Jumaat, 29 Mac 2013

.

.


Demi Kemenangan UBN di Sabah, Rakyat Filipina Perlu Pulang

Posted: 28 Mar 2013 09:43 PM PDT

TAZKIRAH JUMAAT                                                                                                        

Kalau kita menerima pandangan dan analisa sesetengah orang dan pemerhati politik, tragedi pencerobohan Lahad Datu yang membawa pertumpahan darah sesama serumpun dan segama, ianya sebagai satu tektik atau sandiwara orang akan marah. Kerajaan akan melenting 'murih' kepada penuduhan demikian. Pasukan keselamatan juga marah kerana anggota mereka sudah terkorban, tinggal anak dan isteri, masakan ia satu sandiwara. Nyawa bukan barang boleh dimain-mainkan walaupun nyawa Altantuya dilayan seperti nyawa seekor semut hitam.

Apa yang berlaku di Lahad Datu itu, pencerobohan, serangan, pembunuhan dan kematian adalah realiti. Ia sesuatu yang betul-betul berlaku akibat nafsu dan kurang bijaknya manusia dalam menguruskan kehidupan atau pun terlupa dengan kata-kata sendiri.

Polis mati.. sahih. Penceroboh mati... sahih. Orang awam berpindah randah dan ketakutan.. sahih. Kedamaian di Sabah Timur yang dikecap dan dinikmati selama ini terganggu dan tercemar adalah sahih. Semuanya sahih belaka.

Pengeboman sahih, sekat jalan raya sahih, balai polis bergelap waktu malam juga sahih. Jadi mana yang dikatakan sandiwara? Sesuatu yang menghiriskan jiwa kalau ia dianggap sandiwara sedangkan banyak nyawa yang hilang. Yang merasai dukacita atas kematian akibat tragedi itu bukan saja dari kita dan keluarga anggota kita yang terkorban juga di sebelah sana. Mereka juga manusia yang ada hati dan perut sama dengan kita.

Iya bukan sandiwara yang bermula dengan sebuah skrip, seorang pengarah dan sebuah pentas yang mengenakan tempo tertentu untuk bermula dan ditamatkan. Ia bukan opera. Ia suatu hakikat yang menggerun dan menyesalkan. Apa yang dinamakan sandiwara ialah pengeksploitasi politik atas tragedi itu. Yang disandiwarakan ialah selepas berlaku tragedi itu bukan tragedi itu disandiwarakan. Bodoh dan bahlol sangatlah kalau pengarah atau produser menjadikan itu sandiwara kerana ia sampai meragutkan nyawa.

Kita akui Najib Razak, Hishmuddin Hussuin atau Ahmad Zahid Hamid belum gila lagi untuk menjadikan nyawa sebagai modal politik. Mereka tidak akan tergamak untuk meletakkan nyawa manusia sebagai mendapat benefit politik. Memang celakalah kalau itu berlaku dan kalau ada orang beranggapan demikian.

Apa yang dapat dilihat dan makin terasa ialah kesempatan diambil atas kejadian itu. Apakah Tuhan mentakdirkan kejadian itu untuk memberi kesempatan kepada Umno? Itu yang kita tertanya-tanya hari ini. Kerajaan UBN telah mengambil kesempatan atas apa yang berlaku untuk mengukuhkan kedudukannya. Kronologi ini dapat dilihat dari masa ke semasa dan seterusnya. Makin lama direnungi dan dilihat tragedi itu nampak semakin tidak begitu realistik?

Cuma yang tidak dapat dipertikaikan semua kesempatan diambil itu ada logik dan munasabahnya. Dengan kekacauan yang berlaku dan kebimbangan puak Sulu akan membalas dendam terus menyerang dan menceroboh Sabah wajar kalau langkah keselamatan lebih ketat diambil. Pengezetan 10 kawasan sebagai kawasan keselamatan khas adalah wajar dan tepat. Itulah langkah bijak dari sudut pertahanan negara.

Sesiapa pun tidak boleh menolak keperluan dan kepentingan itu atas alasan dan tanggungjawab soal keselamatan negara tidak boleh dimain-mainkan. Tetapi apabila kita melihat atau menyedari di dalam kawasan itu mempunyai tujuh kawasan parlimen dan 15 kawasan Dewan Undangan Negeri, menyebabkan semacam pengezetan itu untuk kelabaan politik Umno. Kerajaan UBN persis ada kepentingan tersendiri di sebalik pelaksanaan kawasan keselamatan khas itu.

Bila kawasan itu diletakkan dalam kawasan keselamatan khas, pergerakan masyarakat, aktiviti sosial dan politik dan sebagainya tidak sebebas dahulu. Pasti Jawatankuasa berkenaan mengawasi kawasan itu dengan mengenakan tindakan atau pun sekatan-sekatan tertentu. Parti kecuali UBN tidak akan dibenarkan menjalankan aktiviti mereka di situ. Manakala UBN pula bebas menjalankan aktiviti mereka atas nama program keselamatan dan kerajaan.

Dengan menggunakan SPR sebagai alatnya SPR pasti akan menggariskan syarat-syarat luar biasa di kesemua kawasan itu semasa berlangsung pilihan raya kelak. Sebelum ini pun pengerusi SPR menyatakan mereka ada cara tersendiri untuk melaksanakan pilihan raya di kawasan bergolak. Apakah maksud dan makna di sebalik kenyataan itu.

Terbaru pula dilaporkan setakat hari ini sebanayak 4,771 orang rakyat Filipina yang berada di Sabah sama ada yang memperolehi Kad Pengenalan menerusi Projek IC  atau tidak telah kembali ke Filipina. Mereka lari menyelamatkan diri menuju ke Basulta, ini pulau-pulau Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi. Pulau-pulau ini berdekatan atau bersempadanan dengan Lahad Datu, Semporna dan Sandakan.

Perangkaan ini menurut laporan Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina. Angka ini boleh dianggap rasmi. Daripada jumlah itu, seramai 2,861 orang dewasa dan 1,860 lagi kanak-kanak.

Menurut laporan itu jumlah itu dijangka akan meningkat selagi krisis pencerobohan tidak akan diselesai. Ironisnya penyelsaaian krisis itu tampakknya meruncing bahkan lebih serious apabila kerajaan Malaysia telah menghantar atau menambahkan anggota pasukan keselamatan di Sabah serta menghantar peralatan perang lebih canggih. Amat mustahil kawasan kembali tenang dan damai dalam tempoh terdekat ini atau sebelum pilihan raya diadakan.



Dipercayai bilangan rakyat Filipina di Sabah lebih banyak lagi akan kembali ke negara mereka. Mereka tidak akan tinggal di bumi Sabah lagi kerana bumi itu tidak lagi menjamin kemanan kerana pasukan keselamatan Malaysia akan memburu mereka siang dan malam.  Sesiapa yang enggan meninggalkan Sabah akan ditangkap dan didakwa atas apa-apa kesalahan dan tuduhan. Ini menakutkan mereka.

Perkembangan itu - perlarian pulang rakyat Filipina itu menjawab beberapa persoalan sebelum ini, apa sebenar yang berlaku di sebalik pencerobohan itu dan apa yang diharapkan darinya. Maksudnya apakah agenda sampingan yang telah dilakukan. Bolehlah disimpulkan disini tindakan-tindakan susulan atas nama keselamatan negara itu diambil adalah untuk memastikan rakyat Sabah yang diberi kad pengenalan menerusi Projek IC tidak akan mengundi dalam pilihan ke-13 ini. Mereka harus dihalau atau pulang kerana UBN bimbang kalau mereka diberi peluang mengundi undi mereka akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Umno Sabah khasnya sudah mengetahui akan gejala ini. Rakyat Filipina yang dianggarkan sebanyak 80,000 hingga 130,000 yang diberikan kad pengenalan tidak akan akur kepada kehendak Umno dan mula memprotes apabila janji-janji mereka tidak dipenuhi oleh parti itu setelah melalui dua kali pilihan raya. Dalam kata lain janji-janji yang dicurahkan ke telinga mereka tidak ditepati sebaliknya dikhianati.

Jadi bagi memastikan undi mereka tidak memberi kesan buruk kepada masa depan UBN, maka pengusiran secara tektikal untuk keselamatan negara perlu dilalkukan. Nah, hari ini apabila ribuan rakyat Filipina termasuk dipercayai memilik kad pengenalan sudah pulang ia boleh mengurangkan risiko menghadapi kekalahan. UBN sangat berharap kepulangan rakyat Filipina yang layak mengundi ini seoptimun yang boleh.

Baru-baru ini juga seorang pemimpin BN Sabah membuat gesaan supaya semua kad pengenalan yang diberikan kepada rakyat Filipina dirampas balik. Sekali lagi ia dibuat atas maslahat keselamatan. Tetapi apakah pengertian disebalik gesaan itu? Sekiranya rakyat Filipina tetap akan mengundi UBN mereka tidak akan menggesa agar berbuat demikian. Sebaliknya mereka akan dipelihara dan diberi perlindungan.

Dari sudut keselamatan negara dan atas semangat patriotisme wajar kalau pemberian kad pengenalan itu dimansuhkan atau dirampas balik. Mereka memang tidak berhak untuk membuat apa-apa keputusan atau terlibat dengan apa-apa juga hal ehwal dalam negara ini termasuk dalam proses pemilihan pemimpin. Biarlah rakyat negara ini menentukan nasib dan masa depan negara mereka sendiri.

Timbul persoalan di sini kerana pemilihan kepimpinan di Sabah (pilihan raya) telah melibatkan rakyat Filipina, sehingga jatuhnya kerajaan PBS kira-kita 25 tahun lalu apakah tidak boleh dikatakan bahawa kerajaan Umno Sabah itu adalah kerajaan haram atau bukan kerajaan genuine yang dipilih oleh rakyat Sabah?

Kalau inilah realitinya maka Umno harus meminta maaf di atas perbuatan keji dan tidak petrotismenya sebelum ini kerana membenarkan rakyat Filipina menentukan nasib dan masa depan negeri itu. Umno kena bertangungjawab didalam hal ini. Makanya adalah wajar kalau rakyat Sabah baik Bumiputera Islam, atau bukan Islam, Kadazan, Dusun atau Cina menghukum Umno dalam pilihan ke-13 atas kesalahan dan dosa-dosa besar Umno di negeri Bawah Bayu itu. Ini kalilah. [wm.kl.12: 30 t/hari 12/03/13]

p/s: Tanpa editing.

che'GuBard Umum Tidak Tanding

Posted: 28 Mar 2013 08:33 AM PDT

CATATAN MALAM                                                                                                            

Setiap kali ada event anak muda dia pasti ada.
Aktivis muda dan pelapis politik masa depan yang rajin Badrul Hisham Shahrin atau lebih mesra dengan panggilan che'GuBard telah menutup kilang otaknya dari terus berfikir apakah akan dicalonkan ataupun akan bertanding dimana-mana kerusi. Beliau telah mengambil keputusan awal untuk tidak menyerabutkan dirinya.

che'GuBard telah mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini. Penegasan itu dibuat menerusi satu email yang dikirimkan kepada blog Merah Tinta, dan saya percaya ia juga disalin hantar kepada sumber-sumber maklumat lain.

"Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka; che'GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa." Begitulah secoret ayat yang disebut dalam kenyataan itu walaupun ia rengkas tetapi sungguh memedihkan.

Che'GuBard telah mengambil jalan tengah yang perlu dihormati. Dia telah menawarkan dirinya untuk menjadi pekerja parti yang kuat demi mencapai kemenangan. Lantas itu beliau menyeru seluruh anak muda berada dalam mood perubahan tanpa mewujudkan apa-apa pransangka.

Saya menghormati dan kagum kepada anak muda ini. Apa dibuat che'GuBard inilah yang patut dicontohi oleh sesiapa saja yang tergila-gila untuk menjadi calon sampai sanggup melobi atau membuat ugutan akan meninggalkan parti kalau tidak terpilih menjadi calon. Orang seperti itu dayus dan tidak berjiwa besar tulen dalam pejuang.

Sekiranya sikap dan pendirian diambil che'GugBard ini menjadi pegangan dan ikutan semua orang rasanya masalah perebutan calon dan ugutan dan ocahan untuk memeningkan kepala pucuk pimpinan tidak akan berlaku.

Tindakan che'GuBard itu juga satu keputusan yang mengecewakan golongan anak muda yang menyedari akan komtimen dan perjuangan beliau selama ini. Menerusi Ngo Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) beliau terus bergerak mengelombangkan arus perubahan dikalangan anak muda tanpa sebarangan bayaran atau mendapat sanjungan dari mana-mana pihak. Dia bekerja dengan ideanya sendiri tanpa menunggu arahan parti, yang penting ia senada dan seirama.

Maaflah saya tidak pernah terdengar yang pemimpin PKR khasnya memberi penghormatan kepada che'GuBard atau meraikan SAMM makan aiskrim setiap kali projeknya berakhir. Entah seperti terkunci mulut untuk memberi sedikit layanan dan pujian ke atas kerajinan che'GuBard dan SAMM. Kewujudan SAMM juga sesekali saya nampak ia semacam menjadi galang ganti kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang nampak seperti rumput kering di tepi jalan saja.

Paling merujakan ruang lingkup atau geografi perjuangan che'GuBard bukan sahaja di Rembau kawasan yang pernah ditandingi tahun 2008, tetapi diseluruh negara dari Johor hingga ke Perlis, dari Perlis hingga Ke Sabah dan Sarawak. Bahkan dalam mencari bukti dan dalih menguatkan serangan politiknya beliau sanggup ke luar negara.

Atas kerajinan itu saya sendiri menampakkan orang seperti beliaulah yang perlu diberikan keutamaan untuk berada dibarisan depan atau tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya. Tetapi tidak begitu, apa yang mata saya nampak terlindung oleh mata orang lain. Usahkan untuk menetapkan mana-mana kerusi untuk mengambil hati beliau pun tidak kedengaran.

Tiada apa yang boleh saya lapazkan di sini batas keputusan yang beliau ambilkan itu selain dari merasa kagum dan hormat. Syabas. Saya yakin dan percaya apa dilakukan Badrul Hisham itu ikhlas dan keikhlasan serta pengorbanan beliau itu tetap akan diingat suatu hari nanti.

Biarlah orang lain tidak mahu mengiktiraf beliau tetapi saya akan memulakan mengkultus che'GuBard sebagai anak muda yang berani, bersemangat, komited dan rajin. Dia adalah ikon anak-anak muda yang ingin perubahan dan pengangkat panji politik baru Malaysia dari kawanannya. Kalau tertakdir Pakatan Rakyat sempat sampai ke Putrajaya janganlah tutup pintu utama buatnya gara-gara dia hanya pernah menolak jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agung.[wm.kl.11:33 pm 28/03/13]

Mohamad Hasan Harus Belajar Dari Nik Aziz

Posted: 28 Mar 2013 06:09 AM PDT

CATATAN MALAM                                                                                                          

Kata Mohamad Hasan yang masih menganggap dirinya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan walaupun tempoh kerajaan UBN Negeri Sembilan yang bermandatkan kuasa rakyat selama lima tahun berakhir semalam, hari pertama kerajaan lupus tarikh itu berjalan seperti biasa.

Bekas MB Negeri Sembilan?
Beliau masuk pejabat MB hari sebagai MB tamat tarikh.
  
Katanya beliau dan 10 anggota exco tetap melaksanakan tugas seperti hari-hari lain sebelum ini sekalipun Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah terbubar.
 
"Tiada masalah. Cuma yang membezakan adalah peranan kita iaitu sebagai kerajaan sementara ini kita tidak boleh membuat keputusan besar-besar terutama berkaitan soal dasar yang boleh memberi implikasi kepada rakyat dan kerajaan akan datang," katanya dipetik.
   
Pernyataan Mohamad Hasan itu sedikitpun tidak menggambarkan dia ralat atau rasa malu kerana tempoh sebenar dia menjadi MB sudah tamat apabila tempoh kerajaan Negeri Sembilan sudah genap lima tahun pada pukul 12:00 malam tadi.

Menurut perlembagaan sesebuah kerajaan negeri atau kerajaan Federal itu akan terbubar dengan sendiri apabila tempohnya selama lima tahun tamat. Menurut perlembagaan SPR perlu memanggil satu pilihan raya bagi pembentukkan kerajaan baru dalam tempoh 60 hari.

Tunku: Amal politik bermaruah.
Mengenai pilihan raya di Negeri Sembilan ini walaupun SPR sudah boleh bertindak mempersiapankan pilihan raya, tetapi dipercayai SPR tidak akan berbuat demikian kerana mereka berhasrat mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya parlimen.

Sementara tempoh sementara berlangsung pilihan raya kerajaan sementara (caretaker government) dibentuk dengan atau pun atas kuasa kerajaan Yang Dipertua Agong atau Sultan. Mohamad perlu mengangkat sumpah semula di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan jika tidak ia dianggap sebagai kerajaan haram.

Bagaimana pun pandangan pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari ini tidak diendah bahkan dipersendakan oleh Mohamad Hasan.

Kenyataan Mohamad Hasan itu yang mengakui dia tidak merasa apa-apa - malu dan ganjil adalah sesuai dengan apa diamalkan oleh partinya yang kebetulan menjadi kerajaan selama ini, iaitu UBN.

Kalau Mohamad Hasan bermaruah dan ada air mata sama seperti partinya yang memerintah beliau seharus tidak perlu bercakap atas nama sebagai MB sebab dia bukan MB yang sah lagi. Tetapi kerana itu yang diamalkan parti, tidak menghormati semangat demokrasi dan hidup sering mencari celah atau lubang hendak melepas diri menyebabkan dia tidak merasa apa-apa dan tidak bersalah dengan apa yang berlaku.

Sebagai anggota Dewan yang telah tidak memegang jawatan MB lagi, Mohamad Hasan tidak layak bercakap atas kapasiti sebagai MB lagi. Bukan sahaja keputusan besar mengenai kepentingan rakyat beliau tidak dapat melaksanakan, tetapi perkara kecil juga termasuk kereta kerajaan dan kemudahan lain juga tidak sepatutnya diguna lagi.

Mohamad Hasan patut belajar daripada bekas PM bukan yang keempat tetapi yang pertama, Tunku Abdul Rahman dahulu. Almarhum Tunku apabila parlimen dibubarkan beliau tidak lagi memasuki pejabat perdana menteri dan tidak menggunakan segala kemudahan kerajaan untuknya. Beliau juga tidak lagi bercakap atas nama Perdana Menteri tetapi sebagai Pengerusi atau Presiden Umno.

Beliau juga mengarah menterinya tidak menggunakan kemudahan atau pun mengumumkan apa-apa projek tetapi berdiri atas anggota parti menurut jawatan masing-masing.

Namun amalan dan akhlak Tunku Abdul Rahman tidak lagi dipatuhi sesudah beliau berundur dari jadi perdana menteri. Bahkan penggunaan kemudahan kerajaan untuk perdana menteri, menteri dan sebagainya menjadi satu tradisi pula di zaman Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. Mahathirlah yang merombak akhlak Umno yang dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman.

Mengenai hal ini Nik Abdul Aziz Nik Mat masih meniru akhlak dan politik gentlemen yang ditunjuk oleh Tunku Abdul Rahman. Walaupun tidak semua Nik Aziz 'memansuhkan' kemudahan kerajaan untuknya sebagai MB, tetapi beberapa kemudahan dan fasalitis lain beliau tinggalkan secara automatik.

Mungkin ramai orang tidak tahu apabila Dewan Undangan Kelantan (DUN) dibuarkan dan caretaker gorvernment mengambil kerajaan Kelantan beliau tidak lagi menggunakan kemudahan rumah Kelantan di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja DUN dibubar dan tempoh perkhidmatannya sebagai MB tamat, beliau tidak lagi tinggal atau mendiami rumah Kelantan apabila berada di Kuala Lumpur.

Tokguru akan mencari kediaman khas di Kuala Lumpur untuk berkempen. Kebiasaanya PAS akan menyewa rumah khas untuk beliau. Di rumah itulah beliau akan menginap sepanjang berada di Kuala Lumpur, manakala rumah Kelantan tidak dimasuki lagi.

Apa dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan Nik Aziz itulah yang wajar diikuti oleh Mohamad Hasan dan mana-mana MB atau Ketua Menteri yang sudah cukup tempoh perkhidmatan dan yang menjalankan tugas sebagai MB sementara kelak. MB sementara bolehlah dianggap MB tol atau pun MB yang tidak ada gran.

Ibarat tanah kalau bertol dan tidak ada gran tanah itu tidak laku digadai lagi. Apakah Mohamad Hasan dan MB-MB dan Ketua Menteri lain khususnya dari UBN selepas ini tidak akan merasa malu? Apa yang berlaku di Negeri Sembilan itu menunjukkan transformasi yang dilaungkan Najib masih belum terlaksanakan lagi dan ianya hanya jebak di gigi pantai sahaja.  [wm.kl.8:50 pm 28/03/13]

Tiada ulasan: