Khamis, 21 Mac 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ADIK NAJIB MAHU ABANGNYA JADI PERDANA MENTERI LAGI..HMM HUTANG DAN SUNTIKAN DANA BUAT CIMB BAGAIMANA?

Posted: 21 Mar 2013 07:30 AM PDT

Ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak menyatakan sokongan agar abangnya Datuk Seri Najib Razak akan dikekalkan sebagai perdana menteri susulan pilihan raya umum akan datang.

forbes conference nazir razak 140911Sokongan itu timbul ketika BN kini berdepan dengan kemungkinan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya ke-13 yang bakal dijalankan tidak lama lagi.

Nazir dalam satu wawancara stesen Bloomberg TV berkata abangnya itu mempunyai sasaran jelas dari segi transformasi ekonomi.

"Jika ada perubahan di situ, ia akan mengecewakan pelabur dan mereka perlu melihat semula pandangan mereka ke atas Malaysia," katanya.

JIKA ADA IC MENGAPA PULA DIA PENCEROBOH?

Posted: 21 Mar 2013 12:35 AM PDT

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah warga Filipina dalam kejadian pencerobohan Sabah yang merupakan pemegang kad pengenalan Malaysia.

Beliau menuntut penjelasan itu susulan dakwaan yang timbul semalam bahawa Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan warga Malaysia dan pernah bertugas sebagai pembantu pengawai daerah di Kudat, Sabah.

NONE"(Dakwaan) oleh jurucakap kumpulan (berkenaan)... bahawa Agbimudin pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu," kata Rafizi.

"Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru?

"Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?," soalnya yang turut bertanya sekiranya kad pengenalan berkenaan dikeluarkan melalui 'Projek IC'.

Rafizi merujuk kepada satu tulisan yang disiarkan portal berita Filipina, InterAksyson yang memetik kenyataan seorang jurucakap kesultanan Sulu, bahawa Azzimudie pernah berkhidmat sebagai pegawai daerah di Kudat.

Abraham Idjirani mendakwa walau Azzimudie pernah berkhidmat di Kudat, beliau masih merupakan warga Filipina dan tidak pernah diberikan taraf kerakyatan Malaysia.

"Mereka (Azzimudie) kata, 'beri kami kad pengenalan', namun pihak berkuasa Sabah beritahu mereka, 'walaupun kami tidak berikan, anda tetap miliki Sabah," kata Idjirani seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Rafizi ketika dihubungi hari ini bagaimanapun tidak berganjak daripada dakwaannya, bahawa Azzimudie pernah memegang taraf kerakyatan Malaysia, dan mendakwa ia berdasarkan maklumat yang diperolehi parti itu dari penduduk tempatan dan penduduk kampung Sabah yang mengetahui mengenai tempoh perkhdmatan Azzimudie sebagai pembantu pegawai daerah.

"Berdasarkan maklumat inilah kami kemudiannya menjalankan semakan dalam perkhidmatan awam Sabah dan menemui namanya disenaraikan di situ.

"Ramai di kalangan rakyat Filipina yang datang ke sini pada waktu itu memegang dua kerakyatan. Bila mereka di sini, mereka rakyat Malaysia, bila mereka berada di Filipina, mereka rakyat Filipina," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi membuat dakwaan mengenai tempoh perkhidmatan Azzimudie dalam perhidmatan awam Malaysia ketika bercakap dalam satu sidang media semalam, di mana beliau turut menunjukkan dokumen berhubung dakwaan mengenai seorang lelaki bernama Datu Agbimudin Kiram.

LAHAD DATU DAN PRU 13

Posted: 20 Mar 2013 07:26 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, "malang" sekali pilihan raya umum akan diadakan sebelum suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang di Sabah selesai, kerana pembersihan daftar pemilih hanya dapat dibuat selepas itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Wan Omar berkata, bawah peraturan pilihan raya, badan itu mempunyai hak membersihkan daftar pemilih sekiranya terbukti di mahkamah dan dalam kes ini termasuk RCI.

Bercakap dalam sesi taklimat di Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, selagi RCI belum selesai, pembersihan itu tidak dapat dilakukan walaupun terdapat pengundi yang meragukan.

Wan Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada SPR menyemak pemilih meragukan dalam daftar pemilih berdasarkan pengakuan saksi semasa sesi pendengaran RCI.

PERKAUMAN DIHALALKAN UNTUK MENUTUPI KESALAHAN?ISLAM TIDAK MENGAJARKAN INI

Posted: 20 Mar 2013 06:19 PM PDT

Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) memohon maaf atas kenyataan "tidak menyenangkan" berhubung milikan tanah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud melalui Twitter BNYV Sarawak yang dilihat berunsur perkauman.

Ia dibuat selepas akaun @BNYV_SWK dalam statusnya menyebut:

"Sedar-sedarlah 'orang kita'. Walau Taib banyak tanah di Sarawak tok sekurang-kurangnya baguslah milik bumiputera dari jatuh ke orang ca-ya-nun-alif (Cina)."

Kenyataan itu dipercayai merupakan respon kepada video Global Witness yang mendakwa mendedahkan salah guna kuasa keluarga Taib.

Akaun Twitter itu menggesa agar "orang-orang kita" sedar walaupun banyak tanah di Sarawak didakwa dimiliki keluarga Taib, keadaan itu lebih baik daripada dimiliki oleh orang-orang Cina.

director pengarah sukarelawan pemuda bn bnyv zaidel baharuddin  300313Pengarah BNYV Zaidel Baharuddin (kanan) dalam kenyataan segeranya di laman web berkata, kenyataan itu "tidak menyenangkan dan bercanggah dengan semangat muhibah 1Malaysia yang kini sedang dipupuk oleh perdana menteri kita".

Menurutnya, twit itu hanya pandangan peribadi seorang pengendali akaun sahaja dan tidak dikongsi oleh pengendali-pengendali yang lain.

"Saya mewakili pergerakan BNYV memohon maaf atas beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun Twitter berkenaan," kata Zaidel lagi.

Status tersebut kini dikesan dipadam daripada garis masa akaun Twitter berkenaan, seperti satu lagi mesej di Twitter rasmi BN sebelum itu berhubung pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini.

BNYV adalah inisiatif untuk merekrut sukarelawan muda bagi membantu kempen BN yang dilancarkan pada Mei 2012.

Antara tugas-tugas utama sukarelawannya adalah dalam bidang pengurusan acara, khidmat nasihat media sosial dan kempen rumah ke rumah sewaktu pilihan raya umum.

Tiada ulasan: