. |
Pandangan Mahathir Tidak Bantu Selesai Pencerbohan di Sabah Posted: 04 Mar 2013 03:08 AM PST JELANG MAGHRIB Sememangnya sebagai bekas perdana menteri Malaysia selama 22 tahun yang tahu serba serbi mengenai perkembangan negara termasuk masalah-malalah keselamatan dan ancaman ke atas negara yang belum diselesaikan, Mahathir Mohamad dapat memberi sesuatu pandangan ke arah menyelesaikan sebarang kemelut yang menimpa negara. Mengenai tragedi pencerobohan rakyat Filipina yang mengakui sebagai keturunan Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Semporna dan kawasan lain di Sabah waktu ini, negara sangat butuhkan pandangan nasihat daripada beliau. Dengan pengalaman yang ada tentu Mahathir boleh berbuat demikian. Meneteskan apa-apa idea yang bersinar dan konkrit. Keganasan adalah jenayah. Jenayah dibenci dan dikutuk oleh semua bangsa. Selaku orang yang mempelopori NGO anti jenayah perang tentu beliau ada teori atau petua-petua lunak yang boleh menyejukkan hati dan kepala semua pihak dan akhirnya menghentikan tragedi pencerobohan yang sudah meragut 28 jiwa di kedua belah pihak itu. Tetapi malang dan sedihnya kenyataan Mahathir tidak seperti diharapkan. Pandangan yang keluar dari kerongkongnya merupakan bom yang akan memburukkan lagi keadaan. Puisi Mahathir bukan bercerita fasal elemen alam tetapi merencit darah sengekata. Ulasan beliau mengenai kejadian itu yang menyifatkan sebagai tindakan orang Sulu bertentangan dengan ajaran agama dan mengelarkan orang Sulu itu ganas tidak patut keluar dari halkum beliau. Kenyataan itu bukan bersifat pendamai, tetapi pemanas marah dan kebencian. Kata Mahathir; "Kita cuba nak selesaikan perkara ini tanpa pertumpahan darah, tetapi kita dapati orang Sulu ini ganas, mereka bukan sahaja membunuh askar kita tetapi cederakan orang yang sudah mati. "Kononnya mereka orang Islam tetapi perbuatan mereka tidak mengikut kehendak agama Islam," demikian sabda Mahathir kepada pemberita selepas merasmikan 'Global Muslim Conference on Unity and Economy' anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (MCCM) di Kuala Lumpur hari ini. Sememang apa yang berlaku itu ganas dan dilarang oleh agama Islam. Namun di dalam hal ini Mahathir jangan saja melihat keganasan itu sebagai satu perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam. Peperangan-peperangan yang dikepalai Rasulullah s.a.w. di zaman dulu juga adalah ganas dan bertentangan dengan sifat kemanusiaan normal. Apa dilakukan Rasulullah s.a.w tidak termasuk perbuatan lunak dalam manusia yang hanya bermunajak kepada kepala otak sendiri seperti dipraktiskan Mahathir. Tetapi keganasan sebgitu bukan boleh dielakkan sekiranya ia memaksa. Bahkan keganasan seperti itu dituntut dalam agama. Mungkin bagi orang Sulu mereka melakukan itu kerana terpaksa, dan sebagai orang Islam mereka juga bertindak dari sisi agama Islam. Cuma di sebelah kita yang merasakan mereka penceroboh hak kita, maka ia dianggap sebagai jahat. Tetapi apa kita menyelami hati dan apa yang bergelegak di dalam sanubarinya? Kalaulah ada penaburan janji-janji manis buat mereka seperti dilaporkan tetapi tidak ditunai sudah tentu mereka menjadikan asas untuk bertindak ganas. Mahathir atau sesiapa jangan mudah menuduh bahawa mereka bertindak seelum ada wenang-wenangnya. Sebagai sebuah bangsa mereka akan berjuang untuk bangsanya bagi mendapatkan bumi berdaulat seperti juga orang Melayu. Atas kepercayaan bahawa sebahagian bumi di perairan Sabah adalah hak warisan mereka, mereka berhak berbuat begitu. Tiada dosa kepada mereka. Di sini tuduhan ganas atau bertentangan dengan ajaran agama ada subjektif. Di pihaknya mereka juga boleh beranggapan seperti mana kita anggapkan, adalah hak kita mempertahankan hak kita di Sabah itu. Maka itu baginya bukan menceroboh tetapi menebus hak. Jika berpandukan kepada sejarah dan susur galur, dalam hal ini tidak siapa boleh menuntut dia dipihak yang benar? Masalah tuntutan ke atas Sabah oleh orang Sulu itu bukan baru ia berlaku sejak beradab lalu dan tidak ada penyelesaian tuntas bersurat. Seperti saya ungkap sebelum ini di zaman Mahathir menjadi PM, Mahathir tidak berusaha untuk menuntaskan perkara ini. Dalam kata lain Mahathir tidak pernah menandakan sempadan tanah air negara ini sebagai hak kita mutlak yang tidak boleh dikecau oleh mana-mana pihak? Apakah Mahathir sudah mengira peta negara kita ini sudah sempurna? Tidak. Apa yang Mahathir lakukan menggunakan tenaga mereka untuk menawan Sabah dengan memberi kad pengenalan. Perkara paling penting ialah menyelesaikan tuntutan bertindih itu secara realistik. Saya tidak fikir mereka enggan berunding untuk menyelesaikan secara baik. Yang penting kita lakukan. Sekiranya setelah berunding atau ada keputusan bahawa bumi kita adalah hak kita, saat itu kita harus memerangi sampai ke titisan darah terakhir perlu mempertahankanya. Dan kita juga kena yakin dengan menyertakan hujah dan fakta bahawa ia memang hak kita. Penyelesaian secara ralistik dan sistemetik, (undang-undang dan perundingan) bukan perang berhubung soal hak - tanah dan kepentingan bangsa adalah mustahak dan satu tindakan paling bijaksana. Peperangan tidak akan mencapai keputusan dan tidak akan ada kesudahan. Apabila ia sudah selesai secara realistik, (undang-undang) mana-mana pencerobohan seperti dilakukan puak kesultan Sulu itu akan dikecam oleh dunia. Hari ini, mungkin saya terlepas pandang, tragedi pencerobohan itu belum ada dunia luar yang mengecamnya. Apakah mereka - orang Sulu sudah bijak mempengaruhi media dunia lebih awal agar berpihak kepada mereka? itu soal lain dan ia menandakan orang Sulu yang Mahathir kata ganas itu lebih bijak dari bangsa kita yang bertatasusila. Tetapi realitinya tiada negara asing bersimpati dengan kita dan menganggap ia masalah dalaman. Berbalik kepada celaan Mahathir tadi, ia tidak membantu untuk menamatkan sengekta di Sabah itu. Bahkan orang Sulu akan jadi semakin panas kepala dan berdendam kesumat. Mungkin pencerobohan itu akan berakhir dengan kesemua kira-kira 200 orang tentera kesulltanan Sulu itu maut dan berkecai, tetapi apakah kita boleh jamin semangat dan azam mereka menuntut bumi yang mereka dakwa hak waris mereka itu akan berakhir? Perlu diingat, mereka ada zuriat dan generasi. Tentera yang bakal mati kelak ada keluarga dan anak-anak dan isteri. Anak-anak itu akan membesar sambil mengenang apa yang berlaku dan menggalas wasiat dan amanat. Darah yang mengalir dalam tubuh mereka akan mewarisi keberanian bapak mereka. Sebagai generasi yang sudah membenih dalam keadaan tertekan, diskriminasi dan minat berperang, mereka akan akan membesar dengan membidik senjata di tangan ke mana dan bila-bila masa saja. Tertakdirlah mereka juga akan mati dan berkecai, generasi mereka juga akan mengikut langkah yang sama. Tuntuan, dendam peperangan tidak akan berhenti. Apa yang berlaku kelamrin, hari ini dan esok mereka akan ingat dan kenang. Seperti mana kita mengenang kematian prajurit kita yang syahid mereka juga akan mengenang pahlawan laut mereka yang tewas. Fenoeman dan perkembangan zuriat perang ini patut kita mempelajari apa yang berlaku di Palestin atau pun di kawasan-kawasan bergolak lain. Jalan terbaik ialah perundingan. Selesai secara perundingan. Kalau pun ia sementara tetapi sifatnya kersenggangan kemelut itu kerana peperangan bukan kerana kalah dalam peperangan. Dendam kerana kalah dalam peperangan lebih dahsyat dari dendam meletak senjata kerana perundingan mencari damai. Antara Malaysia dan Sulu ada persamaan saraf; darah dan KULIT sama, iaitu Islam dan rumpun Melayu. Kita sama-sama memegang al-Quran yang sama menghadap ke Kiblat yang sama. Orang Malaysia boleh mencari alim ulamaknya, Sulu juga boleh mencari alim ulmaknya. Serahkan kepada alim ulamak untuk memulakan perundingan. Baik juga kalau perundingan ini libatkan sama Filipina sebagai negara yang berhak ke orang Sulu. Cadangan Mahathir agar diambil tindakan segera berasakan kepada spritual katanya-katanya itu 'orang Sulu ganas' dan mereka menyimpang dari agama bukan satu semangat untuk menamatkan pencerobohan itu secara baik. Dalam nafas Mahthir ada bau untuk membusukan orang Islam lain. Mahathir terkenal sebagai anti Islam tradisional, kebencian itu sudah bersarang dalam kepalanya. Yang mati memang perlu dikenang dan ditangisi tetapi nyawa yang akan menuruti selepas itu juga harus diingat dan cuba dibayangi. Hari ini kita hilang 12 nyawa, tetapi kalau ia berterusan mungkin kita akan kehilangan ribuan nyawa. Perang sepertilah kita menetaskan batas empangan yang airnya banyak. Walaupun ia bermula dengan lubang sebesar keliling ia boleh membesar menjadi lubang sebesar kawah gunung berapi. Saya berharap Najib Razak yang kini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas negara tidak begitu akur kepada pandangan Mahathir Mohamad. Untuk memenangkan Umno Najib boleh mengikut formula Mahathir tetapi bukan untuk menghadapi Sulu dan menyelesaakan kemelut (perang) di Sabah yang sudah menjadi masalah nasional. Dan saya bersetuju kalau isu di Sabah tidak diambil sebagai isu pilihan raya ke-13 tetapi hendaklah melihatnya sebagai satu cabaran baru buat Malaysia oleh semua fraksi parti politik. [wm.kl.6:50 pm 04/03/13] | ||
Najib Ada Menjanjikan Sesuatu Untuk Sulu? Posted: 03 Mar 2013 06:53 PM PST MENGGALAH MENTARI Ada pihak-pihak tertentu tidak menerima tragedi pencerobohan rakyat Filipina yang mendakwa dari kesultanan Sulu di beberapa daerah pinggiran di Sabah - Lahad Datu, Semporna, Kunat dan sebagainya bukan seadanya. Ia tidak dianggap sebagai takdir bencana dan mala petaka kepada negara yang harus dipikul bersama seperti sewajarnya sebagai sebuah warga negara yang setia dan bertanggungjawab.
Ia tidak ketara dimainkan oleh pemuka-pemuka utamanya seperti Mohd Najib Razak yang memimpin BN dan Anwar Ibrahim yang memimpin Pakatan Rakyat, tetapi pihak lain termasuk organ media cuba saling memburukkan dengan mempersoal kemudian mendakwa mereka berdua terlibat dalam tragedi itu. Manakala pemuka politik Cina dan India menikus seolah sedang berangan-angan untuk mendapatkan pisang lemak manis tersangkut di atas syiling. Dalam hal ini orang yang paling kuat dipalu ialah Anwar Ibrahim. Akhbar Utusan Malaysia sendiri tidak pernah merasa bersalah atas pembohongan dan pemanipulasi berita mengenai Anwar yang dilakukan selama ini. Akhbar itu semacam sasan (epilepsy) terus mengheret tragedi yang sudah meragut lebih 20 nyawa itu ke atas belakang Anwar. Cara Utusan melayan Anwar bukan atas sifatnya sebagai media yang perlu profesional tetapi atas dendam kesumat berhati hitam legam. Saman demi saman demi saman demi saman yang dikemukakan ke atas akhbar berkenaan yang berakhir dengan kekalahan dan kena bayar tidak memberi keinsafan kepada akhbar berkenaan. Seolah-olah keputusan yang memburukkan imej dan wibawanya tidak sedikit pun dikesali bahkan mereka terus mengobarkan hasad dengki dan fitnah untuk Anwar dan juga pimpinan parti PR lain. Utusan adalah sebuah media yang berhati kering. Dalam laporan semalam syarikat akhbar itu mengheret langsung peristiwa pencerobohan itu dengan Anwar Ibrahim. Walaupun ia tidak disebut direct untuk mengelak implikasi undang-undang tetapi cara laporan itu dibuat jelas ia mensasarkan kepada bakal PM itu. Hanya dengan memetik laporan dari sebuah portal (Inquier) akhbar berkenaan menubuh Anwar mengundang penceroboh itu dengan memberi tawaran menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh bangsa Sulu ke atas Sabah khususnya dalam soal tuntutan tanah yang mereka yakin sebahagiannya hak mereka. Bagi akhabr berkenaan sumber itu membenar dan menghalalkan ia untuk melakukan tuduahn dan dakwaan ke atas Anwar. Meletakkan Anwar bertanggungjawab atas kejadian malang di Sabah itu. Sebenarnya sumber-sumber digunapakai Utusan dalam memburukkan Anwar dan pemimpin pembangkang lain sangat rapuh dan kurang asas. Di samping sumber dari Inquirer itu media berkenaan juga memetik laporan perisik pihak tentera negara ini mengenai perjumpaan Anwar dengan pemimpin pemberontakan bersenjata Mindano, Nur Misuari beberapa bulan sebelum berlaku pencerobohan. Dikatakan perjuampaan itu sebagai janji Anwar untuk rakyat Filipina ke atas Sabah. Petikan "persisi?" itu adalah untuk mengukuhkan pembohongan kering mereka? Tidak sukar untuk memahamai kenapa media berkenaan menyiarkan berita yang tidak disahkan atau dalam erti lain berita yang separuh masak. Tujuannya ialah untuk mempamirkan kepada rakyat Malaysia betapa jahat dan terdesaknya Anwar untuk menang sehingga menggunakan pengaruh atau kuasa luar. Sebenarnya apa yang dilaporkan media itu meragukan sekali dan ia berbentuk berita andaian bukan saja bersifat fitnah yang akan mendepositkan dosa kering ke akaun peribadi pelapornya, tetapi ia juga memberi masalah kepada pihak lain. Misalnya mengenai kononnya ada laporan dari risik tentera itu, ia menyebabkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memberi penjelasan atas andaian itu. Menjadi tanggungjawab ATM membersihkan namanya yang dipalit oleh Utusan. Kalau apa disebut itu tidak betul ATM akan tercemar dan sejarah akan menuduh ia menjadi alat kepada sebuah media yang tidak bermaruah. Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi harus segera membuat kenyataan menjelaskan pengkaitan nama ATM itu, sama ada ia benar atau satu pemalsuan oleh Utusan demi menjaga pemberi makan kepada editornya serta anak bini mereka. Sekiranya Zahid menjadi syaitan bisu di dalam hal ini dia juga tertimpa najis busuk ciptaan akhbar berkenaan. Bagi mereka yang waras sukar untuk mempercayai laporan akhabr berkenaan. Fitnah ataupun pemutar berita mengenai pembangkang yang dilakukan selama ini telah menghilangkan keyakinan umum. Tetapi mereka yang menjadikan ia sebagai 'kopi' pagi dan hadith sandaran berita politik sangat mempercayainya. Ketaksuban mereka kepada Utusan menyebabkan terpancar mashead Utusan di dahi. Kita haus behati-hati dengan sumber luar berhubung apa saja isu mengenai negara kita apa lagi mengenai soal-soal keselamatan yang tidak boleh dimain-mainkan. Begitu juga isu-isu membabitkan reputasi dan maruah seseorang harus diselidiki sebaik mungkin. Kita harus meletakkan kebimbangan ianya sengaja dibuat bagi mengeruhkan keadaan sesama kita di dalam negara kita. Kalau akhbar dalam negeri sendiri seperti media massa PB tidak boleh dipercayai dan diragui apa lagi media asing yang mungkin ada seribu niat jahat berbanding dengan media dalam negeri? Kalaulah kita mempercayai laporan Inquier yang dijadikan sanad dan perwari oleh Utusan itu yang meletakkan Anwar terbabit dengan pencerobohan di Lahad Datu, apa pula halnya dengan laporan disiarkan dalam sebuah portal berita mb.com.ph (Manila Bulletin Coprotion) yang di dalam termuat satu laproan dibawah tajuk; Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia, melapokran ketua pemberontakan di Mindano, Nur Misuari menyebut beliau ada dengar kedatangan penceroboh di Sabah adalah ekoran jaminan dan janji Perdana Menteri Mohd Najib Razak? Cuba baca apa dimuat dalam laporan itu yang diterjemahkan secara bebas ini; "Ketika ia berada di Jolo, Sulu, selama seminggu, Misuari mengatakan bahwa apa yang ia dengar adalah bahwa kelompok dari Rajah Mahkota Pangeran Muda Agbimuddin Kiram, adik dari Kiram, menyeberangi laut ke pulau karena mereka diduga dijanjikan akan diselesaikan (isu atau masalah) di Sabah oleh Perdana Menteri Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak." Versi asal di sini bawah ini; [When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.] Apakah yang dimaksudkan oleh Nur Misuari itu? Sebenarnya kata-kata Nur Misuari yang dilaporkan itu membawa pengertian dan makna yang besar mungkin soal menyelesaikan tuntutan rakyat Sulu ke atas Sabah? Apakah Nur Misuari sengaja berkata demikian? Kita tidak apat mempastikan apakah maksud beliau sebenarnya, dan apakah pula maksud Najib Razak memberi jaminan itu seperti dituturkan. Atau sejauh mana kebenaran laporan itu. Kalau untuk adil sepatutnya Utusan Malaysia tidak menggelapkan laporan ini. Ia patut ditafsir dan diulas sama kemudian disiarkan seperti mana mereka mentafsir dan mememtik laporan 'rabun' yang mengaitkan nama Ketua Pembangkang oleh Inquirer dan 'perisik tentera' itu. Dan kalaulah laporan portal mb.com.ph itu tidak boleh dipercayai kenapa pula laporan Inquire mudah diyakini? [wm.kl. 10:35 am 04/03/13] Laporan dalam mb.com ph itu boleh dibaca di sini:http://mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTP5dldGyzo |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan