Jumaat, 8 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tiada insiden tembakan di Lahad Datu dalam tempoh 24 jam lepas

Posted: 08 Mar 2013 03:41 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER
 
 Polis memeriksa identiti penumpang sebuah van di jalan menghala ke Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 8 Mac, 2013. — Gambar Reuters KUALA LUMPUR — Tiada insiden tembakan dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, dalam tempoh 24 jam lalu selepas empat hari pasukan keselamatan negara melancarkan gerakan ofensif terhadap penceroboh militan Sulu di bumi Sabah.

Malah, pimpinan tertinggi polis dan tentera sempat menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Al-Hudah, Felda Sahabat 16, di Lahad Datu.

Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Op Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Feb lepas.

Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter digunakan untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet-jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan.

Walaupun tiada tanda-tanda kumpulan itu akan meletak senjata tanpa syarat oleh saki baki kumpulan itu dan dan pasukan keselamatan masih meneruskan operasi susulan, suasana di Lahad Datu mula kembali normal dengan orang ramai mula menjalani rutin harian mereka.

 "Selepas insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu (kira-kira 15 kilometer dari Felda Sahabat 16) pada 11.30 pagi semalam yang menumpaskan 31 penceroboh, tiada tanda mereka mahu letak senjata api," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km, dari pekan Lahad Datu, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meninjau markas 'Op Daulat' di Felda Sahabat, berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah menletak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

Sepanjang operasi pasukan keselamatan sejak 1 Feb, polis menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan itu.

Ismail berkata lebih 50 orang itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang baru dikuatkuasa tahun lepas.

"Mereka ditahan mengikut akta baharu itu dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya.

Najib, yang turut mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu juga dilihat  meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan mereka di kawasan pantai timur Sabah itu.

Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan krisis pencerobohan kumpulan militan selatan Filipina yang mendakwa sebagai Askar Kesultanan Sulu.

Setakat ini 52 militan disahkan terbunuh.

Insiden itu turut mengorbankan lapan anggota polis iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada hari berikutnya.  — Bernama

Saiful dakwa ayah jadi mangsa politik Anwar

Posted: 08 Mar 2013 05:37 AM PST



Saiful Bukhari Azlan meminta ayahnya, Azlan Mohd Lazim kembali ke pangkal jalan kerana didakwanya "telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim".

Beliau membuat kenyataan itu dalam satu sidang media sebentar tadi selepas bapanya pagi tadi memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR itu selama ini satu konspirasi politik.

NONE"Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya," kata Saiful.

"Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan hingga akhir hayat," katanya sambil menambah beliau telah memaafkan bapanya.

Menurutnya, beliau tidak tahu sebab ayahnya membuat dakwaan itu pagi tadi.

Katanya, beliau sendiri sebelum ini langsung tiada masalah dengan ayahnya itu dan kali terakhir berbual dengan beliau menerusi telefon semalam.

Saiful yang memberitahu dia akan berkahwin dua minggu lagi, berkata, dia dan bapanya turut bercuti ke Kelantan baru-baru ini dan ada bertemu lagi dengan bapanya Isnin lalu.

Namun, cubaan untuk menghubungi bapanya tengah hari tadi gagal kerana bapanya dipercayai mematikan telefonnya, kata saiful lagi.

Menurut Saiful, beliau yakin ayahnya "menjadi mangsa politik Anwar" kerana sidang media ayahnya pagi tadi diaturkan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, dan dilakukan untuk "mengalih perhatian isu pengkhianat negara".

NONE"Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat saya kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

"Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim," katanya yang turut ditemani peguam pemerhati kesnya sebelum ini, Zamri Idrus.

Dalam sidang media pagi tadi, Azlan turut mendakwa segala kenyataan Saiful dalam perbicaraan liwatnya sebelum ini diaturkan oleh Zamri.

Menjawab soalan wartawan, Zamri menafikan perkara itu dan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azlan berhubung dakwaan tersebut.

Pendedahan bapa Saiful: Pandangan pengikut Twitter

Posted: 08 Mar 2013 05:34 AM PST

Wartawan Sinar Harian

Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar
Bapa Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan dekat ibu negara pagi tadi. - Foto ihsan The Malaysian Insider
 
BERIKUT komen dan pandangan orang ramai dan pemimpin politik berhubung kenyataan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim berkenaan tuduhan anaknya diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid Samad @KhalidSamad: "Kantoi3. Apo nak dikato... Budaya politik fitnah...politik rasuah...politik zalim menindas...politik adu domba..Umno. pic.twitter.com/Q7G9Y0s989"

Tun Faisal @tunfaisal: "'Timing' PRU13, isu Azlan dijadi peluru puak sana untuk cuci Anwar, juga alih sentimen isu ceroboh Sulu yang sangat positif pada kerajaan Agendanews."

Tun Faisal @tunfaisal: "Sumber-sumber kata puak sana memang dah lama nak cekup bapa Saiful lebih-lebih lagi dapat tahu dia hadapi tekanan tak kerja dan kes liwat anaknya."

MiLo SuaM @milosuam: "Apa Saiful Bukhari mohon maaf kepada Anwar kerana memfitnah http://nblo.gs/J2ZKu."

Dr Mohd Asri @realDrMAZA: "Bapa Saiful mengaku semua tuduhan itu dirancang dan fitnah. Kalau begitu, kesian kepada yang dituduh, dizalimi dan dimalukan begitu rupa."

The Jkkk man™ @Jkkkfanclub: "Saiful Bukhari dah boleh mandi wajib dan basuh berak mulai hari ini. - berita bernipu. Ntah apa perasaan macai yang..."

PanglimaPerangCyber @panglima_cyber: "Sungai Setia : Setelah 3 minggu hilang akhirnya bapa Saiful muncul mempertahankan Anwar: Keluarga Saiful Bukha..."

Fariz musa @farizmusa: "Lepas ni mesti Saiful akan jadi relevan semula bagi Umno! Mesti Saiful dibayar lagi mahal untuk menafikan kenyataan bapak dia. Tengah duk fikir,"game" baru?

Dzulkefly Ahmad @DrDzul: "Deepak, Bala now Saiful's Dad..."

@PapaGomo @PapaGomo: "Duit, Anwar dah beli bapak Saiful."
 
Follow @PapaGomo @PapaGomo: "Anwar dah kantoi isu penceroboh Sulu hari ni nak divert isu lain."

Faekah Husin @faekah_qkn5: "Kes Saiful - jika bukan hari ni, hari esok, jika tidak esok, minggu depan jika tahun ini juga belum, jangan gulana- kebenaran pasti tertegak!!"

Khairy Jamaluddin @Khairykj: "Memandangkan bapanya mendakwa wujudnya 'perjury' dan membawa anaknya melakukan sumpah laknat, kita harus dengan apa Saiful hendak berkata."

Khaleeq Shahzada @khaleeqshah: "Bila dia kata tak berlaku? Bukan dia kata konspirasi ke? @eastern_metal: Kebenaran terserlah. Bapak Saiful dakwa liwat tidak berlaku."

MiLo SuaM @milosuam: "Kalau bapa Saiful tak minta maaf kepada Anwar pun gua memang tak percaya Liwat II. Bukti semua tak masuk akal, macai bolehlah percaya."

Kenyataan akhbar Azlan, bapa kepada Saiful

Posted: 08 Mar 2013 05:29 AM PST

Wartawan Sinar Harian
Azlan Mohd Lazim
Azlan Mohd Lazim
 
BERIKUT kenyataan akhbar Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful pada sidang media yang diadakan di Ampang, dekat Kuala Lumpur hari ini.

Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk pegawai khas (kepada pemimpin kanan negara, nama dikeluarkan di peringkat ini. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.

Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.

Malah anak saya langsung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.

Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama dengan (pegawai khas kepada pemimpin kanan negara). Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.

Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini.

Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan.

Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan bagitu rapi oleh (pegawai khas kepada pemimpin kanan). Ia dilakukan dengan bagitu terancang sekali.

Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.

Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.

Marilah kita juga dokan agar ALLAH menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sekian. Wasalam.

Yang benar,

AZLAN MOHD LAZIM

Soal jawab ketika sidang media:

Soalan: sebelum ini, Encik Azlan turut sama mendedahkan isu ini, namun sekarang telah membuat pendedahan yang lain. Jadi bagaimana Encik Azlan mengetahui Anwar tak terlibat dengan isu ini?

Azlan: Setelah sekian lama dalam masa empat tahun kes ini berjalan, saya mengikuti juga perbincangan dengan peguam yang telah saya lantik, Encik Zamri Idrus. Jadi dari situ, saya sebagai bapa kita tahu ada benda yang tidak kena dengan kes ini, ada dalang di sebalik kes ini, saya percaya, dan saya percaya kepada anak saya beliau adalah anak yang saya didik dan beliau adalah anak yang baik. Ini boleh saya katakan kepada semua orang.

Soalan: Bagaimana pula dengan dakwaan yang telah dibuat?

Azlan:
Saya tak nak campur urusan itu, kes itu di peringkat mahkamah rayuan, bermakna apa yang telah diputuskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun telah dibebaskan. Sekarang pihak pendakwaan telah membuat rayuan dan akan didengar pada bulan Jun ini. Jadi kes mahkamah saya tak mahu sentuh.

Soalan: Adakah anak Encik (Azlan) tahu mengenai pendedahan ini?

Azlan:
Yang itu pun, saya tak boleh komen dengan media sama ada dia tahu atau tidak.

Soalan: Sejauh mana (pegawai khas pemimpin kanan negara) mengambil langkah permulaan untuk mempelawa Saiful dalam isu ini?

Azlan:
Saya tidak berjumpa dengan (pegawai khas pemimpin kanan negara), tetapi Saiful anak saya pernah bercerita kepada saya beliau pernah bertemu (pegawai khas pemimpin kanan negara), ada urusan ketika beliau menjadi timbalan presiden pertubuhan pelajar di universiti tempatan, dan saya tidak komen apa-apa bermakna jika awak kenal, kita tak ada masalah.

Soalan: Kenapa Saiful melibatkan Encik dalam isu fitnah ini?

Azlan:
Setahu saya apa yang informasi yang telah beritahu saya, beliau mengenali pegawai khas pemimpin kanan negara setelah mereka berjumpa (di Putrajaya) dan telah berkawan dan dalam masa itu juga telah ditawarkan bekerja melalui sahabat baik beliau juga iaitu saudara Rahimi (Othman). Itu yang saya tahu, pernah beberapa kali saya berjumpa dengan Rahimi atas perkenalan sahabat baiknya.

Soalan: Jadi Encik tidak tahu mengapa Saiful membuat dakwaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Azlan:
Itu saya tidak tahu, dalam lampiran saya, seperti saya katakan tadi saya hanya mengetahui di dalam akhbar pada hari minggu, dan saya tidak diberitahu langsung oleh Saiful berkenaan masalah yang beliau hadapai. Selepas kes ini berjalan saya juga tidak dihubungi oleh mana-mana pihak kerjaan, saya tidak pernah pun diambil keterangan, saya tidak pernah dipanggil sebagai saksi kepada kes anak saya.

Soalan: Adakah Encik Azlan tinggal bersama anak atau bagaimana?

Azlan:
Saya 'on off'. Saya masih mempunyai hubungan yang baik dengan anak saya. saya tahu anak saya, saya didik dengan cara yang baik dengan arwah ibunya. Saya tak pernah campur adukkan soal keluarga dan kes ini. Kemudian saya duduk dengan dia pun kami tak pernah berbincang mengenai kes ini.

Soalan: Kenapa sekarang baru Encik Azlan bercakap mengenai perkara ini?

Azlan:
Saya rasa tanggungjawab saya untuk memberitahu dan saya seorang bapa, yang tahu apa sebenarnya berlaku di belakang tabir dan masyarakat luar tidak tahu melalui perbincangan-perbincangan tertentu, dengan peguam saya dan malah dalam sidang media saya juga, yang saya telah buat, telah diskripkan dan mendapatkan kelulusan daripada pegawai khas pemimpin kanan negara dan diserahkan kepada saya.

Saya juga tidak berhubung secara langsung dengan mereka. Saya hanya bersama peguam saya, Zamri Idrus dan beliau yang akan serahkan semuanya kepada pegawai khas pemimpin kanan negara, dan apabila sidang media dibuat saya hanya baca sahaja berkenaan kes-kes yang sedang berjalan. Tahun lepas adalah sidang media terahkir saya.

Soalan: Adakah kes yang melibatkan anak Encik ini palsu?

Azlan:
Saya lebih nak kata kes ini adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kali kedua.

Soalan: Kenapa ketika sidang media berjalan dan Encik Azlan telah diarahkan seperti yang didakwa tadi, Encik Azlan tetap meneruskan membaca kenyataan media tersebut?

Azlan
: Sebagai bapa, saya tak ada pilihan, saya kena memberi sokongan moral kepada anak saya. Malah saya begitu banyak terima tekanan sesetengah pihak, jadi saya sebagai bapa saya kena berdiri sebelah anak saya sampai sekarang saya tak pernah marah beliau dan tak pernah mengungkit.

Soalan: Jadi sekarang Encik Azlan mengeluarkan kenyataan seperti akan memberi kesan kepada pihak Saiful dan sebagainya, jadi apakah yang lakukan?

Azlan:
Itu terpulang kepada dialah, terpulang juga kepada peguam saya dan juga terpulang juga kepada pihak-pihak yang perlu menjawab isu yang didedahkan oleh saya.

Soalan: Bagaimana pula risiko yang akan dihadapi oleh Encik Azlan.

Azlan:
Saya memang telah hadapi risiko sejak 2008, begitu juga ketika anak saya terlibat kes itu, saya mampu hadapi Insya-ALLAH.

Soalan: Adakah Encik Azlan akan berjumpa dengan Anwar untuk memohon maaf?

Azlan
: Insya-ALLAH kalau ada rezeki saya akan dipertemukan.

Soalan: Adakah perkara ini melibatkan kepentingan politik?
Azlan:
Tidak, saya tidak buat kerana politik. Tak ada kepentingan politik.

Anwar fail saman fitnah terhadap Utusan, TV3

Posted: 08 Mar 2013 05:22 AM PST

SINAR HARIAN
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman fitnah menuntut RM100 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3), serta tiga defendan lain berhubung berita yang mengaitkan beliau dengan pencerobohan bersenjata di Sabah.
  
Beliau memfail saman itu melalui pejabat peguam Tetuan Daim & Gammy di kaunter pendaftaran Mahkamah Sivil kira-kira pukul 10.30 pagi.
  
Anwar, 66, menamakan Utusan dan pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti oleh TV3 dan pengarang urusan kumpulan Datuk Shahruddin Abdul Latif sebagai defendan ketiga dan keempat.
  
Pengarang berita Buletin Utama, Ing Boon Seng dinamakan sebagai defendan terakhir.
  
Plaintif juga memohon injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada menerbitkan atau menyiarkan mana-mana perkataan fitnah terhadap beliau.  - Bernama

Bapa Saiful Bukhari mengakui kes liwat kedua sebuah konspirasi

Posted: 08 Mar 2013 05:16 AM PST


 
DETIK DAILY

KUALA LUMPUR, — Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Azlan Mohd Lazim (gambar), 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.

"Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua," kata Azlan.

"Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini," tambah beliau.

Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.

Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.

Sumber http://www.themalaysianinsider.com

Umno cari calon ulama

Posted: 08 Mar 2013 05:13 AM PST



Oleh Subky Latif

KEPERLUAN Umno meletakkan satu dua ulama menjadi calon dalam pilihan raya bukan suatu yang baru. Dalam dua pillihan raya umum yang lalu Umno meletakkan Imam Firdaus Ismail dari Masjid Negara untuk bertanding di Permatang Pauh. 

Mula-mulanya Umno merisik Dato' Hashim Yahya, pensyarah akademik Islam Universiti Malaya dan Mufti Wilayah Persekutuan untuk menentang isteri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail. Sahibus Samhah itu menolak. Maka Imam Firdaus sanggup. Masa itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) yang juga dari daerah sebelah situ belum terkenal.

Firdaus dalam percubaan ulangannya juga gagal diberitakan menyepak peti undi. Sejak itu dia hilang dan tidak lagi disebut untuk dicalonkan lagi ketika beberapa ulama disebut-sebut untuk dicalonkan dalam PRU13 ini.

Ketika yang sama Umno mendapatkan khidmat Dr Mashitah Ibrahim. Menang dia di Baling. Dijadikan dia Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Entah kerana dia mengharuskan sesuatu yang ditegah bagi menampung kehidupan, namanya digugurkan. Ketika dia dicalonkan kalah MP PAS, Imam Taib Azamuddin olehnya. Apabila dia digugurkan, kalah calon Umno oleh Imam Taib. Ertinya lulus pengajian tinggi Islam adalah calon boleh menang.

Sebelumnya adalah saja ulama dijadikan Umno calon payung terjun seperti Tan Sri Yusuf Nor, Tan Sri Hamid Othman, Dato' Brigadier Jeneral Hamid Zainal Abidin dan Dr Abdullah Zain. Menang belaka.
Tetapi penampilan mereka tidak menjadikan Umno siasah berasas Islam. Ia gagal menggerhanakan PAS.
Malah lebih hanyut daripada era Tan Sri Abdul Jalil Hasan, Dato' Wan Kadir Ismail dan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad sekalipun percubaan terakhirnya mengenengahkan Islam Hadhari.

Sebelum Umno PM Najib Razak, PASlah dikira gerakan Islam yang disandar oleh umum, tetapi setelah PAS bertahaluf siasi dengan DAP benteng gerakan Islam dikatakan sudah tawar. Umno seolah- olah hendak mengambil apa yang dikosongkan oleh PAS itu dengan mengisi calon ulama bagi menjadikan Umno dan kerajaan berimej wasatiyah dalam era bermewah dan membazir sekarang.

Maka jadi polemik calon ulama boleh menang ini oleh ulama dan orang politik. Ada yang kata ulama tanpa menyertai parti, ada yang kata ulama mesti berparti, ada yang kata ulama jangan libat diri dalam politik.

Ulama yang kata, jangan dekati politik kerana ia kotor dan dalam Islam mana ada politik, samalah mereka dengan kumpulan tabligh di Pakistan yang kecewa apabila Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri wanita pertama di negara Islam. Kata mereka, mana boleh wanita jadi Perdana Menteri? Kalau mereka berpolitik dan mengundi nescaya terhalanglah Benazir jadi Perdana Menteri.

Yang berkata, dalam Islam mana ada politik apalah bezanya dengan fahaman sekular betapa Islam tidak dicampurkan dengan politik. Maka tidakkah ulama seperti jadi sekular sama?

Akan ulama yang kata, ulama boleh berpolitik tanpa parti adalah sekadar mengaji fikah saja dan tidak mengaji fikah politik. Kata Ayatollah Khomeini, mereka adalah ulama haid dan nifas. Ilmu politiknya kosong sedang politik iaitu siasah adalah sains memerintah dan mentadbir.

Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali tidak jadi khalifah sebagaimana Muammar Gaddafi jadi pemimpin Libya dengan merampas kuasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua negara. Mereka menjadi khalifah diputuskan oleh syura. Dalam suasana jemaah berpecah antara penyokong Ali dan penyokong Muawiyah, kedua-duanya dijamin syurga, bagaimana hendak menyelesaikannya tanpa perang seperti dalam dunia demokrasi sekarang?

Maka kaedah terbaik ia berada dalam harakah Islam. Tidak bijak satu masyarakat punya lebih daripada satu jemaah. Apabila jemaah Islam lebih daripada satu maka masyarakat berpecah, semua jemaah jadi lembah. Jika jemaah sekular seperti Umno ada satu saja dalam masyarakat, maka jemaah Islam yang berpecah itu akan hilang majoriti.

Yang mahu ulama berpolitik sendiri tanpa parti sama seperti solat wajib sendiri. Sah solat tapi solat berjemaah diutamakan.

Yang terbaik daripada ulama yang belum berpolitik itu ialah yang berkata, landskap politik mesti berubah. Kecenderungan Umno mahu meramaikan calon ulama, mungkin salah satu daripada dua sebab. Pertama, mengaku politik Islam yang PAS bawa selama ini adalah relevan. Kedua mahu mengalihkan pandangan umum bagi menyekat pengaruh PAS betapa Umno juga adalah gerakan Islam.

Jika ia justeru sebab pertama, maka mengekalkan sekular Umno adalah tidak relevan. Maka semuanya mesti meninggalkan Umno untuk bersama PAS. Umumnya sejak awal ramai ulama jadi calon PAS. Maka ulama yang berpotensi jika merasa tidak memenuhi satu lagi keperluan Islamnya iaitu berpolitik, sertailah politik yang tidak sekular. Pemegang tombak bagi orang awam dalam jemaah Islam adalah lebih mulia daripada ulama haid dan nifas di luar jemaah Islam.

Jika justeru sebab kedua, sekadar mengambil ulama sebagai calon adalah laksana menghias Umno dengan gincu Islam supaya orang tidak menyokong PAS dan orang menyangka kehadirian ulama itu rupanya Umno harakah Islam juga.

Belum tentu ada pahala mengambil ulama itu dan ulama itu pun belum tentu berpahala. Sama seperti Tun Hussein Onn ketika jadi Perdana Menteri ditanya wartawan asing mengapa kerajaan banyak mendirikan masjid? Jawabnya jika kerajaan tidak diri masjid, nescaya menanglah PAS! Payah ia jadi ibadat kerana ia dibina takut PAS menang, bukan ia dibangunkan bagi mendapatkan rahmat dan reda Allah.

Umno sendiri tentu sedar jika mereka hendak berpolitik dan menjadi calon pilihannya ialah hisbi Islami. Mereka bukan orang awam. Mereka ulama. Kalau orang awam dan jahil menjadi calon parti sekular jauh kedudukannya di sisi Allah, maka apa lagilah ulama yang mengetahui menjadi calon parti sekular dengan tujuan untuk mengislahkan gerakan sekular itu.

Dengan demikian mereka yang sudah dekat dengan tampuk kekuasaan boleh menjadi penasihat kepada Perdana Menteri sekular dan menteri-menteri sekular dan boleh mentransformasi parti sekular bagi menjadi parti Islam.

Kita patut tanya adakah Tan Sr Yusuf Nor semasa menjadi pengerusi Felda menjadi penasihat Perdana Menteri Najib atau dia dinasihat Najib? Almarhum Tan Sri Hamid Othman selepas kalah di Sik telah menjadi penasihat Islam kepada Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Adakah Mahathir telah berubah justeru nasihatnya atau dia dinasihat Mahathir.

Brigadier Abdul Hamid Zainal Abidin jadi Menteri Di jabatan Perdana Menteri semasa Mahathir. Tun Abdullah Ahmad Badawi gugurkan daripada Kabinet. PRU 2008 digugurkan dari calon. Ganti dengan Abdullah Zain. Tahun 2008 digugur daripada Kabinet. Sekarang Najib mencari ulama lain. Semua ulama yang dibawa masuk ke dalam Umno secara bergilir-gilir setakat ini dilihat sebagai gincu Islam bagi menjadikan Umno dan kerajaan dikatakan Islam.

Ulama adalah waris para ambia. Mereka bukan calon Cina buta, mengambil upah bagi menghalalkan pasangan suami isteri bercerai talak tiga kembali semua berumah tangga. Tempat mereka adalah bersama PAS. Kelemahan yang terdapat pada PAS bukan alasan bagi ulama tidak menyertainya.

Ustaz Hadi Awang bukan terus jadi orang besar dalam PAS. Beliau adalah pegawai kerajaan Terengganu semasa Menteri Besar Wan Mokhtar. Beliau meletak jawatan menyertai PAS. Selepas 20 tahun kemudian jadi Presiden PAS.

Manifesto: Pakatan selangkah ke depan

Posted: 08 Mar 2013 05:07 AM PST



Oleh LIM HONG SIANG 

TIDAK pernah dalam sejarah bahawa barisan pembangkang betul-betul bersedia untuk berdepan dengan pilihan raya umum. Paling lumrah isu rundingan kerusi, yang gagal mencapai muafakat sehingga saat-saat terakhir. Kemudian masalah kesempitan sumber kewangan, tenaga kerja untuk kempen dan sebagainya.

Sungguhpun pemimpin pembangkang, terutamanya Lim Kit Siang suka meramalkan tarikh PRU yang ditentukan dengan kuasa mutlak Perdana Menteri, apa yang pasti di akhirnya, pembangkang tetap berdepan dengan PRU dalam keadaan kelam-kabut.

Manifesto antara masalah di kalangan parti pembangkang. Barisan Alternatif (BA) sempat melancarkan manifestonya, dengan tema "Ke Arah Malaysia Yang Adil" sebelum PRU 1999 diumumkan. Namun demikian, terlalu banyak isu yang menanti untuk menguji gandingan politik yang baru ini.

Isu Negara Islam, Hukum Hudud, Malaysian Malaysia dan sebagainya, memperlihatkan betapa rapuhnya kerjasama antara empat parti politik ketika itu, iaitu PAS, ADIL, DAP dan PRM. Semestinya ada pihak yang melenting apabila isu ini disentuh, bagai saraf dicungkil. Maka BN duduk bertepuk tangan saja untuk menonton apa yang berlangsung di depan mata.

Barisan Alternatif hampir tidak bermakna setelah DAP mengambil keputusan untuk menarik diri. Tiada manifesto bersama yang melibatkan DAP selepas itu. Parti pembangkang mengemukakan manifesto masing-masing pada PRU 2004 dan PRU 2008. Umno-BN semestinya tidak khuatir bahawa kuasa kerajaan Persekutuannya bakal tergugat apabila pesaing politiknya berpecah-belah.

Mungkin ini puncanya Umno-BN tidak memandang berat manifesto yang bakal disajikan. Cukuplah sekadar dengan melaungkan beberapa slogan seperti "Selamat, Aman, Makmur" (2008), atau "Cemerlang, Gemilang, Terbilang" (2004). Dipetik beberapa ayat daripada Bajet, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan sebagainya, dihiasi pula dengan gambar berwarna, maka itulah yang dinamakan "Laporan Kemajuan dan Manifesto BN".

Namun, Pakatan Rakyat berjaya mengubah rentak dan corak permainan PRU kali ini. Selain berterima kasih kepada Pm Najib Razak yang melengah-lengahkan tarikh PRU 13 sehingga tidak banyak lagi ruang untuk teka-teki, kesungguhan pimpinan dalam Pakatan harus diiktiraf.

Meskipun manifesto Pakatan ini tidaklah sempurna untuk memenuhi setiap keperluan dalam masyarakat ini, ia wajar diiktiraf sebagai dokumen yang paling terperinci daripada barisan pembangkang dalam usahanya meyakinkan rakyat untuk mentadbir negara. Kalau manifesto BA sekadar menjelaskan "konsep", kini manifesto Pakatan memperlihatkan dasar yang lebih jelas.

Lebih penting, ketika bertembung dalam "perang", "selangkah lebih pantas daripada musuh" bakal memberi kelebihan kepada diri sendiri. Misalnya, dalam manifestonya, Pakatan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi dan menerimapakai kelayakan bagi tujuan permohonan kerja. Pengiktirafan ini lantas meleburkan rasa "surprise" (terperanjat) yang pada asalnya mahu dibawa Najib selepas pembubaran Parlimen.

Ceritanya begini. Najib telah menjadi PM pertama untuk hadir dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong pada Februari lalu. Pimpinan Dong Zong sebenarnya menaruh harapan yang tinggi agar Najib membawa "buah tangan" pada pagi itu, antaranya pengiktirafan UEC. Namun Najib tidak membuat apa-apa pengumuman dalam kunjungannya selama 45 minit itu, malah tidak bersedia untuk memberi ucapan. Jadi, kehadiran Najib membawa lebih "kekecewaan" daripada "kegembiraan". Khabar angin di sebaliknya mendakwa bahawa Najib hanya akan membuat pengumuman pengiktirafan UEC selepas Parlimen dibubarkan.

Jikalau desas-desus ini benar, maka percaturan Najib untuk membawa "surprise" kepada masyarakat Cina telah gagal. Kini, Najib meletakkan BN dalam dilema. Jika diiktiraf UEC, maka langkah ini dianggap meniru langkah Pakatan. Maknanya, tiada "nilai tambahan" untuk BN. Sebaliknya, seandainya Najib enggan mengiktiraf UEC selepas lawatannya ke ibu pejabat Dong Zong, dan selepas pengumuman manifesto Pakatan, maka Najib, malah BN akan dikutuk masyarakat Cina.

Ia bukan sekadar persoalan strategi. Padahal, isu UEC telah wujud untuk sekian lama. UEC diiktiraf institusi pendidikan serata dunia, bahkan untuk puluhan tahun kebelakangan, ramai bakat dari sekolah menengah persendirian Cina yang tidak diiktiraf di Malaysia, telah berjaya membuktikan kemampuan diri di luar negara. UEC kalau diiktiraf pada lima tahun atau 10 tahun yang lalu, ia semestinya memberi pulangan undi Cina yang cukup besar kepada BN Namun, semakin hari semakin terkilan komuniti daripada aliran pendidikan bahasa Cina. Kerajaan seolah-olah tidak menghargai bakat mereka, malah mahu menjadikan dasar sebagai gula untuk memancing undi. Ia sesuatu yang cukup menjelekkan.

Saya mengisahkan isu ini, meskipun sebagai kritikan terhadap BN, tetapi juga sebagai peringatan kepada Pakatan Rakyat. Mengetengahkan dan melaksanakan dasar yang baik dan adil adalah tanggungjawab sesebuah kerajaan. Seandainya dasar ini dilaksanakan sebaik memegang tampuk kuasa, ataupun setelah semua syaratnya dipenuhi, maka ia menunjukkan bahawa kerajaan ini benar ikhlas menunaikan tanggungjawabnya. Contohnya cukup jelas, apabila MB Perak yang asal, Nizar Jamaluddin memberi geran tanah kepada mereka yang memerlukan sebaik sahaja menyandang jawatan itu. Rakyat berkempen tanpa syarat untuk membangkitkan semula Nizar meskipun cuba dijatuhkan Umno-BN.

Tunggu dan lihat apa yang akan terjadi pada PRU13.

*Lim Hong Siang ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com

KPN: Lebih 50 penceroboh militan ditahan mengikut akta baru

Posted: 08 Mar 2013 05:03 AM PST

SINAR HARIAN
Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
 
LAHAD DATU - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).
  
Beliau berkata mereka, termasuk wanita, ditahan di beberapa tempat di Sabah tetapi di luar kawasan Op Daulat.
  
"Mereka ditahan mengikut akta baharu itu (Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012) dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera di sini pada 5 petang ini.
  
Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter diguna untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan.
  
Ismail berkata polis kini mendapatkan maklumat daripada mereka yang ditahan berkaitan pihak penceroboh militan bagi membolehkan pasukan keselamatan mencapai objektif operasi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran tangkapan itu secara terperinci kerana khuatir akan menjejaskan siasatan.
  
"Apapun, tangkapan itu perlu dan mesti dilaksana kerana ada tanda-tanda kaitan suspek dengan penceroboh," katanya.
  
Sementara itu, Zulkifeli berkata sehingga 5 petang ini, pihaknya masih menunggu Wisma Putra berkaitan perkembangan kumpulan penceroboh akan menyerah diri dan meletak senjata tanpa syarat.
  
"Kami telah hubungi Wisma Putra, dan masih tidak dapat apa-apa berita sejak pagi tadi... tiada isyarat (serah diri dan letak senjata) daripada pihak berkenaan.
  
"Justeru itu, Op Daulat diteruskan," katanya sambil menjelaskan tiada kejadian pertempuran antara pasukan keselamatan dan musuh hari ini.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat semalam, berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata serta menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat. - Bernama

FAM: Tunku Ismail digantung 6 bulan, denda RM18,000

Posted: 08 Mar 2013 05:01 AM PST

Noor Hafiza Che Abdullah

TUNKU ISMAIL
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
 
PERSATUAN Bola sepak Malaysia (FAM) hari ini mengenakan hukuman gantung enam bulan dan denda RM18,000 ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim kerana melanggar Artikel 88 badan itu.

Tunku Ismail didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang disifatkan menentang dan menjatuhkan kredibiliti FAM.

Sepanjang tempoh penggantungan, Tunku Ismail dilarang melibatkan diri dengan mana-mana aktiviti persatuan bola sepak, berkuat-kuasa hari ini.

Tunku Ismail juga dikenakan denda RM18,000 kerana melakukan dua kesalahan.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak berkata, Tunku Ismail tidak boleh mengemukakan rayuan.

"Setelah mengambil kira semua aspek termasuk pengakuan bersalah Tunku Ismail, jawatankuasa yang bersidang hari ini bersetuju mengenakan hukuman ke atas beliau atas dua kesalahan.

"Bagi kesalahan pertama, Tunku Ismail bersalah memberi kenyataan akhbar yang melanggar Artikel 88 Statut FAM dan bagi kesalahan itu dia digantung enam bulan dan  didenda RM8,000.

"Pertuduhan kedua di bawah kod 18.5, artikel yang sama, dia telah mengeluarkan kenyataan yang menghina, mengaibkan serta mencemar nama baik FAM dan didenda sebanyak RM10,000," katanya pada sidang media di Wisma FAM, hari ini.

Tambah Taufek, "jumlah keseluruhan denda bagi semua kesalahan ialah RM18,000 dan digantung enam bulan daripada terlibat dalam mana-mana aktiviti persatuan bola sepak."

"Hukuman ini tidak boleh dirayu kerana ia hukuman paling minimum," ujar Taufek.

Pada 20 Februari lalu, Tunku Ismail mempersoalkan mutu pengadilan bola sepak tanah air yang disifatkan tidak berkualiti selepas melalui tujuh perlawanan Liga Malaysia.

Menurutnya, masalah itu bukan sahaja melibatkan Johor Darul Takzim dan Johor tetapi turut melibatkan pasukan lain.

Bas Merdeka Rakyat dibaling batu, Anwar kena serpihan kaca

Posted: 07 Mar 2013 09:16 PM PST

KEADILAN DAILY
 
BUKIT KATIL : Berpuluh-puluh samseng Umno BN bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil di sini, malam tadi.

y5

Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

"Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis," tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.

y1

Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.

Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.

"Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut," katanya.

y3

Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat.

Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.

crowd

Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng.

Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini.

Untuk tonton rakaman keganasan samseng Umno BN, KLIK INI.

Perbuatan liar samseng gambaran akhlak pemimpin Umno – Anwar

Posted: 07 Mar 2013 09:11 PM PST

Mohd Arif Juhani

BUKIT KATIL : Tindakan liar samseng Umno BN yang membaling batu dan mencederakan beberapa penyokong Pakatan Rakyat, menggambarkan buruknya akhlak pemimpin parti pemerintah itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perbuatan samseng itu didorong hasutan penceramah Umno yang membangkitkan naluri bertindak di luar kawalan.

"Umno BN pilih orang tidak berakhlak sebagai jurucakap. Pakai tudung tetapi mulutnya penuh hasutan dan caci maki. Inikah akhlak seorang muslimah?

y3

"Lihatlah, samseng Umno BN tergamak melakukan isyarat lucah. Ini hasil ajaran Umno BN kepada pengikutnya," kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Berdekatan program Merdeka Rakyat yang dihadiri ribuan rakyat, Umno BN turut mengadakan acara dan antara yang berucap ialah Umi Hafilda Ali.

"Cermin bas tebal tapi pecah juga. Itulah bukti betapa busuknya hati perut samseng Umno BN kepada Pakatan.

"Saya seru ibu bapa yang ada malam ini. Pulang nanti, mari berdoa supaya anak-anak kita dijauhkan dari miliki akhlak seperti Umno BN," katanya.

 bassa


Anwar kesal kerana Umno BN tidak berani berdepan dengan Pakatan secara matang, sebaliknya menggunakan samseng untuk menunjukkan kuasa.

"Kalau tidak puas hati, kemuka hujah dan bukti. Bukannya maki hamun. Ini bukan cara politik matang.

"Tengoklah pemimpin Umno BN. Berapa kali saya ajak Datuk Seri Najib Razak berdebat, sampai sekarang tidak sahut," katanya.(FZL)

Kaitkan lirik lagu ‘Tanya Sama Najib’ jadi bahan ketawa

Posted: 07 Mar 2013 09:01 PM PST

Oleh: Mohd Arif Juhani Abdul Rahman

BUKIT KATIL: Tindakan media  Umno BN mengaitkan lirik lagu nyanyian Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan insiden di Lahad Datu, sekadar menjadi bahan ketawa dalam  ceramah Pakatan Rakyat.

Dalam program Jelajah Merdeka Rakyat (JMR) di Bukit Katil, Melaka, semalam, ketua umum KEADILAN itu mengulas tindakan memanipulasi lirik lagu 'Tanya Sama Najib' yang selalu dinyanyikan beliau dalam program Pakatan.

Anwar secara berjenaka merujuk laporan Buletin Utama, TV3  menyiarkan rakaman nyanyian berkenaan untuk mengaitkannya sebagai dalang pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Lahad Datu.

"Umno BN punyalah teruk sampai lagu yang saya nyanyi pun mereka salah faham.

"Lirik lagu saya ialah 'tanya sama Najib, apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang'.

"Sebab lirik lagu ini, Umno BN riuh rendah kata ini bukti saya dalang kumpulan pengganas Sulu. Lemah sungguh pemikiran Umno BN sekarang," katanya disambut ketawa hadirin.

Menurut Anwar, lagu berkenaan tidak bermaksud memberi Sabah kepada kumpulan penceroboh seperti digambar media Umno BN.

"Kita maksudkan rakyat Sabah nak tolak Umno BN dalam PRU, bukannya nak bagi Sabah kat kumpulan penceroboh.

"Sebab fitnah Umno BN ini, saya akan saman media mereka," ujar Ahli Permatang Pauh sambil disambut sorakan orang ramai.

Hari ni, Anwar memfailkan saman terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan stesen TV3 kerana mengaitkan beliau dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah.

Tempoh 24 jam diberi kepada media berkenaan untuk menarik dakwaan dan memohon maaf, namun kedua-duanya gagal berbuat demikian.

Op Daulat: 52 pengganas maut, operasi diteruskan

Posted: 07 Mar 2013 08:54 PM PST

SINAR HARIAN

ceroboh Sabah - Najib
Najib Tun Razak ketika bertemu dengan pasukan keselamatan negara di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang siap sedia berjuang dalam Operasi Daulat hari ini
 
KUALA LUMPUR - Malaysia mewujudkan benteng pertahanan di sepanjang perairan pantai timur Sabah bermula dari Kudat di bahagian Utara hingga ke Tawau di bahagian Tenggara bagi menyekat sebarang elemen pencerobohan terutama dari wilayah kepulauan di selatan Filipina.
  
Perisytiharan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibuat berikutan kejadian pencerobohan kumpulan militan dari Sulu di Lahad Datu 12 Februari lepas dan sehingga kini insiden itu masih berlanjutan.
  
"Kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan Sabah... soal Sabah dalam Malaysia tidak harus dipertikai oleh sesiapa," kata Najib selepas melawat kawasan 'ground zero' di Felda Sahabat 16, Lahad Datu Sabah.
  
Kawasan Keselamatan Khas Sabah itu merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, dan kerajaan akan menempatkan lima batalion tambahan terdiri daripada pasukan tentera dan polis di kawasan itu.
  
Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (Rascom) iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu.
       
Kawalan Rascom meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit yang diisytiharkan sebagai Kawasan Keselamatan Istimewa oleh Datuk Abdul Razak Hussein selaku perdana menteri ketika itu.

Pencerobohan pengganas  


Pada Selasa pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari dan pasukan keselamatan kini meneruskan operasi dengan tindakan susulan dan penggeledahan.
  
Selepas tiga hari gerakan ofensif dilancar, pasukan keselamatan negara masih mendapat tentangan daripada kumpulan pengganas militan itu dan hari ini berlaku dua kejadian berbalas tembak iaitu di Kampung Tanduo yang merupakan kawasan kumpulan itu bertapak dan di Tanjung Batu.
  
Seramai 32 musuh terbunuh dalam pertempuran hari ini iaitu 31 dalam kejadian pada 11 pagi di Tanjung Batu dan seorang dalam kejadian 6.45 pagi di Kampung Tanduo.
  
Tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua-dua kejadian itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
  
51 pengganas terbunuh

Sejak isu pencerobohan sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata di Lahad Datu 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban manakala 52 pengganas militan terbunuh.
  
Menegaskan pendirian Malaysia, perdana menteri berkata, operasi bagi memburu kumpulan penceroboh militan itu akan diteruskan dan Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.
  
Beliau berkata Malaysia menghormati prinsip kemanusiaan dan memberi cukup masa untuk berunding dengan kumpulan penceroboh militan sebelum melancarkan gerakan ofensif.
  
"Kita beri tempoh lebih tiga minggu (untuk rundingan) dan tangguh (serangan) empat kali, kita hanya bertindak bila mereka bunuh lapan anggota polis kita," kata Najib yang melahirkan rasa puas hati dengan keberhasilan operasi bersama pasukan polis dan tentera itu.
  
Laporan media dari Filipina hari ini memetik Jamalul Kiram III meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia pada Selasa.
  
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon pula menyeru agar 'keganasan' di Sabah, dihentikan dan mencadangkan agar pihak terlibat mencari penyelesaian secara aman terhadap apa yang berlaku. - Bernama

Keputusan tegas tidak terima gencatan senjata pengganas Sulu

Posted: 07 Mar 2013 08:53 PM PST

Wartawan Sinar Harian

ceroboh Sabah
Sekatan jalan raya dibuat dekat Imbara Budi menuju ke Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanduo berikutan serangan pihak keselamatan Malaysia keatas pencerobohan kumpulan bersenjata,
 
KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan Malaysia menolak tawaran gencatan senjata oleh kumpulan penceroboh militan Sulu di Sabah adalah satu tindakan tegas, bijak, wajar dan tepat demi mempertahankan kedaulatan negara.

Beberapa pihak hari ini menyokong penuh pendirian Malaysia supaya tidak menerima tawaran pemimpin kumpulan pengganas itu, Jamalul Kiram III, kecuali mereka menyerah diri tanpa syarat.

Malah bekas pemimpin tentera, bekas diplomat dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) mendesak agar kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang mendarat di persisiran pantai timur Sabah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada 9 Feb lepas segera diusir dari bumi Sabah.

Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berkata walaupun kumpulan bersenjata itu diberi masa yang cukup untuk berundur namun mereka enggan dan sebaliknya terus mencabar kedaulatan dan maruah negara.

"Sebarang gencatan senjata hendaklah tanpa syarat...mereka perlu meletak senjata dan menyerah diri," katanya ketika dihubung Bernama. 

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika meninjau Ops Daulat di Felda Sahabat 16, Lahad Datu, mengumumkan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh itu tidak meletak senjata tanpa syarat.

Terdahulu, laporan media Filipina memetik Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, memohon gencatan senjata secara unilateral susulan kematian beberapa anggota pengikutnya dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia.

Selain menolak tawaran gencatan senjata, Najib mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu dengan penambahan lima batalion pasukan keselamatan.

Mohd Azumi, yang pernah terlibat dalam Op Pasir bagi menjaga persisiran pantai Sabah dan Sarawak, menganggap langkah itu sebagai amat baik bagi menyelaras langkah keselamatan selain memuji kerjasama baik antara pihak polis dan tentera dalam Op Daulat di Sabah.

Sementara itu, bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Tan Sri Razali Ismail berkata kumpulan bersenjata itu perlu diusir bagi menamatkan segera krisis pencerobohan itu. 

"Saya fikir mereka harus dicampak keluar dari negara ini, tidak sama sekali datang ke Malaysia lagi dan terpulang kepada kerajaan Filipina untuk ambil tindakan susulan," katanya.

Razali, yang juga Pengerusi Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM), berkata tidak ada gunanya untuk mengekstradisi Jamalul Kiram ke negara ini kerana isu pencerobohan dan tuntutan ke atas Sabah akan berlarutan.

"Saya tidak faham apa untungnya untuk kita ekstradisi (Jamalul Kiram) ke sini. Dia banyak pengikut dan nanti akan banyak lagi cerita dan mungkin mereka akan ceroboh lagi ke Malaysia," tegasnya.

Beliau memperjelaskan tuntutan pengikut Kesultanan Sulu yang mendakwa Sabah milik mereka adalah tidak berasas kerana negeri itu milik sah Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa.

"Tuntutan itu sudah lama berlarutan dan rakat Sabah sendiri sudah mengatakan bahawa Sabah adalah milik Malaysia...jadi hentikan tuntutan lagi...tutup cerita," katanya.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kajian mendalam mengenai aspek perundangan berkaitan ekstradisi perlu dibuat sebelum sesuatu tindakan diambil.

"Kita serahkan kepada Peguam Negara untuk beri nasihat undang-undang sama ada ia boleh dilakukan atau tidak bagi memastikan apabila sesuatu tindakan diambil, ia berasaskan kepada undang-undang," katanya.

Pejabat Peguam Negara sebelum ini dilapor akan mengemukakan permohonan untuk mengekstradisi Jamalul Kiram ke negara ini dari Filipina jika terbukti ada kes terhadapnya.  - Bernama

Sultan Sulu ulangi tawaran gencatan senjata

Posted: 07 Mar 2013 08:51 PM PST

SINAR HARIAN

Sabah diceroboh
Sabah diceroboh

SHAH ALAM - Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, mengulangi tawaran untuk mengadakan gencatan senjata selepas permintaan awal semalam ditolak oleh Malaysia.

Dipetik portal ABS-CBNnews Filipina, jurucakap Sultan Sulu mengemukakan tawaran kali kedua lewat semalam selepas ditolak oleh Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi petang semalam.

"Kerajaan Malaysia menolak terus permintaan (diadakan gencatan senjata)... mandatnya sebelum mengiktiraf gencatan senjata unilateral yang dibuat oleh Sultan Sulu, mesti menyerah, kata mereka, 'militan' kepada mereka. Oleh itu, respons kepada itu, saya mahu mengulangi bahawa Kesultanan Sulu sekarang mengisytiharkan akan mengakhiri permusuhan secara unilateral," kata Abraham Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu.

Abraham juga berkata, pihaknya akan mengatur proses membebaskan tahanan - empat rakyat Malaysia yang terdiri daripada seorang anggota polis, dua anggota tentera dan seorang pegawai kerajaan jika gencatan senjata dipersetujui oleh Putrajaya.

"Kami ingin memasukkan pengumuman menamatkan permusuhan bahawa Kesultanan Sulu, di bawah kepimpinan Sultan Jamalul Kiram III, bersedia untuk tukar tahanan perang," katanya lagi.

"Pasukan Keselamatan Diraja (di Lahad Datu) tidak ada tahanan tetapi rakyat yang bangkit di Semporna ada, jadi kami akan minta mereka. Kami akan mendesak mereka patuh mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," katanya lagi.

Semalam, Najib menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.

Najib, yang melawat Sabah selepas tiga hari pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, berkata Presiden Filipina Benigno Aquino III telah menghubungi beliau untuk mendapatkan reaksi Malaysia berhubung kenyataan Jamalul mengenai gencatan senjata.

"Saya bagi tahu Presiden Aquino bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan senjata itu perlu diserah kepada kita," katanya.

Jamalul meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia.

PR khuatir PRU13 tangguh

Posted: 07 Mar 2013 08:50 PM PST

NOR 'ASYIKIN MAT HAYIN

PR khuatir PRU13 tangguh
Salahudin ketika berucap sempena Jelajah Treler Pas di pekan Parit Bakar sebelum menyampaikan ceramah di di Parit Gantong dekat Parit Jawa.
 
MUAR – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub  menyuarakan kebimbangan Pakatan Rakyat (PR) berkaitan konflik di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sebagai penyebab kerajaan melewat-lewatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan pembubaran Parlimen.

"Kita (PR) dah tunggu lepas sambutan Cap Goh Meh tapi tidak bubar juga, hendak tunggu bila lagi.

"Dun Johor bubar 21 haribulan (Mac) ni, takkan nak biar Dun Johor terbubar macam itu saja?

"Saya rasa apa yang berlaku hari ini membuktikan Barisan Nasional (BN) benar-benar takut berdepan dengan PR dan sebab itu mereka melengah-lengahkan pembubaran Parlimen," katanya.

Salahudin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  membubarkan Parlimen dan jangan jadikan Sabah sebagai alasan perlembagaan digantung dengan  mengisytiharkan darurat supaya PRU13 ditangguhkan.

Menurutnya,  PR  sedia bersama memikirkan cara terbaik menjaga keselamatan negara daripada pencerobohan.

Katanya, sikap tidak menjelaskan peristiwa sebenar di Lahad  Datu juga antara punca timbul pelbagai spekulasi.

"Majlis Tertinggi PR adakan  mesyuarat tiga hari lalu dan desak keluarkan kenyataan supaya orang tahu, kita tak nak tuduh siapa salah.

"Perdana Menteri bertanggungjawab untuk menjawabnya di Parlimen tetapi beliau  tak buat," katanya.

Tiada ulasan: