Ahad, 17 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pakatan Akan Laksana Reformasi Parlimen, Kawal Kuasa Perdana Menteri

Posted: 17 Mar 2013 05:32 AM PDT


lim kit siang oren

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi terhadap institusi Parlimen dan badan kehakiman agar kuasa Menteri dan Kabinet dapat diseimbangkan dan dikawal.

Antara cadangan perubahan itu adalah mewujudkan mahkamah Perlembagaan, memperkenalkan undang-undang kebebasan maklumat dan menghapuskan undang-undang yang memberikan kuasa luar biasa kepada menteri kabinet.

Ini supaya status parlimen sebagai badan penggubal undang-undang dan pemantau kepada dasar dan kuasa institusi eksekutif atau (kabinet), dapat dimartabatkan.

Perkara ini bakal dilakukan selari dengan konsep pemisahan kuasa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata reformasi itu bagi mengembalikan keagungan dan kebebasan parlimen seperti di semua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

"Didalam sistem pentadbiran (governance) Malaysia, setelah lebih lima dekad pemerintahan Umno-BN, badan eksekutif telah merampas kuasa legislatif dan menakluk Parlimen sebagai satu institusi.

"(Ini) sekaligus menekan prinisp kerajaan yang mewakili rakyat," katanya melalui ulasan di dalam blog.limkitsiang.com.

Antara langkah reformasi yang lain:

* PR akan memastikan Speaker parlimen yang dilantik akan benar-benar bebas dan tidak terikat dengan badan eksekutif.

* Peraturan Mesyuarat akan disemak semula bagi mencipta ruang yang adil bagi pihak kerajaan dan pembangkang untuk berbahas.

* Pembangkang akan diberi tempoh waktu yang bersesuaian untuk berdebat isu dan dasar.

* Semua rang undang-undang akan diedarkan dua minggu sebelum bacaan kedua dan penubuhan jawatan kuasa khas untuk membenarkan semakan teliti dan maklum-balas umum terhadap undang-undang yang dicadangkan.

* Menghentikan amalan memasukkan fasal yang memberi kuasa kepada menteri dan meletakkan kedudukan mereka diatas undang-undang.

Anwar: Video sex baru fitnah p'raya Umno

Posted: 17 Mar 2013 05:28 AM PDT

 


 
Gambar daripada video seks yang disebarkan oleh blog pro-Umno hanya "fitnah pilihan raya", kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

anwar allegationsKetika ditanya hari ini, Anwar menafikan tuduhan menjadi pelaku dalam gambar itu.

"Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya," katanya ketika ditemui pemberita ketika sedang meninggalkan sebuah majlis di Bandar Utama, Selangor.

Sejak dua hari lalu, gambar menunjukkan hubungan intim dua lelaki dalam sebuah bilik itu menjadi modal baru penulis blog anti-Anwar.

Beberapa keping gambar yang disiarkan itu menunjukkan aksi intimdua lelaki sedang berpelukan dan bercumbuan.

Gambar seorang daripadanya turut dipaparkan dalam keadaan bertelanjang bulat.

‘PR akan kembalikan kuasa pusat kepada negeri supaya lebih adil’

Posted: 17 Mar 2013 05:23 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 Kit Siang mengemukakan tujuh langkah untuk menyingkirkan pemusatan kuasa ke tangan Eksekutif. - Gambar fail KUALA LUMPUR— Mengembalikan kuasa pusat kepada negeri menjadi keutamaan Pakatan Rakyat selepas mengambil alih Putrajaya, kata Lim Kit Siang sambil menegaskan pemusatan kuasa punca kepada sistem autokratik kerajaan Malaysia ketika ini.

Menurut pemimpin utama DAP tersebut, pengagihan kuasa yang sama rata tersebut penting demi memastikan semangat perlembagaan Malaysia dapat dikembalikan.

"Pemusatan kuasa ke tangan Eksekutif telah menyebabkan kemunculan sistem autokratik kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengemukakan tujuh langkah untuk menyingkirkan pemusatan kuasa ke tangan Eksekutif yang telah diamalkan sejak lima dekad, salah satu daripada tiga cabang kerajaan yang menyebabkan Parlimen tertakluk kepada institusi dan melemahkan konsep asas demokrasi.

Untuk mengembalikan keunggulan Parlimen, Lim berkata PR akan melantik speaker Dewan Rakyat bebas yang tidak terikat dengan kerajaan pusat, serta akan menyemak ketetapan sedia ada badan perundangan tersebut yang tidak seimbang bagi kedua-dua belah pihak untuk memainkan peranan.

MP Ipoh Timor tersebut juga berkata Bil perundangan akan diserahan dua minggu awal daripada pembentangan dan jawatankuasan terpilih parlimen akan ditubuhkan untuk membenarkan ahli parlimen mempunyai banyak masa untuk mengkaji dan mendapat maklum balas keatas undang-undang yang dicadangkan.

Disamping itu juga, beliau berjanji akan terdapat peruntukkan untuk mengukuhkan kuasa menteri dibawah pentadbiran PR, dalam pada masa sama mengekalkan konsep pemisahan kuasa.

Beliau mendakwa amalam sedia ada "mempunyai kesan dalam melantik Menteri dan memberikan kesan kepada 'Little Napoleons' membatasi kuasa dan  tindakan mereka di luar semakan kehakiman.

"Ini membawa kepada salah guna proses dan membolehkan cabang Eksekutif mempunyai kuasa besar dan mengelak ketelusan," kata Lim.

Beliau menambah PR akan menyemak semula undang-undang sedia ada yang menggunakan peruntukkan sedemikian.

Selain itu, Lim juga berjanji untuk menggantikan pertikaian Akta Rahsia Rasmi dengan Akta Kebebasan Maklumat - yang telah diluluskan sebagai undang-undang di beberapa negeri bawah pemerintaan PR-, seperti Selangor - untuk mewujudkan sistem kerajaan yang telus dan bertanggungjawab.

PR juga akan melantik "ombudsman" dan membentuk Mahkamah Perlembagaan untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang tertinggi di negara ini, katanya.

Beliau berkata langkah tersebut akan memperkukuh demokrasi dan mencegah penyelewengan yang berkaitan dengan pemerintahan autokratik.

Badan hak asasi manusia Manila akan jumpa Suhakam

Posted: 17 Mar 2013 05:18 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn

 Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini sepanjang pencerobohan Sulu adalah 66 orang. - Gambar fail KUALA LUMPUR— Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHR) merancang untuk bertemu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi menekankan isu keganasan keatas warga Filipina di Sabah, lapor akhbar STAR Filipina hari ini.

Laman akhbar Filipina tersebut memetik pengerusi CHR,  Loretta Ann Rosales hari ini berkata penting untuk menumpukan terhadap pelanggaran hak asasi manusia keatas warga Filipina, susulan pencarian penceroboh Sulu.

"Keutamaan adalah keatas rakan Filipina kami. Kami patut lakukan sesuatu untuk bantu dan selamatkan mereka," kata Rosales dipetik dari laman berita STAR itu.

"Malahan ia akan membawa lebih berpersefahaman antara kedua-dua kerajaan. Pejabat CHR kami dan mereka akan dapat berkongsi pengalaman dalam menangani perbezaaan isu hak asasi manusia dan pelanggaran yang dilakukan oleh kedua-dua negara," tambah beliau tetapi tidak menyebut tarikh pertemuan tersebut.

Laporan mendakwa penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa pemburuan penceroboh Sulu menjadi perkara yang dibangkitkan Filipina serta kebimbangan peningkatan pelarian ekoran warga Filipina yang takut lari menyelamatkan diri.

Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti pelanggaran hak asasi manusia seperti dilapor media Filipina dibekalkan, serta Putrajaya juga mendakwa tuduhan tersebut sebagai "palsu".

Rosales berkata wakil CHR akan pergi ke Timor Timur untuk berbincang isu tentang konflik Sabah dan lain-lain isu hak asasi manusia bersama dengan negara lain, termasuk Malaysia, Thailand dan India.

"Isu seperti anti-penyeludupan, hak asasi kanak-kanak, antara yang akan dibincangkan. Tetapi kita perlu pastikan ia disini bahawa kejadian di Sabah akan dilihat diperingkat kemanusiaan dan bagaimana memasukan elemen perlindungan sosial keatas mereka yang terlibat," kata beliau.

"Ops Daulat" yang dilancarkan bertujuan mengusir penceroboh bersenjata semakin berakhir, namun ketua kumpulan penceroboh Filipina Agbimuddin Kiram masih lagi belum ditemui, pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan dia masih bersembunyi di sekitar Lahad Datu.

Rabu lepas, Presiden Filipina Benigno Aquino III dilaporkan mengarahkan pegawai rasmi kerajaannya untuk menghantar bekalan makanan dan memulakan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina ― termasuk pendatang haram yang masuk mencari pekerja ― yang mana ratusan mereka telah pulang semula republik tersebut sejak Jumaat lalu.

Media Filipina melaporkan tuduhan terhadap penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya semasa serbuan oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa mencari saki baki penceroboh serta keatas mereka yang bersimpati terhadap kumpulan Sulu tersebut yang mendarat di Lahad Datu sejak bulan lepas.

Ketika ini, ramai pemimpin Filipina mendesak pentadbiran Aquino untuk memfailkan aduan kepada Putrajaya atas tuduhan penderaan warga Filipina yang didedahkan semasa pulang ke negara tersebut sejak konflik berdarah tersebut berlaku.

Bantilan Esmail II, abang kepada "Sultan" Sulu Jamalul Kiram III, dilaporkan oleh Philippine Daily Inquirer pada Selasa lalu berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah didakwa melayan buruk warga Filipina di Sabah sejak sebelum berlaku pencerobohan itu lagi.

Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini sepanjang pencerobohan Sulu adalah 66 orang, termasuk 56 penceroboh Sulu dan lapan pasukan polis serta seorang askar, serta seorang remaja yang tidak diketahui kewarganegaraannya.

Nik Aziz kecam pihak yang cuba aibkan Anwar

Posted: 17 Mar 2013 05:16 AM PDT


Oleh Md Izwan

 Nik Aziz juga mempertikaikan kesahihan gambar-gambar yangsudah tersebar luas di alam media sosial. – Gambar fail KUALA LUMPUR— Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam tindakan beberapa blogger pro-Umno yang meletak gambar kontroversi Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menambah perkara tersebut membuktikan mereka sudah tidak mempunyai modal untuk berpolitik.

Akhbar Sinar Harian melaporkan Nik Aziz juga mempertikaikan kesahihan gambar-gambar yang sudah tersebar luas di alam media sosial, memandangkan tiada bukti yang kukuh yang menyabitkan ketua pembangkang tersebut dengan amalan keji tersebut.

"Mereka belum puas 'cincang' Anwar.

"Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya yang dipetik dalam akhbar berbahasa Melayu tersebut.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Anwar menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini.

Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang keatas pihak terbabit menyebarkannya.

"Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.

"Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan," kata Anwar.

Pendedahan kontroversi oleh blogger pro-Umno tersebut merupakan yang kedua dituduh keatas Anwar selepas 21 Mac 2011 trio "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada wakil media di hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011.

Kit Siang: DAP bertanding di Gelang Patah, Bentong

Posted: 17 Mar 2013 05:14 AM PDT



 
Selepas pergeseran selama berbulan-bulan, PKR akhirnya bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di kerusi Bentong, Pahang dan Gelang Patah di Johor.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan perkara itu dalam satu majlis di Batu Pahat petang ini.

"Kami mencapai persetujuan dalam satu pertemuan di antara saya, (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertinggi DAP dan PKR lain Isnin lalu," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan calon yang akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

"Jelas bahawa ini bukan satu persoalan mengenai mana-mana individu atau parti politik, tapi sama ada Pakatan Rakyat akan membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kedua-dua parti berkenaan berebut untuk mendapatkan kerusi Gelang Patah sejak Februari lalu.

Dengan jumlah pengundi lebih 100,000 orang, ia merupakan kawasan parlimen yang paling besar.

Ia mengandungi dua kerusi DUN – Skudai dan Nusajaya. Kerusi Skudai diwakili Datuk Abdul Aziz Sapian dari Umno.

Kes Sugumar: PKR ancam demo lebih besar

Posted: 17 Mar 2013 05:13 AM PDT



 
Naib presiden PKR N Surendran berkata satu perhimpunan lebih besar akan diadakan di hadapan pejabat perdana menteri jika pakar patologi Thailand, Dr Pornthip masih tidak dibenarkan membuat bedah siasat kedua ke atas mayat C Sugumar.

Beliau yang bertindak sebagai peguam kepada keluarga Sugumar berkata keluarga mendiang kini tersepit di antara upacara menyempurnakan mayat mendiang dan tuntutan mencari keadilan di sebalik kematiannya.

Menurutnya, satu upacara khas agama Hindu perlu diadakan pada hari ke-16 dan ke-30 selepas mayat disempurnakan.

Namun, sehingga kini mereka tidak dapat berbuat demikian kerana bedah siasat kedua masih tidak dapat dijalankan dan mayat mendiang masih lagi berada di bilik mayat Hospital Serdang, katanya.

"Jumaat lalu keluarga mendiang pergi ke pejabat perdana menteri menyampaikan surat menuntut PM menarik balik larangan ke atas Dr Pornthip bagi menjalankan bedah siasat kedua.

"Sekarang kita tunggu jawapan daripada PM dalam masa 48 jam.

"Jika beliau masih enggan kita terpaksa buat himpunan aman lebih besar untuk (gesa beliau) tarik larangan ke atas Dr Pornthip," katanya kepada Malaysiakini.

Sugumar, seorang pengawal keselamatan ditemui mati dalam keadaan digari polis dan mukanya dilumur serbuk kunyit pada 23 Januari lalu.

Bedah siasat Hospital Serdang mengenal pasti punca kematiannya akibat sakit jantung namun ia ditolak keluarga mendiang.

Polis kemudian menawarkan satu inkues diadakan bagi mengenal pasti punca kematian namun keluarga Sugumar mahu satu siasatan kes pembunuhan dibuat.

Dr Pornthip dari Thailand kemudian dilaporkan bersetuju untuk menjalankan bedah siasat kedua namun beliau kemudian menukar fikirannya selepas "dinasihati" kerajaan Thailand.

Surendran sebelum ini dilaporkan mendakwa ahli patologi itu bertindak demikian selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dengan menghubungi Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra.

Dakwaan itu bagaimana pun telah dinafikan Najib yang menyifatkannya sebagai "cerita dongeng".

Azhar Idrus: Demo tidak haram jika ikut syarak

Posted: 17 Mar 2013 05:10 AM PDT


Zulaikha Zulkifli


 
Penceramah popular Azhar Idrus berpendapat, demonstrasi bukan satu perbuatan yang haram sekiranya dilakukan mengikut hukum syarak dan Islam hanya menolak demonstrasi yang mendatangkan kemudaratan.

Begitu juga hukum untuk menghasut, yang menurutnya bukan satu perkara yang salah sekiranya dibuat untuk tujuan kebaikan.

"(Demonstrasi) bersyarat, harus bukan bertujuan nak buat kacau, tidak bertujuan untuk menghancurkan sesebuah negara, bukan tujuan untuk memporak-perandakan sistem ekonomi, tidak bertujuan gugatkan keselamatan negara dan hanya untuk tujuan berarak sahaja, maka hukumnya tidak ada seorang ulama pun yang mengatakan haram.

"Sebab itulah, bila ada demonstarsi biarlah dia berdemonstrasi. Ingat, yang (buat) demonstrasi tidak bebas. Kamu terikat dengan hukum syarak," katanya ketika diajukan soalan oleh aktivis politik Hishamuddin Rais dalam wacana Malam Seni Untuk Perubahan di Kampung Baru malam tadi.

Bercakap di program yang dihadiri 3,000 orang itu, Azhar berkata, peserta demonstrasi tidak boleh menggugat keselamatan negara, merosakkan harta benda awam dan juga membuat kekacauan.

"Berdemonstrasi (hanya) untuk menarik perhatian (bahawa) jika perkara ini dibiarkan ramai lagi yang akan menerima keburukan," katanya.

Mengulas hukum mengenai hasutan pula, bekas gitaris kumpulan pop Iklim itu hasutan yang membawa ke arah kebaikan dengan niat melakukan perubahan merupakan dakwah di sisi Allah.

Beliau memberi contoh hasutan untuk menukar seorang imam yang salah rakaat ketika mengimamkan solat subuh, beliau berkata, kariah boleh menghasut orang lain supaya menukar imam tersebut dengan tujuan kebaikan.

"Menghasut memang tak baik. Menghasut asal hukumnya ialah haram kerana menghasut ke arah kerosakan.

"Tetapi mengajak orang untuk lakukan perubahan dan menghasut, itu disisi Allah adalah dakwah. Kalau mengajak pada perubahan, kita tetap tak bersalah jika perubahan itu membawa kebaikkan. Kalau mengajak perubahan yang membawa mudarat, itu salah," kata Azhar lagi.

Turut hadir sebagai ahli panel dalam program tersebut ialah dua orang artis Hairie Othman dan Meor Yusuf Aziddin serta aktivis pelajar Adam Adli.

Azhar juga menyertai sesi soal jawab politik bersama naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam program tersebut.

Program itu dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa orang artis antaranya oleh Ito dari kumpulan Blues Gang serta Yassin yang turut menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Reformasi.

Selain itu pelakon dan penyajak, Pyan Habib Rahman turut membacakan sebuah sajak yang bertajuk Huru-hara manakala penyanyi rock metal popular FTG, Tajol Ismi Akhbar mengumumkan secara rasmi penyertaannya ke dalam PAS.

Progeam yang bermula kira-kira jam 9 malam itu diakhiri satu ceramah ringkas oleh timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

Ceramah Tian Chua terus diganggu

Posted: 17 Mar 2013 04:32 AM PDT

 


 
Ceramah naib presiden PKR Tian Chua terus diganggu – kali ini oleh sekumpulan 100 orang pemuda yang berhimpun di Lunas, Kedah dalam satu kejadian pada malam tadi.

Pemuda berkenaan berhimpun di hadapan pusat operasi BN Batu Enam di kawasan tersebut dan menghamburkan kata-kata kesat kepada Chua apabila tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 11 pagi.

lunas tian chua ceramah 170313Banyak di antaranya merupakan pemuda berpakaian merah dengan tulisan "Himpun" di bahagian depan baju mereka.

Sejumlah besar anggota polis dan pasukan keselamatan PAS memastikan pengacau terbabit tidak mendekati kawasan ceramah.

Kumpulan itu juga beredar kira-kira 15 minit selepas Chua mula berucap kepada kira-kira 300 orang yang hadir.

Pusat operasi BN juga ditutup tidak lama selepas itu.

Kumpulan itu bertindak lebih aman berbanding gerombolan yang menyerang kenderaan Chua dalam satu kejadian pada malam sebelum itu.

26 pemuda Dun Pinang Tunggal sertai PAS

Posted: 17 Mar 2013 04:29 AM PDT

Mohd Sabri Said,



Sebahagian pemuda yang menyertai PAS di Dun Pinang Tunggal.

KEPALA BATAS: Seramai 26 pemuda sekitar Kampung Kubang Menerong dalam kawasan Dewan Undangan (Dun) Pinang Tunggal bertindak menyertai PAS.

Tindakan yang diambil mereka itu bersempena majlis perasmian Bilik Gerakan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan HamimimTaib Azamuden semalam.

Kebanyakan mereka adalah pengundi baru termasuk bekas pemuda Umno yang tidak sebulu dengan kepimpinan cawangan dan bahagian.

Menurut Pengarah Piihanraya Dun Pinang Tunggal, Muhasdey Muhamad rata-rata mereka memilih PAS kerana yakin parti berlandaskan Islam itu yang bersama Parti Keadilan Rakyat dan DAP mampu mengubah lanskap politik negara.

Lagipun sambungnya, perkembangan itu bukan berlaku pada Jentera Daerah Mengundi (JDM) Kubang Menerong sahaja malahan sepuluh JDM seluruh Dun Pinang Tunggal.

"Satu perkembamgan yang sihat di mana ramai kalangsn muda pilih Pakatan Rakyat berbanding Umno dan Barisan Nasional.

"Mereka akan menjadi jentera untuk memanggil seramai mungkin rakan yang lain supaya tinggalkan Umno," ujarnya yang juga Penyelaras Dun Pinang Tunggal.

Kelantan popularkan teater ‘Pengisytiharan Abul ‘As'

Posted: 17 Mar 2013 04:23 AM PDT

Rizal Tahir,


 

KOTA BHARU: Buat julung kalinya artis-artis hijrah bergabung menjayakan teater berkisar sejarah menantu sulung baginda Rasulullah SAW bertajuk 'Pengisytiharan Abul 'As', malam kelmarin.

Teater tersebut dipersembahkan sempena majlis Malam Penghargaan Karyawan Kelantan 2013 dan Pementasan Teater disebuah hotel.

Teater yang diilhamkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat julungkalinya dipentaskan di hadapan pimpinan, karyawan dan dramatis pada satu majlis sebelum ianya dipentaskan kepada umum.

Zek Zakaria sebagai watak utama dalam teater tersebut yang memegang peranan Abul 'As, Abby Abady watak Zainab isteri Abul 'As.

Pelakon terkenal Abu Bakar Juah berjaya menghidupkan watak Abu Lahab sebagai watak hitam dalam teater itu bersama Aishah sebagai Ummu Jamil isterinya.

Kedua-duanya berjaya menghidupkan teater tersebut, bersesuaian dengan peranan yang dipegang mereka.

Abul 'As anak saudara Abu Lahab pada mulanya tidak beriman pada Allah dan Rasulullah walaupun dalam kesempitan dengan barangan niaganya dirompak.

Menurut Tuan Guru, Abul 'As memeluk Islam bukan ketika terdesak, bukan ketika ditawan oleh tentera Islam sebaliknya menerima Islam secara 'gentelman', yakin dengan keimanannya sendiri terhadap Islam yang dibawa Nabi Muhammad.

Setelah semua barangan dagangan yang dirompak dikembalikan padanya, Abul 'As membawa balik semua barangan tersebut ke Makkah dan mengembalikannya kepada para pemodal yang berkongsi dengannya sebelum itu.

Selepas itu beliau mengisytiharkan dirinya beriman dengan Allah dan mengakui Muhammad itu sebagai pesuruh Allah.

Tuan Guru bagaimanapun tidak menolak teater itu ada sedikit kelemahannya, di mana apabila Abul 'As menyeru adakah lagi barangan yang dirompak belum diserahkan semula berulangkali pada pemiliknya, namun tiada yang menyahutnya.

"Sepatutnya kena ada suara latar yang menyahut dengan ramai, "sudah tidak ada lagi","ujarnya.

Menurutnya, kisah-kisah sedemikian perlu dipersembahkan pada umum agar mereka mengenali golongan itu, jika tidak nama-nama itu tidak akan dikenali.

Teater tersebut diarah Dinsman, pementasan Sani Sudin dan pencerita Bob Lokman.

Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan lain-lain jemputan.

Sementara itu, Norhisham Mustafa dianugerahkan Tokoh Persuratan Kelantan, allahyarham Ustaz Buniyamin Yaacob sebagai Tokoh Pemidato.

Sementara itu, seramai 27 orang lagi para karyawan dan penulis Kelantan menerima penghargaan dari kerajaan negeri Kelantan.

Antaranya, Mohd Sayuti Omar, Rosidi Semail (Rossem), Wan Aisyah Wan Nawang, Wadi Leta SA, Rosli K Matari, Abham TR, Abdul Hadi Yusof, Meriam Awang Lah, Mohd Ubaidillah Alias dan lain-lain lagi.

Menjelang PRU13, iklan mesra BN, video memenuhi ruang siber

Posted: 17 Mar 2013 04:21 AM PDT

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang

 Di antara yang mempunyai bajet iklan besar adalah Unit Pengurusan Prestasi Perlaksanaan (Pemandu), BN Pulau Pinang dan inisiatif komponen BN lain. – Gambar fail KUALA LUMPUR — Agensi kerajaan, jabatan-jabatan dan parti Barisan Nasional (BN) sedang membeli sejumlah besar ruang pengiklanan atas talian di kala klip video pro kerajaan dikeluarkan untuk menyaingi bahan-bahan dan iklan pro pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 bulan depan, kata satu sumber dalam industri.

Sumber dari industri pengiklanan mengatakan mereka menerima lebih banyak permintaan di laman sesawang dan portal yang popular di Malaysia dengan semua agensi meminta untuk eksklusif sehingga akhir April, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangkakan untuk mengadakan pilihan raya.

"Telah mempunyai banyak permintaan dan sesetengah agensi tersebut mahukan eksklusif di papan utama, banner, LREC dan iklan 'skyscaper'," kata seorang eksekutif pengiklanan kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada pelbagai jenis iklan dan posisi di laman sesawang.

Di antara yang mempunyai bajet iklan besar adalah Unit Pengurusan Prestasi Perlaksanaan (Pemandu), BN Pulau Pinang dan inisiatif komponen BN lain, tambah eksekutif tersebut.

"Akan tetapi, terdapat banyak laman sesawang dan portal di luar sana dan tidak mudah untuk mendapat eksklusif seperti itu selama dua bulan walaupun pada harga luar biasa," kata seorang pengarah pengiklanan lain, mengatakan ianya boleh dilihat sebagai anti persaingan.

"Kita tidak boleh menyisihkan semua iklan lain melainkan laman sesawang peribadi. Akan tetapi mereka mencuba kerana selalunya ianya menjadi ruang untuk pembangkang," tambah beliau.

Pengurus pengiklanan yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu The Malaysian Insider, kebanyakkan iklan menghala ke firma pengiklanan jaringan yang mempunyai ruang di kebanyakkan laman sesawang, terutamanya portal berita dan laman blog.

Sumber dalam industri juga memberitahu, ruang iklan turut juga dibeli di Youtube Malaysia, salah satu laman paling ramai dilawati dengan dua juta pelawat unik sehari.

Laman perkongsian video dimiliki Google itu juga menyaksikan sejumlah klip video berkait parti politik Malaysia, dengan peningkatan angka produksi pro-BN masuk ke atas talian semenjak beberapa minggu lepas.

Di antaranya menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memeluk seorang lelaki di dalam bilik hotel. Ketua Umum PKR itu telah mangatakan klip video itu sebagai kempen jahat oleh musuh-musuh politiknya dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pejuang siber Umno yang beliau salahkan.

Terdapat beberapa lagi videoclip Youtube dengan lagu parodi mengutuk DAP, PAS dan PKR daripada Pakatan Rakyat (PR) yang menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dalam Pilihan Raya 2008.

PR jauh lebih aktif di atas talian dan dilihat telah menguasai ruang siber Malaysia dengan pelbagai laman sesawang dan produksi video termasuk beberapa yang mengetengahkan manifesto mereka yang dilancarkan beberapa minggu lepas.

"Terdapat terlalu banyak video klip di luar sana oleh orang-orang pro kerajaan. Kebanyakkan daripadanya mempunyai nilai produksi baik tetapi mesejnya buruk," kata produser video yang telah ditemui oleh kedua-dua pihak untuk menguruskan kempen politik sedemikian.

"Kamu akan lihat lebih banyak dalam beberapa minggu akan datang," tambah beliau.

Beliau mengatakan parti pembangkang mempunyai lebih banyak pengalaman menyampaikan mesej dengan bajet rendah dan skrip padat untuk memenangi pengundi muda, yang menjadi demografi kunci daripada 13.3 juta pengundi untuk mengundi dalam Pilihan Raya 2013.

"PR mempunyai kelebihan, sebab itu BN perlu mengeluarkan lebih banyak dan membeli iklan untuk menenggelamkan mereka," kata produser tersebut.

Lahad Datu: Gegar mahu laporan tepat untuk rakyat Sabah

Posted: 17 Mar 2013 04:13 AM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) melancarkan Gerakan Pemantau Media yang akan menyelia perkembangan berita yang disampaikan oleh media tempatan mahupun antarabangsa mengenai isu pencerobohan Lahad Datu.

Menurut Pengerusi Gegar, Harieyadi Karmin, penubuhan gerakan ini bagi membolehkan rakyat Sabah membuat penilaian secara menyeluruh mengenai isu yang berlaku dan memastikan maklumat yang diterima adalah berasaskan sumber yang sahih dan bukan sekadar khabar angin.

Ini kerana katanya, Gegar mendapat maklumat berhubung tindakan pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Sabah, dipercayai untuk menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Melihat kepada laporan media yang disiarkan oleh media tempatan dan antarabangsa, Gegar mendapati terdapat beberapa percanggahan fakta yang didedahkan.

"Sebagai contohnya media di Philipina ada melaporkan mengenai tindakan keterlaluan pihak keselamatan Malaysia terhadap masyarakat Sulu di Sabah, namun laporan ini bercanggah dengan laporan media tempatan yang menunjukkan pihak keselamatan Malaysia menjalankan tugas dengan baik tanpa sebarang penganiayaan terhadap masyarakat Sulu.

"Kekeliruan ini seterusnya boleh menyebabkan rakyat terpengaruh dengan khabar angin yang tidak tepat. Oleh itu, perbezaan laporan ini perlu sampai kepada rakyat agar rakyat sendiri dapat menilai keabsahan berita yang disiarkan," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Gegar menyediakan satu talian hotline bagi memudahkan masyarakat berhubung secara terus dengan pihak Gerakan Pemantau Media iaitu 014-875-0414 atau 013-546-7541.

"Selain menjadi sumber maklumat, talian Hotline ini juga boleh dihubungi untuk aduan sebarang masalah berkaitan dengan perpaduan dan keharmonian masyarakat awam khususnya dalam jangka waktu pencerobohan Lahad Datu," katanya.

Sementara itu, Gegar turut menyeru semua pihak daripada pelbagai latar belakang agama, kaum dan bangsa terus mengekalkan perpaduan di negeri itu bagi menjaga keharmonian yang telah lama dikecapi.

"Segala fitnah yang dilemparkan bertujuan mengapi-apikan permusuhan antara kaum perlu ditangkis dan dikaji kesahihannya terlebih dahulu. Kami di peringkat anak muda sangat cintakan perpaduan seperti mana yang telah kita kecapi selama ini," katanya.

Gegar juga menyeru seluruh rakyat Sabah agar tidak berasa takut untuk mempertahankan negeri daripada sebarang bentuk pencerobohan dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bumi Sabah daripada sebarang ancaman keselamatan.

Media tempatan pula diminta melaporkan perkembangan sebenar mengenai isu Lahad Datu dengan turut memetik kenyataan media asing seperti media dari negara jiran iaitu Filipina.

"Hal ini penting bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran menyeluruh mengenai isu yang sedang berlaku.

"Anak muda sekali lagi merakamkan jutaan penghargaan kepada para anggota keselamatan yang telah berhempas pulas menjaga keselamatan negeri ini," katanya.

Saya mahu ajak masyarakat buat perubahan - Yasin

Posted: 17 Mar 2013 04:11 AM PDT

Anis Nazri,
 
KUALA LUMPUR: Bukan mudah bagi seseorang untuk meninggalkan segala kesenangan, lebih-lebih lagi bagi seorang artis yang penuh dengan kehidupan serba glamor.

Malah, terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan apabila seseorang artis itu memilih jalan yang berbeza dari rakan-rakannya.

Bagi penyanyi kumpulan Brothers dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman (gambar), beliau telah lima tahun merasai 'kehilangan' dari dunia arus perdana.

"Walaupun tidaklah disenaraihitam, tapi saya dapat merasakan sudah agak kurang di media perdana. Namun, saya percaya rezeki ada di mana-mana," ungkap beliau ketika ditemui di Malam Seni untuk Perubahan, di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.

Beliau yang membuat kemunculan sulung ketika di Konvensyen Pakatan Rakyat, bulan lalu menceritakan tentang dirinya yang sudah lama menyokong dan mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Cuma, baru-baru ini sahaja beliau menyertai PKR secara rasmi, dalam usaha menyampaikan mesej yang lebih bermanfaat kepada peminat seni tanah air.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak berminat menjadi wakil rakyat, sebaliknya lebih senang menyampaikan mesej dengan nyanyian bagi mengajak rakyat membuat perubahan, terutamanya rakan-rakan artis.

"Saya tidak berminat menjadi orang politik. Tak mahu jadi wakil rakyat. Saya akan menyumbang berasaskan bidang saya ini," tegas beliau.

Menyedari suasana hari ini yang tidak memihak kepada rakan artis jika memilih Pakatan Rakyat, Yasin berkata itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan.

Namun, katanya ia bergantung atas kekuatan seseorang artis itu untuk membuat perubahan, di samping bersedia bagi menghadapi suasana tersebut.

"Kalau diikutkan, ramai lagi artis-artis di negara ini yang kuat menyokong Pakatan Rakyat, cuma mereka belum bersedia. Ada yang mempunyai keluarga, yang terpaksa menjaga periuk nasi mereka. Dan kita perlu hormati mereka," kata beliau.

Berpandangan perubahan yang dilakukannya tidak boleh memaksa rakan artis lain mengikut jejaknya, Yasin berkata perubahan terbaik hanya berlaku apabila ia datang dari hati dan bukannya ikutan semata-mata.

Dalam kesempatan itu juga, Yasin turut menyeru rakyat Malaysia dan rakan artis agar bersedia untuk membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum itu, Yasin menyampaikan persembahan di hadapan kira-kira 5000 hadirin yang memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman, dengan mendendangkan lagu bertajuk 'Satu Perjuangan'.

TG Nik Aziz bersila makan laksa

Posted: 17 Mar 2013 04:10 AM PDT

Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir,



 

PENGKALAN CHEPA: Perkara biasa bagi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersila menikmati juadah pada satu-satu majlis keraian.

Tidak perlu hamparan permaidani sebagaimana lazimnya seorang Menteri Besar, Tuan Guru 'bersedia' bila dijemput.

Gambar ini dirakamkan pada majlis jamuan laksa bagi memungut derma untuk PAS Cawangan Pohon Kandis, dalam Dun Chempaka dekat sini.

Sumbangan diperlukan untuk persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi.

Tuan Guru turut menghulurkan sumbangan derma peribadinya untuk tujuan itu.

Peguam akui reka akuan bersumpah kedua Bala atas arahan Najib

Posted: 17 Mar 2013 12:42 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Seorang peguam senior, Cecil Abraham mengaku menyediakan Akuan Bersumpah kedua (SD) untuk bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam atas arahan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
americk-singh-sidhu
Perkara itu dinyatakan peguam mendiang Bala, Americk Singh Sidhu (gambar) ketika mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam di Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat itu mencadangkan usul untuk mengadakan suruhanjaya bebas bagi menyiasat siapa yang menyediakan draf bagi akuan bersumpah kedua Bala.

"Cecil berjumpa saya dan mengaku mendraf akuan bersumpah kedua tanpa arahan Bala. Arahan ini datang dari Najib," katanya dalam pertemuan tertutup itu.

Beberapa peguam menulis di twiter menyatakan Americk menerima tepukan gemuruh ekoran pendedahannya.

Malaysiakini melaporkan, beberapa peguam ketika ditemui di luar mesyuarat itu berkata, mereka turut menyokong tuntutan Americk, yang bertemu Abraham dua minggu lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan Americk.

Beliau juga meminta Majlis Peguam menjelaskan mengapa badan itu lewat bertindak.

"Malaysian Bar juga harus memberitahu kami mengapa siasatan mengenai aduan ini ditangguhkan," ujarnya.

Balasubramaniam pada Julai 2008, membuat akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Beliau antara lain mendakwa Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita Mongolia berkenaan.

Bagaimanapun, Bala menarik balik akuan bersumpah tersebut dengan membuat akuan bersumpah kedua sehari selepas mendedahkan SD pertama.

Penyiasat persendirian yang pernah berkhidmat dengan Abdul razak baginda itu kemudian menghilangkan diri selepas mendakwa menerima ancaman.

Bala pulang ke tanahair 24 Februari lepas, dan kemudian nekad untuk menjelajah negara bagi mendedahkan skandal berkenaan.

Bagaimanapun hasratnya tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia semalam, dilaporkan kerana serangan jantung.

Kumpulan peguam hari ini mencadangkan satu usul agar siasatan dibuat terhadap peguam terlibat dalam persediaan SD kedua. -RM

Sebar gambar fitnah baru, blogger Umno direstui Najib – Johari

Posted: 17 Mar 2013 12:38 AM PDT

Mohd Arif Juhaini

KUALA LUMPUR :  Penyebaran gambar fitnah lucah melibatkan individu mirip Ketua Umum KEADILAN  menunjukkan Umno BN kehabisan modal dan hanya mengulangi taktik lama, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

"Gambar lucah itu menunjukkan, dalam pemikiran Umno BN hanya penuh dengan idea lucah dan ganas.

"Mereka langsung tidak tahu malu guna gambar itu sebagai bahan kempen, Jelas, Umno BN makin tercabar dengan sokongan padu rakyat kepada Anwar," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Fitnah terbaru itu disebar  kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, individu dalam paparan gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.

Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.

Mengulas lanjut, Johari juga percaya Datuk Seri Najib Razak merestui penyebaran gambar berkenaan hingga mendorong blogger dan media kawalan Umno berani menyiar bahan lucah di medium umum.

"Saya percaya, keberanian blogger dan media Umno BN kerana mereka percaya itulah jalan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar," katanya.

Bernama TV siar dokumentari khas Operasi Daulat pada Selasa

Posted: 17 Mar 2013 12:37 AM PDT

SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Bernama TV, stesen televisyen 24 jam yang menawarkan berita dalam empat bahasa, akan menyiarkan dokumentari mengenai insiden pencerobohan Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu dari Filipina pada Selasa ini, 19 Mac.
  
Dokumentari khas selama 30 minit itu bertajuk 'Op Daulat, Demi Maruah Negara' bakal melakarkan detik-detik cemas sehingga berlaku pertempuran dan pertumpahan darah.
  
Dokumentari itu yang diterbitkan Editor Ahmad Kamal Dahalan akan disiarkan pada 9.30 malam, Selasa ini, dengan siaran ulangan pada Rabu, 1.30 tengah hari, Jumaat pada 9.30 malam dan Sabtu pada 1.30 tengah hari.
  
Bernama TV bersiaran di saluran 502 Astro. - Bernama

Teknik solekan boleh menyerupai Anwar sama seperti ‘Lincoln’

Posted: 17 Mar 2013 12:22 AM PDT

KEADILAN DAILY

Abraham_Lincoln_November_1863
Rupa asal Abraham Lincoln

Oleh: Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR : Jika pelakon Daniel Day Lewis boleh disolekkan hingga wajahnya saling tak tumpah seperti Presiden ke 16 Amerika, Abraham Lincoln, apatah lagi dalam kes gambar menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli berkata, sama seperti gambar lucah terbaru mirip Anwar, teknik solekan penyamaran juga boleh dilakukan ke atas mana-mana individu untuk menyerupai ketua umum KEADILAN itu.

Beliau berkata demikian mengulas isu gambar fitnah terbaru yang disebar blogger Umno, memaparkan individu mirip Anwar bersama seorang lelaki.

Kata Rafizi, bukan sesuatu yang asing dalam industri filem Hollywood mengguna teknik solekan bagi menghidupkan watak dalam sesebuah filem, khasnya filem biografi.

Lincon
Daniel Day Lewis selepas disolekkan

"Dengan special effect, make up dan teknologi baru dalam filem Hollywood, Lincoln dan Nelson Mandela boleh diklonkan.

" Daniel Day Lewis, rupanya langsung tak sama seperti Lincoln. Solekan pada wajah, janggut, latihan berjalan dan lain-lain digunakan untuk menjadikan rupa dan pembawaannya sama seperti Lincoln.

"Sudah tentu perkara yang sama boleh dibuat oleh mana-mana individu untuk menyerupai Anwar Ibrahim,"

"Kalau Hollywood boleh hidupkan semula presiden yang sudah mati, bukan lah satu  mustahil, malah perkara yang mudah untuk menghasil individu seperti Anwar. Apatah ia dirakam dalam video pendek dan hitam putih yang kualitinya jauh lebih rendah," kata Rafizi.

Persoalannya, kata Rafizi, berapakah kos yang dihabiskan oleh musuh politik Anwar untuk menghasilkan individu yang kelihatan sama sepertinya?

"Sudah tentu ia memerlukan dana yang besar, disokong dan dibiayai orang tertentu. Dalam video fitnah pertama, ia dikeluarkan individu yang rapat dengan Umno dan Mahathir seperti Rahim Tamby Chik.

"Memang ada bukti tokoh Umno memainkan peranan yang cukup penting untuk

Daniel Day Lewsi
Daniel Day Lewis

mengeluarkan video fitnah seperti ini," ujarnya menambah pelakon serupa digunakan seperti dalam video fitnah pertama yang dihasilkan di Thailand.

Tambah beliau, tidak mustahil lebih ramai lagi pimpinan KEADILAN akan menjadi mangsa Umno, termasuk dirinya sendiri dengan penghasilan video seumpama itu.

Bagaimanapun kata Rafizi, KEADILAN enggan melayan fitnah berkenaan kerana tumpuan kini adalah kepada isu melibatkan urustadbir negara.

"Reaksi rakyat akan lebih marah lagi dengan video ini kerana rakyat tidak berminat dengan fitnah peribadi. Hingga satu peringkat ada pemimpin Umno sendiri meminta supaya menghentikan fitnah ini kerana ia menimbulkan kemarahan rakyat,"

"Umno hanya mahu kita mengalih usaha dan tumpuan daripada isu lebih besar seperti rasuah dan kerosakan pentadbiran negara," katanya.

Dalam filem Lincoln, arahan Steven Spielberg, Daniel Day Lewis disolekkan oleh jurusolek, Lois Burwell yang pernah memenangi anugerah Oskar, dan ia bukan sesuatu yang baru dalam industri filem Hollywood.

Di Malaysia, solekan penyamaran tidak kurang hebatnya. Ia pernah digunakan dalam filem-filem tempatan seperti filem Hingga Ke Hujung Nyawa yang menampilkan Erra Fazira sebagai seorang nenek berusia 78 tahun.

Dalam filem terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd itu, teknologi solekan silikon diguna untuk menghidupkan watak Erra sebagai wanita tua.

Manakala Cinta Kolesterol pula menggunakan medium latex atau getah khas untuk mengubah fizikal bekas Ratu Cantik Malaysia itu kepada gadis bertubuh gempal.

Penyanyi FTG sertai PAS, isytihar sokong perjuangan Reformasi

Posted: 17 Mar 2013 12:22 AM PDT

Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Penyanyi FTG, sebuah kumpulan thrash metal tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program 'Malam Seni Untuk Perubahan' di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan secara terbuka.

FTG

"Saya tak kisah apa orang hendak kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan dan kritikan sosial," katanya yang menerbitkan 12 album bersama FTG.

FTG atau Freedom That Gone (Kebebasan Yang Hilang) bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu 'Malaysia Maju'.

Selain Tajul, pemain dram, Zul dan pemain bass, Mie dari kumpulaan sama juga mahu  menyertai PAS kerana menyokong perjuangan perubahan politik di negara ini.

"Cuma mereka tak dapat hadir," kata Tajul sambil tekad untuk meneruskan perjuangan menerusi lagu dan lirik.

"Rezeki di tangan Tuhan. Saya akan terus menyanyi," katanya yang tidak bimbang terhadap kemungkinan 'sekatan kerajaan' dan bercadang membantu kempen Pakatan Rakyat pada PRU 13.(FZL)

Hadi: Pas tanding 76 kerusi parlimen, tambah 10

Posted: 17 Mar 2013 12:18 AM PDT

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
PRU13
PRU13
 
KUALA TERENGGANU – Pas dijangka bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jumlah kerusi yang dinyatakan itu juga menunjukkan pertambahan sebanyak 10 kerusi kepada Pas berbanding pilihan raya umum sebelumnya yang menyaksikan parti itu bertanding di 66 kerusi parlimen sahaja di seluruh negara.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan merujuk bahawa pihaknya akan bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen bagi memastikan Pas menjadi teras politik negara untuk menggantikan Umno.

Berdasarkan pertambahan kerusi yang disebutkan itu juga, Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan kerusi lain melebihi 76 buah sekiranya terdapat perubahan yang menyebelahi parti itu pada saat-saat akhir.

"Kita kena ingat kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222. Daripada jumlah itu, saya hendak beritahu, insya-ALLAH Pas akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi.

"Kita bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan seluruh negara. Insya-ALLAH mungkin akan ada lagi (pertambahan kerusi) jika rakan-rakan kita dalam PR memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding," katanya ketika menyampaikan ceramah di Chabang Tiga, di sini.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang itu mengulangi kenyataannya supaya mana-mana pihak tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa DAP bakal menerajui negara sekiranya PR menang pada PRU13.

Abdul Hadi berkata, dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan parti itu, DAP masih belum layak untuk menerajui pentadbiran kerajaan.

"DAP bertanding dalam 50 hingga 60 kerusi dan jika dia boleh menang 50 kerusi pun, masih tidak boleh hendak memerintah Malaysia ini.

"Oleh itu, usahlah terpengaruh dengan dakyah Umno-Barisan Nasional (BN). Mereka letak calon bukan Melayu di 21 kerusi majoriti orang Melayu. Umno telah beri kerusi kepada MCA, MIC dan Gerakan," katanya

Pas dakwa BN ada masalah gagal umum tarikh PRU13

Posted: 17 Mar 2013 12:16 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
KULAIJAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih gagalkan mengumumkan tarikh Pilihan Raya ke-13 (PRU13) disebabkan parti itu mempunyai masalah dan berasa terancam.

Menurutnya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi peluang untuk memerintah negara dalam tempoh sepenggal atau lebih, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengumumkannya lebih awal.

Katanya, selain itu, PR juga akan memberikan kebebasan kepada media sekiranya mampu menawan Putrajaya, untuk melaporkan berita secara adil dan telus tanpa sebarang sekatan selain mengamalkan sistem pilihan raya yang adil.

"Media diberi kebebasan termasuk mengkritik PR walaupun menjadi pemerintah, dengan cara itu kita tahu apa kelemahan yang dihadapi sekaligus memperbetulkannya, rakyat juga bebas untuk mengetahui sebarang maklumat.

"Situasi seperti ini berbeza seperti yang diamalkan pada hari ini, apabila rakyat tidak dapat mengetahui perkara sebenar, tindakan berkenaan seperti 'orang tua yang mahu sembunyikan penyakit," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian, sempena Jamuan Rakyat, Pakatan Rakyat, di Taman Tropika, di sini, semalam.

Hadir sama, Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mahfodz Mohamed; Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng dan Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau.

Dalam pada itu, ketika diminta untuk mengulas mengenai kemungkinan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah, Abdul Hadi enggan mengulas lanjut dan memaklumkan ia dalam peringkat perbincangan dan cadangan.

"Terpulang pada parti, sama ada dia (Kit Siang) bertanding di Johor atau tidak, mengenai calon dan kerusi ia terpulang kepada parti untuk membuat keputusan," katanya.

Ketika ditanya tindakan pemimpin Umno negeri yang mencadangkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berundur, beliau berkata, ia adalah urusan rumah tangga Umno dan PR tidak mahu campur tangan.

"Terpulang kepada mereka. Kita enggan masuk campur kerana ia urusan rumah tangga Umno, tetapi jika PR diberi peluang untuk menggantikan jawatan berkenaan, kita amat mengalu-alukannya," katanya.

Kematian PI Bala Tidak Henti Usaha Dedah Dalang Pembunuh Altantuya (KEMASKINI)

Posted: 17 Mar 2013 12:15 AM PDT


M

SHAH ALAM : Meskipun dikejutkan dengan pemergian penyiasat persendirian, P Balasubramaniam hari ini, namun ia tidak menghalang usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk terus mendedahkan dalang di sebalik kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu.

Naib Presiden PKR, N Surendran ketika dihubungi berkata, walaupun Bala atau lebih dikenali sebagai PI Bala telah meninggal dunia, namun pendedahan beliau masih belum dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Umno-BN.

"Ia satu berita yang sedih kerana PI Bala banyak menyumbang kepada negara dengan mendedahkan cerita-cerita sebenar di sebalik kematian Altantuya dan Perakuan Berkanun.

"Walaupun kita telah kehilangan beliau, tetapi pendedahannya masih ada dan menjadi isu yang amat besar dalam negara kita lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang," katanya kepada TVSelangor.

Beliau yang baru pulang dari persembunyian di India terlibat dalam kempen bersama Pakatan Rakyat bagi mendedahkan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 yang lalu.

Bagaimanapun selepas terlibat dalam beberapa siri kempen bersama Pakatan Rakyat, Bala dimasukkan ke hospital apabila jantungnya berhenti berdenyut.

Malaysiakini melaporkan, Bala mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa.

Beliau memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan Altantuyaa , yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

Sultan Selangor Bangga Dengan Usaha dan Pencapaian Kerajaan Negeri

Posted: 17 Mar 2013 12:14 AM PDT


sultan jamuan teh 67 01

SHAH ALAM,: DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berasa bangga dengan integriti dan kecekapan Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri yang telah bersungguh-sungguh mentadbir Selangor dengan jayanya.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pujian tersebut dititahkan kepadanya sendiri dalam satu pertemuan sedikit masa dahulu.

"Ada masanya, kami berbual ringan dan dalam perbualan kami Baginda kata bahawa Baginda bangga dengan 'team' Kerajaan Negeri sekarang," kata Abdul Khalid dalam Majlis Penyampaian Cek Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor malam tadi.

Menurut Abdul Khalid, penghargaan Sultan Selangor itu tidak pernah diceritakan kepada mana-mana ahli Exco supaya mereka tidak riak dan lalai dengan pujian tersebut.

Dalam ucapan sama, Abdul Khalid turut menyelar Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini mendakwa pentadbirannya gagal mentadbir Kerajaan Negeri dengan baik.

Sedangkan prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor jauh lebih baik daripada prestasi pentadbiran Umno-BN selama 11 penggal sebelum ini.

Kejayaan tersebut termasuklah peningkatkan rizab negeri daripada hanya RM 400 juta yang tinggalkan pentadbiran Umno-BN kepada RM 2.6 bilion semasa PR Selangor.

Selangor turut mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 49.75 bilion sepanjang 2008 ke 2012 sekaligus mengekalkan prestasi negeri itu sebagai destinasi pelaburan utama Malaysia.

Najib Juga Didakwa Dalang Pencerobohan Di Lahad Datu

Posted: 17 Mar 2013 12:12 AM PDT


najib dalang lahad datu blog 01

SHAH ALAM: Dakwaan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kemasukkan penceroboh Selantan Filipina ke Lahad Datu, Sabah, oleh pemimpin Umno-BN dengan berpaksikan kenyataan media luar adalah satu bahan jenaka dunia.

Lebih-lebih lagi apabila juga terdapat kenyataan media dari luar Malaysia yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang sebenarnya dalang kepada kemasukkan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah.

Sepatutnya, sebuah kerajaan yang penuh kreadibiliti dan mempunyai agensi yang kukuh di bawah naunganya, hendaklah menjalankan siasatan mereka sendiri mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam reaksinya berkata, menggunakan media untuk membuat tuduhan adalah satu tindakan yang tidak profesional dan kerajaan sepatutnya mengemukakan bukti terperinci.

"Sekiranya Datuk Seri Anwar terlibat, maka dia boleh dakwa secara formal. Tidak mungkin kerajaan begitu hebat main tuduh-tuduh begitu sahaja.

"Ini kerajaan yang tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ini adalah tuduhan yang serius, yang melibatkan keselamatan negara," katanya kepada TVSelangor.

Tegasnya, soal keselamatan negara merupakan perkara penting yang perlu diutamakan dan bukan menjadikan individu tertentu sebagai 'kambing hitam' untuk 'menyelesaikan masalah'.

Disebalik keghairahan pihak tertentu mengaitkan Anwar, beberapa 'bukti' yang mengkaitikan Najib dengan insiden Lahad Datu telah tersebar hangat di laman sosial.

Dalam sebuah artikel portal Manila Buletin Publishing Corporation "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia", Pengerusi Fron Pembebasan Nasional Bangsa Moro (MNLF), Nur Misuari ada menyebut nama Najib.

"When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak," rujuk portal berkenaan.

(Apabila dia berada di Jolo, Sulu, minggu lepas, Misuari berkata dia telah mendengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka mendakwa dijanjikan akan ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.)

Carian Tv Selangor pada pautan http://www.mb.com.ph/article.php?aid=1201&sid=1&subid=1#.UUQrvxzqicO mendapati artikerl berkenaan masih wujud dan boleh diakses.

Sebelum ini, beberapa media pro-Umno mendakwa Anwar terlibat di dalam pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan media asing.

Ekoran itu, Anwar telah memfailkan tuntutan saman berjumlah RM 100 juta masing-masing terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Stesen Televisyen TV3.

Tiada ulasan: