Jumaat, 22 Mac 2013

Biaqpila

Biaqpila


LIVE: MALAYSIA VS YAMAN

Posted: 22 Mar 2013 05:23 AM PDT

SILA KLIK DI SINI

Perlawanan Tamat: Malaysia 2-1 Yaman

PKR tanya Najib, penceroboh Lahad Datu ada IC biru?

Posted: 22 Mar 2013 02:00 AM PDT


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah warga Filipina dalam kejadian pencerobohan Sabah yang merupakan pemegang kad pengenalan Malaysia.

Beliau menuntut penjelasan itu susulan dakwaan yang timbul semalam bahawa Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan warga Malaysia dan pernah bertugas sebagai pembantu pengawai daerah di Kudat, Sabah.

"(Dakwaan) oleh jurucakap kumpulan (berkenaan)... bahawa Agbimudin pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu," kata Rafizi.

"Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru?

"Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?," soalnya yang turut bertanya sekiranya kad pengenalan berkenaan dikeluarkan melalui 'Projek IC'.

Rafizi merujuk kepada satu tulisan yang disiarkan portal berita Filipina, InterAksyson yang memetik kenyataan seorang jurucakap kesultanan Sulu, bahawa Azzimudie pernah berkhidmat sebagai pegawai daerah di Kudat.

Abraham Idjirani mendakwa walau Azzimudie pernah berkhidmat di Kudat, beliau masih merupakan warga Filipina dan tidak pernah diberikan taraf kerakyatan Malaysia.

"Mereka (Azzimudie) kata, 'beri kami kad pengenalan', namun pihak berkuasa Sabah beritahu mereka, 'walaupun kami tidak berikan, anda tetap miliki Sabah," kata Idjirani seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Rafizi ketika dihubungi hari ini bagaimanapun tidak berganjak daripada dakwaannya, bahawa Azzimudie pernah memegang taraf kerakyatan Malaysia, dan mendakwa ia berdasarkan maklumat yang diperolehi parti itu dari penduduk tempatan dan penduduk kampung Sabah yang mengetahui mengenai tempoh perkhdmatan Azzimudie sebagai pembantu pegawai daerah.

"Berdasarkan maklumat inilah kami kemudiannya menjalankan semakan dalam perkhidmatan awam Sabah dan menemui namanya disenaraikan di situ.

"Ramai di kalangan rakyat Filipina yang datang ke sini pada waktu itu memegang dua kerakyatan. Bila mereka di sini, mereka rakyat Malaysia, bila mereka berada di Filipina, mereka rakyat Filipina," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi membuat dakwaan mengenai tempoh perkhidmatan Azzimudie dalam perhidmatan awam Malaysia ketika bercakap dalam satu sidang media semalam, di mana beliau turut menunjukkan dokumen berhubung dakwaan mengenai seorang lelaki bernama Datu Agbimudin Kiram.

MK


SENANG CAKAP,JANGAN JADI PENCACAI UMNO LA

Posted: 22 Mar 2013 12:00 AM PDT

Menu Sihat Cara Nabi SAW

Posted: 21 Mar 2013 09:00 PM PDT



Apa yang telah dilakukan oleh Nabi baik dalam hal ibadah mahupun dalam segi makanan setidaknya kita tahu dan ikut sunnahnya kerana yang diajarkan Nabi akan sangat bermanfaat untuk kita.

- Rasulullah Saw membuka menu sarapan dengan air sejuk yang dicampur madu. Dalam Al Qur'an, madu merupakan syifaa (ubat) atas berbagai penyakit, dan madu berfungsi untuk membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, mengusir sembelit, buasir, luka bakar, serta radang.

- Menjelang siang, tujuh biji kurma menjadi kebiasaan Rasulullah saw. Beliau pernah bersabda, "Barang siapa yang makan tujuh biji kurma, maka akan terlindung dari racun.

- Menu petang, Rasulullah biasanya, roti, cuka dan minyak zaitun. Kelebihannya mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghilangkan kolesterol dan melancarkan pencernaan.

- Menu malam hari, menu utama makan malam Rasulullah adalah sayuran, karena sayuran memiliki kandungan dan fungsi yang sama untuk memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi dari penyakit.

Setelah makan malam Rasulullah aktif dengan solat, Rasulullah bersabda "Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah dan solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras".

SUMBER

RTM PULAK KANTOI KAH! KAH! KAH!

Posted: 21 Mar 2013 06:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
MEDIA PENCACAI ASYIK KANTOI BAYAQ SAMAN FITNAH
TU PUN MASIH ADA MANGKUK YANG DOK PERCAYA KEPADA MEDIA PENCACAI
KAH! KAH! KAH!

RTM diarah bayar RM150,000 kepada Adun PAS



ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Kedah hari ini memutuskan Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan membayar tuntutan saman fitnah sebanyak RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan (PAS) Mohd Nasir Mustafa.

Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun ketika di dalam penghakiman hari ini mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50,000.

Sementara itu, penerbit rancangan RTM 'Titik Sentuhan' Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula di arah membayar sejumlah RM70,000, selain pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30,000.



Mohd Nasir diringi penguamnnya Aminuddin Zulkifli.

Mohd Nasir telah memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran rancangan "Titik Sentuhan" yang disiarkan pihak RTM pada 18 November 2011 kerana menfitnah beliau gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Adun di Kubang Rotan.

Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak tuduhan mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta kredibilitinya.

Mohd Nasir menewaskan calon Umno, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387.

HD


Tiada ulasan: