DIALOG RAKYAT |
- Wong Tack 'bawa' PR ke Putrajaya - Guan Eng
- Serang pejabat: Polis gagal bertindak - Rafizi
- Mungkin Azlan Lazim sengaja tak dipanggil sebagai saksi
- Anggota tentera pertama terkorban di Lahad Datu
- Rafizi jawab PM: 'PR tak pernah kata mahu kecilkan sektor awam'
- Insentif penjawat awam hanya akan ‘terasa’ apabila PR memerintah, kata Mahfuz
- PKR dakwa Umno guna insiden Lahad Datu sebagai modal politik kebencian
- Polis tahan enam suspek disyaki pengganas Sulu
- SPR yaking PRU-13 diadakan serentak di seluruh negara termasuk Lahad Datu
- Rayuan Liwat II tidak boleh diteruskan, kata Mat Zain kepada peguam negara
- KES LIWAT - ANGKARA ORANG GILA KUASA, ANAK BERANAK BERBALAH
- KES LIWAT - ANGKARA ORANG GILA KUASA, ANAK BERANAK BERBALAH
- Bangunan UMNO Mengibarkan Bendera PKR!
- PRU 13 Tangguh Kerana Darurat Lahad Datu?
- BN sasar menang 160 kerusi Parlimen
- Seorang tentera gugur, 3 pengganas terbunuh pertempuran di Sg Nyamuk
- MB jawab Dr M: 'Kerajaan Selangor berjaya martabatkan Islam, Melayu'
- LTAT umum dividen 16 peratus
- Lagu politik: Kenapa nak kecam, soal YA1M
- Fokus PRU-13: Berbaloikah setiap undi kita?
- Makin ramai bekas jeneral tentera sertai PR, petanda buruk buat BN
- Menjelang PRU13, jadual PM padat dengan pelbagai program
- Zahid nafi tuduhan Rafizi, nafi LTAT dipengaruhi pihak luar
- BN masuk zon kerajaan tak-rasmi; Najib bukan lagi PM sah
- Dulu ‘Gam’, kini RTM beri ruang kumpulan rock lama kembali beraksi di ‘Rockers Apa Khabar’
Wong Tack 'bawa' PR ke Putrajaya - Guan Eng Posted: 12 Mar 2013 07:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Keputusan meletakkan Wong Tack untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong akan menjadi batu loncatan kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Beliau berkata Pengerusi Persatuan Himpunan Hijau itu mempunyai aura dan pengaruhnya yang tersendiri dan mampu menarik lebih lebih banyak sokongan rakyat kepada gagasan itu, terutama di kalangan penduduk tempatan yang membantah operasi kilang Lynas di Gebeng. "Sejarah besar akan tercipta jika DAP berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN), sekaligus memudahkan perjalanan mereka ke Putrajaya. "Pakatan Rakyat amat komited dan serius dalam usaha menawan Putrajaya bagi membawa perubahan dari pelbagai sudut, seperti dasar dan pembangunan," kata Guan Eng pada sidang medianya di Ibu Pejabat DAP petang tadi. Wong Tack sebelum ini mengetuai beberapa siri bantahan operasi kilang Lynas kerana mendakwa ia membahaya dan merisikokan kesihatan penduduk dan kehidupan yang berada berhampiran dengan kawasan itu. Beliau sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengugut untuk membakar kilang itu jika kerajaan persekutuan enggan menutup operasinya. Ugutan Wong Tack itu mendapat kritikan banyak pihak sehingga menyebabkan beliau memohon maaf di atas tindakannya itu. Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh ketika dihubungi Antarapos berkata ugutan Wong Tack itu adalah tindakan peribadinya dan PKR tidak bersama dengannya. Dengan pengumuman bersabit pencalonannya itu, Wong Tack secara rasminya akan berdepan penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Tiong Lai sebelum ini mengalahkan pencabarnya dari PKR, Ponusamy Govindasamy dengan majoriti 12,549 undi. |
Serang pejabat: Polis gagal bertindak - Rafizi Posted: 12 Mar 2013 07:48 AM PDT PETALING JAYA: PKR hari ini mendakwa polis gagal mengambil sebarang tindakan terhadap serangan ketas bangunan ibu pejabat parti itu semalam yang dipercayai dilakukan oleh sekumpulan ahli Umno. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Balai Polis Tropicana terletak selang dua pintu dari pejabat itu namun tiada seorang pun anggota yang menghalang perbuatan serangan fizikal dengan membaling telur, batu, kon, selain mengugut untuk membakar bangunan tersebut. Beliau mendakwa politik kebencian yang ditanam cuba mengaitkan kepimpinan pembangkang dengan insiden pencerobohan Lahad Datu mengakibatkan serangan fizikal terhadap individu dan harta benda termasuk insiden pergaduhan di Melaka baru-baru ini. "Keganasan ini adalah terancang kerana mereka membawa telur, kayu dan kon lalulintas semata-mata bagi tujuan itu. "Malah sepanjang kejadian ini berlaku tidak ada seorang anggota polis pun campur tangan untuk menghentikan perlakuan ganas yang melanggar undang-undang," katanya kepada pemberita pada sidang media sebentar tadi. Semalam sekumpulan penyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai pro-Umno telah menyerang ibu pejabat PKR dengan membaling telur, batu dan kayu selain membakar bendera PKR. Setiausaha Kerja Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman yang berada di tempat kejadian berkata kumpulan tersebut disertai oleh Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Pesuruhjaya TIBAI Wilayah Persekutuan dan Selangor, Wan Indra Putra Ahmad. Kumpulan itu bertindak sedemikian dipercayai bagi membantah kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkan insiden pencerobohan Lahad Datu di Sabah adalah sandiwara Umno. Bagaimanapun semalam Hamidzun menafikan beliau terlibat dalam insiden tersebut dan akan mengambil tindakan saman terhadap Syed Badli kerana memfitnahnya merancang serangan tersebut. |
Mungkin Azlan Lazim sengaja tak dipanggil sebagai saksi Posted: 12 Mar 2013 05:08 AM PDT Pada 9 Mac yang baru berlalu, negara dikejutkan dengan pendedahan oleh Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa kepada Saiful Bukhari – pengadu dalam kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Secara peribadi saya mengalukan kepantasan Timbalan Ketua Polis Negara, mengeluarkan kenyataan bahawa polis akan segera memanggil Azlan Lazim, untuk mengenal pasti sebab dan tujuan beliau membuat keterangan sedemikian. Bagaimanapun kenyataan Timbalan KPN yang menyatakan, bahawa oleh kerana Azlan tidak pernah dipanggil memberi keterangan di mahkamah dalam perbicaraan kes liwat berkenaan, maka pendedahan Azlan sedemikian itu tidak bernilai dan tidak boleh digunapakai, adalah suatu kenyataan yang tidak wajar dibuat di peringkat ini, sedangkan keterangan dari Azlan masih belum diambil lagi. Mungkin beliau semangnya mempunyai keterangan yang lain yang belum didedahkan lagi, atau mungkin juga akibat daripada pendedahan itu, saksi lain yang tidak pernah muncul akan timbul pula memberikan keterangan baru dalam kes ini, tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Persoalan Azlan Lazim tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat itu sebenarnya bukan salah beliau, tetapi terletak ditangan pegawai penyiasat dan pihak pendakwaan. Telah banyak kali berlaku di mana saksi atau keterangan yang boleh membantu dalam sesuatu perbicaraan, disorokkan daripada dikemukakan kepada mahkamah, sepertimana yang jelas berlaku dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya Shariibuu. Dalam hal Azlan Lazim ini pula, kemungkinannya pihak pendakwaan yang dengan sengaja tidak memanggil beliau sebagai saksi, kerana jika dipanggil mungkin keterangan yang akan Azlan Lazim berikan, tidak akan memihak kepada pihak pendakwaan. Banyak kes lampau yang boleh dijadikan teladan antaranya dalam kes yang agak masyhur, iaitu kes bunuh Jean Perera Sinappa tahun 1980, di mana tertuduh dibebaskan daripada hukuman gantung, setelah mahkamah ketika di peringkat rayuan, mendapati keterangan palsu telah digunakan dalam perbicaraan utama kes tersebut. Apa yang ingin disarankan di sini ialah supaya pihak polis mengambil pendedahan yang dibuat oleh Azlan Lazim itu sebagai maklumat baru dan menjalankan siasatan terperinci mengenai isi kandungan pendedahan tersebut dan bukan menutup kes itu memandangkan penyiasatan belum dimulakan lagi. Pernah berlaku sebelum ini, di mana mantan KPN Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail, sama-sama berpakat mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa kes siasatan salahguna kuasa terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, telah ditutup pada 15 Februari 2000, walhal laporan polis mengenainya hanya dibuat pada 12 Jun 2000 dan kertas siasatan dibuka pada 13 Jun 2000. Dalam keadaan sebegitu pun, PM mengatakan Gani dan Musa orang-orang yang jujur. Soal mengapa Azlan Lazim baru sekarang membuat pendedahan tersebut adalah soal kedua. Yang pentingnya ialah maklumat yang beliau ingin dan dapat dedahkan. Lagipun tidak ada had tempoh bagi mendedahkan sesuatu kejadian jenayah. Sambil itu pula saya sarankan Tan Sri melihat semula beberapa maklumat penting yang telah saya sampaikan menerusi surat terbuka atau surat terhad, berkaitan dengan perbuatan mereka keterangan palsu dalam kes melibatkan penyiasatan insiden mata lebam, kes liwat tahun 1998 (Liwat I) dan kes liwat tahun 2008 (Liwat II). Saya juga menyarankan Tan Sri menyegarkan ingatan kepada perbincangan kita di Bukit Aman pada 5 Januari 2011, yang turut dihadiri oleh mantan Timbalan Ketua Polis Negara Hussein Ismail dan SUPM Ghazali Md Amin. Kenyataan palsu dalam afidavit Najib PM Najib telah mengikrarkan dua afidavit, iaitu pada 21 dan 23 September 2011, bagi menyokong permohonan beliau untuk mengenepikan sepina, yang mengehendaki beliau memberi keterangan dalam perbicaraan kes Sodomi II. Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor juga mengikrarkan affidavit berasingan pada 21 September 2011 dalam permohonan yang sama. Pada bulan November 2011, saya telah menyampaikan maklumat bertulis kepada KPN dan Menteri Dalam Negeri, berkaitan penegasan mustahak yang diikrarkan oleh PM Najib, yang boleh dibuktikan sebagai tidak benar atau palsu. Setakat yang saya ketahui, dalam perkara pembikinan afidavit palsu yang dikemukakan dalam sesuatu perbicaraan, adalah tanggungjawab pegawai penyiasat kes atau Timbalan Pendakwa Raya, untuk membuat laporan polis supaya dakwaan tersebut disiasat berasingan. Ianya bukan tanggungjawab tertuduh atau peguambela tertuduh membuat laporan tersebut. Kesalahan membuat affidavit palsu atau memberi keterangan palsu, adalah kesalahan yang tergolong sebagai kesalahan terhadap Keadilan Awam (Public Justice) dan bukan kesalahan terhadap seseorang individu. Malangnya setakat yang diketahui, tidak ada sebarang siasatan yang dilakukan ke atas perkara ini, mungkin kerana kes ini melibatkan Perdana Menteri. Saya menegaskan di sini bahawa bukan sahaja PM Najib tidak akan dapat memberi penjelasan berkaitan kenyataan palsu yang beliau telah ikrarkan dalam afidavit tersebut, malahan beliau akan menghadapi masaalah untuk menjelaskan berkaitan kekalutan mengenai nama beliau sendiri. Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM keenam pada April 2009, dengan nama Allah, beliau malafazkan nama beliau sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Semasa mengikrarkan afidavit pada September 2011 beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau. Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula, beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama "Muhammad" dari nama beliau dan nama "Abdul" dari nama Allahyarham bapa beliau. Jika nama sendiri, sama ada terdapat nama Muhammad atau pun tidak, Perdana Menteri boleh keliru, apatah lagi dengan perkara lain. Apa pula nama yang beliau lafazkan ketika mengangkat sumpah di-masjid Guar Perahu? Wallahua'lam. Apa pun PM Najib tidak boleh menafikan yang beliau mengikrarkan afidavit-afidavit tersebut sedemikian rupa, di atas kerelaan dan kehendak beliau sendiri. Beliau tidak boleh menyalahkan orang lain sekalipun peguam dan penasihat beliau. PM Najib juga wajar sedar, bahawa kekeliruan berkaitan nama beliau yang sebenar dan kekalutan beliau melafazkan sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia sebagai PM Malaysia ke-6, boleh menyebabkan kesahan (legitimacy) beliau sebagai perdana menteri dicabar, sekiranya peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dipatuhi sepenuhnya. Pendedahan Musa Hassan Dakwaan terhadap Musa Hassan dan Gani Patail kerana telah memalsukan keterangan DNA dan lain lain pemalsuan melibatkan kes salahguna kuasa dan liwat terhadap Anwar Ibrahim, serta dalam penyiasatan insiden mata lebam telah dibuat menerusi pelbagai saluran sejak 1998 lagi. Namun begitu, Musa Hassan dan Gani Patail serta kerajaan, telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, walaupun rekod mahkamah dan Suruhanjaya Diraja Siasatan, menunjukkan dakwaan tersebut adalah berasas dan boleh dibuktikan sebagai benar. Bagaimanapun pada 31 Mei 2012 secara tiba-tiba Musa Hassan sendiri, ketika diwawancara oleh pemberita Malaysiakini, akhirnya telah mengaku bahawa memang betul beliau ada mengambil contoh darah Anwar (dari simpanan pihak Hospital Kuala Lumpur) untuk ujian DNA di atas tilam masyhur yang kontroversi itu. Pengakuan Musa Hassan yang dibuat hampir 14 tahun kemudian itu, telah membuktikan dua perkara yang sangat penting. Pertama, keterangan DNA Anwar yang dikatakan terdapat di atas tilam masyhur tersebut adalah palsu dan diperolehi menerusi jalan fraud, penipuan dan menyalahi undang-undang. Kedua, afidavit Musa Hassan yang diikrarkan pada 2 September 1998 dan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes jenayah No:45-40-1998, menyatakan beliau telah memperolehi laporan forensik pada ketika itu, adalah palsu memandangkan tindakan Musa 'mencuri' contoh darah tersebut dari HKL ialah pada 15 Oktober 1998. Mengenai peranan Musa Hassan dan Gani Patail dalam merekacipta keterangan DNA di atas tilam tersebut, telah saya jelaskan secara terperinci menerusi surat terhad saya bertarikh 27 Disember 2010 dialamatkan kepada KPN dengan salinannya kepada Perdana Menteri dan Peguam Cara Negara yang kesemuanya telah mengesahkan penerimaannya. Persoalannya ialah mengapa polis tidak memanggil Musa Hassan untuk siasatan lanjut setelah beliau membuat pendedahan terbuka pada 31 Mei 2012 itu? Beliau bukan sahaja pegawai penyiasat kes salahguna kuasa, malah beliau merupakan penyelia penyiasatan semua kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Di samping itu, Musa telah turut memberi keterangan di Mahkamah Tinggi bersabit dengan kes kes tersebut sementara Gani Pula pula bertindak sebagai ketua pendakwa. Adakah polis mengelak daripada menyiasat semula terhadap pendedahan Musa Hassan sedemikian itu disebabkan kebimbangan hasil siasatannya kelak, akan membongkar dan mengaitkan penglibatan pemimpin-pemimpin politik tertentu pada ketika itu? Terserah kepada KPN untuk menjelaskannya kepada seluruh rakyat. Mereka berhak mengetahui. Rayuan keputusan kes Liwat II Pada pandangan saya,walaupun tanpa pendedahan yang dibuat oleh Azlan Lazim itu, perbicaraan kes Liwat II sebenarnya memang tidak boleh diteruskan lagi. Ini adalah kerana PM Najib telah membawa masuk keterangan palsu dalam perbicaraan tersebut menerusi afidavit yang beliau ikrarkan, sepertimana yang dijelaskan di perenggan-perenggan terdahulu. Manakala, Gani Patail sebagai orang yang memberi kata putus untuk menuduh Anwar dalam kes Liwat II, dan memfailkan rayuan apabila Mahkamah Tinggi mendapati Anwar tidak bersalah, boleh dibuktikan telah melakukan beberapa banyak pemalsuan dan mereka keterangan palsu untuk mensabitkan kesalahan jenayah terhadap Anwar semenjak 1998 lagi. Pendek kata, Gani boleh dibuktikan mempunyai niat jahat terhadap Anwar sejak dari 1998 yang berlarutan sehingga kehari ini. Biar banyak mana sekali pun penafian Gani Patail, pendedahan yang dibuat oleh Musa Hassan berkaitan keterangan DNA itu, adalah cukup untuk membuktikan dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap mereka berdua adalah benar dan betul. Apa pun motif Gani memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Liwat II, beliau sebenarnya telah membuka ruang kepada pihak pembelaan dan mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan, untuk mencabar afidavit yang diikrarkan oleh PM Najib seperti yang dijelaskan di atas. Desak siasat Najib jika benar-benar berani Semenjak tercetusnya insiden pencerobohan senjata di Lahad Datu, kita perhatikan beberapa ramai menteri kanan dan pemimpin politik dengan lantang membuat seruan mengajak rakyat, sama-sama memperjuangkan dan mempertahankan kedaulatan dan undang-undang negara. Kita hormati keberanian mereka itu. Jika mereka benar-benar berani, jujur dan ikhlas, kita mengajak mereka pula untuk bersama-sama dengan rakyat, mendesak pihak berkuasa untuk melancarkan siasatan terperinci terhadap PM Najib, Gani Patail dan Musa Hassan kerana terdapat bukti yang mereka secara bersingan atau bersama-sama, mengkhianati dan melanggari kedaulatan dan undang-undang Negara. Pada pandangan saya, kita tidak perlu pun menggunakan keterangan daripada Azlan Lazim atau Deepak Jaikishan atau P Balasubramaniam untuk membuktikan salahlaku jenayah mereka. Perbuatan mereka sendiri, antaranya menerusi pembikinan affidavit mengandungi kenyataan mustahak yang tidak benar atau palsu, memberi keterangan palsu di mahkamah dan mereka keterangan palsu dalam bentuk laporan pakar palsu, adalah cukup untuk mensabitkan kesalahan jenayah masing-masing. Mereka sebenarnya tidak ada pembelaan. MAT ZAIN IBRAHIM merupakan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. Tulisan ini adalah surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. |
Anggota tentera pertama terkorban di Lahad Datu Posted: 12 Mar 2013 04:28 AM PDT Seorang anggota tentera Malaysia terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan anggota 'tentera diraja Sulu' di Sungai Nyamuk di Lahad Datu pagi ini. Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu. Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi. Dalam pertempuran itu, katanya, pasukan keselamatan membunuh tiga penceroboh, tetapi malangnya, seorang anggota pasukan keselamatan turut dibunuh. Bercakap dalam satu sidang akhbar lewat petang ini, Zulkifeli berkata ini adalah korban pertama yang dialami pasukan keselamatan Malaysia sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac. |
Rafizi jawab PM: 'PR tak pernah kata mahu kecilkan sektor awam' Posted: 12 Mar 2013 04:25 AM PDT PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini membidas tuduhan perdana menteri yang mendakwa salah satu fokus manifesto Pakatan Rakyat (PR) mahu mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam, dan menyifatkan kenyataan itu sebagai "politik murahan." Sebaliknya beliau berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba memutarbelitkan dasar yang disepakati PR dalam manifesto, yang dilancarkan 25 Februari lalu, malah usaha beliau untuk memperlekehkannya di hadapan penjawat awam nyata untuk meraih sokongan bagi memenangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. "Itu politik murahan, PR bukannya nak kecilkan perkhidmatan awam, lebih penting kembalikan kedudukan dan kebebasan dalam pentadbiran negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini. Dalam kenyataannya ketika mengumumkan senarai sembilan insentif penting perkhidmatan awam, yang kini dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST), Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sentiasa istiqamah untuk menjadi sebuah kerajaan yang adil dan penuh bertanggungjawab tanpa memperjudikan apa-apa keputusan sehingga merosakkan kedudukan dan kewangan negara. Beliau berkata jika mahu, kerajaan Barisan Nasional boleh sahaja mengambil sikap populis dengan menjanjikan pelbagai perkara seperti kenaikan gaji dan elaun yang tinggi, tanpa mengira kemampuan kewangan sepertimana yang dicanangkan pihak tertentu. "Memang kerajaan seperti itu akan menjadi lebih popular, semua akan merasa seronok, teruja tetapi itu hanyalah buat seketika. "Sebenarnya kita perlu berfikiran waras apa akan jadi kemudian hari nanti, akibat daripada tindakan populis itu," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional. Beliau berkata rakyat perlu melihat rekod pihak tersebut dari segi menepati janji amatlah buruk, bagi mereka manifesto bukannya janji, kalau manifesto tidak boleh dianggap janji maka buat apa percaya dengan kandungannya. "Soalnya... sebagai pihak yang mahu memperoleh kepercayaan bagi membentuk kerajaan, perlu berterus terang dengan rakyat bahawa tidakkah pembiayaan semua program mereka memerlukan kepada cukai dinaikkan. "Amat sukar untuk menilai keikhlasan, namun kita berupaya mengukur kejujuran dengan melihat prestasi rekod mereka yang berjanji. Kalau janji lama pun tidak mampu ditepati atau ditunaikan maka berhati-hatilah dengan janji baru," katanya. Rafizi seterusnya berkata: "... Najib sendiri terlalu bergantung dengan pakar perunding sebelum ini dalam penyediaan rangka pelan pembangunan negara." Rafizi berkata, jika PR diberi peluang mengambil alih pentadbiran negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, mereka tidak akan bergantung kepada khidmat perunding luar yang jauh lebih tinggi kosnya dalam menyediakan dasar pembangunan negara. "PR janji tidak akan bergantung guna perunding luar," katanya. Dalam pada itu, Rafizi berkata, kenaikan gaji dan pelbagai insentif buat penjawat awam yang diumumkan oleh Najib semalam tidak menjamin sokongan berpihak kepada Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. Malah tindakan Najib yang mengumumkan pakej insentif buat 1.4 juta penjawat awam itu menjelang pilihan raya nanti sebagai tindakan tidak bertanggungjawab kerana cuba membeli undi kakitangan awam supaya berpihak kepada Umno-BN. "Penjawat awam akan tengok secara menyeluruh, bukan gaji saja tapi perkhidmatan kepada mereka, dia tidak ada jaminan jaringan sosial selepas pencen. Kalau naik gaji RM100 pun, ia masih tidak membantu pun dari segi pemilikan perumahan," katanya. Malah beliau menyakini pakej insentif tersebut tidak mampu menaikkan moral kakitangan awam yang masih jauh ketinggalan khususnya dalam soal pemilikan kediaman dan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi. "Saya tidak fikir pakej itu benar-benar menyeluruh dan mengambil kira tuntutan kakitangan awam. Penjawat awam tidak yakin tukar sokongan dan boleh naikkan moral mereka," katanya. Bagaimanapun Rafizi menyifatkan tawaran yang dibuat dalam manifesto PR lebih ikhlas dan mengambil kira kebajikan semua peringkat rakyat berbanding dasar Umno-BN yang sudah lapuk dari peredaran zaman. |
Insentif penjawat awam hanya akan ‘terasa’ apabila PR memerintah, kata Mahfuz Posted: 12 Mar 2013 04:22 AM PDT Naib Presiden PAS itu berkata, perkara itu disebabkan pendapatan boleh guna rakyat yang semakin meningkat selepas kerajaan PR berjaya melaksanakan segala janji-janji manifesto selepas mengambil alih Putrajaya apabila memenangi pilihan raya umum. Antara janji manifesto PR, "Pakatan Harapan Rakyat" adalah memansuhkan tol, penurunan harga minyak, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kajian semula tarif elektrik, pemansuhan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan banyak lagi. "Kenaikan itu tidak beri manfaat besar kepada kakitangan sektor awam jika manifesto PR tidak dapat dilaksanakan ... dengan penurunan harga minyak, mansuh tol, kajian semula tarif elektrik, pendidikan percuma dengan mansuh PTPTN, dengan AES yang akan dimansuhkan serta GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang pasti tidak akan dilaksanakan, barulah kenaikan itu akan beri lebihan dalam poket penjawat awam," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider. "Kalau kenaikan itu dibuat, sedangkan selepas pilihan raya umum, minyak naik, tol naik, elektrik naik, AES akan dilaksanakan, GST akan dikenakan ... apalah yang ada," katanya, dan menambah kakitangan awam seharusnya berpandangan jauh untuk memastikan PR dapat berkuasa dan menjamin kesejahteraan penjawat awam. Malah, Mahfuz turut memberi jaminan, skim yang diumumkan Najib semalam itu juga bukan sahaja akan diteruskan, tetapi akan ditambah baik agar selari dengan bebanan kos sara hidup ditanggung penjawat awam. "PR beri jaminan kepada kakitangan awam, polis, dan tentera, kenaikan itu tidak akan ditarik balik, malah akan disempurna dan diteruskan bila PR ambil alih Putrajaya. "Malah, PR berjanji semakan yang berkala akan ditentukan tempohnya dan semakan akan dibuat semasa ke semasa bagi menjamin gaji penjawat awam, berpadanan dengan keadaan tuntutan semasa, seperti inflasi, untuk pastikan mereka tidak terbeban kos sara hidup," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kenaikan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam sistem saraan baru yang digelar Sistem Saraan Transformatif (SST) yang meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion. Najib berkata, penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala bagi penjawat awam lain, kenaikan gaji antara RM80 dan RM320 sebulan akan bermula pada 1 Julai. |
PKR dakwa Umno guna insiden Lahad Datu sebagai modal politik kebencian Posted: 12 Mar 2013 04:20 AM PDT Pengarah Strategi Rafizi Ramli (gambar) berkata Umno dan BN memainkan politik kebencian dan menggunakan insiden di Lahad Datu sebagai alasan untuk mengancam keselamatan pimpinan PKR melalui siri kegansan berterusan. Rafizi ketika sidang media berhubung insiden serangan oleh perusuh yang didakwanya sebagai ahli Umno di Ibu Pejabat PKR semalam turut menyuarakan rasa kesal kerana anggota polis yang berada berhampiran dengan premis itu hanya mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa bagi menghalang perusuh berkenaan yang membaling telur, kayu, dan kon lalu lintas ke arah pejabat mereka. "Ketika kejadian, tidak ada seorang anggota polis pun yang campur tangan untuk menghentikan perlakuan ganas yang melanggar undang-undang ... sangatlah memalukan apabila Balai Polis Tropicana hanyalah terletak dua pintu dari ibu pejabat PKR dan anggota polis hanya berpeluk tubuh sahaja," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di sini. Beliau juga turut tidak menolak insiden keganasan seperti itu digunakan bagi memastikan Anwar ditahan dan didakwa di bawah undang-undang keselamatan. "Malah, saya tidak menolak kemungkinan politik kebencian atas kesempatan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu mungkin digunakan oleh anasir tertentu di dalam Umno untuk memastikan Anwar sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang keselamatan," tegasnya. Rafizi juga menggesa agar pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil berat terhadap kejadian-kejadian keganasan politik yang semakin meningkat serta mengenakan tindakan keras terhadap mereka yang terlibat dan menjadi dalang. "Pimpinan tertinggi PDRM juga wajib menolak sebarang anasir yang cuba mengambil kesempatan dari peristiwa pencerobohan di Lahad Datu untuk menekan lawan politik seperti yang berlaku sekarang," kata Rafizi. Dalam kejadian semalam, sekumpulan lelaki didakwa melempar sekitar 200 biji telur ke arah pejabat PKR di Merchant Square, di sini selain kon jalan, dan juga kayu. Insiden itu turut mengakibatkan kakitangan pejabat tersebut, S. Balakumaran cedera di leher akibat terkena kayu, serta dibaling telur dan batu di dadanya. Rafizi ketika sidang media turut menunjukkan gambar beberapa peserta tunjuk perasaan itu memakai baju BN, dan mendakwa mereka adalah ahli Umno dan pernah kelihatan menghadiri beberapa program anjuran parti politik Melayu terbesar itu. Turut ditayangkan ketika sidang media adalah gambar lambang PKR yang pecah akibat terkena balingan batu serta bendera PKR yang terbakar. |
Polis tahan enam suspek disyaki pengganas Sulu Posted: 12 Mar 2013 04:18 AM PDT SINAR HARIAN SEMPORNA - Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit. "Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat awam...jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi. Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu. Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu. Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati rata-rata penduduk di kampung berkenaan mendakwa tidak pernah melihat kelibat enam lelaki terbabit di kampung berkenaan. - Bernama |
SPR yaking PRU-13 diadakan serentak di seluruh negara termasuk Lahad Datu Posted: 12 Mar 2013 04:16 AM PDT Ini kerana katanya keadaan di kawasan itu, khususnya Kampung Tanduo, bertambah baik dan beliau yakin situasi di situ dan kawasan sekitar akan kembali tenang dalam masa terdekat. "Saya tidak akan membuat spekulasi mengenai keadaan di Lahad Datu khususnya di Tanduo dan sekitarnya, namun saya cukup yakin dengan usaha pasukan keselamatan, keadaan di situ kembali aman," katanya pada sidang media selepas merasmikan taklimat susulan pegawai pengurus, penolong pengurus dan pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya bagi pilihan raya umum ke-13, di sini hari ini. Menurut Abdul Aziz terdapat dua pusat mengundi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian dan SK Tunku di kawasan Zon Merah yang diisytiharkan susulan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo pada 12 Feb lepas. Zon Merah terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tunku yang kini diwakili Barisan Nasional (BN) menerusi Datuk Mohd Suhaili Said. DUN Tunku pula terletak dalam kawasan Parlimen Silam bersama-sama DUN Lahad Datu dan Kunak. Beliau juga mengesahkan Daftar Pemilih sehingga 31 Dis lepas yang diwartakan pada 22 Feb lalu akan terpakai jika Parlimen dibubar hujung bulan ini. Bagaimanapun proses pembersihan Daftar Pemilih itu masih diteruskan sehingga Parlimen dibubar, katanya. Menurut Abdul Aziz, Sabah kini mempunyai 982,644 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang selain 24,497 pengundi berdaftar bagi kawasan Parlimen Labuan. Beliau berkata SPR akan menempatkan 17,615 petugas di Sabah bagi menguruskan proses pilihan raya di negeri itu yang dijangka menelan belanja RM50 juta, meliputi 25 kerusi parlimen di Sabah dan satu di Labuan serta 60 kerusi DUN. Mengenai pengangkutan udara dan air khususnya di kawasan luar bandar Sabah, Abdul Aziz berkata perkhidmatan helikopter akan diguna di 86 pusat mengundi, manakala bot pula di 55 pusat mengundi. Mengenai pasukan penguat kuasa, beliau berkata lima kawasan parlimen iaitu Sepanggar, Kota Kinabalu, Batu Sapi, Sandakan dan Tawau akan dipantau dua pasukan, manakala di kawasan lain satu pasukan. Bilangan pengundi pos berdaftar luar negara untuk Sabah ialah 65 orang setakat ini, termasuk 20 di Kota Kinabalu, sembilan masing-masing di Penampang dan Putatan serta lapan di Tawau. Abdul Aziz turut mengingatkan parti politik yang akan bertanding agar berkempen secara berhemah dan bertanggungjawab tanpa membangkitkan isu sensitive terutama berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu. "Saya yakin 'orang-orang Sabah' ini baik-baik belaka, tidak ada yang suka memburuk-burukkan orang lain, dan saya fikir, kalau semua pihak betul-betul berkempen (dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan) dan bertanggungjawab, pilihan raya kita akan berjalan dengan baik dan tiada masalah," katanya. "Pihak polis kita akan mengawal keadaan di semua kawasan sepanjang tempoh kempen pilihan raya, dan dalam keadaan tertentu, jika perlu, kita boleh juga meminta bantuan dari pihak tentera," katanya. Beliau turut menasihati pengundi di Sabah terutama di Lahad Datu agar menunaikan tanggungjawab mereka apabila pilihan raya diadakan. "Jangan takut dan jangan dengar khabar angin. Keluarlah beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Aziz meminta para petugas, terutama pengurus dan penolong pengurus pilihan raya supaya menjalankan tugas mereka dengan adil tanpa rasa takut atau berat sebelah. — Bernama |
Rayuan Liwat II tidak boleh diteruskan, kata Mat Zain kepada peguam negara Posted: 12 Mar 2013 04:10 AM PDT Anwar (gambar) telah dibebaskan atas pertuduhan liwat pada Januari tahun lepas tetapi rayuan kemudiaannya difailkan oleh Pejabat Peguam Negara dan pendengaran telah ditetapkan pada 22 Julai ini. Mat Zain, yang merupakan bekas Ketua Inspektor (CID) Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan dalam kes siasatan "mata lebam" Anwar, menulis satu lagi surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini bahawa kes Liwat II telah dibayangi dengan kepalsuan yang terlalu banyak. Beliau menamakan nama perdana menteri dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan menuduh mereka menipu dalam affidavit yang difailkannya untuk mengenepikan sapina dalam Liwat II dan mengulangi dakwaan Abdul Gani telah mereka keterangan dalam Liwat I dan siasatan mata lebam Anwar. "Pada pandangan saya walaupun tiada pendedahan dibuat oleh Azlan Lazim (bapa Saiful), sebutan kes Liwat II tidak boleh lagi diteruskan," kata pegawai polis yang sudah bersara tersebut. Bekas pemimpin polis tertinggi tersebut telah menulis banyak surat kepada Najib sejak kebelakangan tahun ini, serta mengulangi salah guna kuasa dalam pasukan polis dan membuat tuduhan rasuah yang berani terhadap Abdul Gani dan bekas KPN Tan Sri Musa Hassan, khususnya kes melibatkan Anwar. "Gani Patail, sebagai seseorang yang memiliki kata putus untuk mendakwa Anwar dalam Liwar II dan memfailkan rayuan apabila Mahkamah Tinggi membebaskan beliau, boleh dibuktikan sebagai seorang yang telah melakukan banyak penipuan dan pemalsuan bukti-bukti untuk mensabitkan Anwar dalam pertuduhan jenayah sejak 1998," kata Mat Zain hari ini. "Kesimpulannya, ia boleh dibuktikan Gani mempunyai niat jahat terhadap Anwar sejak 1998," tulis beliau dalam sepucuk surat. Dalam sidang media tertutup Jumaat lepas, Azlan telah membuat pengakuan mengejut apabila mengatakan Liwat II adalah konspirasi politik melibatkan anaknya, yang merupakan pengadu dalam kes tersebut. Menurut Azlan, individu tertentu telah mengambil kesempatan dan mempergunakan anaknya untuk kepentingan politik, sambil menambah situasi genting ketika itu menyebabkan beliau tidak ada pilihan selain memberikan sokongan kepada Saiful di mahkamah. "Malahan, anak saya (Saiful Bukhari) sendiri tidak pernah menceritakan tentang kejadian (liwat) dan pertuduhan tersebut kepada saya... saya juga tidak pernah dipanggil menjadi saksi dalam kes tersebut," terang Azlan Jumaat lalu. Sebaik pendedahan tersebut, Saiful juga telah mengadakan satu sidang media mengejut pada sebelah petangnya dan menafikan kes liwat kedua tersebut adalah konspirasi serta tiada penglibatan pegawai di Pejabat Perdana Menteri. Kes liwat kedua Anwar bermula setelah laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut. Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta. Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat yang dihadapi oleh beliau. Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful. Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur. Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini. Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan. |
KES LIWAT - ANGKARA ORANG GILA KUASA, ANAK BERANAK BERBALAH Posted: 12 Mar 2013 04:01 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSAKIBAT perangai jahat orang-orang politik yang mahu kekalkan kuasa, maka dia beranak si Sepol dan ayahnya sudah mula 'berbalah'. Awalnya ayah si Sepol menyokong anak kesayangannya maka diiringlah si Sepol ini untuk melakukan sumpah laknat beberapa jam sebelum masa penamaan calon PRK di Permatang Pauh, di mana DS Anwar Ibrahim bertanding. Ramai yang bertanya, bila 'liwat' berlaku? Dan mengapa tunggu beberapa jam sebelum penamaan calon? Benarkah "liwat' berlaku secara 'paksa' kerana Sepol orang muda dan kelihatan lebih bertenaga dari Anwar yang berumur bahkan disahkan alami sakit di pinggang? Lepas tu, orang bertanya lagi, jika 'liwat paksa' berlaku, mengapa Sepol boleh minum kopi dan makan karipap selepas duburnya di'ceroboh'? Paling melucukan, Sepol siap berwangi-wangian lagi. Pernah anda dengar wanita yang kena rogol akan menyapu minyak wangi ke seluruh badan sebelum dirogol? Bertanya lagi kita, mengapa Sepol mengadu kepada Najib kononnya beliau 'diliwat'? Tidak percayakah beliau kepada pihak Polis sedangkan Anwar Ibrahim waktu itu tidak berkuasa langsung untuk mempengaruhi pihak Polis. Pelik lagi, awalnya Najib beritahu Sepol berjumpa beliau untuk mohon biasiswa sedangkan semua tahu Sepol tidak mendapat keputusan yang baik untuk melanjutkan pengajian dan layak mohon biasiswa. Jika benar sekalipun, mengapa perlu jumpa Najib untuk mohon biasiswa, Najib bukan Menteri Pengajian Tinggi? Akhirnya Najib 'U-Turn'. Najib mengaku Sepol jumpa beliau dirumahnya mengadu tentang duburnya telah 'diceroboh' oleh seorang tua yang sakit pinggang bernama Anwar Ibrahim. Kisah seterusnya Sepol berjumpa Pegawai Polis bernama Ridwan Yusuf (rekod menunjukkan pegawai Polis ini terlibat di dalam kes fitnah Liwat 1 melibatkan Azizan Abu Bakar dan Sukma dahulu). Sepol juga berjumpa Ezam sesumpah, iaitu bekas orang kuat Anwar yang kini telah menyertai Umno dengan mendapat Senator. Semua ini mudah untuk difahami. Apabila kita ikuti turutan kisah Sepol ini, tidak termasuk pengakuan Doktor dari Pusrawi yang mengesahkan 'tiada kemasukan' di dalam dubur Sepol, maka siapa di antara kedua beranak ini yang berbohong sekarang? Kedua-duanya pernah bersumpah dengan nama Alllah. Najib juga pernah bersumpah 'tidak kenal Altantuya', walaupun P1 Bala di dalam akuan bersumpahnya yang pertama menyebut Najib 'intim' dengan Altantuya. Bab sumpah menyumpah ini sudah menjadi mainan belaka angkara kerakusan orang-orang politik. Tidak pelik bila Eskay turut bersumpah di dalam masjid dengan memakai baju kalis peluru selepas Solat Tahyatul Masjid 'Satu Rokaat' dan memegang Al-Quran dengan tangan kirinya. Hari ini, bapa Sepol buat kenyataan bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pegawai Najib dan seorang peguam untuk atur 'konspirasi' terhadap Anwar Ibrahim. Beliau telah memohon maaf kepada Anwar dan seluruh keluarganya atas ketelanjuran beliau selama ini menyokong anaknya Sepol. Bala sudah kembali dari luar negara dengan membawa 'bala' untuk Najib. Deepak juga akan berganding dengan Bala selepas ini, mungkin sekaligus akan dipadukan dengan bapa Sepol. Krisis di Lahad Datu, Sabah amnya tidak boleh lari dari kisah pemberian IC kepada pendatang asing. Bagaimana musuh bersenjata begitu ramai datang ke tanahair dengan selesa tidak terjawab oleh pemimpin Umno. Maka, saat sudah sampai untuk seluruh rakyat Malaysia menolak Umno/Bn yang jelas gagal dari semua sudut termasuk gagal melakukan fitnah yang boleh meyakinkan rakyat. |
KES LIWAT - ANGKARA ORANG GILA KUASA, ANAK BERANAK BERBALAH Posted: 12 Mar 2013 04:01 AM PDT AKIBAT perangai jahat orang-orang politik yang mahu kekalkan kuasa, maka dia beranak si Sepol dan ayahnya sudah mula 'berbalah'. Awalnya ayah si Sepol menyokong anak kesayangannya maka diiringlah si Sepol ini untuk melakukan sumpah laknat beberapa jam sebelum masa penamaan calon PRK di Permatang Pauh, di mana DS Anwar Ibrahim bertanding. Ramai yang bertanya, bila 'liwat' berlaku? Dan mengapa tunggu beberapa jam sebelum penamaan calon? Benarkah "liwat' berlaku secara 'paksa' kerana Sepol orang muda dan kelihatan lebih bertenaga dari Anwar yang berumur bahkan disahkan alami sakit di pinggang? Lepas tu, orang bertanya lagi, jika 'liwat paksa' berlaku, mengapa Sepol boleh minum kopi dan makan karipap selepas duburnya di'ceroboh'? Paling melucukan, Sepol siap berwangi-wangian lagi. Pernah anda dengar wanita yang kena rogol akan menyapu minyak wangi ke seluruh badan sebelum dirogol? Bertanya lagi kita, mengapa Sepol mengadu kepada Najib kononnya beliau 'diliwat'? Tidak percayakah beliau kepada pihak Polis sedangkan Anwar Ibrahim waktu itu tidak berkuasa langsung untuk mempengaruhi pihak Polis. Pelik lagi, awalnya Najib beritahu Sepol berjumpa beliau untuk mohon biasiswa sedangkan semua tahu Sepol tidak mendapat keputusan yang baik untuk melanjutkan pengajian dan layak mohon biasiswa. Jika benar sekalipun, mengapa perlu jumpa Najib untuk mohon biasiswa, Najib bukan Menteri Pengajian Tinggi? Akhirnya Najib 'U-Turn'. Najib mengaku Sepol jumpa beliau dirumahnya mengadu tentang duburnya telah 'diceroboh' oleh seorang tua yang sakit pinggang bernama Anwar Ibrahim. Kisah seterusnya Sepol berjumpa Pegawai Polis bernama Ridwan Yusuf (rekod menunjukkan pegawai Polis ini terlibat di dalam kes fitnah Liwat 1 melibatkan Azizan Abu Bakar dan Sukma dahulu). Sepol juga berjumpa Ezam sesumpah, iaitu bekas orang kuat Anwar yang kini telah menyertai Umno dengan mendapat Senator. Semua ini mudah untuk difahami. Apabila kita ikuti turutan kisah Sepol ini, tidak termasuk pengakuan Doktor dari Pusrawi yang mengesahkan 'tiada kemasukan' di dalam dubur Sepol, maka siapa di antara kedua beranak ini yang berbohong sekarang? Kedua-duanya pernah bersumpah dengan nama Alllah. Najib juga pernah bersumpah 'tidak kenal Altantuya', walaupun P1 Bala di dalam akuan bersumpahnya yang pertama menyebut Najib 'intim' dengan Altantuya. Bab sumpah menyumpah ini sudah menjadi mainan belaka angkara kerakusan orang-orang politik. Tidak pelik bila Eskay turut bersumpah di dalam masjid dengan memakai baju kalis peluru selepas Solat Tahyatul Masjid 'Satu Rokaat' dan memegang Al-Quran dengan tangan kirinya. Hari ini, bapa Sepol buat kenyataan bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pegawai Najib dan seorang peguam untuk atur 'konspirasi' terhadap Anwar Ibrahim. Beliau telah memohon maaf kepada Anwar dan seluruh keluarganya atas ketelanjuran beliau selama ini menyokong anaknya Sepol. Bala sudah kembali dari luar negara dengan membawa 'bala' untuk Najib. Deepak juga akan berganding dengan Bala selepas ini, mungkin sekaligus akan dipadukan dengan bapa Sepol. Krisis di Lahad Datu, Sabah amnya tidak boleh lari dari kisah pemberian IC kepada pendatang asing. Bagaimana musuh bersenjata begitu ramai datang ke tanahair dengan selesa tidak terjawab oleh pemimpin Umno. Maka, saat sudah sampai untuk seluruh rakyat Malaysia menolak Umno/Bn yang jelas gagal dari semua sudut termasuk gagal melakukan fitnah yang boleh meyakinkan rakyat. |
Bangunan UMNO Mengibarkan Bendera PKR! Posted: 12 Mar 2013 03:47 AM PDT Malaysiadaily Benarkah satu bangunan yang dimiliki UMNO telah masuk PKR apabila mengibarkan bendera PKR di bangunan tersebut. Atau mungkinkah UMNO akan mengatakan ini satu perbuatan sabotaj terhadap UMNO. Namun demikian Omakkau dapat rakaman gambar yang memberitahu bangunan UMNO Temerloh, Pahang kini sedang mengibarkan bendera Parti KeADILan Rakyat. Apa sudah jadinya ni.. Sampai bangunan UMNO pun dah masuk PKR dan menyokong Pakatan Rakyat!!!! UMNO bermegah bila beberapa kerat anggota PKR masuk UMNO tapi yang ini satu bangunan masuk PKR???? UMNO IS DEAD!!!!!! Sumber: omakkau.blogspot.com |
PRU 13 Tangguh Kerana Darurat Lahad Datu? Posted: 12 Mar 2013 03:45 AM PDT MalaysiadailyPihak SPR diingatkan agar tidak menggunakan alasan darurat untuk menangguhkan PRU13 kerana tragedi di Lahad Datu diyakini mampu ditangani dengan baik oleh pasukan keselamatan.Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, sekiranya tragedi itu boleh membawa kepada pengisyiharan darurat, rakyat mungkin beranggapan ia mempunyai kaitan dengan perancangan Umno-BN. Menurut beliau, tambahan pula tragedi itu sudah berlarutan hampir sebulan, yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik, dalam masa singkat jika ditangani dengan baik oleh kerajaan. "Tetapi itulah sebenarnya harga yang kita bayar ekoran 'Projek IC' semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dulu. Apabila IC diberikan secara tidak senonoh, rakyat dan negaralah yang menanggung akibatnya," katanya. Berdasarkan undang-undang, menurut Asmuni, jika diisytiharkan darurat memang boleh ditangguhkan pilihan raya, tetapi tragedi di Lahad Datu tidak mempunyai asas untuk SPR berbuat demikian di kawasan itu dan di Semporna. "Pihak SPR tidak boleh menggunakan tragedi itu sebagai alasan tangguhkan pilihan raya. Soalnya, macam mana usaha selesaikan tragedi itu mengambil masa terlalu lama, sehingga hampir sebulan belum selesai lagi?" katanya ketika dihubungi 8 Mac lalu. Asmuni berkata, sehingga kini, banyak pihak yang mempersoalkan perkara itu sama ada mempunyai kaitan dengan perancangan Umno-BN atau sebaliknya, tambahan pula punca sebenar tragedi itu tidak dijelaskan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak. Katanya, Najib sepatutnya daripada awal lagi berucap secara rasmi bagi menjelaskan kepada rakyat punca sebenar pencerobohan kerana ia amat perlu diketahui rakyat. "Di negara lain jika berlaku kejadian seperti itu, Perdana Menteri akan segera berucap secara rasmi untuk memberitahu puncanya. "Tidak di negara kita, ia jelas menunjukkan ketidakbijaksanaan Najib menangani tragedi itu," katanya. Asmuni memberikan contoh tindakan bijak Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang segera berucap secara rasmi memberitahu berita sedih kepada seluruh rakyat negara itu tentang pembunuhan Duta Besar Amerika di Tripoli, sebaik kejadian itu berlaku. Beliau turut memberi contoh keadaan di Palestin yang berada dalam perang dan bahaya tetapi tidak pula ditangguhkan pilihan raya. "Di Vietnam pada tahun 1970-an, walaupun negara dalam peperangan, pilihan raya presiden tidak ditangguhkan. "Jadi apa alasan SPR menangguhkan PRU13 disebabkan tragedi di Lahad Datu itu? "Selesaikan masalah itu dengan baik, kenapa pula nak tangguh pilihan raya?" soalnya. -DD |
BN sasar menang 160 kerusi Parlimen Posted: 12 Mar 2013 03:38 AM PDT SINAR HARIAN JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, BN juga berkemampuan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum tahun ini. "Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen Pas, 10 daripada 31 kerusi PKR dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP." "Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga," katanya. Beliau berkata demikian kepada pada pemberita selepas merasmikan taklimat jentera penerangan BN Johor di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di sini. Beliau berkata, suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang. "Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan BN akan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan," katanya. Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghentikan tsunami politik yang berlaku pada 2008 menerusi pelbagai program seperti Gagasan 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada rakyat di bawah jenama 1Malaysia. "Kesemua perkara ini telah menghentikan tsunami politik, jikalau kita telah berjaya menghentikannya, takanlah kita tidak boleh mendapat lebih daripada 140 kerusi Parlimen (yang kita perolehi pada PRU12)," katanya. Namun kata Ahmad, jentera BN perlu terus bekerja-keras melakukan persiapan dan mengelak daripada melakukan "cah keting" atau sabotaj parti, sebaliknya mematuhi arahan pemimpin serta menyokong calon-calon BN. Mengenai negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang, katanya, secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang. Mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU13 kali ini, beliau berkata, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan. Bagi masyarakat Cina katanya, mereka amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik. Dalam perkara terbabit, Ahmad berkata, masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik. "Saya yakin masyarakat Cina akan berubah pandangan pada pilihan raya umum kali ini," katanya. - Bernama |
Seorang tentera gugur, 3 pengganas terbunuh pertempuran di Sg Nyamuk Posted: 12 Mar 2013 03:37 AM PDT SINAR HARIAN LAHAD DATU - Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. "Seorang anggota keselamatan gugur," katanya. Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran. Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati. Zulkifeli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. - Bernama |
MB jawab Dr M: 'Kerajaan Selangor berjaya martabatkan Islam, Melayu' Posted: 11 Mar 2013 10:31 PM PDT SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak mengikuti perkembangan semasa di Selangor apabila mengeluarkan kenyataan negeri itu patut diselamatkan daripada Pakatan Rakyat (PR) untuk menjamin hak istimewa orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, sepanjang PR menerajui Selangor, penggunaan masjid di negeri itu kerap kali diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan. "Dr Mahathir akan terperanjat kalau beliau diberitahu qiamullail dihadiri beribu orang dalam satu masjid. "Ini tak berlaku langsung dalam zaman (pemerintahan) Dr Mahathir. Penggunaan rumah ibadat Islam (masjid dan surau) sangat diterima rakyat (ketika PR memerintah)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Eksekutif Halal dan Dialog Industri, di sini, semalam. Hadir sama, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Teresa Kok dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin. Kelmarin, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kelemahan dua parti yang dipimpin orang Melayu dalam PR dengan mudah mengikut kata rakan parti menyebabkan orang lain tidak lagi menghormati hak Melayu dan Islam. Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mempersoalkan keupayaan Dr Mahathir meningkatkan ekonomi orang Melayu ketika melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ia dilihat tidak mencapai matlamat. "Masa dulu beliau buat pun tidak berjaya juga. Ketika beliau melaksanakan DEB, tetapi yang dapat (manfaatnya) bukan orang Melayu. "Kalau kita tengok penswastaan yang dibuat, berapa peratus yang akhirnya sampai ke tangan (golongan) Bumiputera?," katanya. Beliau berharap supaya Dr Mahathir berhenti daripada membuat kenyataan seperti itu. Dalam satu majlis lain, Abdul Khalid berkata, pembubaran Dun Selangor bakal dilaksanakan dalam bulan Mac ini bagaimanapun, tarikh belum diumumkan. Menurut beliau, pembubaran Dun akan dilakukan pada bulan ini setelah semua keputusan telah dicapai namun tarikh belum diumumkan. "Kerajaan negeri telah buat keputusan bubar Dun dalam bulan ini, insya-Allah kalau tidak apa-apa halangan ia akan diadakan dalam masa terdekat ini," katanya. |
Posted: 11 Mar 2013 10:25 PM PDT Bayaran itu merangkumi dividen tujuh peratus, bonus satu peratus dan bonus khas lapan peratus dalam bentuk unit amanah, yang turut mencerminkan kenaikan 11.6 peratus di dalam pembayaran keseluruhan berbanding RM680.4 juta yang dicatatkan pada 2011. Purata tahunan kadar dividen dan bonus semenjak ditubuhkan iaitu 40 tahun yang lalu adalah 11 peratus, bagi 10 tahun lalu adalah 14.8 peratus dan bagi lima tahun kebelakangan ini pula 15 peratus. LTAT mencatatkan pendapatan tidak diaudit lebih tinggi RM907.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu. Ini merupakan kenaikan 5.5 peratus berbanding dengan RM860 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2011. Ia juga merupakan pendapatan paling tinggi dicatatkan sejak kewujudan 40 tahun LTAT, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, ahli-ahli yang layak akan mendapat dividen dan bonus berjumlah 16 peratus yang berjumlah sehingga RM759.3 juta iaitu 1.0 peratus lebih tinggi berbanding 15 peratus yang dikeluarkan sebelum ini. |
Lagu politik: Kenapa nak kecam, soal YA1M Posted: 11 Mar 2013 10:23 PM PDT Baru-baru ini, beberapa penggiat seni dikecam ekoran menghasilkan lagu dan berlakon dalam sketsa berunsur politik. Antaranya, Yassin Sulaiman yang mencipta dan menyanyikan lagu berjudul Reformasi sempena Konvensyen Pakatan Rakyat keempat yang berlangsung pada 25 Februari lalu. Gara-gara lagu tersebut yang dimuat naik ke laman YouTube, Yassin diugut bunuh. Sementara itu, penyanyi dan komposer, Eddie Hamid yang menghasilkan lagu Bo La Wei 'diserang' sehingga dilarang kembali ke kampung halamannya, Kelantan. Eddie mencipta lagu tersebut bersama Datuk Supardi itu dengan niat untuk menyedarkan anak-anak Kelantan berubah ke arah yang lebih baik. Pelakon dan pelawak, Salih Yaacob turut dikecam ekoran lakonannya bersama beberapa pelakon lain seperti Nabil Ahmad dan Yasmin Hani dalam sketsa politik yang dimuat naik ke laman YouTube. Menurut Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk Irwan Shah Abdullah atau DJ Dave, isu kecam penggiat seni kerana mencipta lagu politik tidak sepatutnya berlaku. "Saya tak faham kenapa nak kecam? Itu kreativiti (mencipta lagu). Biarlah orang seni nak cipta apa saja. Apa guna ada 'freedom of peace' dan kebebasan mencipta? "Jangan diganggu kreativiti itu. Saya faham artis sekarang semakin terbuka dan sudah matang tetapi janganlah terbawa-bawa hal peribadi," katanya kepada Sinar Harian Online, ketika dihubungi, hari ini. Meskipun begitu, beliau menasihatkan agar penggiat seni yang mula menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti agar tidak meluahkan pendapat secara sewenang-wenangnya. "Nasihat saya, jaga-jaga sedikit. Ada perkara yang boleh runding, tak perlu luah sewenang-wenangnya," katanya. Katanya, YA1M turut bersedia memberi nasihat jika sebarang penggiat seni yang berdepan situasi seperti Yassin Sulaiman dan Eddie Hamid memerlukan khidmat tersebut. "Sebagai Presiden, sudah tentu saya akan bagi nasihat. Ada yang berjumpa dengan saya secara peribadi berhubung isu politik dalam kalangan artis. "Saya beritahu mereka jangan menumpang saja mendengar cerita sebelah pihak. Kita kena fikir panjang apabila mendengar fitnah atau khabar angin," katanya. Sambil itu, beliau juga mengingatkan penggiat seni agar tidak lupa siapa yang membantu mereka selama ini. "Ini sangat penting. Jangan lupa siapa yang membela mereka... kerajaan juga," katanya. |
Fokus PRU-13: Berbaloikah setiap undi kita? Posted: 11 Mar 2013 10:21 PM PDT Oleh Hafiz Zainuddin ADANYA pilihan raya bukan bererti tanggungjawab melaksanakan tuntutan demokrasi sudah selesai. Pilihan raya cuma sebahagian kecil daripada proses pendemokrasian. Proses pendemokrasian ini pula adalah wacana yang sangat meluas membabitkan ruang awam, ekonomi, sosial dan sebagainya. Dalam keadaan negara yang masih jauh terkapai-kapai merealisasikan erti demokrasi bagi setiap warganya, adalah wajar jika perkara ini dibincangkan daripada sudut yang lebih realistik dalam konteks Malaysia membabitkan kebebasan bermaklumat, kebebasan bersuara, media yang seimbang, pilihan raya yang adil dan bersih, peluang yang sama rata kepada parti politik, hak untuk penerbitan dan berpersatuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Sudah tentu, segala tuntutan untuk memenuhi syarat demokrasi ini boleh dilaksanakan dengan kesedaran penuh dan tanggungjawab semua pihak. Dalam banyak perkara yang disebutkan di atas, kunci utama kepada pelaksanaan demokrasi negara ini selain melalui pendidikan adalah menerusi pilihan raya. Tidak dapat dinafi, Malaysia hanya mampu berubah dengan peralihan kuasa politik kerana melaluinya, ia akan membuka ruang yang lebih luas kepada pelaksanaan dasar yang lebih mapan. Kesedaran sivik semata-mata masih tidak mampu merubah struktur masyarakat dan 'demokrasi terpimpin' negara ini apabila hujah sering dibalas dengan gas pemedih mata, batu mahu pun telur ayam. Dengan mengambil contoh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang melaksanakan sistem tender secara terbuka; ruang dan peluang berlakunya rasuah hampir sifar. Hasilnya, kerajaan negeri berjaya menjimatkan puluhan juta dana awam dan dapat pula ia dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai insentif dan bantuan kebajikan. Sebab itu pilihan raya menjadi alat terpenting pokok pangkal kepada perubahan dan pendemokrasian yang lebih holistik. Di sinilah setiap warga yang berdaftar sebagai pemilih berpeluang menyatakan sokongan mereka melalui peti undi. Malangnya, senarai daftar pemilih negara ini sudah lama ternoda. Pilihan raya tidak akan bersih jika senarai pemilih kotor Dalam kajian Malaysian Electoral Roll Analysis Project atau Projek Analisa Senarai Daftar Pemilih Malaysia (MERAP) yang diketuai Dr Ong Kian Ming, banyak kelemahan dan keraguan dikenal pasti wujud dalam daftar pemilih negara kita. Antaranya membabitkan penemuan senarai panjang nama pemilih yang meragukan apabila wujud pertindihan, pemilih yang dilahirkan di luar negara, pemilih yang tidak beralamat, pengundi pos yang berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan biasa dan sebagainya. Ini tidak lagi membabitkan pembongkaran RCI Sabah yang mendedahkan bagaimana warga asing diberi kad pengenalan dengan mudah bagi membolehkan mereka mengundi. Justeru, ramai penyelidik berpandangan untuk mengatasi masalah ini, sistem pilihan raya Malaysia perlu direformasikan sebagaimana yang terkandung dalam lapan tuntutan Bersih. Persoalannya, mampukah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu berbuat demikian? Antara sistem Proportionate Representation dan sistem First Past The Post Mendepani isu masa depan demokrasi dan sistem pilihan raya Malaysia, Pejabat Pembangkang Parlimen Malaysia baru-baru ini menganjurkan satu Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 bertempat di Kelab Diraja Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Antara topik yang dibincangkan persidangan ini ialah mengenai reformasi pilihan raya dan demokrasi; "Way foward: Agenda for electoral and democratic reform" Tiga panel jemputan yang membahaskan topik ini ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pemimpin Oposisi Kemboja, Sam Rainsy dengan moderator Edmund Bond daripada NGO hak asasi manusia MCCHR. Perbincangan dimulakan oleh Mustafa yang membayangkan Malaysia mengamalkan Sistem Perwakilan Berkadaran (Proportionate Representation) seperti yang diamalkan negara maju. Menurutnya, hanya dengan kaedah ini, setiap undi akan lebih bermakna dan tidak sia-sia, "every vote counts". Beliau mengambil contoh keputusan Pilihan Raya Umum 1978 di Terengganu. Walaupun ketika itu PAS memperoleh hampir 50 peratus undi, parti itu langsung tidak mendapat sebarang kerusi. "Anda boleh bayangkan PAS mendapat 48 peratus undi tetapi rakyat tidak mendapat wakil yang mereka mahu, inilah yang selama ini berlaku di Malaysia. Ia tak gambarkan kehendak rakyat yang memilih," jelas beliau. Setiausaha Agung PAS itu berkata, sistem majoriti mudah (first past the post) yang diguna pakai di Malaysia kini juga antara yang dikenal pasti sebagai satu daripada punca ramai warga bandar dikatakan tidak mahu berdaftar sebagai pemilih dengan alasan tidak akan ada perubahan yang akan berlaku jika mereka mengundi. Sejak merdeka, Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya majoriti mudah (first past the post) di mana parti politik yang memperoleh jumlah undi popular tertinggi tidak semestinya akan mendapat kerusi yang wajarnya samada di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen. Untuk memastikan keadilan setiap undi rakyat Malaysia, Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Pilihanraya (PSC) yang ditubuhkan di Parlimen mencadangkan beberapa syor khusus kepada kerajaan termasuk mengkaji apa-apa sistem pilihan raya lain seperti Sistem Perwakilan Berkadaran (Proportionate Representation) yang semakin mendapat tempat di negara maju. Dalam perkara yang lain, Ketua Oposisi Kemboja, Sam Rainsy berkata, apa yang diamalkan di Malaysia sama seperti yang diamalkan di negaranya. Menurut beliau, melalui sistem sedia ada, ia memberi ruang yang luas untuk berlakunya sebarang penipuan dan manipulasi undi. Tambah memburukkan keadaan, agensi yang bertanggungjawab menguruskan pilihan raya negara itu cenderung berpihak kepada pemerintah. "Di Malaysia dan Kemboja, kita mempunyai persamaan. Kita mempunyai parti politik yang sangat lama berkuasa. Malaysia sudah lebih 50 tahun diperintah manakala di Kemboja pula sudah lebih 30 tahun diperintah oleh sebuah parti politik. "Lebih malang, di Kemboja, ia bukan sahaja diperintah lama oleh sebuah parti politik tetapi juga oleh seorang pemimpin," ujar beliau. Tambahnya, selain persamaan itu, tahun 2013 telah mencipta sejarah di mana pertama kali parti oposisi di Kemboja atau di Malaysia bersatu menentang parti pemerintah buat pertama kalinya. "Ini kita boleh anggap sebagai satu petanda baik perubahan besar akan berlaku," katanya. Guan Eng pula membawa delegasi yang hadir memberi fokus kepada tiga perkara yang menjadi sebab utama BN boleh terus mengekalkan kuasa mereka. "Tiga perkara ini ialah melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya, senarai pemilih dan permainan politik kotor dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berat sebelah. Menurut beliau, persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir adalah untuk memecahkan undi orang Melayu yang ketika itu dilihat ancaman kepada BN disebabkan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. "Tahun 1998, isu pemecatan Anwar, BN menang pilihan raya tahun 1999 dengan undi bukan Melayu," kata beliau. Selain itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menambah, isu daftar pemilih yang dicemari 'pengundi hantu' juga menyelamatkan BN sehingga menjadi rahsia umum yang diperkatakan setiap hari. "SPR sepatutnya memainkan peranan, memberi keadilan sebagai agensi yang bebas. Perkara ini telah kita bangkitkan dalam lapan tuntutan berssih," katanya. Hujah ketiga-tiga ahli panel itu memberi satu kesimpulan jelas. Sistem pilihan raya negara ini perlu direformasi dan dibersihkan samada membabitkan agensi berkait, media massa atau penguatkuasaan peraturan yang tegas. Walaupun dengan mengekalkan sistem majoriti mudah, kita percaya Malaysia masih tetap mampu memperluaskan pengertian demokrasi kepada semua rakyat. Sebab itu, prinsip ketelusan, keadilan, akauntabiliti dan tanggungjawab harus menjadi pegangan. Di sinilah demokrasi bakal dinikmati bersama. – Roketkini.com |
Makin ramai bekas jeneral tentera sertai PR, petanda buruk buat BN Posted: 11 Mar 2013 10:17 PM PDT Roketkini.com SHAH ALAM: Menghairankan. Walaupun konflik berdarah di Lahad Datu terus dimanipulasi media kawalan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengaitkannya dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), tetapi semakin ramai pula mantan jeneral tentera menyertai PR. Terkini ialah penyertaan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein bersama PKR pada 6 Mac lalu, sebelumnya Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka kepada PR. Fenomena ini sudah tentu memberi gambaran jelas wujudnya krisis keyakinan yang parah terhadap pentadbiran BN berhubung isu pertahanan dan keselamatan negara. "Siapa dua tahun lalu terfikir bahawa lima orang Jeneral (tentera) termasuk yang berpangkat tertinggi memilih untuk menyokong Pakatan Rakyat? Siapa dua tahun lalu yang terfikir Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, pendakwa kes saya pada 1998 dan ketua pendakwa kes pada 2008 sekarang menjadi peguambela saya? "Siapa yang menjangka bapa Saiful (Azlan Lazim) tiap hari keluar masuk mahkamah sekarang memohon maaf kepada saya, Azizah dan keluarga, dengan menyatakan ada konspirasi yang melibatkan pegawai pejabat Perdana Menteri dalam kes Liwat II. Semua ini tidak akan berlaku tanpa iringan doa dari rakyat," ujar Anwar. Mengulas isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumpahan darah boleh dielak jika kerajaan bertindak segera menghantar pasukan tentera. "Mana boleh kita biarkan (pencerobohan), ini soal maruah dan kedaulatan rakyat dan negara yang kita kena pertahankan," tegasnya ketika berucap pada Majlis Sambutan 5 Tahun Kerajaan Negeri Selangor, malam tadi. Menurut Anwar, seperti yang dijelaskan kepadanya oleh seorang daripada bekas jeneral angkatan tentera, kerajaan lewat menghantar pasukan tentera sehingga menyebabkan pertumpahan darah. Sehubungan itu, Anwar kecewa apabila isu keselamatan negara terus dijadikan mainan politik media kawalan UMNO-BN dengan memberi gambaran buruk sehingga lagu "Tanya sama Najib" yang sering dinyanyikan beliau di majlis PR dikaitkan dengan pencerobohan gerombolan bersenjata 'Sultan Sulu' di Lahad Datu. "Dalam lagu itu, saya maksudkan rakyat Sabah nak tolak BN pada pilihan raya dan bukannya nak bagi Sabah kepada kumpulan penceroboh. Itupun (lagu) ditayangkan tidak habis," jelas beliau di hadapan lebih 5,000 orang. Justeru itu pada 8 Mac baru-baru ini, beliau memfailkan saman berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan TV3 berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya dengan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu. Hadir sama dan turut berucap ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim, Yang Dipertua PAS Selangor, Dr Abdul Rani dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. – Roketkini.com |
Menjelang PRU13, jadual PM padat dengan pelbagai program Posted: 11 Mar 2013 10:11 PM PDT The Malaysian Insider difahamkan daripada beberapa Menteri Kabinet dan pemimpin parti Barisan Nasional (BN), plihan raya umum ke 13 akan berlangsung lima minggu akan datang dengan kebanyakkan calon telah dipilih dan manifesto gabungan tersebut dijangka siap pada 20 Mac. Ini adalah tempoh kedua paling panjang melebihi lima tahun semenjak negara mengadakan pilihan raya umum dengan yang terakhir adalah tempoh diantara pilihan raya umum ketiga pada May 1969 dan pilihan raya umum keempat pada Ogos 1974. "Jadual Najib (gambar) padat dengan penampilan yang banyak tetapi reda dari minggu terakhir bulan Mac hingga April 24 apabila Sidang Kemuncak Asean diadakan di Brunei. Pilihan raya mungkin selepas itu," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Sumber turut mengatakan parlimen mungkin dibubarkan seawal 25 Mac, dua hari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan tamat tempoh. "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya tetapi kemungkinan besar akan menunggu sehingga semua DUN dan parlimen dibubarkan," kata satu sumber lain. Sumber tersebut mengatakan empat negeri Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan besar akan membubarkan DUN pada waktu sama untuk memastikan pilihan raya umum dijalankan untuk semua negeri kecuali Sarawak yang telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011. "Pilihan raya umum akan diadakan pada April, sama ada pada minggu kedua atau ketiga kerana BN yakin sokongan besar pada ketika itu," tambah sumber tersebut. Najib telah menjelajah ke seluruh negara untuk program TV3 Jelajah Janji Di Tepati sepanjang tahun selain dari lawatan ke tempat popular Malaysia dalam usaha untuk melibatkan diri dengan pelbagai demografi rakyat Malaysia. Beliau juga telah mengumumkan beberapa inisiatif ekonomi dan undang-undang termasuk pemberian kepada orang ramai dengan yang terbaru adalah menyetarakan gaji anggota polis dan tentera dan peningkatan gaji untuk penjawat awam lain semalam. Perdana menteri akan muncul di TV3 9.00 malam ini dengan temuramah disiarkan secara langsung dimana beliau akan menjawab soalan dari pembaca New Straits Times (NST). Kedua-dua TV3 dan NST adalah sebahagian daripada kumpulan Media Prima Bhd yang dikawal Umno. Pengerusi BN telah menangguhkan beberapa acara beberapa minggu lalu akibat daripada pencerobohan pemberontak bersenjata Sulu yang menuntut Sabah akan tetapi acara kembali pulih seminggu selepas itu. Najib akan menghadiri program One Million Purple Walk anjuran Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat pada 17 Mac, seminggu selepas tarikh asalnya. Beliau telah mengambil alih kementerian tersebut tahun lalu dari Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang tidak disambung jawatan senatornya selepas keluarganya terlibat dalam satu skandal. Pada 19 Mac, beliau akan melancarkan kad laporan tahunan untuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang beliau perkenalkan selepas menjadi orang nombor satu negara pada April 2009. Perdana menteri kemudiannya dijadualkan akan menghadiri perhimpunan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 22 Mac sebelum menghadiri program Janji Di Tepati di kawasan parlimennya Pekan pada 23 Mac. Jadual terakhirnya untuk program awam pada bulan ini setakat ini adalah perlumbaan F1 Petronas Malaysia di Sepang pada 24 Mac, apabila cuti sekolah penggal pertama bermula. |
Zahid nafi tuduhan Rafizi, nafi LTAT dipengaruhi pihak luar Posted: 11 Mar 2013 10:05 PM PDT Kenyataan Ahmad Zahid (gambar) hari ini susulan pendedahan Rafizi bulan lalu selepas mendapat akses menyemak dokumen perjanjian urusniaga pembelian tanah, yang mengatakan terdapat banyak keraguan melibatkan urusniaga pembelian tanah oleh anak syarikat, Boustead Holdings Bhd dengan Senator Umno Datuk Raja Ropiaah Abdullah. "Saya ingin menyatakan sekali lagi terhadap tohmahan daripada seorang yang mengaku pengarah strategik sebuah parti, terbukti daripada prestasi LTAT yang diumumkan hari ini wang daripada LTAT tidak pernah digunakan untuk membeli aset seperti yang dituduh oleh beliau," kata Ahmad Zahid yang membidas Rafizi semasa mengumumkan dividen 16 peratus serta pembayaran berjumlah RM759.3juta kepada pencarum di Kementerian Pertahanan hari ini. Menteri pertahanan itu juga menafikan tuduhan Rafizi yang mengatakan langkah Boustead membeli hartanah tersebut adalah bagi menyelamatkan kroni-kroni dalam Umno, sebaliknya menegaskan pembelian tersebut dilakukan selepas unjuran keuntungan dikaji sebelum membuat pembelian. "Nilai pasaran kepada hartanah itu melebihi daripada harga pembelian hartanah dan juga pembayaran kepada pembelian syarikat berkenaan. "Ianya dibuat berdasarkan kepada unjuran keuntungan yang akan diperoleh daripada kenaikkan harga pasaran bagi hartanah berkenaan. Ertinya 'capital gain', kenaikkan modal diperolehi daripada transaksi perniagaan itu," tambah Ahmad Zahid. Rafizi baru-baru ini mendapat pegangan 100 unit saham Boustead yang bernilai RM527 telah mendedahkan beberapa klausa-klausa dalam Perjanjian Pertama yang memberi keuntungan beratus juta ringgit kepada Senator Datuk Raja Ropiaah selain daripada pembayaran RM130 juta seperti yang telah diumumkan sebelum ini. "Saya benar-benar terkejut dengan beberapa urusniaga yang sebelum ini disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham yang lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia. "Urusniaga-urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan iaitu memberikan durian runtuh kepada Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor," kata Rafizi bulan lalu. Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid menolak dakwaan yang dilakukan oleh Rafizi tersebut serta menegaskan sebarang keputusan oleh LTAT tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar serta mencabar pemimpin PKR tersebut untuk berhadapan dengannya di mahkamah atas kes saman fitnah yang difailkan. "LTAT sebuah syarikat yang telus, keputusannya tidak dipengaruhi perdana menteri, menteri pertahanan ataupun mana-mana arahan pihak luar. "Saya sedang menunggu tarikh yang telah yang akan ditetapkan pihak mahkamah, saya akan jumpa dia di mahkamah... Kalau menang di pilihan raya, saya mahu jumpa dia di parlimen," tegas Ahmad Zahid. Disember lalu, Rafizi mendedahkan individu tertinggi dalam kerajaan menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera untuk menutup mulut usahawan permaidani Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu. Menurut Rafizi, wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah). Urus niaga itu, katanya, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead, milik LTAT. |
BN masuk zon kerajaan tak-rasmi; Najib bukan lagi PM sah Posted: 11 Mar 2013 10:01 PM PDT Roketkini.com Beliau berkata, tempoh pentadbiran kerajaan sedia ada sudah genap lima tahun pada 8 Mac lalu dan kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan tak rasmi. "9 Mac adalah tarikh mustahak kerana mulai hari itu Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang tidak sah," kata Lim ketika berucap pada majlis sambutan lima tahun pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, di Shah Alam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mendakwa, Najib kini menjadi Perdana Menteri tanpa mandat rakyat kerana beliau tidak mengadakan pilihan raya umum untuk mendapat mandat baru selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau berkata, semua Perdana Menteri sebelum Najib mengadakan pilihan raya umum dalam masa enam bulan ke setahun selepas memegang jawatan itu. "Sekarang ini Najib menjadi Perdana Menteri yang paling lama tidak dipilih di Malaysia. Beliau tiada mandat daripada rakyat, takut mengadakan pilihan raya, dan takut membubar parlimen," katanya. Tindakan Najib, kata Lim, menyebabkan rakyat Malaysia berada dalam 'mod' pilihan raya sejak empat tahun lalu. "Datuk Seri Najib catat rekod baru, bukan saja untuk diri sendiri tetapi Malaysia sudah masuk dalam Guiness Book of Record. Mana ada negara di dunia dalam mod pilihan raya selama empat tahun. "Ini memalukan buat Malaysia," kata Lim disambut sorakan gemuruh daripada kira-kira 5,000 hadirin. Pilihan Raya Umum terakhir diadakan pada 8 Mac 2008, di mana BN tewas di lima negeri. Abdullah setahun kemudian meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri – satu tindakan yang diistilahkan sebagai 'peralihan kuasa' pada masa itu – dan Najib selaku Timbalan Perdana Menteri menggantikan beliau bermula 4 April 2009. Turut hadir pada majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman. Berikut adalah lima ssenarai apa yang tidak boleh dibuat oleh kerajaan tidak rasmi: * Kerajaan tak-rasmi tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar kecuali dalam hal yang amat penting serta perlu berbincang dengan pihak oposisi; * Kerajaan tak-rasmi tidak boleh membuat pelantikan pegawai tinggi kecuali untuk jangka pendek saja; * Kerajaan tak-rasmi tidak boleh membuat atau mengadakan sebarang kontrak atau tender projek besar; * Kerajaan tak-rasmi tidak boleh mengadakan rundingan antarabangsa atau membuat lawatan rasmi ke luar negara; dan * Kerajaan tak-rasmi tidak boleh membenarkan perkhidmatan awam terbabit dalam aktiviti pilihan raya kerana ia perlu bersikap neutral dan hanya menjadi penasihat kepada kerajaan, dan bukannya parti politik.-Roketkini.com |
Dulu ‘Gam’, kini RTM beri ruang kumpulan rock lama kembali beraksi di ‘Rockers Apa Khabar’ Posted: 11 Mar 2013 09:59 PM PDT Oleh Mazir Ibrahim SECARA ringkasnya, era 80an merupakan era di mana Muzik Rock Malaysia berkembang menjadi fenomena gaya hidup orang muda ketika itu. Pengaruhnya bukan sahaja dalam soal cara berpakaian malah ucapan dan gaya bahasa juga berkembang dan mencair dalam budaya baru masyarakat kita. Ayat-ayat " Gua.. Lu.. Brader.." menjadikan pengamal bahasa 'sopan santun' pening kepala. Tetapi inilah hakikatnya, budaya berkembang bukan menurut kehendak penguasa atau institusi sebaliknya ia berkembang sesuai dengan citarasa yang pelbagai di samping faktor ekonomi di sebaliknya. Ketika itu beratus nama band anak muda ditubuhkan, di sana-sini anak muda sibuk dengan 'battle of the band', ada fun fair di kampung dan pekan, studio jamming juga tumbuh sebagaimana muzik dangdut telah membantu pengusaha kelab dangdut dan karaoke menjadi kaya-raya. Ketika itu hard rock pun tak mampu menandingi keuntungan kelab dangdut (jenama tempatan). Bukan tu saja, syarikat rakaman juga tumbuh termasuk syarikat rakaman milik 'Bumiputera'. Pendek kata, zaman itu benar-benar hidup dengan suasana budaya yang serba mewah dan meriah. Namun, apabila kemeriahan ini mencapai kemuncaknya, orang politik melihat ini sebagai 'gangguan' ke atas hagemoni kuasa politiknya. Maka diciptalah pelbagai persepsi buruk yang melingkari dunia 'glam' seniman rock. Tanda nama seperti 'budaya kuning – mabok – dadah – rambut panjang – selekeh dan keruntuhan moral' telah ditempekkan ke atas anak muda penggiat dan peminat budaya rock n roll ini. Malang, sedikit demi sedikit kemeriahan budaya ini bertukar menjadi mimpi ngeri kepada industri muzik tanah air sendiri. Sejak itu, mutu dan jumlah produk muzik semakin menurun baik pengeluarannya mahupun keuntungannya. Sejak itu, budaya muzik moden (rock) dilihat sebagai musuh masyarakat (public enemy) di Malaysia. Tetapi baru-baru ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang pernah menyekat kumpulan muzik rock pada era terbabit kini kembali memberi ruang kepada mereka untuk beraksi semula menerusi program Rockers Apa Khabar. Menurut Penerbit Bersekutunya, Megat Syafnir Farree, "Usaha mengembalikan kegemilangan zaman rock kapak atas kerjasama RTM adalah satu penghargaan yang sangat besar setelah muzik ini pernah disekat satu ketika dahulu. Menurut laporan dari mstar lagi, sebanyak 13 kumpulan rock termasuk kumpulan Utopia, Meditasi, Samudera, CRK, Putra, Satira, Burnmark, EYE, Lela, Graviti, Junction, Handy Black dan Bloodsheed berkumpul bagi menjayakan program Rockers Apa Khabar yang bakal ditayangkan di TV2 pada Jun depan. Setiap kumpulan akan menyampaikan enam lagu popular masing-masing seperti Sinambungan Cinta oleh Graviti, Maya Percintaan (Utopia), Surat Dari Hiroshima (Satira), Bidadari (Lela), Srikandi Cintaku (Bloodshed), Izinkan Selamanya Nama Di Hati (EYE) dan Kain Cinta Putih (Putra). Menurut pengarah kreatifnya, Bakaruddin Daud yang juga ahli kumpulan Meditasi, program selama sejam itu bukan sahaja menampilkan persembahan nyanyian, bahkan kehidupan kumpulan terbabit. "Dalam program ini, ia turut memaparkan kehidupan sebenar artis rock ini di mana tidak semuanya hidup senang. Demikian menurut laporan berita itu. Inilah namanya 'politik'. Ketika penguasa kuat – artis menjadi kambing hitam, artis penyebab berlakunya masalah sosial, artis yang merosakkan budaya bangsa dan sebagainya. Tetapi ketika sang penguasa lemah, maka ini dijadikan 'gula-gula' pengubat rindu buat seniman rock kita. Ini pastinya bertujuan untuk meraih kembali sokongan golongan rock yang suatu ketika dulunya muda – kini sudah vateran yang pastinya sudah mendaftar sebagai pengundi. Strategi ini tidak menjadi kesalahan, tetapi ini menjadi indikasi bagaimana penguasa melayan seniman dan orang budaya. Artis dilayan sebegitu murah, harga diri seorang artis di Malaysia entah di mana letaknya. Tapi apakan daya, artis sendiri mahu mereka dilayan sebegitu, katanya…" Apa nak buat bro..cari makan."- Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan