Anak Sungai Derhaka |
- Sah! Anwar adalah Dalang Pencerobohan Di Sabah, macai UMNO kata berdasarkan video ini..
- 32 termasuk seorang Jeneral Tentera Sultan Sulu dibunuh..
- Nur Misuari pertikai gambar yang Zahid Hamidi tunjukkan semalam..
- Akhirnya Polis akui mayat anggota di Semporna diperlaku dengan kejam
- Blogger US dah mengaku.. Najib mengapa masih membisu?
Sah! Anwar adalah Dalang Pencerobohan Di Sabah, macai UMNO kata berdasarkan video ini.. Posted: 07 Mar 2013 08:21 AM PST Benarlah apa yang didakwa oleh Tun Mahathir bahawa dalam UMNO sekarang yang tinggal hanyalah kumpulan manusia yang bodoh dan bangang.. Semakin hari semakin terserlah kebodohan mereka melalui tindakan yang mereka zahirkan. Dalam mencari sebab untuk mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang pencerobohan Tentera Sultan Sulu ke Sabah terserlah lagi kebodohan mereka.. Hanya kerana Anwar Ibrahim menyanyikan lagu buat Najib yang mana antara rangkap lagunya ialah "Tanya sama najib apa sebab goyang, Nanti jawab Najib Sabah nak hilang".. mereka menjadikannya sebagai sebab untuk mengaitkan Anwar dengan pencerobohan di Sabah. Malang buat negaraku Malaysia kerana ada rakyatnya yang bodoh sebegitu rupa.. Bukan saja pencacai UMNO/BN yang bodoh hingga tidak mampu untuk menggunakan otaknya untuk memikirkan adakah lojik dengan hanya serangkap lagu Sabah boleh diceroboh, malah seorang Ahli Parlimen yang dipecat dari PKR juga mendakwa perkara yang sama.. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkiflee Nordin dalam TV3 tadi turut mengulas mengenai lagu yang dinyanyikan oleh DS Anwar Ibrahim itu.. Kononnya menurut beliau kerana DS Anwar menyanyi lagu tersebut dan Sabah pun diceroboh.. Kenapa beliau tidak mengulas mengenai persoalan asas yang masih tidak terjawab hingga kini yang antaranya ialah.. ~ Bagaimana mereka boleh melepasi empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.? ~ Bagaimana mereka gagal dikesan oleh 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer? Lagi persoalan yang tak terjawab sila lihat di ( SINI ) Kenapa beliau tidak membicarakan tentang bagaimana sukarnya anggota keselamatan yang sedang menjejak Tentera Sultan Sulu dalam mencari yang mana satu Tentera Sultan Sulu kerana hampir semua penceroboh itu dikatakan memiliki IC? Awatlah makin bodo dia ni?.. tak sia-sialah PKR sepak dia keluar.. semakin tua semakin bodoh rupanya dia.. Ini adalah video yang menurut pencacai UMNO dalah bukti sahih bahawa Anwar adalah Dalang Pencerobohan Di Sabah.. Saksikan!! Kah.. kah.. kah.. macai UMNO yang buat kerja ni mesti SRP pun tak pass.. sebab bodoh melampau.. atau mungkin juga sedang mabuk.. | ||
32 termasuk seorang Jeneral Tentera Sultan Sulu dibunuh.. Posted: 07 Mar 2013 05:10 AM PST Seramai 32 pemberontak Sulu telah dibunuh sejak semalam, membawa jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari ini. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk "meneutralkan" pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan. "Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh," kata Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini. "Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52," kata Ismail. Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung Tanduo pagi tadi. Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini disini dan Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika ini. Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban. Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban. Zulkifeli berkata penceroboh bersenjata warga Filipina di Kampung Tanduo telah dikepung dalam kawasan yang kecil. "Sesetengah juga bersembunyi," tambah beliau, sambil mengakui operasi untuk mengusir baki penceroboh akan "memakan masa". Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi. Beliau juga berkata terdapat "sebilangan" penceroboh Sulu juga menghilangkan diri. Piha berkuasa juga mengakui permukaan berbukit dan hutan tebal sekitar ladang kelapa sawit Felda Sahabat disini dimana para penduduk ditempatkan, antara kesukaran yang dihadapi untuk memburu penceroboh bersenjata tersebut. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh askar mengakui tentera Kesultanan Sulu yang telah menyebabkan kematian 28 orang, sebaliknya mengarahkan mereka menyerah diri tanpa syarat. Beberapa penduduk yang menetap di dewan masyarakat Embara Budi disini sejak kumpulan penceroboh mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari lalu melahirkan hasrat untuk pulang ke rumah mereka secepat mungkin. Pengikut kesultanan Sulu sebelum ini mengakui kesediaan mereka untuk mati di Sabah bagi menuntut tanah yang didakwa mereka milik kesultanan tersebut. The Malaysian Insider | ||
Nur Misuari pertikai gambar yang Zahid Hamidi tunjukkan semalam.. Posted: 07 Mar 2013 12:42 AM PST Nur Misuari atau Nurallaj Misuari yang merupakan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melalui laman FaceBook miliknya telah mempertikaikan akan kesahihan gambar-gambar yang didedahkan oleh Zahid Hamidi semalam. Dengan meletakkan beberapa keping gambar anggota Komando Polis VAT69 yang terlibat dalam 'Operasi Daulat' dan juga gambar yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan semalam beliau mempersoalkan 'What is the truth?'.. 'Malaysian Black Commandos or Tausug Warriors?' tulisnya lagi. Beliau turut meminta orang ramai menjadi hakim bagi menentukan adakah kebenaran disembunyikan dari pengetahuan orang awam di Malaysia.. Semalam Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan gambar-gambar 13 mayat penceroboh? Filipina yang telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh? Sulu di kampung tersebut. Menteri Pertahanan menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya. Sila lihat keseluruhan gambar-gambar tersebut dalam video di ( SINI ) Aku lebih percaya bahawa mayat-mayat yang berada di dalam kubur itu ialah Askar Sultan Sulu kerana Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan. Katanya, 12 penceroboh berkenaan terbunuh ketika pertempuran pada 1 Mac, namun, pasukan keselamatan hanya menemui sembilan mayat di dalam lahad tersebut, katanya. Pasukan keselamatan percaya terdapat tiga lagi mayat yang kini sedang dikesan, tambahnya ~ Malaysiakini Bagi aku tindakan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro itu hanyalah satu tindakan untuk melemahkan moral anggota keselamatan yang sedang bertugas disana.. Lagipun ada sumber telah mendedahkan bahawa jenis bomb yang dilancar oleh pihak TUDM dari jet pejuang mereka adalah dari jenis 'Laser Guided Bomb'.. nak tersasar guane kalau sasaran di tandakan dari ground? Dan hari ini pula.. Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai sultan Sulu mengakui bahawa 10 orang pengikutnya di Lahad Datu maut semasa pertentangan dengan pasukan keselamatan Malaysia manakala 10 lagi ditawan. By the way.. apa gelaran yang sebenarnya kita patut berikan kepada Askar Sultan Sulu itu.. nak dilabelkan sebagai penceroboh.. kebanyakkan mereka dilaporkan memiliki IC.. Nak dilabel sebagai pengganas pula Hishamuddin Tun Hussein kata mereka bukan pengganas.. Habis tu nak dilabel sebagai apa?? | ||
Akhirnya Polis akui mayat anggota di Semporna diperlaku dengan kejam Posted: 06 Mar 2013 08:54 PM PST Sebenarnya khabar mengenai kekejaman yang dilakukan oleh penceroboh dari Sulu ini terhadap jenazah-jenazah Anggota Polis yang berjaya dibunuh mereka telah tersebar beberapa hari lalu setelah berlakunya ertempuran di Kampung Simunul.. Cerita disampaikan oleh seorang sahabat yang punya sahabat yang terlibat secara langsung dalam pertempuran di sana.. (sekarang tak ada lagi cerita dari sana sebabnya depa dah tak boleh guna FB) Apa yang diceritakannya sememangnya mengerikan cukuplah dikatakan apa yang dilakukan oleh Pengganas dari Sulu sememangnya diluar batas kemanusiaan apatah lagi sesama Islam.. Aku anggapnya sebagai khabar angin saja.. namun hari ini segalanya telah disahkan oleh pihak Polis sendiri.. Bacalah apa yang Malaysiakini laporkan ini... Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi. Menceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang maut dalam serangan hendap sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina. Menurut posting Facebook tersebut, polis menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina. "Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis itu telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis. "Pihak polis dihantar pasukan penyelamat untuk mengambil mayat wira-wira kita terkorban dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul, Semporna. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi tersebut. "Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," tambahnya.. Polis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran. Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada insiden tersebut dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa dan menyifatkan tindakan penceroboh itu 'sebagai tidak Islamik'. Insiden mengerikan itu juga dibangkitkan pada mesyuarat tengah malam antara Setiausaha Luar, Albert del Rosario dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman pada hari Isnin di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan satu penjelasan semalam, bahawa del Rosario tidak melabelkan kumpulan Filipina itu sebagai "pengganas", tetapi mengakui kekejaman tersebut, jika benar, dianggap sebagai perbuatan "pengganas". "Di Semporna, terdapat dakwaan tindakan keganasan. Seperti yang dilaporkan oleh menteri luar Malaysia, selepas pasukan polis terjebak dalam satu serangan hendap dan dibunuh, mayat mereka dipelakukan dengan kejam. "Jika benar kekejaman ini dilakukan seperti yang dilaporkan kepadanya, kedua-dua setiausaha luar dan menteri luar itu bersetuju bahawa ini adalah tindakan keganasan," kata kenyataan itu ~ Malaysiakini | ||
Blogger US dah mengaku.. Najib mengapa masih membisu? Posted: 06 Mar 2013 04:30 PM PST Pada minggu lepas, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat George W. Bush memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah UMNO-BN ataupun kepentingan yang berkaitan.
Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar UK, the Guardian. Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, di mana beliau menulis memuji tentang ciri-ciri 'kesederhanaan' Najib. Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib. Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan. Ironisnya, ketika UMNO-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara. Najib perlu menjawab persoalan-persoalan berikut yang timbul daripada skandal ini: a) Berapa banyakkah wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim? Najib mestilah menjawab perkara ini dengan pilihan raya yang bakal tiba. Meskipun Najib terus membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat bagi tujuan propaganda dan fitnah, beliau terus menolak gesaan Anwar untuk perbahasan polisi bagi kepentingan rakyat Malaysia. * Kenyataan Media oleh NIK NAZMI NIK AHMAD, PENGARAH KOMUNIKASI, PARTI KEADILAN RAKYAT* |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan