan, bagaimanakah begitu mudah orang asing menceroboh masuk ke dalam negara kita, apakah ukuran (standard) keselamatan negara kita berada di tahap seperti ini? "rakyat tertunggu – tunggu bilakah PRU Ke-13 akan diadakan, dengan pelbagai isu keselamatan dan kepincangan ekonomi saya yakin inilah masanya rakyat akan melakukan perubahan dengan memilih PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) menerajui kerajaan selepas ini, "disamping isu keselamatan, UMNO/BN cuba memenangi hati rakyat dengan isu pembangunan, apakah makna pembangunan jika setiap keperluan asas seperti air, elektrik, lebuhraya, hospital dan pendidikan terpaksa dibayar dengan harga yang mahal oleh rakyat', soalnya lagi. Beliau berkata demikian di majlis penerangan isu semasa bersama Ibrahim Sulaiman (Leman Raja Lawak) dan Amri Mamat, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman di perkarangan Surau Feri, Kemasik semalam, Jumaat 8 Mac. Beliau menyeru supaya rakyat membuang mitos dan kepercayaan karut hanya UMNO/BN yang mampu memerintah, jika UMNO/BN kalah negara akan huru hara dan tidak ada pembangunan. Katanya, fakta membuktikan PAS dan PR berjaya memerintah Kelantan selama 23 tahun, menghampiri 5 tahun di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, tanpa UMNO/BN memerintah di negeri tersebut tapi tiada masalah dengan keselamatan dan pembangunan tetap berjalan. Beliau yang merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kemasik menjelaskan kerjasama PAS dengan PKR dan DAP berdasarkan tahaluf siyasi yang diharuskan dalam Islam untuk menentang kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan penindasan. "UMNO berada dalam BN tapi kerajaan memberi lesen judi, membuka kilang arak dan memberi lesen kelab malam secara berleluasa, inilah pengkhianatan UMNO kepada Islam dan orang Melayu, "UMNO mengajar rakyat pilih pemimpin yang mampu memberi duit berbanding dengan orang Cina yang mengajar bangsanya memilih pemimpin yang mampu mempertahankan dan membela kaum Tionghua sendiri, inilah bezanya UMNO,"jelasnya. Menurutnya, PAS bersama PR telah bersetuju secara bertulis empat (4) dasar penting iaitu Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu dipertahankan dan kedaulatan Raja – Raja Melayu dikekalkan, Oleh itu, katanya, tiada ada sebarang masalah kepada seluruh rakyat untuk melakukan perubahan dalam PRU-13 nanti. Justeru, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak bersengkokol dan menyokong kezaliman UMNO/BN kerana maksud hadis menyatakan sesiapa yang bersengkokol dan menyokong pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan akan disambar dengan bahang api neraka. | ||||
PAS Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Yang Mengundi Pada Tahun 1999 Posted: 09 Mar 2013 03:06 AM PST Wartawan BuletinMenurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu YB Dr Alias Razak, denngan mandat yang diberikan rakyat itu PAS berjaya menegakkan keadilan dan melaksanakan perintah Allah SWT dengan meluluskan udang-undang yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perundangan tertinggi negeri Terengganu. "kita ucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS pada tahun 1999, dengan mendapat mandat 2/3 (28 daripada 32 kerusi) dan telah kita telah buat semaksima mungkin, "kita berjaya meluluskan undang-undang teringgi bagi negeri Terengganu adalah al-Quran dan as-Sunnah, Ijma' Ulamak dan Qias.......kalimahnya di situ....syahadahnya di situ,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan hujahnya dalam Majlis Forum Adilnya Islam yang diadakan di Pekan Batu Enam, dekat sini pada Jumaat malam, 8 Mac. Turut menjadi ahli penal forum tersebut adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali dan Pensyarah dan pendakwah terkenal Ust Dr Roslan Mohammad. Selain dari itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan PAS tahun 1999 hingga 2004 telah melaksanakan keadilan Islam dengan memberikan tanah tempat tinggal dan tanah pertanian kepada rakyat. Katanya, adalah menjadi suatu ketidakadilan bahkan satu kezaliman bagi sesebuah kerajaan yang tidak memberikan tanah kepada rakyat yang telah mengusahakan mana-mana bidang tanah sejak 30 tahun yang lalu. "lebih 60,000 lot tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS, malangnya apabila PAS kalah pada tahun 2004, keajaan Umno dan Barisan Nasional telah melakukan kezaliman, merampas semula tanah-tanah tersebut,"tambahnya. Justeru, beliau menyeru agar rakyat dapat mmberikan kepercayaan dan mengundi PAS pada pilihanraya umum ke-13 akan datang, sekaligus memberikan peluang kepada PAS bagi meneruskan program-program pemerintahan yang memberikan keadilan Islam kepada rakyat. | ||||
Akhirnya kita bertemu 8 Mac kelima, dan parlimen masih di situ Posted: 09 Mar 2013 03:00 AM PST Saya mula menulis artikel ini ketika satu jam menghampiri tarikh 8 Mac, sebuah tarikh keramat di mana fasa kedua reformasi tanahair berlaku. 8 Mac lima tahun yang lalu, sebahagian daripada rakyat Malaysia yang punya rasa tanggungjawab ke atas negara telah dengan berani menongkah arus untuk perubahan dengan mengundi selain Barisan Nasional. Separuh daripada rakyat yang keluar mengundi telah memberanikan diri melakukan perubahan tanpa 'clue' atau 'leads' atau testimoni yang betul-betul menjamin. Dengan kata lain, mereka memilih dalam gelap di atas kekecewaan 'wayang' seorang Mr. Clean yang tidak berapaclean iaitu Paklah. Ketika itu, hanya Kelantan sebagai negeri testimoni yang tidak mampu membuktikan banyak kelebihan selain kewarakkan pemerintahan TG Nik Aziz — modal dan model yang cukup besar. Faktor Anwar Ibrahim juga tidak boleh diketepikan, beliau faktor penyatu membawa harapan baru kepada negara. Dengan faktor-faktor yang tidak seberapa termasuklah kelemahan Umno di bawah Paklah itu sendiri, maka tercetuslah apa yang dinamakan Tsunami 8 Mac. Tanggal 8 Mac adalah sejarah negara yang juga digelar tsunami politik oleh kebanyakkan orang politik, manakala orang yang bukan politik turut merasai satu kejutan budaya apabila pada malam yang sama selepas pengiraan undi, jauh di sudut hati mereka menyatakan betapa Umno dan Barisan Nasional tidak mustahil untuk ditumbangkan. Perasaan seperti ini tidak wujud sebelum 8 Mac, perasaan Umno dan BN boleh ditumbangkan ini wujud hanya pasca 8 Mac. Saya masih ingat pada malam pengiraan undi itu awalnya dapat dilihat satu 'backdrop' besar yang tertera perkataan "Tahniah Paklah Kerana Berjaya Mengekalkan Majoriti 2/3" terpapar di dewan utama PWTC. Namun 'backdrop' tersebut hilang dari pandangan ditutup oleh kain hitam yang besar. Peristiwa penutupan 'backdrop' ini adalah satu semiotik menifestasi kekalahan Barisan Nasional, namun rakyat masih belum cukup menang walaupun jumlah pengundian seluruh negara menghampiri 50-50 dari sudut undi popular. Keputusan ini amat mengejutkan, lantas ia juga mengejut rakyat dari 50 tahun tidur yang tidak berapa lena. Rakyat terjaga terus dengan mata yang buntang memerhati perkembangan politik tanahair secara lebih serius. Selepas Tsunami 8 Mac sehingga bertemu 8 Mac yang kelima iaitu hari ini, begitu banyak peristiwa yang berlaku dan seterusnya memberi impak kematangan kepada hampir semua rakyat Malaysia untuk bersama menyertai pertembungan era baru sistem dua parti. Dalam ruangan yang terhad ini saya tidak mampu mengolah semua peristiwa yang berlaku di antara 'lima kali 8 Mac', namun cukuplah jika saya katakan rata-rata rakyat Malaysia hari ini telah mengambil tahu hal politik tanahair berbanding sebelum 8 Mac yang pertama. Setiap dari mereka tidak melepaskan peluang untuk celik politik dan ingin menjadi sebahagian dari sejarah perubahan negara dengan peranan masing-masing, ia perkembangan yang sangat sihat kepada Pakatan Rakyat dan sangat sakit kepada Barisan Nasional. Mengapa? Saya jelaskan, pertembungan kali ini amat berbeza dari pertembungan terdahulu. Jika dulu mereka yang menyokong pembangkang dikatakan menongkah arus tetapi hari ini ia bukan lagi menongkah arus, sebaliknya ia adalah menyelusuri arus kerana arus perubahan itu sangat deras dan tidak mampu lagi dibendung. Lima kali 8 Mac menyaksikan sorotan isu-isu besar yang menarik perhatian umum, daripada kehadiran cincin 24 juta dan kisah kemewahan Imelda Rosmah, penyelewengan pinjaman penternakkan suami menteri yang menyediakan kondo untuk lembu NFC di mana gaji setiap anak-anak mereka seumpama terkena loteri RM30-RM50 ribu setiap bulan, ini semua berlaku ketika rakyat semakin tertekan dengan kenaikkan harga petrol dan barangan asas keperluan harian. Ketika rakyat tidak cukup duit nak makan dengan gaji seterusnya lambat lagi, ketika yang sama juga duit rakyat RM setengah juta digunakan untuk 'kenduri' pertunangan anak Perdana Menteri. Ini semua punya kesan yang mempengaruhi kederasan arus perubahan. Lima kali 8 Mac juga menyaksikan keangkuhan, keganasan dan kezaliman pemerintah. Jangan sesiapa pun antara kita lupa bagaimana angkuhnya kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78sen per liter, ada yang bertumbuk di stesen minyak malam yang zalim itu. Bagaimana angkuhnya kerajaan memonopolikan pelbagai keperluan asas seperti harga gula yang naik dari RM1.20 hingga RM2.30 dalam lingkungan masa setahun setengah. Lagi, kematian Kugan yang mati dalam lokap, Beng Hock dan Sarbaini yang mati di bawah jagaan SPRM, adik Aminulrashid yang mati kononnya sebagai penjenayah dan ramai lagi rakyat yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Malah dalam kes Aminulrashid polis yang melepaskan 21 das tembakkan akhirnya didapati tidak bersalah dan minggu yang sama seorang lagi anak bangsa terkorban apabila motornya ditendang polis berpakaian preman. Rakyat terkesan dan sedia untuk menyertai perubahan dengan persoalan yang bermain di minda "nasib yang sama akan diharungi jika ia berlaku di kalangan keluarga sendiri", maka adalah tidak selamat untuk terus memberi mandat kepada kerajaan yang mengamalkan 'negara polis' ini. Belum saya cerita apa yang berlaku pada Bersih 2 dan Bersih 3, rakyat jadi saksi. Lima kali 8 mac juga menyaksikan negara ini dijual sehabisnya. Tanah rezab melayu terus layu jumlahnya, Batu Putih lesap, Tanjung Pagar tergadai. Lagi, isu PKFZ tiada hujung pangkal, hilang berbelas bilion wang rakyat. Isu kapal selam scorpene yang melibatkan penyelewengan komisyen separuh bilion walhal kapal selam yang sama tidak mampu menyelam dan pembeliannya juga tanpa pakej torpedo menjadikan tambahan RM900juta wang rakyat perlu dihabiskan untuk sistem peluru berpandu, rakyat terus ditongongkan. Jet pejuang tanpa enjin, stadium runtuh bukan sekali malah dua kali runtuh, jambatan runtuh, makmal komputer runtuh. Saya tak mampu sebut semua, hanya yang terlintas sahaja yang sempat ditulis tetapi kesimpulannya tetap sama — rasuah penyelewengan cukup berleluasa dan rakyat menilai. Dalam masa yang sama, lima kali 8 Mac juga memberi satu gambaran yang tidak mampu dipadam kebenarannya iaitu pentadbiran yang cekap dan amanah negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat sehingga mampu melakukan penjimatan yang menguntungkan rakyat. Prestasi cemerlang negeri Pakatan Rakyat bukan omongan syok sendiri tetapi diiktiraf sendiri oleh Jabatan Audit Negara lantas ia menjadi testimoni yang penting betapa bukan Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir malah Pakatan Rakyat punya pakej jauh lebih baik. Justeru itu, timbul faktor keyakinan terhadap Pakatan Rakyat bukan sahaja untuk mentadbir negeri, malah sedia untuk menerajui Putrajaya. Semua ini rakyat Malaysia sudah tahu, sudah khatam, sudah hafal dan ada yang sudah jelak lagi muak. Rakyat sudah bersedia seutuhnya demi perubahan ini tidak sabar untuk menolak Barisan Nasional setelah habis mandatnya sejak 8 Mac lima tahun yang lalu. Namun malangnya sudah masuk lima kali 8 Mac rakyat masih tidak berpeluang untuk melaksanakan menifestasi yang bakal menamatkan pemerintahan 56 tahun Umno Barisan Nasional. Buat kali pertama dalam sejarah, parlimen belum dibubarkan selepas 5 tahun pilihanraya lalu, berlalu. Mengapa? Ura-ura pembubaran Parlimen sudah kedengaran sejak suku keempat tahun 2011, ketika itu kita menjangkakan tidak sempat bertemu 8 Mac keempat tetapi ianya 'false alarm'. Dalam tempoh yang sama, Najib beberapa kali menyatakan hasrat untuk bubar namun sudah mencecah 8 Mac kelima, masih belum bubar. Daripada BR1M asalnya adalah 'one-off' yang bermaksud sekali bayar, kini sudah 'two-off' dan dijanjikan BR1M ketiga dengan rasuah yang lebih besar walaupun berbentuk 'janji', parlimen masih belum dibubar. Mengapa? Persoalan mengapa parlimen belum dibubar untuk memberi laluan PRU-13 juga rakyat sudah tahu apa sebabnya — Umno Barisan Nasional akan kalah. Umno BN juga tahu mereka akan kalah, maka atas sebab yang sama parlimen belum mampu dibubarkan. Percayalah, sudah sampai satu tahap di mana jika Umno dan Barisan Nasional menipu pilihanraya sekalipun, mereka tetap tumbang di atas kebangkitan luar biasa rakyat Malaysia mencebur perubahan. Apa lagi yang mampu 'mereka' lakukan? Baru-baru ini peristiwa besar melanda tanahair, peristiwa ini hadir 'tepat' pada masanya. Telah berlaku tuntutan ke atas negeri Sabah oleh 'Kesultanan Sulu' yang menyaksikan pencerobohan Lahad Datu dan mengundang kematian 8 orang perajurit negara setakat ini. Seperti yang pernah saya ulas sebelum ini, kematian berlaku di atas kelalaian pemerintah dalam membuat keputusan. Mengikut bacaan umum, hasil dari tragedi Lahad Datu ini bakal menyaksikan Umno Barisan Nasional akan tumbang lebih besar dari jangkaan, malah jika isu Lahad Datu ini tidak mencelah pun Umno Barisan Nasional tetap akan tumbang menyembah bumi. Tetapi cuba fikir baik-baik, bagaimana Umno dan Barisan Nasional nak tumbang kalau pilihanraya tidak menjadi pilihan untuk dilaksana dalam masa terdekat? Tidak mustahil akan berlaku darurat dan pilihanraya akan ditangguh sehingga 'mereka' rasa selamat untuk masuk gelanggang pilihanraya, hanya selepas itu darurat dihentikan dan parlimen dibubar. SPR sendiri akui bahawa pilihanraya boleh ditangguh jika kemelut Lahad Datu dan Sabah berpanjangan. Andainya peristiwa ini dikatakan sandiwara maka ramai yang akan melatah. Saya ingin berterus terang, tembakkan yang berlaku adalah benar, letupan bom adalah benar, mereka yang terkorban adalah benar terkorban, tidak timbul soal hidup kembali bila dikait dengan perkataan 'sandiwara'. Jujurnya mereka yang terkorban adalah wira yang mempertahankan kedaulatan negara. Namun begitu, bagaimana terjadinya pencerobohan, bagaimana askar sulu tembus dan berkampung selama 3 minggu di Kg Tandou tanpa tindakkan tegas pemerintah negara, bagaimana begitu banyak hal tidak masuk logik berlaku — ini menjadi tanda tanya yang sangat penting hingga timbul soal "apakah ia satu konspirasi"? Konspirasi ini dibaca oleh sesetengah pihak dengan bunyi 'plot' dan juga 'sandiwara'. Konspirasi terancang seperti ini boleh disusun bermacam cara bergantung kepada objektif yang hendak dihasilkan, samada untuk satu polemik baru bagi menutup polemik sedia ada, atau untuk membeli masa, atau pelbagai lagi. Kesimpulannya, hampir semua isu semasa berjaya dilitupi dengan 'kanvas' Lahad Datu. Walaubagaimanapun, tidak semua yang dirancang itu menjadi mengikut apa yang dirancang. Plot ini akhirnya tidak berjaya menjadikan Najib Razak seorang 'hero' baru kerana kegagalan Najib dan Kerajaan Malaysia mengendalikan konflik Lahad Datu dengan baik. Malah percaya dan yakinlah konspirasi yang menggugat kedaulatan negara ini gagal memberi bekalan positif untuk kempen Umno Barisan Nasional. Hanya yang Umno dan Barisan Nasional mampu lakukan ketika ini ialah, terus membeli masa dengan mengheret pertembungan pilihanraya ke masa tambahan semaksimum yang mungkin. Mungkin esok berlaku pembubaran parlimen, kerana kebetulan esok adalah 8 Mac yang jatuh pada hari Jumaat. Tetapi harus diingat walaupun parlimen bubar esok (atau tarikh lain terdekat) kononnya kerna telah lama dirancang bubar pada sekian tarikh, masih tidak mustahil pilihanraya tidak menjadi pilihan dalam masa terdekat di atas alasan — keselamatan negara belum terjamin. Jangan lupa, plot masih berjalan. Walaupun telah melampaui lima kali 8 Mac, dari 8 Mac 2008 bertemu 8 Mac 2013, keghairahan untuk menggapai perubahan masih tertangguh. Namun saya optimis mengatakan walau bila pun pilihanraya, rakyat akan tetap dengan istiqomah menolak Umno dan Barisan Nasional demi sebuah kerajaan rakyat yang baru bersama PM baru yang segak dan lulus pelbagai ujian. Inilah masanya, inilah zamannya. Kita bukan sekadar menjadi saksi perubahan, tetapi menjadi sebahagian daripada agenda perubahan itu. Ingatlah, perubahan itu tidak boleh ditunggu, tetapi harus dituntut dengan segala kuderat dan kebijaksanaan. — eyesdotcom.blogspot.com | ||||
Bapa mohon maaf pada Anwar, dakwa Saiful dipergunakan Posted: 08 Mar 2013 11:38 PM PST MALAYSIA KINI Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II."Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini. "Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai. Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang peguam, Zamri Idrus. "Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya." Zamri telah menafikan dakwaan tersebut dan Malaysiakini tidak menyiarkan identiti pegawai khas di JPM itu sementara menunggu respons daripadanya. Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya. "Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya. Walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya. "Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar." Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan." Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya. "Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan. "Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka. "Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. "Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya. Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul". "Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya. | ||||
Posted: 08 Mar 2013 11:23 PM PST KUALA KURAU - Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru, di sini, semalam. Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja. Menurutnya, keadaan ketika itu masih gelap dan ketika melalui laluan itu, dia terlihat objek aneh berwarna putih berada di atas jalan. "Saya cuba mengenal pasti objek tersebut dan terkejut mendapati ia seakan-akan hantu pocong yang muncul tiba-tiba di atas jalan. "Akibatnya, saya tidak dapat mengawal kenderaan dan terus menjunam ke dalam parit yang terletak di tepi jalan berkenaan," katanya sewaktu ditemui media di sini semalam. Janariah berkata, walaupun keretanya hampir tenggelam di dalam parit, dia tidak keluar dari kenderaan berkenaan akibat berasa takut mengenangkan objek mistik putih yang dilihatnya. Jelasnya, bagaimanapun, dia sempat menelefon adiknya untuk meminta bantuan dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya. Sahabat karib mangsa yang hanya dikenali Hayuzzi berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah pasar awam di Tanjung Piandang untuk membeli barangan perniagaan. Katanya, dia terkejut melihat kelibat manusia dan cahaya lampu dari dalam parit. "Setibanya di lokasi kejadian, saya sekali lagi terkejut apabila mengetahui kelibat itu adalah rakan karib saya yang tinggal berhampiran rumah. "Keadaan mangsa pada waktu itu seperti terpinga-pinga dan tidak mampu bercakap," katanya. Hayuzzi berkata, setelah pulang ke rumah barulah Janariah menceritakan punca kemalangan berlaku kepada orang kampung. "Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku di laluan itu melibatkan kenderaan terhumban setelah terlihat sebuah objek aneh dalam tempoh dua tahun," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan