Ahad, 3 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lagi Anggota Polis terkorban di Sabah, menjadikannya lapan hingga kini

Posted: 03 Mar 2013 07:57 AM PST


LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis berjaya menyelesaikan kes serangan hendap terhadap anggotanya di Kampung Seri Simunul, Semporna kira-kira jam 7 petang, semalam.

"Pasukan kita berjaya membawa keluar 19 anggota yang berada di kawasan perkampungan itu dan menemui mayat seorang anggota polis menjadikan jumlah keseluruhan anggota kita yang terkorban kepada enam orang.

"Turut ditemui enam mayat yang belum dikenal pasti identitinya tetapi mungkin adalah musuh kita," katanya pada sidang media di sini, malam tadi ~ Berita Harian

Sebelum itu The Malaysian Insider melaporkan..

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Tujuh anggota polis terbunuh setakat ini dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan militan dari Filipina yang berlarutan sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pertempuran telah meletus di tiga lokasi, yang mana bermula di Kampung Tanduo, Lahad Datu, satu di kawasan daerah Kunak, dan satu lagi di Sri Jaya Simunul, Semporna.

Situasi di Lahad Datu bagaimanapun jelas Ismail terkawal dan militan penceroboh dari Filipina itu berada dalam kepungan pihak keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Setakat ini polis telah berjaya menangkap tiga penceroboh yang cuba melepaskan diri dari kepungan polis di Kampung Tanduo," katanya.

Sementara itu, insiden di daerah Kunak berlaku apabila pasukan keselamatan menerima maklumat terdapat satu pendaratan penceroboh di antara Kg Lormalong dan Kg Dasar Lama, dan disyaki 10 pencveroboh dengan tiga daripadanya bersenjata bersembunyi di dalam sebuah rumah.

"VAT 69 telah dihantar untuk 'ground assesment' dan bertindak," kata Ismail.

Kejadian ketiga pula berlaku semalam, apabila sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul, Semporna.

Serbuan tersebut jelas Ismail telah dijalankan berikutan maklumat diterima di mana penjenayah ini dipercayai berada dikawasan tersebut dan mempunyai senjatapi.

Dalam serbuan itu, dipercayai lima pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh dua terkorban.

"Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi.

"Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa," katanya lagi.

Jumlah kematian yang direkodkan setakat ini adalah 19 orang, termasuk tujuh anggota polis dan 12 militan sejak pertempuran bermula pagi Jumaat lalu.

Ismail bagaimanapun turut berkata pihak berkuasa masih lagi belum mengeluarkan sebarang perintah berkurung di Sabah.

"Setakat ini tidak ada perintah berkurung diistiharkan di mana-mana daerah di Negeri Sabah."

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak merasa cemas dan panik serta jangan mendengar khabar angin dan berita yang tidak berasas sebaliknya melayari Facebook PDRM Sabah atau menghubungi balai polis berhampiran ~ The Malaysian Insider

Dari agenda politik kini telah bertukar menjadi agenda keselamatan negara...

Implikasi dari memberikan IC segera kepada PATI terserlah kini.. tak perlu dinafikan lagi.. demi untuk mengekalkan kuasa ditangan mereka, mereka tidak memikirkan akan musibah yang bakal dihadapi oleh rakyat Sabah dan juga anggota keselamatan negara.

Rakyat Sabah menderita, anggota pasukan keselamatan pula kehilangan nyawa..

Mereka bukan sahaj mengkhianati negara dengan memberikan IC secara percuma kepada PATI bahkan kini menyebabkan keselamatan negara terancam..

Wajarkan Kerajaan yang ada di kekalkan??.. fikir-fikirkanlah...

Apa kata bekas Ketua Polis Negara..


“Saya akan saman Utusan sekali lagi" kata Anwar Ibrahim

Posted: 03 Mar 2013 03:30 AM PST


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah.

Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera 'Sultan Sulu', di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.


"Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu," katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.

Gambar-gambar hadirin sila lihat di ( SINI )

Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara.

"Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku sejak tiga minggu yang lalu.


"Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan," ujarnya serius.

Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan membabitkan pencerobohan Lahad Datu.

Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan berselindung di sebalik media arus perdana, tanpa memberi ruang yang sama kepadanya untuk membalas kritikan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Lt.Jeneral(B)Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid dan pimpinan PR Pulau Pinang ~ Keadilandaily


Mendengar ceramah sebelum memberikan ucapan..

Lagi gambar-gambar semasa ceramah sila lihat di ( SINI )

Lima lagi Anggota Polis dibunuh di Sabah.. dan lebih ramai penceroboh mendarat..

Posted: 02 Mar 2013 11:59 PM PST


Samada tragedi ini satu sandiwara ataupun opera.. UMNO/BN sebagai Kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehilangan nyawa anggota keselamatan negara kita yang sebelum ini dua dan hari ini lima lagi dilaporkan dibunuh di Sabah..

Tak perlu menuding jari ke semua arah!! kerana pentadbiran negara sepenuhnya dibawah penguasaan UMNO..

Kalau tidak kerana khianatnya pemimpin UMNO dengan memberikan IC kepada ratusan ribu PATI dari Filipina di Sabah mana mungkin mereka bertapak dibumi Sabah..

Anwar cuba dipersalahkan oleh kebanyakkan pencacai UMNO dalam hal ini.. tetapi adakah Anwar punya kuasa untuk mengarahkan agar TLDM, APMM dan Polis Marin membutakan mata memekakkan telinga membiarkan penceroboh-penceroboh itu lolos begitu mudah?

Kata blogger Aspan Alias, Malaysia tidak pernah ada kerajaan selemah sekarang. Tidak pernah lagi kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang paling 'controversial' dalam sejarah negara seperti yang kita ada sekarang. Tidak juga mengalami keadaan parti pemerintah yang paling lemah dan paling mahal untuk dikekalkan. Pak Lah yang dikatakan lembab pun tidak menghadapi situasi begini.

Sudah banyak anggota polis terbunuh, Najib Tun Razak hanya memberikan kata dua kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, sama ada menyerah diri atau berdepan sebarang tindakan yang akan diambil pihak berkuasa Malaysia.

Bangunlah daripada tidurlah!!!!!!

Keselamatan negara longgar, perairan negara mudah diblosi lanun, demi undi rakyat asing diberi IC sehingga mengancam keselamatan negara!

Adakah Menteri Dalam Negeri Hushamuddin Tun Hussein masih berpegang pada kenyataan di atas?

5 Anggota Polis Terbunuh 

LAHAD DATU - Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.

Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

Ismail berkata, anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri ~ Sinar Harian

Adakah Anwar juga akan dipersalahkan dengan laporan ini??

Lebih Banyak Penceroboh Mendarat di Sabah

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.

Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.

Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut ~ Malaysiakini

Pencacai UMNO gantung kain rentang berbaur lucah untuk malukan Nurul Izzah..

Posted: 02 Mar 2013 08:08 PM PST

24 Februari yang lalu , Nong Chik telah dicabar oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk berdebat dalam satu 'Debat Perdana' di Lembah Pantai.

Sebagaimana yang dijangka Nong Chik juga yang menyerlahkan sikap penakutnya bila tidak muncul hingga berakhir waktu program debat tersebut dijalankan.

Pencacai-pencacainya yang sememangnya tahu akan keupayaan Nong Chik yang tidak punya kemampuan untuk berdebat dengan Nurul Izzah berusaha sedaya upaya untuk menutup malu beliau.

Pada sebelah petang sebelum debat tersebut dijangkakan bermula, mereka telah membuat satu laporan Polis terhadap cabaran debat oleh Nurul Izzah itu..

Dakwa mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program "Debat Perdana" walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut ~ sila baca di SINI untuk sepenuhnya.

Oleh kerana cabaran Nurul Izzah itu telah menyebabkan kemaluan menimpa Nong Chik, pencacai-pencacainya tidak berdiam diri..

Mereka cuba memalukan Nurul Izzah pula dengan menggantung kain rentang di bawah ini di sebuah jejantas..


Tembak menembak di Semporna: Ketua Polis Sabah nafikan laporan Bernama?

Posted: 02 Mar 2013 10:59 AM PST


Bernama melaporkan seorang lagi anggota Polis terbunuh manakala seorang lagi cedera akibat pertempuran dengan Kumpulan Penceroboh yang merancang untuk menyerang Balai Polis Lahad Datu dan laporannya disahkan oleh Ketua Polis Negara..

Manakala The Malaysian Insider pula melaporkan menurut Ketua Polis Sabah dua orang anggota Polis cedera diserang beberapa individu membawa senjata dan tiada balai polis yang diserang ..

Ini laporan oleh BERNAMA..

KUALA LUMPUR - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh. Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama

Ini pula dari The Malaysian Insider..

KUALA LUMPUR, 2 Mac — Dua anggota polis ditembak di Pulau Simunul sekitar jam 7 malam tadi, kata Ketua Polis Sabah Datuk Hamzah Taib.

Hamzah berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau tersebut apabila mendapat laporan ada beberapa individu membawa senjata.

"Pihak polis memasuki kawasan perkampungan tersebut dan mereka ditembak ... Dua anggota kami cedera," kata Hamzah.

Situasi tegang dilaporkan tercetus dan penduduk berhampiran Semporna dan Tawau apabila dikatakan terdapat lelaki bersenjata menyerang pasukan keselamatan.

 Hamzah turut berkata operasi berterusan di lokasi berkenaan sedang diteruskan.

"Buat masa ini, kami percaya ianya tiada kaitan dengan insiden di Lahad Datu," katanya lagi.

Malah beliau turut menafikan ada balai polis yang diserang.

Ketegangan di Sabah tercetus apabila berlaku pertempuran antara penceroboh dari Filipina dan pasukan polis Malaysia pada Jumaat yang mana menyaksikan 10 penceroboh, dan dua anggota polis terkorban - The Malaysian Insider

Laporan yang mana satu betul nih??

Woiiii!!! cerita betul-betul laa...

Tiada ulasan: