. |
Sandakan Aman Orang Ramai Hidup Seperti Biasa Posted: 11 Mar 2013 03:23 AM PDT SUSUPAN PETANG Saya kira sewaktu di sini (Sandakan) saya ingin rehat sepenuhnya setelah empat hari penuh dengan aktiviti di Kota Kinabalu, Tawau, Kunak dan Lahad Datu yang sedikit menekankan perasaan dan jiwa. Apa lagi Sandakan tidak segawat di Lahat Datu dan Semporna. Kami sengaja check in di hotel yang berhadapan dengan lautan (teluk) yang ditaburan beberapa buah pulau.
Sandakan terkenal dengan ramainya rakyat Filipina berketuruna Sulu, di samping orang Indonesia, Bajau dan Bungis. Kedudukan Sandakan dari segi geografi juga berdekatan dengan beberapa kepulauan di lautan Sulu. Keadaan ini ia menjadi pintu masuk untuk pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia sejak ratusan tahun lalu. Bandar ini juga termasuk dalam kawasan keselamatan istimewa bersama beberapa daerah lain, Lahad Datu, Kunat, Tawau dan Semporna.
Keadaan lalu lintas di sini seperti biasa. Ini sedikit mengejutkan saya kerana sebelum ini Sandakan juga diberita terhimbau dan ada peristiwa kecil seakan-akan di Lahad Datu. "Tidak ada apa-apa di sini yang berlaku, ia tenang saja," begitu jelas Hamzah Abdullah yang bermurah hati mengambil saya dan rombongan musafir Keamanan dan Kebajikan Kelantan. Hamzah adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Sandakan dan berkebetulan pula rakan lama Drs Zainuddin Awang Hamad. Hamzah juga rupanya mengenali saya menerusi tulisan-tulisan saya di blog. Sepanjang perjalanan saya mendapat penjelasan dan maklumat lanjut dari Hamzah. Selepas beliau menghantar kami ke hotel, saya round dan tinjau bandar Sandakan dan melihat aktiviti perniagaan dan juga keadaan orang ramai. Ternyata sekali suasana orang ramai santai sahaja tidak seperti di Lahad Datu atau Kunak yang jelas seakan penghuninya tertekan dan dirundung ketakutan. Ini dapat dibuktikan apabla diajak berbuat penduduk Sandakan mudah menerima dan sedia menjawab apa saja pertanyaan. Mereka juga kelihatan mesra dan menjawabt erat salam kita, Tidak kelihatan mereka ketakutan atau pun berhati-hati untuk melayan pertanyaan sesiapa saja. Di sini menunjukkan mereka tidak dikejari sesuatu seperti orang di Lahad Datu atau Semporna yang berterusn terang mengatakan mereka dalam ketakutan. Pusat membeli belah, kedai makan dan lainnya dipenuhi orang ramai. Orang seakan bebas bergerak tanpa merasa apa-apa perasaan (phobia). Cuma kehidupan pemandu teksi atau kereta sewa agak tertekan kerana kekurangan pelanggan. Pendapatan mereka turun mendadak seminggu dua ini. Menurut salah seorang pemandu teksi tidak ramai orang menggunaan perkhidmatan teksi. "Tidak banyak orang pakai teksi," jelas Basirun, 67 yang mengeluhi nasibnya. Hari ini (jam 3:00 petang tadi) beliau masih belum mendapat seorang penumpang pun. Ditanya apakah ia ada kena mengena dengan apa yang berlaku di Lahad Datu, beliau seakan ragu-ragu untuk mengakuinya. "Apakah keadaan ini disebabkan tragedi di Lahad Datu?" tanya saya. Dia diam sambil menggeleng dan tersenyum. Dapat difahami kenapa pelanggan teksi berkurangan sedikit sebanyak ia ada kena menegan dengan tragedi itu bila mana tiada orang luar menjenguk Sandakan seminggu dua ini. Menurutnya kedatangan orang luas nampak jelas sekali berkurangan. Tetapi itu tidak menjadi masalah besar kepada mereka malah mereka masih bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kejadian buruk. Seorang lain pula, Abidin 76 mengatakan ramai orang Filipina sudah pulang ke negeri mereka, begitu juga orang Indonesia.Kenapa mereka pulang padahal tak ada apa-apa yan berlaku, tanya saya. Mereka takut nanti kalau polis gelidah mereka takut ditangkap.. beritahunya. Apa dapat disimpulkan Sandakan aman dan tidak ada apa-apa kekacauan. [sandakan sbh.6:05 pm 11/03/13] | ||||
Berangkat Ke Destinasi Akhir...Sandakan Posted: 10 Mar 2013 04:03 PM PDT InsyaAllah pagi ini saya akan meneruskan pemusafiran untuk melihat dan menyelongkaran rahsia di sebalik pergolakan di negeri bawah bayu ini ke Sandakan. Jam 9:00 pagi akan terbang ke sana. Semalaman di sana kemudian akan kembali ke Semananjung. Semua peristiwa, maklumat dan info yang diperolehi akan dicatat di Semenanjung. Masa terlalu ketat dan tidak memberi ruang langsung untuk saya membuat pengeposan dari sini. Sepanjang malam tadi tiada kedengaran dan khabar dilaporkan berlaku sebaragan kejadian buruk khasnya di Tawau. Malam tadi saya sempat meninjau sekitar bandar Tawau melihat suasana malam di sini. Doakan semoga kekalutan di Sabah ini cepat lerai dan cepat pulalah kita menghadapi pilihan raya umum. Termasuk hari ini sudah tiga hari parlimen kita terlajak dan Najib Razak menjadi PM diluar mandat rakyat. Salam Mso, Tawau, Sabah. [tawau sbh.7:02 am 11/03/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan