BRIGED MP SEGAMBUT |
LAHAD DATU:Tidak mahu menyerah, sedang 'beristirehat' Posted: 04 Mar 2013 11:25 PM PST KUALA LUMPUR: Laporan portal berita Philippine Daily Inquirer menyebut kumpulan bersenjata yang kini berdepan serangan pasukan keselamatan Malaysia, tidak akan menyerah malah menegaskan akan berjuang sehingga titisan darah terakhir. Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani (gambar) memberitahu demikian kepada satu stesen radio selepas dihubungi ketua kumpulan itu, Azzimudie melalui telefon. "Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka kini sedang "beristirahat". Idjirani juga dilaporkan berkata, kumpulan bersenjata itu akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan mereka. Namun masa panggilan itu dibuat tidak dinyatakan. Sementara itu, AFP melaporkan Jurucakap Presiden Benigno Aquino III berkata, Filipina telah melakukan sedaya upaya bagi mengelakkan pencerobohan di Sabah berakhir dengan pertempuran. Namun katanya, kumpulan yang mendakwa pengikut kepada Jamalul Kiram III, pewaris kepada Sultan Sulu itu memilih 'jalan sendiri'. Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario pula dilaporkan masih berada di Kuala Lumpur untuk berunding dengan Menteri Luar di Malaysia bagi menyelesaikan kemelut itu. Difahamkan Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan