Selasa, 26 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Negeri-Negeri PR Akan Bubar DUN 22 April

Posted: 26 Mar 2013 06:35 AM PDT


MB pc PKR hq 01

PETALING JAYA : Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan menamatkan segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanrayua Umum di adakan dengan menetapkan tarikh 22 April ini bagi membubarkan Dun.

Tindakan ini akan dilakukan sekiranya perdana menteri tidak memgumumkan pembubaran parlimen sebelum tarikh tersebut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor telah memutuskan untuk membubarkan Dun pada tarikh tersebut.

Manakala negeri-negeri pakatan lain akan dibawa berbincang untuk mencapai kata sepakat berhubung tarikh bersama pembubaran Dun.

'Pakatan Rakyat tidak mahu berdolak dalik mengenai pembubaran Dun kerana ia mendatangkan kegelisahan kepada rakyat.

"Pembubaran Dun di Negeri Sembilan yang berlaku hari ini secara otomatik tidak di izinkan berlaku di negeri pakatan Rakyat," kata Abdul Khalid dalam sidang media bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rayat di sini.

Menurut beliau yang juga Adun Ijok, penetapan tarikh tersebut untuk memberi tekanan kepada perdana menteri untuk membubarkan parlimen.

Menjawab soalan lain Abdul Khalid berkata penetapan tarikh pembubaran Dun tersebut juga bagi membolehkan SPR membuat keputusan supaya diadakan pilihanraya serentak.

Sebelum ini SPR menjanjikan tidak akan mengadakan pilihanraya berasingan bagi mengelak penggunaan wang rakyat yang banyak.

Selangor akan tamat tempoh matang Dunnya pada 22 April ini. Manakala Kedah 5 Mei, Pulau Pinang 2 Mei dan Kelantan 28 April.

Sidang media tersebut turut di hadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Bapa Saiful teruskan jelajah pendedahan konspirasi Fitnah II

Posted: 26 Mar 2013 06:11 AM PDT

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Siri pendedahan konspirasi Fitnah II oleh bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim ke seluruh negara bertujuan membongkar kepada rakyat betapa terdesaknya Umno BN memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kekal berkuasa.

Dalam siri pertamanya di Kedah dan Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad lepas, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, sambutan rakyat pada ceramah jelajah itu sangat menggalakkan.

Azlan

"Contohnya di Taman Semarak, Sungai Petani pada Ahad, kehadiran dianggar mencecah ribuan rakyat.

"Sambutan menggalakkan ini menunjukkan rakyat yakin kes membabitkan Saiful itu hanyalah konspirasi politik fitnah semata-mata," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.

Johari berkata, dalam ceramah itu, Azlan berulang kali menyatakan keyakinan kes Fitnah II hanya konspirasi untuk mencemar imej Ketua Umum KEADILAN.

"Dia (Azlan) yakin bahawa Fitnah II adalah konspirasi politik yang dirancang selepas beliau menyiasat dan mengumpul maklumat berkaitan isu tersebut ketika perbicaraan termasuk beberapa buku yang menulis mengenai kes tersebut," kata Johari.

Menurut Johari, Azlan turut mempersoal mengapa polis tidak mengambil keterangan beliau, sedangkan dia bersama anaknya, Saiful Bukhari tinggal serumah.

"Beliau (Azlan) juga curiga apabila mahkamah tidak memanggilnya sebagai saksi, seolah-olah peranannya sebagai bapa diketepikan begitu sahaja," katanya.

Menurut Johari, siri jelajah ini akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat untuk pastikan rakyat tidak lagi tertipu dengan fitnah politik Umno BN. – NS

Takut kalah pilihan raya punca Najib tak bubar2 Parlimen – Anwar

Posted: 26 Mar 2013 06:09 AM PDT

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum membubarkan Parlimen, walaupun tempoh mandat BN mentadbir Kerajaan Persekutuan melepasi tempoh lima tahun, selepas pilihan raya 2008.

Najib gerun jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tempatnya di Putrajaya. Lebih parah, hanya tinggal sehari lagi sebelum satu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negeri Sembilan, diikuti negeri kelahiran Perdana Menteri – DUN Pahang pada 7 April.

Ketua Umum KEADILAN berkata, keengganan Perdana Menteri membubarkan Parlimen kerana percaya Umno BN langsung tidak yakin untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Sebab itu sehingga sekarang Najib masih belum bubarkan Parlimen," katanya pada wawancara bersama Radio Free Malaysia (RFM), malam tadi.

Anwar berkata, Umno BN tahu mereka tidak yakin dapat meraih sokongan walaupun setiap hari pelbagai pemberian kerajaan diumum untuk diberikan kepada rakyat.

"Kalau Najib yakin, walaupun sedikit bahawa Umno BN boleh memenangi PRU, sudah tentu dia bubarkan Parlimen sebelum 8 Mac lalu.

"Dari segi undang-undang, tidak salah Umno BN memerintah, tetapi dari segi moral, hak Umno BN untuk teruskan pemerintahan harus berakhir pada 8 Mac, selepas genap lima tahun mandat," katanya.

Beliau mempertikai Umno BN yang sekarang baru memikirkan soal rakyat ketika nyawa parti itu hampir luput.

"Selama lima tahun sebelum ini apa yang Umno BN fikirkan?

"Sekarang baru fikir nak beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), naikkan  bonus dan elaun kakitangan, beri permit teksi tetapi sebelum ini semua permit itu diberikan kepada kroni Umno BN," bidas Anwar.

Sambungnya, selepas BR1M diagihkan, defisit negara akan meningkat dan menyebabkan cukai naik.

"Kesannya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diumumkan. GST inilah akhirnya akan menambah beban kepada rakyat terbanyak dan kos sara hidup lebih parah," ujarnya.

Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.

Manakala pada 22 April (Selangor), 24 April (Perak), 26 April (Melaka), 28 April (Perlis dan Kelantan), 29 April (Sabah), 2 Mei (Penang dan Kedah) dan 5 April (Terengganu). – NS

Saifuddin Dedahkan Agen UMNO BN Mahu Keluarkan Video Seks Nurul Izzah Pula

Posted: 26 Mar 2013 05:52 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen "Umno-BN" untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah , ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.

Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.

"Ia adalah amaran, ugutan politik.... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

"Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video," kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini. Saifuddin tidak menyatakan permintaan atau sebab mengapa agen tersebut membenarkan beliau untuk menonton video, disiarkan di dalam kereta tetapi mengulangi ia adalah ugutan biasa untuk memusnahkan karier politik mereka yang disiarkan menuju pilihan raya umum.

Beliau menegaskan video tersebut adalah palsu, mengatakan ia direka menggunakan manipulasi imej digital melibatkan gandingan adegan berasingan untuk memberi gambaran penggubal undang-undang yang diketengahkan telah melakukan salah laku seksual.

"Kami tidak rasa takut. Kami sudah biasa," katanya, sambil menambah jika dikeluarkan, kesahihan video dan gambar boleh dicabar di mahkamah.

Tetapi Saifuddin menerangkan, PKR mahu memberi amaran kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu mengenai video mungkin akan dikeluarkan untuk menggelirukan pengundi dalam apa yang beliau labelkan sebagai tindakan terdesak.

"PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit.

"Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan," katanya. "Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."

Anwar telah berulang kali pada masa lalu dikaitkan dengan pelbagai video seks dan gambar, termasuk video terkenal yang mendakwa perlakuan seksnya dengan gadis China yang dikeluarkan oleh "trio Datuk T" tahun lepas.

Dalam serangan terbarunya, penulis blog pro Umno mengeluarkan gambar seorang lelaki menyerupai Anwar bercumbu dengan seorang lelaki dan menyiarkan sebahagian daripada videonya berbual dengan seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun yang dituduh melakukan hubungan seks dengannya kemudian.

Anwar baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap penulis blog pro Umno Papagomo selepas tuduhan video seks tersebut, mendakwa imej yang dikeluarkan palsu dan bertujuan untuk merosakkan imejnya.

Ulasan GB

Dah lebih teruk daripada perbuatan dan pekerjaan orang kafir dah sehinggakan perempuan Islam pun hendak dijadikan mangsa fitnah mereka.

Silakan jika ingin terus melakukan dan menyebarkan video fitnah tersebut. Ia bakal mempercepatkan UMNO BN lingkup.

Dan seperti yang GB utarakan selama ini, golongan yang hidupnya memfitnah dan mempercayai serta menyebarkan fitnah itu, rohnya tidak akan senang ke mana saja ia pergi dan pendek umur!

Kita berdoa agar Allah s.w.t. segera mencabut nyawa si pereka dengan semua yang terlibat dengan penghasilan dan penyebaran video fitnah berkenaan agar tidak terlalu banyak dosa yang dipikulnya di dunia dan diakhirat nanti. Amin Ya Rabbal-'alamin.


sebahagian dari cyber-trooper UMNO


Husam vs Papagomo: Bekas Isteri Papagomo Jadi Saksi Sahkan Identiti Papagomo

Posted: 26 Mar 2013 05:49 AM PDT


KELAB GREENBOC

Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.

Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang.

Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur.

Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa.

Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China.

"Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina.

"Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh.

"Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja," katanya.

Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut.

Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll'.

Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni."

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah.

Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay.

Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti.

Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos.

Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan meminda peryataan pembelaan.

Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog "parpukari.blogspot.com". Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012. -HD



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Program menghasut: Pemantau PRU buat laporan polis

Posted: 26 Mar 2013 05:45 AM PDT

Rizal Tahir,



(Pemantau PRU Kelantan membuat laporan polis ke atas program yang menghasut)


KOTA BHARU: Pemantau Pilihanraya Kelantan hari ini membuat laporan polis berkaitan jenayah hasutan dan salahguna kuasa yang berlaku pada 23 Mac lalu.

Ia dikatakan berlaku dalam program Seminar mendaulatkan Islam Agama Negara (Semaian)  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pertubuhan Muafakat Sejahtera masyarakat, dengan kerjasama Biro Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Putih, Kelantan.

Laporan polis itu dibuat Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof, di IPD Kota Bharu, jam 10.30 pagi tadi setelah menerima maklumat dari orang ramai berhubung perkara itu.

Faizal ketika memberitahu media selepas membuat laporan polis itu berkata, program berkenaan lebih condong kepada hasutan dengan tujuan untuk membangkitkan kemarahan pada pihak lain.

(Faizal dan rakan-rakan keluar dari balai polis selepas membuat laporan)

Katanya, program itu amat  memberi kesan pada hasutan terhadap agama dan ianya merupakan jenayah hasutan yang nyata di negara ini.

"Kami berpandangan program itu satu penyalahgunaan institusi awam oleh pihak tertentu terutama untuk pilihanraya sekarang.

"Kita kena hormati pihak lain,  prinsip  asas  Perlembagaan Persekutuan khususnya bahagian 10 penjawat awam yang perlu bebas dari dicengkam anasir-anasir pihak politik,"ujarnya.

Tambahnya, jelas dalam program tersebut, telah mewujudkan suasana hasutan oleh pihak tertentu.

Beliau turut menambah perkara ketiga yang amat serius dalam program itu terdapat amalan menyekat amalan demokrasi berparlimen di malaysia.

"Terdapat tuduhan yang amat  tidak bertepatan dan tidak wajar dilemparkan kepada satu parti politik yang disahkan berdaftar dan undang-undang kononnya parti itu cuba nak buat sesuatu.

"Atas dasar itu kita ambil inisiatif supaya laporan polis ini dibuat semoga siasatan terhadap mereka perlu dilakukan,"ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap perkara yang serupa tidak berlaku lagi apatah lagi di saat untuk menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.

Katanya, mana-mana parti yang ingin berkempen diharap  telus, semua orang boleh tahu dan tiada nilai hasutan seperti itu.

Menurutnya, dalam program yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat itu turut memaparkan grafik menghasut supaya pembaca marah dan memusuhi pihak yang didakwa.

Faizal seterusnya berkata, antara yang disebarkan paparan grafik (DAP) menolak Islam, malah mengandungi kata-kata hasutan DAP adalah alat gerakan Kristian terancang di Malaysia.

Hilangnya tiga butir permata ummah

Posted: 26 Mar 2013 04:29 AM PDT

Nasrudin Hassan,
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada keluarga tiga orang ulama' besar di negara ini yang telah menghembuskan nafas mereka semalam. Tiga orang ulama' terbabit adalah Tuan Guru Haji Ali Kedah, Tuan Guru Hj Muhammad Abdullah- Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Kedah dan Dr Uthman El Muhammady, Tokoh Maal Hijrah 2005.

Tarikh 25 Mac 2013 tidak mungkin dapat dilupakan dalam lipatan sejarah ekoran kembalinya ketiga-tiga ulama' tersebut ke rahmatullah. Ketika umat Islam merasa pilu dengan syahidnya ulama' besar dunia, Almarhum As Syahid Syeikh Dr Sa'id Ramadhan Al-Buti yang mati dibunuh di Masjid Iman, Dimasyq, Syria beberapa hari yang lepas, negara ini pula kehilangan serentak ketiga-tiga ulama'.

Bagi DPPM, pemergian ketiga-tiga ulama' ke rahmatullah merupakan suatu kehilangan besar kepada umat Islam dan negara ini. Hilangnya ulama' bererti hilangnya cahaya yang akan memandu ummah ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Tuan Guru Haji Ali adalah seorang ulama' ternama yang sering menyampaikan ilmunya di kawasan sekitar Kedah. Dengan ilmunya, beliau menjadi insan yang disegani oleh masyarakat dan hasil didikan beliau telah melahirkan ribuan pemimpin masyarakat.

Umat Islam khususnya di negeri Kedah juga menangisi pemergian Almarhum Tuan Guru Haji Muhammad Abdullah, Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Kedah ke rahmatullah semalam. Selain memimpin Dewan Ulama' PAS Kedah, beliau juga adalah mudir bagi pusat ilmu terkenal di Kedah iaitu Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak Langgar, Alor Setar.

Sebagai pemimpin gerakan Islam, beliau gigih, istiqomah dan sabar dalam menghadapi pelbagai ujian yang melanda. Dengan pengalaman luas beliau sebagai pemimpin PAS Kedah, menjadikan gerakan Islam terutama di negeri Kedah semakin diterima masyarakat. Sehingga kini, PAS menjadi semakin berkembang manakala ahli-ahli PAS semakin bertambah. Beliau adalah segelintir pemimpin PAS yang awal bergelumang bersama-sama Presiden PAS, Almarhum Dato' Haji Fadzil Mohd Noor membina landskap politik sehingga menjadi begitu berpengaruh di negeri tersebut. Kehilangan beliau amat dirasai dan sukar bagi PAS mencari ganti kepemimpinan seperti almarhum.

Selain beliau, negara juga dikejutkan dengan pemergian almarhum Dr Uthman El Muhammadi petang semalam. Dengan keluasan ilmunya, beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2005, menjadi intelektual Islam puluhan tahun serta menghasilkan ratusan penulisan yang menjadi rujukan penting umat Islam. Dengan jasa dan sumbangan beliau yang terlalu besar terhadap dunia Islam, wajarlah kerajaan mengangkat beliau sebagai insan ulama' yang disegani dan dihormati di rantau Asia.

DPPM mendoakan semoga roh almarhum ketiga-tiga ulama' besar tersebut ditempatkan disisi Allah sebagai insan soleh jua. DPPM juga mengharapkan semoga keluarga almarhum tabah dan sabar menghadapi ujian yang melanda.
Nasrudin Hassan,
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

HASSAN JATI DAN EZAM SESUMPAH - DARI CERAMAH ATAS LORI IKAN, KINI CERAMAH DI BAWAH TAPI TETAP TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN

Posted: 26 Mar 2013 04:22 AM PDT



WFAUDZAN NS

Malam kelmarin (19hb Mac 2013), satu ceramah anjuran JATI di Bersebelahan Sukaramai Seafood, Batu Belah Klang, Selangor telah diadakan.  Bak kata Blogger Omak Kau, kali ini lori ikan tidak digunakan...rosak kot!!  Tajuk ceramah " Lahad Datu - Siapa Pengkhianat dan Dalang".  Biarpun pemimpin Umno selalu sebut jangan politikkan isu Lahad Datu, tapi siapa peduli?

Tentulah penceramah utama malam itu Hassan Jati iaitu orang yang telah ditendang keluar dari PAS akibat meroyan tidak tentu pasal salahkan parti bila jawatan dan kedudukan di dalam parti diambil orang.  Sekor lagi yang berceramah malam itu bekas orang kuat KEADILAN, Senatak (Senator Katak) Ezam sesumpah, sekor lagi yang menjual maruahnya melutut kepada pemimpin Umno akibat sesak hidup seperti yang pernah didedahkan oleh Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden KEADILAN sendiri.
Baru-baru ini pertubuhan yang bernama 'BERSATU' telah diwujudkan di mana menggabungkan JATI, PERKASA, Waris Malaya dan beberapa pertubuhan cicak mengkarung belaan Umno.  Kumpullah banyak mana pun pertubuhan cicak mengkarung ini namun rakyat sudah tahu tujuan BERSATU.
Sepatutnya setelah Anwar dilabelkan sebagai kaki seks, ejen negara asing, ejen Yahudi dan kini dalang Lahad Datu, tentulah program malam itu anjuran JATI ini mendapat sambutan hangat paling kurang 500 orang para-para pencacai yang hadir mendengar.   Tetapi lihat sahaja lah berapa ramai manusia yang hadir dan beraba banyak 'Syaitan yang dikenali' (ghaib) berada di kerusi kosong?

Kadangkala kesihan melihat Hassan Jati dengan Ezam sesumpah ini.  Jika dahulu sewaktu mereka berdua berada bersama rakyat menentang kezaliman, setiap program mereka akan dihadiri tidak kurang dari 1000 orang.  Malangnya, setelah bersekongkol dengan pihak yang zalim dan perompak hak rakyat, ini lah balasan yang mereka perolehi.  Mungkin mereka tidak perlu lagi kehadiran ramai orang untuk mendengar ceramah mereka kerana jika tiada orang pun poket mereka tetap 'berisi'.

Begitulah keadaannya bila kita berada bersama kumpulan zalim.  Di dunia lagi telah dihinakan.  Sebaliknya, semakin kuat fitnah ke atas Anwar, lihat sahaja program beliau sentiasa mengundang kehadiran tidak pernah kurang dari 5000 orang walaupun hanya sekadar program minum petang (Hi Tea) sahaja.  Ertinya, fitnah bukan budaya bagi rakyat yang bertamaddun.  Rakyat mahu mendengar hujah dan fakta berkaitan dasar-dasar negara dan bukan cerita-cerita lucah.

Ehsan Foto:  Blogger Omak Kau

Shuhaimi Baba: Artis perlu imbangi politik kebencian

Posted: 26 Mar 2013 04:20 AM PDT

JAMILAH HAMZAH

Suhaimi Baba
Suhaimi Baba
 
SHAH ALAM - Pengarah filem kontroversi Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata, golongan artis perlu memainkan peranan penting untuk mengimbangi politik kebencian yang wujud di negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa majoriti artis, dalam lingkungan 90 peratus, adalah neutral tanpa melibatkan diri dalam mana-mana parti sama ada pembangkang mahupun kerajaan.

Sehubungan itu katanya, fenomena artis terlibat dalam politik adalah disebabkan sama ada minat yang mendalam terhadap dunia tersebut serta kurang daya saing dalam dunia seni.

Bagaimanapun beliau mendakwa, artis beragama Islam terlibat dengan pembangkang dilihat cenderung menyemai sikap kebencian daripada kasih sayang.

"... tidak ada apa yang luar biasa, kita boleh bersuara juga dalam politik, seperti kita buat filem. Kita buat filem dengan kasih sayang. Kita bukan cakap semasa dekat PRU sahaja tetapi sepanjang masa.

"Apa yang saya tengok, politik sekarang lebih kepada kebencian. Oleh itu, artis boleh mainkan peranan untuk seimbangkan balik kebencian yang wujud tanpa mengira ideologi dan kita perlu hormat. Itulah integriti dan artis perlu untuk meredakan kebencian.

"... saya nak nasihat, nak kata Islam adalah satu agama yang menekankan perasaan sayang, bukan kebencian, seperti yang saya lihat dalam Pas," kata beliau pada Wacana Sinar Siri 18 bertajuk "Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Selepas pilihan raya umum 2008 ramai artis telah berhijrah memasuki arena politik. Ada yang menyertai Barisan Nasional (BN) dan ada juga yang menganggotai komponen Pakatan Rakyat (PR).

Penghijrahan dan suasana ini lebih kecoh apabila pelakon Abby Abadi yang juga ahli Pas dilihat giat mengeluarkan kenyataan yang mengutuk rakan artis seangkatannya.

Satu persatu artis telah berkecimpung dalam bidang politik, dilaporkan juga penyanyi terkenal Wan Aisyah Wan Arifin akan turut dicalonkan pada PRU13 atas tiket Pas.

Mengulas lanjut, Shuhaimi yang juga Presiden Pengeluar Filem Malaysia berkata, penglibatan artis dalam politik juga boleh menaikkan kerjaya seseorang artis.

Katanya, tidak salah jika artis digunakan oleh parti politik untuk memancing undi dan menerima bayaran untuk kerja yang dilakukan.

"Memang betul artis digunakan untuk pancing undi itu tidak menjadi salah sejak dahulu lagi termasuk luar negara.

"Lagi baik parti yang memerlukan khidmat artis ini membayar kepada mereka, tapi jangan menjadi boneka. Ini perkara normal menjadikan ini sebagai sumber pendapatan," katanya lagi.

Wacana anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini turut menampilkan dua orang ahli Pas iaitu Bob Lokman dan Hairie Othman, Presiden Seniman Zed Zaidi, Suhaimi dan moderatornya Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Bob Lokman: 'Saya dipelawa untuk raih undi'

Posted: 26 Mar 2013 04:17 AM PDT

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
Bob Lokman
Bob Lokman
 
Wacana Sinar petang ini, Bob Lokman mahu hidang 'kisah buka fikiran'
Wacana Sinar
 
SHAH ALAM - Bekas pelawak Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, mengakui beliau berkecimpung dalam arena politik kerana ada pihak meyakini kredibilitinya dalam meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"(Ia) kerana kredibiliti saya untuk memancing undi," kata beliau ketika berhujah dalam Wacana Sinar Siri ke-18 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Bob berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau dipelawa memasuki parti politik kerana penghijrahan beliau atau kerana popularitinya sebelum ini.

Gelombang Biru 'DiReka' Mengaburi Mata Rakyat

Posted: 26 Mar 2013 04:11 AM PDT

 Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU - Program 'Gelombang Biru' yang mula diperkenalkan Umno dan Barisan Nasional semasa zaman pemerintahan kerajaan PAS di negeri Terengganu, bukanlah kebangkitan sebenar rakyat.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, program tersebut sengaja di reka Umno-BN kerana mahu mengaburi mata rakyat daripada 'kerja kotor' memanupulasi daftar pemilih dan mendaftarkan 'pengundi hantu' dari negeri Selangor.

"dia ambil orang-orang (Umno) Selangor puluh-puluh ribu dia bawa mari daftar di Terengganu, naik daftar (undi) Terengganu berlipat kali ganda, bila mari pilihan raya tahun 2004,

"dia mari mengundi di terengganu, waktu petang balik mengundi di Selangor, SPR khusus untuk Selangor sahaja sambung waktu mengundi sampai pukul tujuh (malam),

"kerana tu Umno menang di Terengganu, bukan sebab anak Terengganu yang lahir di Terengganu nak tukar kerajaan, (ketika itu) dia start (mula program gelombang biru, konon-konnya orang (ramai) masuk Umno,"jelas Datuk Husam.

Beliau berkata, program gelombang biru tersebut dibuat supaya kelihatan di seluruh negara bahawa orang-orang Terengganu mahu berubah, pada hal ia tidak berlaku sedemikian.

Datuk Husam berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Hulu Besut baru-baru ini, bagi meraikan seramai 31 orang ahli dan aktivis Umno keluar dari parti itu dan menyerahkan borang permohonan seumur hidup menjad ahli PAS.

Menurutnya, takdir Allah SWT, Idris Jusoh yang menjadi 'dalang' penipuan tersebut telah menerima nasib buruk, dan tidak dilantik Menjadi Menteri Besar walaupun Umno-BN menang pada tahun 2008.

 http://buletinonline.net/v6/images/stories/berita29/idrismadsaidx.gif
 [Gambar - Idris walaupun menafikan, namun kelihatan amat sedih ketika Ahmad said dilantik Menteri Besar selepas PRU-12 tahun 2008]

Dedah Identiti Kumpulan Rancang Huru Hara Pilihanraya

Posted: 26 Mar 2013 04:01 AM PDT

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/Ust%20Riduan.jpgSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengesan usaha yang dirancang pihak tertentu untuk menimbulkan kekecohan di tempat mengundi di dalam pilihanraya umum ke 13.

Menurut nota yang diterima oleh Tan Sri Abdul Aziz, kumpulan terbabit merancang supaya petugas mahupun pengundi persoalkan status kertas undi dan mendesak diberi kertas undi lain dan jika tidak dilayan, petugas atau pengundi tersebut akan menjerit di tempat mengundi untuk tarik perhatian ramai dan media.

Tambahan pula, kumpulan tersebut turut menghasut pengundi dengan mendakwa dakwat kekal yang akan digunakan sebagai tidak halal.

Nota yang diterima oleh Tan Sri Abdul Aziz agak pelik dan belum pernah diketahui sumbernya. Pastinya ia bukan dari Pakatan Rakyat kerana PR tidak pernah merancang tindakan sedemikian.

Bagi PR, mempersoalkan status halal dakwat kekal bukan menjadi isu sekarang ini kerana PR sendiri mahukan dakwat kekal digunakan. PR juga akur dengan pandangan ulama' bahawa penggunaan dakwat kekal dibenarkan syarak.  Jika bukan PR, dari mana sumbernya dan dari kumpulan mana mereka ini?

Apakah kumpulan tersebut merancang supaya pilihan raya umum ke 13 menjadi kecoh, supaya dengan itu proses pilihan raya umum ke 13 tergendala dan akan mengakibatkan kesan kepada keputusan pilihan raya? Benarkah dakwaan tersebut atau suatu alasan perlu direka supaya rakyat jangan membantah apa sahaja proses pilihanraya yang dijalankan, termasuk jika ada kertas undi yang meragukan ataupun daftar pemilih yang mencurigakan?

Jika begitulah modus operandi kumpulan tersebut, Tan Sri Abdul Aziz perlu mendedahkan siapa pihak tersebut segera supaya mereka tidak berani melakukannya. Ia juga akan mengesahkan identiti mereka supaya diketahui umum sebelum mereka benar-benar bertindak. Ia juga dapat memastikan perancangan kumpulan terbabit dapat dipatahkan lebih awal, agar kekecohan semasa hari pengundian kelak tidak berlaku.

Apa yang diharapkan, SPR dapat menjalankan sistem pilihanraya di negara ini dengan penuh kelancaran tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Proses pilihan raya perlu dijalankan dengan penuh tertib, adab dan semua rakyat perlu menghormatinya. SPR pula menjalankan sistem pilihan raya ini dengan penuh amanah, bersih dan telus tanpa ada sebarang usaha manipulasi atau penipuan. Jika demikian, baharulah sistem pilihan raya negara ini dihormati dan disertai oleh semua pihak dengan hati yang terbuka.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tanpa peruntukan namun 5 tahun dilepasi dengan jaya

Posted: 26 Mar 2013 03:57 AM PDT



Muhammad Faizal,



Mujahid berucap dari atas treler

PARIT BUNTAR: PAS terus berkhidmat dengan cemerlang walaupun tanpa sebarang peruntukan diberikan oleh kerajaan sepanjang lima tahun memerintah.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ketika ditemui pada program jelajah Negara Berkebajikan turut menjelaskan sokongan yang diberikan oleh pelbagai kaum termasuk bukan Melayu amat membanggakan.

Beliau yang juga turut optimis dan yakin PAS akan terus mengekalkan kerusi yang dimenangi pada pilihanraya yang lepas.

"PAS untuk semua kaum dan apa yang saya lihat sekarang, kaum-kaum bukan Melayu telah menunjukkan sokongan padu mereka kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS di parlimen ini.

"Walaupun kita tidak diberikan peruntukan khusus oleh kerajaan tetapi itu semua bukannya halangan kepada kita untuk berkhidmtan, kita lihat sendiri kecemerlangan PAS menyelesaikan segala masalah yang timbul di kawasan ini," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Pak Jabit [L Mankadir Samsi] bercakap kepada orang ramai di depan treler

Tambahnya lagi, sepanjang lima tahun tanpa peruntukan segalanya berjalan lancar apatah lagi jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Putrajaya nanti.

"Selama lima tahun kita mampu berkhidmat tanpa sebarang masalah dan saya pasti jika Putrajaya milik kita, PAS akan berkhidmat lebih baik dari Barisan Nasional.

"Saya yakin penduduk di sini telah menilai kecemerlangan PAS dan mereka akan terus memberi sokongan kepada kita (Pakatan Rakyat) untuk terus mentadbir," sambung beliau lagi.

Dr Mujahid (gambar) yang sebelum itu ketika memberi ucapan di hadapan kira-kira lima ratus penyokong memberitahu agar rakyat membuat pilihan yang terbaik dalam mengembalikan hak yang telah dirampas oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurutnya lagi, hak rakyat yang ingin dikembalikan bukannya seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tetapi dalam bentuk janji-janji Pakatan Rakyat sepertimana yang terkandung di dalam Buku Jingga dan juga manifesto Pakatan yang bersifat berterusan.

"Kita akan lakukan reformasi besar dalam kerajaan demi kebajikan rakyat dan menyelamat negara ini.

"Hak rakyat bukan hak kami, apabila Pakatan memerintah kami akan kembalikan apa yang dirampas oleh BN kepada rakyat semula," ucap beliau.

Beliau yang menyatakan menukar dasar atau membuat reformasi dalam kerajaan bukan satu tindakan untuk menekan rakyat tetapi memberi kebajikan kepada rakyat keseluruhan.

Tubuh siasatan awam kaji keretakan Jambatan Kedua

Posted: 26 Mar 2013 03:52 AM PDT

Rizal Tahir,




Nazri dan rakn-rakannya menunjukkan keretakan pada Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua

KOTA BAHARU: Satu siasatan awam perlu dilakukan terhadap konsortium I.S Resourcers Sdn Bhd – Ris Capital Sdn Bhd, berhubung masaalah Jambatan Sultan Yahya Petra kedua yang mengalami keretakan.

Pada masa yang sama, Jabatan Persekutuan Kelantan (JPP) dan JKR diminta menyatakan pendirian sebenar berhubung masaalah keretakan itu kepada umum bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Kelantan R, meminta mereka yang terbabit supaya lebih telus dalam mengeluarkan kenyataan apa lagi ianya berhubung masaalah keselamatan orang ramai.

Presiden R, Nazri Deraman juga meminta turut menyifatkan jawapan pihak berkenaan semalam  tidak profesional dan kurang bertanggungjawab sebagai sebuah agensi kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada media hari ini ketika R melakukan lawatan ke Jambatan Sultan Yahya Petra kedua kira-kira 1.00 tengahari tadi untuk melihat sendiri keretakan itu.

R mengusulkan perkara itu diambil tindakan segera berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman, yang mendakwa jambatan itu berlaku keretakan bahagian penyambungan.

Anizam dalam sidang media dua hari lalu berkata, keretakan tersebut disahkan berlaku di penyambung di kawasan jajaran jambatan baru menghala Jalan Wakaf Siku.

Menurutnya, keretakan maksimum itu dapat dilihat dengan mata kasar iaitu 1.2 milimeter dan ini melibatkan keselamatan semua pihak.

"Kerajaan negeri berharap, pihak berkenaan mengambil langkah segera dan positif untuk menangani masaalah itu.

"Walaupun lapisan turapan itu siap di lima lokasi, tetapi terpaksa dibuka semula dan sebagainya. Kita bimbang berlaku kes yang sama di Puterajaya dan Terengganu,"ujarnya.

Sehubungan itu kata Nazri lagi, R bimbang kejadian yang sama seperti stadium yang runtuh di Terengganu akibat salah tadbir wang ehsan di negeri itu berjangkit di negeri ini.

Semalam, pihak JPP membuat kenyataan balas berhubung keretakan itu dengan menyifatkan keretakan pada penyambung persimpangan bertingkat Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang dalam peringkat akhir pembinaan itu adalah kecil dan tidak serius.

Ketua Penolong Pengarah (Teknikal) Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Mohd Zaki Mohd Zain berkata keretakan itu adalah masalah teknikal yang kecil dan biasa berlaku pada projek yang masih dalam pembinaan.

"Projek itu masih dalam pemantauan pihak pemeriksa bebas sebelum ia dibenar digunakan kepada semua lalu lintas," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman bahawa laporan akhir pembinaan projek itu menunjukkan ada keretakan yang dikhuatiri membahayakan nyawa orang ramai jika dibiarkan.

Anak muda jangan takut undi Pakatan - Pak Jabit

Posted: 26 Mar 2013 03:51 AM PDT

Muhammad Faizal,


BAGAN SERAI: Pelakon Abdul Kadir Abdul Manap (Man Kadir) merayu agar anak muda berani membuat perubahan untuk memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti.

Katanya, rakyat tidak perlu takut dengan ugutan 'terputus rezeki jika tidak mengundi BN' kerana soal rezeki datang dari Allah bukannya dari parti pemerintah.

Man Kadir atau dalam filem 'Hantu Kak Limah' itu turut menegaskan rezeki datang dari Allah bukannya Barisan Nasional (BN).

"Saya yang sudah berumur ini pun mahukan perubahan jadi bukan masalah untuk anak muda membuat perubahan.

"Istilah bila BN tidak memerintah maka susah hendak makan itu tidak betul sama sekali, kita kena ingat rezeki semuanya dari Allah," kata beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang lebih di kenali sebagai Pak Jabit turut merasa kecewa dengan BN yang telah mendidik sesetengah anak muda dengan budaya samseng sehinggakan anak muda hilang perasaan hormat antara satu sama lain.

"BN mendidik anak muda dengan budaya samseng tetapi Pakatan mendidik anak mudah apa itu istilah hormat dan bersabar.

"Kita dapat melihat dengan sendiri perbezaan anak muda didikan BN dan juga Pakatan, banyak sikap samseng dilakukan oleh mereka yang mendapat restu BN," sambung beliau lagi.

Man Kadir yang turut mempersoalkan peranan kerajaan yang sepatutnya membantu dan menjaga rakyat serta mendidik rakyat dengan budaya akhlak yang baik.

Namun, kerajaan sekarang ini dakwanya mengabaikan tanggungjawab sebenar mereka dengan mengutamakan penayangan video lucah mahupun budaya fitnah untuk kepentingan politik mereka.

"Kita mahukan suatu suasana yang terbaik untuk rakyat khususnya golongan muda dengan suasana budaya dan akhlak yang baik.

"Tindakan BN yang lebih mengutamakan fitnah serta penayangan video lucah akan menjadikan peningkatan permasalah gejala sosial di kalangan remaja," katanya lagi.

Beliau berkeyakinan pada pilihanraya nanti anak muda Pakatan Rakyat akan menjadi benteng untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pak Jabit turut bersama dengan konvoi jelajah Negara Berkebajikan sepanjang program di Perak.

DAIM ZIARAH UMNO YANG SEDANG NAZAK

Posted: 26 Mar 2013 03:47 AM PDT

WFAUDZAN NS

DAIM, bekas Menteri Kewangan zaman mamak Kutty pun merepek sepertimana bos dia dulu mamak kutty meroyan dan merungut siang malam apabila melihat nyawa Umno kini semput-semput dan nazak menuju ke liang lahad.  Al maklumlah, mereka tahu benar apa yang berlaku kepada mereka dua ekor ini sekiranya PR berjaya ke Putrajaya.  Terbayang jaring besi di Sungai Buluh, Tok jib pula terbayangkan tali gantung dengan wajah Altantuya.  Itu kisahnya.

Apa kata Daim apabila Umno kini terlalu fobia dengan Anwar? "Daim berkata orang tidak harus membazirkan masa dengan Anwar kerana beliau telah melepasi "tarikh luput" dan zaman ketua pembangkang itu telah datang dan berlalu. Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan terlalu banyak ruang berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau tidak suka bila tidak dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya." (Petikan Malaysiakini).

Siapa yang bazirkan masa tu, wahai Daim?  Bukankah puak-puak Umno yang fobia dengan Anwar?  Siang malam pemimpin mereka meratib nama Anwar di dalam media pencacai mereka.  Peliknya bila dicabar berdebat, kesemua hilang telor.  Tidak cukup dengan itu, mereka upah pula beruk-beruk kampong yang lapar untuk mengganggu program Anwar.  Tidak dapat Anwar, dapat bas yang dinaiki oleh Anwar pun jadilah asalkan berbaloi dengan upah RM20.  Itulah perangai mereka yang Daim mungkin tidak tahu selama ini.  Maklumlah, Daim sudah banyak tinggal di luar negara menikmati hasil rompakan sewaktu beliau menjaga hazanah negara dulu.

Kini beliau pulang sebentar ke negara ini.  Mungkin untuk menziarahi Umno yang sedang nazak sekarang.  Mungkin itu juga pesanan atau amanat Daim kepada Umno sebelum Umno disemadikan di muzium.

Blog Papagomo : Blogger Lucah? Terima Saman RM10 Juta (Husam Musa) & Saman RM100 Juta (Anwar Ibrahim)

Posted: 26 Mar 2013 01:03 AM PDT

Staff Berita Semasa 
 
papagomo

Blogger lucah siapa lagi kalau bukan blogger Papagomo. Antara blogger yang berada di barisan paling hadapan menyebarkan video seks dengan China Doll dan juga video terbaru melibatkan lelaki gay yang didakwa pelakunya adalah Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Blogger lucah, blog Papagomo sedang sarat menerima juga kes saman masing-masing daripada Husam Musa (saman RM10 juta) & Anwar Ibrahim (saman RM100 juta). Ada lagi yang kami tertinggal?

papagomo husam musa
Gambar dari blog Papagomo

Malangnya apabila dipanggil hadir ke mahkamah baru-baru melibatkan saman Husam Musam terhadap blogger Papagomo (memanipulasikan gambar di atas sehingga memberikan gambaran Husam Musa sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina), wajah empunya badan masih muncul di mahkamah.
  • Defendan atau nama sebenar : Wan Muhammad Azri Wan Deris
  • Alamat : di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur
  • Antara tulisan Blogger Papagomo VS Husam Musa : "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni."
Ini antara apa yang berlaku di kandang mahkamah dalam perbicaraan baru-baru melibatkan kes saman Husam Musa VS blogger Papagomo :
  • Hakim bicara tegur peguam Papagomo : Pastikn anak guam kamu hadir semasa perbicaraan!
  • Husam beri keterangan dedahkan identiti Papagomo @ Wan Azri bersumberkan blog UMNO dan juga isteri Papagomo Bellina Omar Sharifuddin Chin!
  • Sekalipun peguam Papagomo bantah keterangan Husam yang quote Bellina, isteri Papagomo sebagai hearsay, hakim benar Husam teruskan!
blog papagomo
Sumber : Utusan Malaysia

Sedangkan Saiful Bukhari yang kelihatan "lemah-longlai" itu masih tetap berani & tiada masalah menampilkan dirinya ketika berlangsungnya kes perbicaraan kes liwat sebelum ini. Inikan pula blogger Papagomo yang kami lihat seorang individu yang kelihatan lebih gagah, dan nampak berani ditambah dengan misai melentingnya. Tetapi kemaskini blog, boleh pula seperti biasa?

Yang peliknya untuk kes seperti ini, SKMM seperti kelihatan hilang "taringnya" untuk mengesan pemilik blogger Papagomo. Sangat-sangat berbeza langkah dan tindakan SKMM untuk kes kali ini. Laporan polis telah banyak kali telah dibuat terhadap blogger Papagomo ini, tetapi hasil dan tindakannya? Seperti macam dibakulsampahkan…

Blogger Papagomo Polis Trafik & Makan Rasuah?

Hakikatnya, mahkamah terpaksa digunakan untuk mengenalpasti identiti Papagomo. Pelik…..Mana SKMM, mana pihak polis? Blogger Papagomo ini bukan sebarangan punya blogger. Ini kerana blogger Papagomo mendapat jemputan untuk naik kapal selam Scorpene. Hebat bukan? Bukan sebarangan boleh naik tanpa "security clearance".

Papagomo
Sumber : Sinar Harian

Nasihat kami kepada blogger Papagomo, berpeganglah dengan ungkapan "berani kerana benar". Atas nama undang-undang dunia, datanglah dan pertahankanlah segala dakwaan yang telah anda karang di blog anda dengan yakin sekali berserta fakta-fakta yang anda miliki. Buktikan anda di pihak yang benar. Baik dakwaan anda terhadap Husam Musa ataupun kepada Anwar Ibrahim (SEPERTI DI SINI).

Di mahkamah inilah, medan terbaik untuk anda  (blogger Papagomo) pertahankan pendirian & dakwaan anda demi agama, bangsa dan negara. Buktikan kepada pembaca blog anda dan rakyat Malaysia yang anda bukan sekadar berani di laman maya semata…..

Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat di RTM Selama 10 Minit Secara Rakaman. Media Malaysia Sudah Bebas?

Posted: 26 Mar 2013 12:56 AM PDT

Staff Berita Semasa
 
manifesto pakatan rakyat

Jikalau pemilihan Presiden Amerika sebelum ini, cukup meriah. Masing-masing, baik daripada kalangan penyokong parti Republikan & juga Parti Demokrat berpuas hati apabila diberikan ruang dan tempat yang hampir 99% samarata termasuklah siaran langsung di televisyen yang dapat ditonton beratus juta rakyat Amerika.

Termasuklah berlangsungnya pertembungan debat antara Barack Obama dengan Matt Romney. Kalah menang adat permainan dalam politik asalkan bertanding dan berlawan di atas padang yang sama rata di mana demokrasi yang dilaungkan terbukti berjalan dengan lancar. Bagaimana dengan Malaysia?

manifesto pakatan rakyat

Begitu juga, suasana sebenar semasa berlangsungnya Pilihanraya di Britain. Jikalau kita meletakkan sasaran untuk menjadi negara maju dan moden pada tahun 2020, pemikiran kita berpolitik juga haruslah berada pada paras yang sepatutnya.

manifesto pakatan rakyat

Mungkin Berita Semasa meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap Malaysia jika mahu dibandingkan dengan Britain & Amerika yang dikategorikan sebagai negara yang bebas daripada sudut kebebasan medianya.

Jadi, kami cuba melihat negara Kenya pula. Kenya? Ya…sebuah negara yang agak mundur di benua Afrika jikalau dibandingkan dengan Malaysia. Bezanya, mereka berani mengadakan debat antara calon Presiden semasa berlangsungnya Pilihanraya di Kenya yang disiarkan secara langsung. Bagaimana pula dengan Malaysia yang terkenal dengan sistem demokrasi raja berperlembagaan?
Jikalau mahu jadi pemimpin politik buat sekadar tahu buat kerja tetapi seorang pemimpin politik perlu berdepan samada dengan rakyat mahupun pihak lawan. Contohnya jikalau di Malaysia, pihak pembangkang seperti Pakatan Rakyat.
Sakit kepala kami meneliti satu-persatu ranking kekebebasan media 2012 dikalangan negara-negara yang tersenarai :
  1. Melihatkan senarai teras bagi negara yang begitu bebas melalui media mereka, Malaysia tidak tersenarai
  2. Melihatkan senarai di pertengahan ranking bagi negara yang mengamalkan kebebasan media yang agak seimbang, Malaysia juga tidak tersenarai
  3. Akhirnya melihatkan di kedudukan di bawah, Malaysia diletakkan sebagai sebuah negara yang tidak bebas dalam kebebasan media bersama-sama dengan senarai di bawah ini…
manifesto pakatan rakyat RTM
Sumber : Ranking Global & Regional Press Freedom 2012

Terbaru, Menteri Penerangan (Datuk Seri Rais Yatim) membuka peluang kepada Pakatan Rakyat utnuk membentangkan manifesto mereka (SEPERTI DI SINI). Walaubagaimanapun, tawaran tersebut telah pun ditolak oleh pimpinan Pakatan Rakyat atas 3 sebab di bawah ini :
  • Masa yang diberikan terlalu pendek & tidak munasabah. Pakatan Rakyat mahukan ruang & hak untuk menjawab dan memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia di TV bukan semasa Pilihanraya Umum ke 13 semata tetapi pada setiap masa dalam semua media arus perdana dan stesen TV
  • Pembentangan manifesto Pakatan Rakyat mesti dibuat secara siaran langsung bukannya rakaman seperti yang diberikan sekarang ini
  • Pakatan Rakyat merasakan ini bukan cara untuk memberikan justifikasi bahawa kerajaan sudah menyediakan akses yang sama kepada Pakatan Rakyat
Apa pandangan anda pula dengan dasar kerajaan yang terbaru dengan membuka ruang kepada Pakatan Rakyat untuk keluar di RTM kali ini lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak?

Wira Perkasa bidas pemimpin Gerakan

Posted: 26 Mar 2013 12:51 AM PDT

 
Kenyataan Baljit Singh boleh diklasifikasikan sebagai isu sensitif dalam ambang pilihan raya. 



PETALING JAYA: Wira Perkasa  membidas kenyataan ahli politik Gerakan Baljit Singh yang melabelkan Perkasa sebagai rasis terbesar Melayu dan rasis dan dibenci oleh bangsa bangsa lain.

Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris  berkata,  sayap Perkasa itu  merasakan kenyataan tersebut tidak patut keluar daripada seorang ahli politik yang bijak kerana boleh diklasifikasikan sebagai isu sensitif dalam ambang pilihan raya.

Wira Perkasa membantah keras kenyataan Baljit  dalam  isu pembabitan pemimpin BN berdemonstrasi bersama Perkasa dan mahu beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Baljit dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin pemimpin BN yang menyertai Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang bersama sama Perkasa di Padang Esplanade pada Ahad lalu sebagai mengiktiraf dan mengakui bahawa Perkasa adalah sebagai kuasa yang disegani dan meminjam kredibiliti pertubuhan tersebut.

Bajlit merupakan ketua biro undang-undang hak asasi manusia  Gerakan Pulau Pinang.

Irwan Fahmi berkata, sepatutnya Gerakan perlu memainkan peranan sebagai 'pembangkang' yang aktif di Pulau Pinang  kerana kekuatan awal parti tersebut bermula di negeri itu.

`Gerakan mudah patah semangat'

"Bukan membangkitkan isu isu yang tidak releven dan menjadi hero keadaan. Sikap yang ditunjukkan oleh Parti Gerakan yang dilihat mudah patah semangat, terlalu selesa  dan menerima apa sahaja tanpa ada usaha yang lebih dan bersunguh sunguh.

" Adalah terlalu sukar untuk BN menawan kembali Pulau Pinang," kata pemimpin muda Perkasa itu dalam kenyataan media hari ini.

"Di sini kami ingin menegaskan bahawa beliau dan Parti Gerakan perlu berusaha dan bekerja lebih berkerja keras  membantu jentera BN dalam usaha menawan semula Pulau Pinang.

"Pada PRU 12 (pilihan raya umum) yang lalu, ketika Umno kehilangan 4 kerusi, Gerakan gagal membantu BN untuk terus menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan utama Gerakan."

Menurut Irwan Fahmi, sebaliknya Pulau Pinang kini menjadi pangkalan utama DAP dan Gerakan diperuntukan 13 kerusi DUN gagal memenangi sebarang kerusi.

Katanya, apakah kekecewaan Gerakan sudah terubat  dan sudah dapat melupakan dengan apa yang terjadi pada PRU 12 yang lalu dan amat selesa dengan yang ada sekarang sehingga dapat mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Timbalan Ketua MIC Pulau Pinang dan wakil rakyat Teluk Bahang dalam penglibatan mereka dalam demonstarsi tersebut.

Beliau menambah, Perkasa mempunyai keahlian yang ramai di seluruh Pulau Pinang dan sebahagiannya adalah pengundi pengundi berdaftar.

"Undi ahli kami juga perlu diambil kira. Dalam masa yang sama kenyataan Baljit Singh boleh mengganggu gugat undi ahli ahli Perkasa. Walaupun satu undi nampak sedikit tapi impaknya sangat besar," katanya.

Tawan kerusi Putrajaya cabaran getir buat Pas

Posted: 26 Mar 2013 12:47 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
Datuk Husam Musa
Datuk Husam Musa
 
KUBU KUAT Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Putrajaya dikhabarkan bakal digegarkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang telah menyatakan kesediaannya untuk menjadi pencabar utama kepada calon tunggal BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Umum maklum Putrajaya sebuah kota pentadbiran negara yang gah dilengkapi prasarana serba moden dan pintar disediakan BN sedekad lalu jadi tidak mudah untuk mana-mana parti lain untuk merampas kota yang dipasak kukuh dengan pemodenan.

Begitulah gambaran kesulitan Pas untuk menawan kota pentadbiran negara ini bagaimanapun, Husam berjanji akan bekerja keras untuk merealisasikan hasrat berkenaan sekiranya beliau ditakdirkan menjadi calon di Parlimen itu.

"Peluang untuk Pas bertapak di situ pada jangkaan saya hanyalah 40 peratus sahaja bagaimanapun, usaha sehabis daya akan dilakukan bagi  menawan hati pengundi di situ.

"Calon dia pun orang kuat Umno dan kebanyakannya pengundi di situ terdiri daripada pegawai serta kakitangan kerajaan.

Malah Putrajaya sudah punya kemudahan dan keselesaan hidup," katanya.

Beliau mengakui bahawa kerusi itu agak sukar untuk ditandingi namun sekiranya penempatannya di parlimen tersebut dapat membantu membuktikan kesungguhan Pas dan rakan pakatan untuk sampai ke Putrajaya.

"Kalau parti putuskan saya sebagai calon, saya bersedia sekiranya ia boleh membantu memberikan perlawanan yang lebih bersungguh-sungguh walaupun dia adalah satu cabaran yang agak berat.

Mengulas strategi yang bakal diguna pakai Pas, Husam berkata buat masa ini beliau belum memutuskan lagi teknik serangan terhadap parti lawan dan skill menawan hati pengundi di sana.

"Saya belum tinjau Putrajaya jadi saya tidak tahu apa strategi utama. "Lagipun ketika dicadangkan Pas Kawasan Putrajaya saya tidak tahu.

Memanglah sebelum ini mereka ada datang berjumpa saya beberapa kali untuk meminta saya bertanding," katanya.

Menurut Husam yang juga Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata, beliau tidak ada halangan untuk bertanding di Putrajaya walaupun menyifatkan cabaran besar buat dirinya.

"Sekiranya kehadiran saya boleh membantu menguatkan cabaran Pas dan membantu menambahkan keyakinan orang ramai terhadap Pas dalam usaha menukar pentadbiran Putrajaya saya tidak ada halangan untuk bertanding di situ," katanya.

Ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Pas sebelum ini yang memandang negatif terhadap pembinaan Putrajaya Adun Salor ini berkata, isu-isu pembangunan yang tidak menguntungkan itu adalah hal lain.

"Tetapi kedudukan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran nak tak nak kalau diibaratkan seperti perang zaman dahulu memang kota itu perlu di tawan.

"Putrajaya pada hari ini ialah ibu kota pentadbiran negara dan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran adalah satu kedudukan strategik," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata kota pentadbiran itu mesti  ditakluki dalam hal ini saya maksudkan Putrajaya. Kerana di kota itu strategik dan Islam juga pada asasnya sentiasa bertapak di kota-kota "Sesuai dengan keadaan itu Pas juga diberikan peluang untuk mewakili penduduk Putrajaya," katanya.

Sebelum ini, Pas Kawasan Putrajaya sudah membuka pintu sekiranya kehadiran saya boleh membantu menguatkan cabaran Pas dan membantu menambahkan keyakinan orang ramai terhadap Pas dalam usaha menukar pentadbiran Putrajaya saya tidak ada halangan untuk bertanding di situ." Husam lamaran kepada Husam untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Menurut Yang Dipertua Pas kawasan, Mohamad Nazir Nazir, pihaknya memang sudah membuat jemputan dan cadangan kepada pucuk pimpinan Pas Pusat supaya meletakkan calon popular dari Kelantan itu di Putrajaya.

"Jika benar beliau berminat jadi calon di Putrajaya, kita tiada halangan, bahkan kita amat mengalu-alukan kehadiran future leader PAS itu.

"Sebenarnya sudah tiga kali kita menghantar surat berkaitan calon Pas Putrajaya kepada pucuk pimpinan untuk dipertimbangkan malah kita telah bertemu dengan Mursyidul Am berkenaan dengan hasrat ini.

"Jika Husam bertanding di Putrajaya, saya yakin beliau boleh menang sebab pengaruh beliau kuat di sini, terutama kakitangan kerajaan," katanya.

Putrajaya maruah BN, Ku Nan sudah sedia pertahan kerusi

Posted: 26 Mar 2013 12:44 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Putrajaya maruah BN, Ku Nan sudah sedia pertahan kerusi
Tengku Adnan
 
PUTRAJAYA - Nadi utama kerajaan Malaysia sekali gus menjadi destinasi rebutan setiap parti bertanding sebagai tampuk pemerintahan negara.

Dahulunya pembinaan Putrajaya didakwa pembaziran besar kepada negara, kini pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk menawan Putrajaya. Sebelum siapnya Putrajaya, Pas merupakan penentang hebat yang tidak suka dengan pusat pentadbiran baru negara itu.

Parti itu melalui kempen pilihan rayanya berkata, jika parti itu berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan, Putrajaya akan dijual dengan menegaskan bahawa pusat pentadbiran negara tetap berada di Kuala Lumpur.

Namun, keadaan itu sudah berubah, Pas pula beria-ia mahu merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) dan melalui keinginan itu parti itu sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP untuk menawan kerusi itu.

Ujian getir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang merupakan detik getir bagi Pas dan sekutunya PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya agar mereka merasai Pusat Pentadbiran Negara yang pernah dibenci sebelum ini.

Mampukah Pakatan Rakyat (PR) realisasikan impian mereka? Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung Umno merupakan wakil rakyat pertama di Putrajaya sejak 2004.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum 21 Mac 2004 menewaskan Abdul Rahman Othman daripada Parti Keadilan dan berjaya mempertahankan kerusi itu di Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dengan mengalahkan calon Pas, Mohamad Noor Mohamad dengan majoriti undi 2,734.

Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan ini mendapat 4,038 undi manakala Mohamad Noor memperoleh sebanyak 1,304 undi sekali gus dipilih sebagai Ahli Parlimen Putrajaya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Tengku Adnan sebagai calon Parlimen Putrajaya dan beliau akur dengan keputusan pemimpin nombor satu negara itu.

"Saya menghormati kepercayaan Perdana Menteri untuk mengekalkan saya mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU13 nanti.

"Keputusan pemilihan dan penetapan calon merupakan kuasa mutlak Najib selaku Pengerusi BN," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak mudah selesa dengan kedudukannya di Putrajaya kerana sedar bakal berdepan tentangan daripada pakatan pembangkang berkemungkinan daripada Pas seperti penggal lalu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan PKR akan bertanding di situ.

"Saya sedia untuk ditentang oleh mana-mana parti pembangkang kerana keutamaan saya adalah agenda terhadap masa depan rakyat dan kemajuan berterusan di Putrajaya," katanya.

"Sebagai Ahli Parlimen di Putrajaya, saya sedar bahawa kawasan ini adalah kawasan tumpuan dan sebagaimana yang kita tahu pakatan pembangkang turut mengimpikan Putrajaya selaku pusat pentadbiran kerajaan dan juga bandar raya termoden di negara ini," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak pasti siapa calon dari pakatan pembangkang tetapi melihat kepada pilihan raya yang lalu, saya ditentang oleh calon Pas.

Ketika diminta mengulas berhubung cabaran utama dihadapi Ku Nan bagi mengekalkan dan menawan hati pengundi di situ beliau berkata, rakyat sentiasa menilai dan memberi perhatian kepada kerajaan dan wakil rakyatnya, "Saya juga turut menjadi kayu ukur kepada kerajaan BN.

Apa yang penting adalah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

"Saya dipilih sebagai wakil rakyat oleh itu adalah menjadi kemestian kepada saya untuk menunaikan hasrat rakyat sebagaimana impian mereka,"
katanya.

Formula orang lama Dalam perkembangan sama, Ku Nan ketika ditanya formula menawan hati rakyat di Parlimen Putrajaya berkata, tidak ada apa-apa resipi rahsia untuk menawan hati pengundi kerana perkara utama adalah sentiasa bersama rakyat, mengambil tahu kebajikan mereka.

"Selain itu, memahami aspirasi penduduk serta sentiasa bersama mereka mengenali dan mengetahui permasalahan yang timbul serta kedekatan ini saya berusaha menyelesaikan kerumitan rakyat.

"Rakyat impikan keselesaan dan kesejahteraan dan ia adalah fokus utama Barisan Nasional sebagaimana Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

Inilah agenda yang diterapkan oleh kepimpinan parti iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,"katanya.

Sebagai 'orang lama' dalam parti Ku Nan turut berkongsi kontroversi yang pernah dihadapinya dalam dunia politik.

"Saya sedar bahawa parti lawan sentiasa memanipulasi dan mewujudkan pelbagai propaganda berkaitan anggota BN termasuklah saya sebagai wakil rakyat di Putrajaya.

Namun sebagai manusia, saya sentiasa tawaduk, yakin dan percaya dengan kuasa Allah SWT bahawa kebenaran akan mengatasi semua fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya, UMNO dan BN.

"Saya tahu pakatan pembangkang lemparkan fitnah dan pelbagai tuduhan palsu kepada saya, UMNO dan Barisan Nasional kerana mahu mengalihkan tumpuan rakyat dan mengelirukan mereka.

Alhamdulillah, sehingga kini banyak insiden yang berlaku menunjukkan bahawa pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada kita telah terpalit pada anggota mereka sendiri. Allah Maha Berkuasa," katanya.

Tengku Adnan berharap rakyat membuat pertimbangan wajar dalam pemilihan pucuk pimpinan yang bakal mewakili mereka dan menerajui tampuk pemerintahan negara pada pilihan raya akan datang.

"Saya amat berharap agar rakyat melakukan pertimbangan, membuat penilaian, berfikir dan mengamati apa yang berlaku di sekeliling kita.

Apakah nikmat kemajuan, keamanan, pembangunan, dan kesejahteraan yang kita dapat hari ini datang sekelip mata? Jawapannya tentu tidak kerana ia adalah usaha berterusan kerajaan BN dengan izin ALLAH SWT," kata beliau.

Pada PRU kali ini beliau menyeru rakyat meneruskan sokongan kepada BN untuk mandat seterusnya bagi memastikan kesinambungan perancangan
yang telah direncanakan.

"BN ada misi, ada hala tuju, ada Wawasan 2020 yang memerlukan sokongan penuh dari rakyat. Undilah BN," katanya.

Tioman, kubu kuat BN goyang?

Posted: 26 Mar 2013 12:24 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
PRU13
PRU13
 
ROMPIN – "Bukan tiga, tetapi empat penjuru." Itu khabar angin yang meramalkan kerusi Dun Tioman bakal menyaksikan seorang lagi calon bebas menawarkan diri Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sumber berkata, calon yang belum mahu mendedahkan identitinya itu adalah dalam kalangan Orang Asli yang menetap di Rompin dan dikenali penduduk setempat.

"Keputusan meletakkan calon itu adalah bagi memberi pilihan kepada rakyat terutama Orang Asli memilih calon yang benar-benar memahami denyut nadi akar umbi.

"Calon ini akan memperjuangkan beberapa perkara antaranya, berkaitan hak pemilikan tanah adat, isu kemiskinan, peluang ekonomi dan pendidikan bagi memastikan rakyat di Dun ini mendapat pembelaan sewajarnya," katanya kepada Sinar Harian.

Jika desas desus itu benar, ianya memberi cabaran hebat kepada Barisan Nasional (BN) berikutan Dun Tioman merupakan kubu kuat parti itu selama ini.

Menurut sumber, calon tempatan itu aktif menyertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan berpengalaman dalam politik.

Katanya, calon terbabit adalah pejuang rakyat yang lantang menyatakan pandangan dan jika tidak puas hati terhadap sesuatu perkara, beliau ini tidak kekok atau segan berada di hadapan," katanya.

"Calon terbabit akan memastikan perkara berhubung-kait pemilikan tanah adat diberi perhatian serius kerajaan memandangkan beberapa isu dan tuntutan daripada masyarakat Orang Asli gagal ditangani sepenuhnya.

"Kita akan tampilkan seorang calon berwibawa, jujur dan amanah pada tugas serta boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira kaum serta ideologi politik," katanya.

Sumber berkata, calon diramal mampu memberi saingan kepada dua calon Barisan Nasional (BN) dan Pas atau seorang lagi calon bebas yang dijangka bertanding di Dun itu.

"Orang Asli adalah pengundi kedua terbesar selepas Melayu.

"Saya yakin calon ini mampu melaksanakan tuga sebaiknya jika diberi kepercayaan oleh rakyat," katanya.

Sinar Harian 28 Februari lalu turut melaporkan, kubu kuat BN di Dun Tioman mungkin goyah berikutan cakap-cakap politik meramalkan berlakunya pertandingan tiga penjuru di Dun itu dalam PRU13.

Dalam laporan itu, sumber memberitahu, calon bebas itu adalah anak jati Rompin berkelulusan agama dan dikenali masyarakat setempat.

PRU-13: BN Pulau Pinang Letak 40% Muka Baharu

Posted: 26 Mar 2013 12:20 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

GEORGE TOWN, -- Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menampilkan 40 peratus calon muka-muka baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow.

Bagaimanapun, beliau berkata senarai calon BN bagi 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu belum dimuktamadkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN.

"Sebahagian besar daripada calon telah diteliti dan kami yakin mereka mampu memberi saingan hebat kepada calon pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Penjaja 1Malaysia di sini Isnin.

Teng, yang juga Setiausaha Agung parti Gerakan, meminta semua parti komponen BN negeri menghormati keputusan pemilihan oleh pucuk pimpinan BN pusat serta memberi sokongan penuh kepada calon.

Beliau turut mengingatkan anggota parti komponen BN memanfaatkan segala ruang dan peluang dengan sebaik-baiknya di samping melipat gandakan usaha dalam memantapkan jentera pilihan raya pada peringkat akar umbi.

Pada PRU 2008, pakatan pembangkang memenangi 29 kerusi DUN iaitu 19 oleh parti DAP, sembilan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu oleh PAS manakala BN memperoleh 11 kerusi menerusi calon Umno.

Bagi 13 kerusi Parlimen, pakatan pembangkang menguasai 11 manakala dua oleh BN.

Sementara itu pada majlis berkenaan, Penasihat Koperasi Penjaja 1Malaysia Tan Sri Tan Khoon Hai berkata penubuhan koperasi itu bertujuan membantu peniaga kecil daripada pelbagai kaum mengembangkan perniagaan mereka.

Katanya kerajaan persekutuan telah memperuntukkan geran pelancaran berjumlah RM3 juta sebagai permulaan modal untuk koperasi itu merangka pelbagai program yang bakal memberi manfaat kepada lebih 12,000 peniaga berdaftar di negeri ini.

Beliau berkata peniaga kecil tanpa mengira kaum boleh menikmati kemudahan bantuan itu dengan mendapatkan borang pendaftaran di pejabat Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di Jalan Masjid Kapitan Keling di sini pada waktu pejabat.-- BERNAMA

Perak: 19 kerusi panas di ambang bahaya

Posted: 26 Mar 2013 12:09 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
PRU13
PRU13
 
PILIHAN RAYA Umum ke-12 (PRU12) meninggalkan impak paling mendalam dalam dunia politik negara dan Perak menjadi salah satu negeri paling disebut- sebut lantaran konflik 'perebutan' kuasa pemerintah yang berlaku sekitar penghujung 2008 dan awal 2009 lalu.

Siapa pun tidak dapat menafikan Perak berjaya dirampas Pakatan Rakyat (PR) yang membentuk kerajaan pada 2008, namun tiada sesiapa juga dapat menolak hakikat bahawa pemerintahan yang hanya bertahan 11 bulan itu akhirnya tumbang sebelum dikembalikan semula kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Meskipun pelbagai pergolakan dan peristiwa berlaku (paling diingat pastilah krisis lompat parti dan jawatan MB tidak diiktiraf), usaha BN untuk terus membangunkan Perak berjaya 'menutup' pandangan sinis pembangkang dan rakyat yang terus mempersoalkan pembentukan BN di negeri ini.

Cakap-cakap orang, usaha BN untuk mempertahankan pemerintahan bukan sesuatu yang mustahil, bagaimanapun ia perlu diiringi kerja keras yang maksimum, 200 peratus lebih daripada PRU sebelumnya.

Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi sandaran Pas, DAP dan PKR pastinya tidak mudah menyerah kalah apatah lagi 19 kerusi daripada 24 Parlimen dan Dun (59) kini dikategorikan sebagai kerusi bahaya apabila merekodkan majoriti sedikit di bawah paras 1,000 undi antara 14 hingga 916 undi sahaja.

Daripada jumlah 19 kerusi berkenaan, BN dilihat berada dalam kedudukan agak berbahaya apabila 11 kerusi yang dipegang termasuk satu di Parlimen Lumut hanya merekodkan menang tipis dengan lawan masing-masing.

Paling mencuri tumpuan pastinya empat kerusi Dun yang hanya merekodkan semua majoriti undi di bawah 100 iaitu Pengkalan Baharu, Kubu Gajah, Lubok Merbau dan Alor Pongsu.

Dun Pengkalan Baharu hanya meraih majoriti 14 undi menerusi penyandangnya, Datuk Hamdi Abu Bakar. Ketua Penerangan kerajaan negeri itu menang dengan 5,375 undi sedikit mengatasi Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain yang mendapat 5,361 undi.

Berada di belakang Pengkalan Baharu ialah Dun Kubu Gajah.

Calon Pas, Mohd Nadzri Din kalah 66 undi kepada calon Umno, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mendapat 4,114 undi.

Di kerusi Lubok Merbau, majoriti 72 undi yang diraih Pas menerusi Mohd Zainudin Mohd Yusof masih belum selamat untuk parti itu menang pada PRU kali ini.

BN pastinya mahukan kerusi yang selama ini dikuasainya itu kembali kepada mereka memaksa Pas untuk bekerja keras mengekalkan kemenangan.

Kerusi Alor Pongsu pula yang disandang Datuk Sham Mat Sahat selama dua penggal dilihat goyah apabila daripada 3,416 majoriti undi diraih pada PRU11 turun mendadak kepada 95 sahaja untuk menang ke atas calon PKR.

Keadaan itu pastinya memberi kelebihan kepada PKR untuk terus memancing undi.

Melihat kepada senarai itu, PRU13 ini bakal menjadi medan pertembungan sengit antara kedua-dua parti untuk sama-sama menambat hati baki pengundi yang dirasakan condong kepada mereka.

Malah, tidak salah kalau dikatakan pengundi atas pagar bakal  menjadi penentu kepada parti mana yang menang dan inilah masa yang tepat untuk pengundi menunjukkan kuasa.

Jika sebelum ini, Umno seolah berpegang kuat kepada kerusi pengundi Melayu tertinggi menyokong mereka, nampaknya latar belakang itu tidak lagi praktikal.

PRU12 sudah membuktikan, lokasi majoriti Melayu seperti di Manjoi, Selama, Rungkup, Kamunting, Sungai Rapat dan Trong yang memiliki lebih 60 peratus pengundi Melayu menang tipis meskipun ia dilabel kerusi keramat parti itu.

Peletakan calon Pas di keenam-enam kerusi berkenaan berjaya mengurangkan jumlah majoriti dengan perbezaan yang ketara.

Di Manjoi, Datuk Nadzri Aziz terus  kekal di kerusi berkenaan apabila memperoleh 348 undi lebih daripada Zulkurnaini Ibrahim. Penyandang kerusi Selama, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff pula menang dengan majoriti 355 untuk menundukkan Abu Husin Mohamad.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shaarani Mohamad pula dengan majoriti 454, di Kamunting, Muhamad Apardi Shaari tewas dengan 555 undi kepada Exco Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Zahir Khalid. Ketua Penerangan Wanita Umno Pusat, Datuk Hamidah Osman yang dicabar Radzi Zainon pula berjaya mengekalkan kerusinya dengan kelebihan 636 undi dan Datuk Rosli Husin yang pada asalnya memperoleh 3,020 majoriti undi pada PRU11 terpaksa berpuas hati apabila hanya meraih kelebihan 916 undi untuk terus kekal menjadi wakil rakyat di Trong.

Lumut menjadi satu-satunya kerusi Parlimen bagi BN yang tersenarai antara menang tipis apabila calon MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha menerima kelebihan undi 298 daripada calon PKR.

PKR yang menerima suntikan melalui kesediaan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di negeri ini pasti mahu menambah bilangan kerusi selain terus mengekalkan rekod tujuh kerusi dun dan tiga kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU12 lalu.

Bagaimanpun, perincian perlu diberikan kepada tiga kerusi sedia ada apabila kejayaan yang diraih itu hanya sekadar kekalahan tipis BN masingmasing di Dun Teja, Kuala Kurau dan Kuala Sepetang.
Teja menerusi Chang Lih Kang hanya menang dengan 175 majoriti undi menewaskan calon MCA.

Di Kuala Kurau yang kini hangat dengan perdebatan isu pertukaran calon antara parti kompenan BN merekodkan PKR menang dengan majoriti 467 menewaskan calon Umno, Mohd Salleh Mat Disa yang sebelum ini menang dengan majoriti 2,479 pada PRU11.

Situasi sama juga berlaku di Dun Kuala Sepetang apabila Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 kepada penyandangnya, See Tean Seng.

Bagaimanapun, krisis penolakan calon luar yang disuarakan peringkat cabang PKR akhir Februari lalu mungkin boleh dijadikan senjata BN bagi meraih kembali kepercayaan pengundi.

Kejutan pengumuman Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di Dun Changkat Jering dilihat mungkin akan memberi sedikit kelainan kepada kerusi Pas kali ini.

Namun, dalam kesibukan mengatur kuota, tiga daripada enam kerusi dun yang dimenangi pada PRU12 lalu juga sebenarnya berada dalam keadaan berisiko.

Selain Dun Lubok Merbau, kerusi Selinsing dan Changkat Jong juga berisiko untuk dirampas BN apabila hanya merekodkan jumlah majoriti rendah iaitu 547 dan 899.

Di Selinsing, pengaruh bekas wakil rakyatnya, Datuk Zaili Cha dilihat masih tinggi meskipun tewas kepada Husin Din.

Kelebihannya sebagai wakil rakyat selama dua penggal pasti akan digunakan sebaiknya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti itu.

DAP yang menunjukkan rekod cemerlang pada PRU12 lalu dengan menang di semua 18 kerusi Dun ditandingi tidak semestinya perlu berasa lapang dada.

Sekiranya ingin meneruskan penguasaan itu, dua kerusi masing- masing di Kepayang dan Pokok Assam memerlukan strategi apabila kedua-dua kerusi hanya menang dengan majoriti 490 dan 865 undi ke atas calon MCA.

Kerja keras yang ditunjukkan jentera MCA terutama pengaruh Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga Pengerusi MCA Perak pasti akan memberi kelebihan kepada parti itu untuk melawan habis-habisan calon DAP di dua kerusi berkenaan.

Berdasarkan pengumuman dibuat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, semalam tidak mustahil tujuh daerah yang disenaraikan sebagai lokasi 'hot spot' di sekitar negeri ini berada dalam 19 senarai kerusi seperti yang dinyatakan.

Apapun kita percaya, dengan situasi politik matang yang ditunjukkan pada masa kini, samada pengundi, penyokong mahupun pimpinan parti tidak akan mencetuskan ketegangan semata-mata mahu merekodkan kemenangan.

MB: PR Selangor bincang bubar Dun petang ini

Posted: 26 Mar 2013 12:05 AM PDT

ASYRAF MUHAMMAD
Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim 
 
SABAK BERNAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perbincangan bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini bagi menetapkan tarikh membubarkan Dun.

Menurut beliau, pengumuman berhubung tarikh tetap pembubaran akan dibuat hari ini atau pagi esok bagi selepas perbincangan berkenaan selesai dijalankan.

Tambah beliau, perbincangan berkenaan akan dijalankan memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat masih teragak-agak untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.

"Kita akan tetapkan satu tarikh dan pengumuman akan dibuat selepas perbincangan tersebut dijalankan pada hari ini," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Perumahan  Bercampur dan Pusat Rehat & Rawat (R&R) Ladang Air Manis, hari ini.

Tiada ulasan: