Anak Sungai Derhaka |
Sejak bila Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik jadi penyiasat ni? Posted: 24 Mar 2013 01:00 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendedahkan wujud usaha terancang pihak tertentu - yang dilabel sebagai 'kumpulan ajaran sesat' - mahu mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara di tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihak-pihak berkenaan mula mengambil langkah tersusun menyediakan individu-individu, yang terdiri daripada pengundi, bagi mencetuskan suasana kecoh, dengan diberi latihan khusus. "Kami juga ada memperoleh nota yang digunakan oleh mereka untuk tujuan latihan mencetuskan kecoh di bilik mengundi," kata beliau ketika berucap pada Program Taklimat Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bukit Tinggi di sini, hari ini. Pegawai Pengurus PRU13 bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima watikah pelantikan masing-masing hari ini daripada Abdul Aziz. Kata Abdul Aziz, nota latihan yang dikenalikan kumpulan berkenaan diperoleh pihaknya baru-baru ini. Sambil melabelkan kumpulan itu sebagai "pengacau", beliau berkata, nota yang diperoleh antara lain memberi panduan kepada pengundi tentang cara-cara menimbulkan protes dan rasa tidak puas hati berkenan kertas undi. "Berdasarkan maklumat nota ini, pengundi diminta mempersoalkan (status) kertas undi, dan mendesak diberi kertas undi lain, dan jika tidak dilayan, akan menjerit di tempat mengundi untuk menarik perhatian ramai dan media," katanya. Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya belum membuat laporan polis mengenai perkara tersebut. "Setakat ini, kami memberi penerangan kepada pegawai pengurus supaya ambil langkah berjaga-jaga. "Pegawai-pegawai pengurus perlu berhati-hati dengan kumpulan yang menyebarkan ajaran sesat ini, yang meminta pengundi mencetuskan kekecohan pada hari pengundian," kata beliau lagi. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran pihak terbabit. Tambah beliau, kumpulan berkenaan juga menghasut pengundi dengan mendakwa dakwat kekal yang bakal digunakan tidak halal. Sambil menekanan kerahsiaan undi terjamin, Abdul Aziz berkata, meskipun setiap kertas undi ada nombor siri, tetapi maklumat itu tidak dicatatkan pada daftar pemilih, malah kertas undi tidak membawa nama atau nombor kad pengenalan seseorang pengundi. Penggunaan dakwat kekal merupakan antara pembaharuan diperkenalkan pada PRU13 kali ini. Mengulas mengenai dakwat kekal, kata beliau, SPR akan menggunakan dua warna masing-masing bagi pengundi biasa dan pengundi awal. Katanya, sebanyak 10,000 botol dakwat kekal disediakan bagi pengundian awal dan 200,000 bagi pengundian biasa. Seramai 10.3 juta layak untuk mengundi pada PRU13. ~ Sinar Harian |
Anwar dalang pendedahan video Global Witness kata Taib Mahmud? Posted: 23 Mar 2013 10:04 PM PDT Seperti biasa yang diamalkan oleh pemimimpin UMNO/BN dan juga macai-macainya.. apa saja kesalahan yang berlaku dalam negara ini disebabkan oleh kegagalan pentadbiran mereka, semuanya diletakkan di bahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.. Oleh itu Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang telah menggondolkan banyak hutan balak di Sarawak turut menyalahkan Anwar Ibrahim berikutan tersebarnya video yang membuktikan bahawa beliau menyalah gunakan kuasa oleh Global Witness baru-baru ini. Ketika berucap merasmikan dewan serbaguna baharu Kampung Lintang, Petra Jaya berharga RM1 juta di Kuching sebentar tadi, Taib berkata rakyat yang cintakan negara tidak akan memburukkan negara sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada pemimpin pembangkang itu. Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu video dikeluarkan NGO antarabangsa Global Witness, yang mengaitkan ketua menteri Sarawak itu dan keluarganya dengan rasuah lesen pembalakan. Taib dalam laporan Berita Minggu hari ini mendakwa Anwar dengan licik menggunakan hubungan dengan NGO antarabangsa bagi memburukkan kerajaan Sarawak di peringkat antarabangsa. "Macam-macam isu ditimbulkan, isu berkenaan hutan Sarawak dikatakan semuanya gondol, tidak ada yang tinggal. Tetapi kita semua tahu ini semua tidak betul, apa sahaja BN buat tidak betul, beliau (Anwar) sahaja betul," katanya seperti dipetik dalam laporan itu. Laporan itu juga menyebut, Taib meluangkan masa selama 25 minit ketika berucap kepada kira-kira 1,000 penduduk Kampung lintang di Petra Jaya, Sarawak, bagi mempertahankan dirinya yang didakwa menjadi mangsa fitnah video itu. Menurutnya, Anwar sepatutnya mempertahankan Sarawak daripada "propaganda bohong" pada peringkat antarabangsa jika mahu berjuang bersama rakyat Sarawak. "Saya nasihatkan Datuk Seri Anwar mengetahui apa yang benar berlaku di negeri ini dan beliau sepatutnya mempertahankan negeri ini yang dilanda banyak propaganda bohong pada peringkat antarabangsa berkenaan hutan. Jika beliau berbuat demikian baru kita percaya dia mahu berjuang untuk rakyat negeri ini," katanya ~ Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan